Pages

Saturday, 17 December 2011

Beberapa Fakta Tentang Maher Zain


Tanya siapa saja orang muda muslim di negara kita samada mereka kenal atau tidak Maher Zain, sudah tentu jawapannya lebih kepada 'ya'. Maher Zain merupakan satu contoh muslim yang mengambil faedah daripada kebangkitan arab yang sedang melanda dunia Islam di mana majoriti umat Islam muda sekarang tidak mahu membuat pilihan samada memilih Islam atau kemodenan. Mereka mahukan kedua-duanya. Berikut beberapa fakta mengenai Maher Zain:

  1. Dia merupakan warga Sweden kelahiran Lubnan serta mempunyai darah Marocco.
  2. Mula merakamkan album di Amerika bersama penerbit-penerbit yang hebat dan terkenal tetapi merasakan kehilangan sesuatu dalam dunia seninya. Tema barat terlalu banyak disogokkan dengan 'cinta' dan 'hati yang terluka'.
  3. Mula beralih arah dengan memilih teman dari kalangan muslim di Sweden dan akhirnya mula berjinak pergi ke Masjid. Sejak itu dia mula mengamalkan Islam dengan lebih serius.
  4. Bermula dari situ dia mula menghadapi dilema antara mengamalkan Islam atau meneruskan kegiatan seninya dan akhirnya mengambil pendekatan meneruskan seni yang berunsurkan mesej Islam.
  5. Merakamkan genre music barunya pada tahun 2009 dengan menerbitkan album bertajuk 'Thank You Allah'.
  6. Rekod tersebut ternyata tidak mengecewakannya apabila menjadi antara rekod jualan paling laris di Amazon.com dalam world music.
  7. Jualan album Maher Zain di negara kita mencapai rekod paling hebat dekat ini.
  8. Di negara jiran Indonesia Maher Zain terlalu terkenal sehingga meninggalkan Justin Beiber terkapai-kapai.
  9. Menghadapi dilema apabila segolongan Muslim mengecamnya kerana menggunakan musik keterlaluan dalam mesej Islamnya tetapi mengambil pendirian pendapat mereka yang membenarkannya asalkan ianya positif dan bersih dari perkara yang merosakkan. Lagipun perkara musik merupakan percanggahan daripada 2 pendapat.
  10. Album videonya bertajuk Insya'Allah dan The Chosen One mencecah tontonan melebihi 25 juta kali.
  11. Menaruh harapan agar kejayaannya menjadi contoh kepada artis lain untuk menjadikan seni dalam memperjuangkan Islam ke seluruh dunia dan mampu meredakan masalah Islamofobia yang melanda barat.
Ini satu lagi contoh untuk para artis kita yang mendapat hidayah agar tidak terus meninggalkan kelebihan mereka dalam dunia seni sebaliknya gunakan ia dengan lebih bermakna untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam. Gunakan seni sebagai wadah bagi meniupkan semangat Islam dan mempertinggikan semangat juang umat Islam. Jangan terjongket-jongket terjerit-jerit sampai membuatkan orang lalai dan hilang akal sudahlah. Sumber

Friday, 16 December 2011

Pelajar Melayu Lelaki Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh Di Dublin - Gambar

Ariff pernah dilaporkan hilang sebelum ini.
Kecoh berita ini disiarkan dalam kebanyakkan blog pro Umno yang memaparkan cerita pelajar Melayu Ariff Alfian Rosli yang pada mulanya ditaja oleh Petronas untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di UK. Beliau kemudiannya tidak menamatkan pengajiannya dalam masa yang diberi iaitu pada tahun 2008. Selepas itu dia dilaporkan hilang oleh ibubapanya dan tub tub ! tersiar beritanya berkahwin dengan seorang lelaki mat saleh bernama Jonathan di Dublin.

Kesian ibu bapanya. Lebih-lebih lagi ibunya yang mengandungkan dia dan melahirkan serta membesarkan budak itu sehingga muncul sebagai pelajar terbaik di SMK Wangsa maju Seksyen 5. Semakin pandai dia menimba ilmu semakin celaru pemikirannya, entah apa yang tak kena.


Amat zalim apabila ada blogger Umno yang mendakwa bahawa kejadian ini tentu disukai oleh PKR, PAS dan DAP yang mana sudah pasti ia merupakan satu fitnah yang keterlaluan. Jika kita berterusan mempermainkan penyakit yang telah melanda bangsa kita sebegini sampai bilapun kita tidak akan dapat mengubatinya sedangkan hakikatnya penyakit ini sudah ada wujud sejak zaman dahulu kala lagi dan kini ia mula merebak bangsa kita.

Sebagai manusia yang memegang kepercayaan kepada ajaran agama Islam, sudah pasti kita menolaknya dan dalam masa yang sama berusaha mencari pendekatan bagaimana merawat gejala penyakit ini. Cuma mungkin masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza.




Betulkah Dia Ni Orang Umno ?

Saifuddin Abdullah
Dalam parti Umno sekarang ini ada beberapa pemimpin yang boleh kita masukkan dalam kategori 'baka baru Umno' atau kata mat saleh 'a new breed of Umno's politician'. Datuk Saifuddin Abdullah yang merupakan salah seorang ahli majlis tertinggi Umno termasuk dalam kategori ini.

Dia merupakan salah seorang yang saya sering memberikan perhatian apabila mengulas sesuatu isu yang melibatkan masyarakat dan juga politik negara.

Kebiasannya ulasannya matang dan seringkali kelihatan seolah-olah dia berada di dalam kandang yang salah. Falsafahnya lebih mirip kepada perjuangan Pakatan Rakyat yang mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, adil dan telus di mana rakyatnya matang dalam berpolitik.

Mari kita lihat rumusannya dalam wacana PRU-13: Undi Siapa jadi Penentu:


" Saya fikir ada tiga faktor menentukan.

  • Kalau yang protes kepada BN pada pilihanraya 2008, sebahagian besarnya telah kembali.
  • Mereka yang mengundi BN pada 2008, sebahagian besar akan teruskan undi itu dan akan ada pengundi baru.
  • Faktor pengundi baru (yang diperkatakan)
Hakikatnya menunjukkan bahawa kita (PR& BN) 50/50. Tetapi dalam keadaan tertentu ada kajian menunjukkan pilihan majoriti kepada Perdana Menteri masih kepada Datuk Seri Najib. Pilihan golongan minoriti (Kajian UKM), majoriti daripada mereka itu masih memihak kepada BN.

Sebab itu saya simpulkan bahawa dengan penuh rasa rendah diri saya yakin BN masih mempunyai peluang sangat cerah."

Isi penting daripada ulasannya di atas adalah kedudukan PR & BN adalah sama kuat dan dengan pendekatan yang betul pada saat-saat akhir bakal menentukan siapa yang akan menguasai PRU-13. Ini membawa maksud bahawa siapa saja yang bakal menang dalam PRU akan datang tidak dapat mengelak daripada menubuhkan kerajaan yang terpaksa menghadapi kumpulan pembangkan yang kuat. Ini amat baik untuk negara kita asalkan tidak ada yang main kotor dan mengapi-apikan isu sensitif yang membuang masa.

Ayat Hebat Dari Lim Guan Eng

Dalam sesi penggulungan wacana anjuran akhbar Sinar bertajuk PRU-13: Undi Siapa Jadi Penentu tempoh hari Lim Guan Eng yang merupakan salah seorang panel mengeluarkan satu ayat yang menarik untuk kita fikirkan dan realisasikannya. Berikut kata-kata ringkas penuh makna dari Lim Guan Eng:

"Bila rakyat takut sama kerajaan, itu namanya 'kuku besi', bila kerajaan takut dengan rakyat, itu namanya 'kebebasan dan demokrasi'..."

Amat besar maknannya ayat di atas. Jika kita fikirkan senario politik negara kita siapa sebenarnya yang sedang dan cuba menakut rakyat dengan ayat-ayat seperti, 'jika pembangkang memerintah negara, hancur lebur negara ditimpa malapetaka'. Banyak lagi ayat-ayat seumpama itu yang bermatlamatkan agar rakyat menjadi gerun dan rasa takut.


Gertakan seumpama itu dibuat tidak lain dan tidak bukan oleh Umno ketika perhimpunan 4 hari mereka yang penuh dengan gertakan ditujukan kepada rakyata keseluruhan dan bukannya kepada para delegasi Umno. Perbuatan mereka hanya menggambarkan taktik mereka yang sedang cuba menakutkan rakyat.

Jika rakyat percaya dan termakan dengan segala ayat-ayat gertakan tersebut, ini bermakna rakyat sedang mengalami perasaan takut kepada kerajaan yang memerintah. Berbalik kepada kata-kata Lim Guan Eng di atas, tindakan kerajaan yang berkuasa sekarang yang mahu menanamkan rasa takut rakyat menjurus kapada usaha menjadikan rakyata takut kepada kerajaan yang memerintah...itunya maknanya kerajaan sekarang adalah kerajaan kuku besi.

Apa yang berlaku kepada para ahli politik pakatan rakyat pula adalah terbalik. Sebagai contoh ucapan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim ketika berceramah dalam rapat umum berhampiran Stadium Shah Alam, beliau dengan tegas mengatakan bahawa kami (pemimpin) di atas adalah kuli kepada rakyat, jika anda rasa kami tak bagus anda hanya perlu menghumban saja kami turun.

Utusan Perlu Bertaubat - Lim Guan Eng

Utusan didapati bersalah dalam kes fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) dan telah diperintahkan membayar kepada LGE RM200,000 serta RM25 kos perbicaraan di mahkamah.

Antara kesalahan fitnah yang telah dilakukan oleh Utusan Malaysia adalah menuduh bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai anti-Melayu dan juga anti-Islam. LGE dituduh merobohkan kedai dan gerai serta Kampung Melayu dan beliau juga difitnah menghalang perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Dengan keputusan mahkamah tersebut ternyata semua itu hanyalah fitnah yang tidak berasas semata-mata dan berniat mengkaburi mata rakyat terhadap LGE khususnya dan yang paling utama sekali Utusan mahu orang ramai percaya bahawa DAP mewakili puak yang anti Melayu dan mahu menghancurkan Islam di negara kita.


Dengan menyerang DAP, secara tidak lansung Utusan mahu membuktikan bahawa Pas sebuah parti Islam, telah bekerjasama dengan sebuah parti yang menentang apa yang diperjuangkan oleh Pas. Ini sekali gus mampu menarik orang Melayu atas pagar agar menjauhi Pas yang sedang berusaha menjadi champion kaum Melayu menggantikan Umno.

Umno sebenarnya amat terdesak untuk menarik lebih ramai lagi orang Melayu agar menolak Pas kerana kedudukan Umno atau BN sebagai parti yang memerintah Malaysia amat bergantung kuat kepada undi Melayu. Jesteru itu mereka akan berbuat apa saja untuk menghalang orang Malayu daripada memangkah Pas.

Hampir setiap hari media utama negara kita akan menayangkan berita-berita kononnya orang Melayu di Pulau Pinang sedang nazak dihimpit kekejaman pemerintahan DAP di sana. Habis segala mamak digunakan untuk membesarkan segala isu kecil yang ada agar rakyat percaya DAP tidak mampu memerintah.

Menonton berita samada RTM1 atau TV3 membuatkan kita merasa muak dengan berita-berita seumpama itu seolah-olah tidak ada lagi peristiwa lain yang berlaku di negara kita melainkan kisah-kisah segelintir mereka yang bernasib malang duduk di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Liputan masalah yang berlaku di negari Selangor dan Pulau Pinang akan diperbesarkan seolah-olah negara kita hanya ada 2 negeri sahaja dan negeri-negeri lain lansung tak wujud dan tidak ada perkembangan. Sedangkan lapora audir negara jelas menunjukkan bahawa Pulau Pinang dan juga Selangor merupakan antara negeri yang paling baik pengurusannya selain daripada 2 lagi negeri yang diperintah oleh Kerajaan PR iaitu Kedah dan Kelantan.

Walau apapun saya yakin bukan semua rakyat bodoh dan mudah tertipu dengan dakyah palsu yang cuba dimainkan oleh media. Sebagai manusia yang siuman kita perlu akur bahawa sehebat manapun Kerajaan PR menguruskan negeri mereka, sudah pasti akan ada kecacatannya, mana ada manusia yang lansung tidak melakukan kesilapan.

Apa yang perlu kita lihat adalah prestasi secara leseluruhan pemerintahan dan bukannya menumpukan kepada beberapa masalah kecil yang sengaja dibesar-besarkan. Jika berlaku kesilapan atau masalah kecil, berikanlah peluang untuk dibaiki. yang pentingnya kerajaan PR mengambil inisiatif untuk membetulkan masalah yang berlaku.

Masalah yang paling utama di negara kita seperti yang sering saya tuliskan adalah mengembalikan jentera kerajaan menjadi agen pelaksana yang cekap dan tidak berat sebelah tidak kita parti mana yang memerintah. Dengan wujudnya keadaan itu maka rakyatlah yang mendapat faedah paling besar.

Jika kita pandang dari sudut itu Pakatan Rakyatlah yang paling komited untuk merealisasikannya dengan berbagai usaha mereka lakukan untuk mengembalikan kuasa penentu kepada rakyat. Sebagai contoh perlantikan ahli majlis yang cuba dibuat melalui pilihan raya yang cuba dicadangkan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang. Namun kita boleh lihat siapa yang cuba menghalangnya.

Satu perkara yang mengembirakan saya dalam kes ini adalah keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman terhadap Utusan menunjukkan institusi kehakiman sedang menuju kepada landasan yang betul. Jika institusi kehakiman dapat berfungsi dengan baik, maka semua pihak akan yakin bahawa kita boleh mengharapkan mahkamah sebagai jalan peneyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak.

LGE dalam membuat komennya terhadap keputusan mahkamah tersebut menasihatkan agar Utusan segera bertaubat dan tidak mengulangi lagi perangai buruk mereka. Jadilah agen pemberi maklumat yang telus. Kalau mahu menjadi lidah BN pun jadilah agen pemberi maklumat yang benar tanpa perlu menokok tambah laporan dan memutarbelitkan isu sehingga menimbulkan fitnah.

Utusan masih lagi boleh menjadi agen berita kepada BN dengan hanya melaporkan kehebatan BN dan menyorokkan segala keburukannnya dan melaporkan segala kelemahan PR tanpa membuat liputan kehebatan mereka. Itu sebenarnya sudah cukup berkesan untuk mempengaruhi rakyat tanpa perlu menaburkan fitnah.

Begitulah juga media pro PR perlu melakukan perkara yang sama tanpa perlu menaburkan fitnah. Jika semua media berbuat begitu maka lebih mudah rakyat membuat keputusan yang tepat ketika memilih kerajaan. Untuk melihat kehebatan PR mereka hanya perlu membaca laporan dari media Pro PR dan untuk melihat kehebatan BN mereka cuma perlu membaca laporan dari media Pro BN. Bukankah seronok begitu?

Thursday, 15 December 2011

Lawak Pakistan (Diharamkan Di Pakistan)

Lawak-lawak ini berkisar tentang Presiden Pakistan Asif Ali Zardari yang saya petik dari nidokidos:

Here are some of those text messages that have angered the Pakistani establishment: 
1. Long lines

A man standing in a long line for food tells the others in the line that he is leaving the line to go to shoot the president. He returns after a few hours and rejoins the line.
Did you manage to kill him ?", everyone asks him.
No, that line is longer than this one, he replies. 

2. Robber meets Zardari

Robber: Give me all your money!
Zardari: Do you know who I am? I am Asif Ali Zardari.
Robber: OK. Give me all my money. 



3. TV anchor announcing:

Terrorists have kidnapped our beloved Zardari and are demanding $5,000,000 or they will burn him with petrol. Please donate what you can. I have donated five liters.

4. Postmaster General announcing

To commemorate the ascension to the Presidency, Pakistan Post has officially launched a new stamp. But the people of Pakistan are confused which side on the stamp to spit on. 

5. Announcement In Zardari official airplane

Mr. President , We are about to land.
could you please put Sherry Rehman (former Information minister) in an upright position. Thank you. 

6. Pakistani meets American

Pakistani to American: What do you guys do with thieves?
American: We treat them humanely and give them nice food, warm clothes and long jury trials
Pakistani: Thats nothing. We give them the presidency. 

7. Genie meets Pakistani

Genie to Pakistani: Order me my master. What can I do for you?
Pakistani to Genie: Bring me all the wealth in the Swiss bank.
Genie: My name is Genie, not Zardari.

Wednesday, 14 December 2011

PRU-13, Undi Siapa Jadi Penentu? Apa Kata Lim Guan Eng

Wacana Sinar siri 9 yang dianjurkan menarik ramai peminat politik sehingga mencecah 700 orang memenuhi dewan Karangkraft di Shah Alam. Seramai 4 orang ahli panel yang hebat-hebat yang mewakili parti Umno, DAP, KITA, PKR dan juga ahli akademik dengan pensyarah UIA Dr Mazlee Malik menjadi moderatornya.

Apa kata Lim Guan Eng yang mewakili DAP:

  • Penentu PRU-13 adalah 'pengundi hantu'
  • Jika sistem pilihanraya masih tidak telus, bersih dan adil
  • Pengundi Sabah & Sarawak adalah kunci sebenar jika mahu menumbangkan BN.
  • PR boleh pegang kerajaan memerintah jika berjaya memenangi 1/3 daripada kerusi di Sabah & Sarawak.
  • Golongan belia juga amat penting jika mahu menang PRU-13 nanti dan semua sanggup buat apa saja untuk menarik golongan ini.
  • PRU-13 adalah penentu kepada golongan belia samada mahu sebuah negara yang telus, bebas dan adil atau tidak pada masa depan.
  • Hentikan segala sekatan terhadap media kerana rakyat sudah matang untuk memilih mana satu pilihan terbaik bagi mereka.
  • Hentikan sekatan kebebasan terhadap belia seperti AUKU agar belia dapat meluahkan pandangan politik mereka

Tuesday, 13 December 2011

Hishammudin Cadang Anak Muda Yang Tak Tahan Pakai Kondom Ketika Bersetubuh - Selesaikan Masalah Buang Bayi.

Baca tulisan Hishamudin Rais tentang masalah pembuangan bayi yang amat kritikal di negara kita. Hishammudin mencadangkan anak-anak muda yang tidak mampu menahan desakan testosteron yang membuak-buak agar menggunakan kondom bagi mengelakkan kelahiran anak luar nikah. Ini diperlukan selain daripada mendidik anak-anak muda tentang nikmat seks yang pasti akan disusuli dengan satu tanggung jawab yang besar menerima kelahiran anak.

Rumusannya cadangan Hishammudin tersebut bermakna kita perlu membenarkan mereka bersetubuh jika tidak mampu menahan diri, tetapi hendaklah memakai kondom. Ayat penting di sini adalah "membenarkan bersetubuh jika tak tahan".

Satu lagi jalan penyelesaian yang mudah yang mungkin perlu dibahaskan dan diperhatikan oleh Hishammudin adalah dengan mengizinkan mereka melakukan persetubuhan secara halal. Islam tidak melarang bersetubuh, jika ada keinginan dan ada pasangan yang sanggup menerimanya, silakan saja bersetubuh.

Tapi ada syaratnya, halalkan persetubuhan tersebut dengan berkahwin berikan mas kahwin sekadar yang mampu, akad nikah seringkas mungkin, dan silalah masuk ke bilik, bersetubuhlah dari petang hingga ke subuh.


Masalahnya perkahwinan sedang menjadi sesuatu yang prestige yang memerlukan kos yang tinggi. Ibu bapa pula meletakkan syarat-syarat yang ketat sebelum berkahwin, kononnya demi kesejahteraan anak-anak mereka. sedangkan dengan menyekat perkahwinan ia membawa padah yang mengundang kecelakaan.

Apasalahnya jika suka sama suka remaja perempuan berumur 17 berkahwin dengan remaja lelaki berumur 17 tahun, asal akil baligh dan terdesak, kahwin sajalah hal rezki, sama-sama usahakan, masyarakat, keluarga sama-sama membantu kehidupan mereka. Kalau tak mau anak lagi pakailah kondom semasa bersetubuh, asalkan dah kahwin tak ada siapa yang boleh menghalangnya.

Baca tulisannya di bawah:


Setiap kali saya membaca berita mayat bayi ditemui mati - air mata saya akan berlinang. Saya merasa begitu sedih kerana sebagai warga saya merasa sama bertanggung jawab terhadap tragedi ini. Saya merasakan kita semua sebagai warga wajib bertanggung jawab bersama di atas kematian bayi itu.
Kali pertama saya terbaca berita mayat bayi ditemui ialah pada tahun 1995. Ini hanya beberapa bulan setelah saya pulang ke Malaysia setelah tinggal di luar negara selama 20 tahun. Berita yang saya baca itu melaporkan bagaimana mayat bayi ini telah ditemui dalam bakul motorsikal di tempat letak motosikal di wilayah lapangan terbang Subang. Saya terperanjat besar kerana inilah kali pertama saya terbaca berita sedemikian.
Kemudian — selang beberapa bulan - saya terus membaca laporan berita mayat-mayat bayi yang ditemui mati. Ada yang dijumpai tertanam di tepi batang pisang, di dalam tandas, di tempat pembuangan sampah. Akhirnya saya tidak memiliki kesanggupan untuk membaca. Kalau saya ternampak laporan berita tentang janin atau bayi dalam akhbar saya akan menutup akhbar tersebut. Kali akhir saya terlihat  gambar mayat bayi yang dibuang mati telah dihurung oleh semut. Saya hampir muntah melihat gambar ini. Saya hairan dan tidak faham apa tujuan akhbar ini memaparkan gambar ini.
Aduh! Apa yang sebenarnya sedang berlaku?
Saya sering menimbulkan persoalan ini. Dalam tulisan dan dalam forum-forum terbuka saya akan bertanya dan menimbulkan kisah-kisah bayi dibuang. Di forum-forum ini saya akan mendakwah untuk membawa pencerahan kepada warga agar dapat melihat kes bayi dibuang ini dari satu sudut yang berbeza.
Ketika ini saya melihat seolah-olah kita — warga dewasa dan pemimpin masyarakat — telah sampai ke jalan buntu apabila berhadapan dengan kes bayi dibuang. Malah kerana bayi dibuang mati sering dilaporkan maka kita semua telah menjadi lali. Berita sedemikian tidak lagi memeranjatkan kita semua.
Di forum terbuka secara sedar saya memanjangkan leher bersuara untuk mengajukan satu lagi cara memandang masalah yang sama. Saya bukanlah seorang pendakwah moral. Saya berdakwah dengan  membuka surah tentang kematian James Bulger. Jimie - nama manja kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun - telah dibunuh oleh dua orang kanak-kanak yang berumur 9 tahun. Tragedi pembunuhan kanak-kanak ini berlaku pada tahun 1993 di Liverpool England. Tragedi ini berlaku ketika itu saya masih lagi warga kota London.
Apabila berita tragedi ini dilapor media — bukan sahaja masyarakat Britain yang terperanjat, malah seluruh warga Eropah terkejut sama.  Dari Stockholm hingga ke Sardinia warga Eropah tertanya-tanya. Persoalan muncul: Apa telah berlaku dalam masyarakat British? Dari mana kesilapan ini datang? Apa punca tragedi ini?
Apa yang menarik perhatian saya ketika itu ialah bagaimana satu tragedi ini telah memanggil semua anggota masyarakat untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat. Para profesor kaji masyrakat, para akedemia, para agamawan, pekerja sosial, politikus, pemimpin masyarakat, ibu dan ayah — semuanya membincangkan tragedi kematian Jimie. Satu kematian anak kecil ini telah membuka mata setiap warga di Britain. Saya ulangi - hanya satu kes kematian - telah membuka mata seluruh negara.
Bagaimana pula sikap masyarakat Malaysia apabila berhadapan dengan tragedi bayi  ditemui mati dibuang. Bukan seorang. Bukan dua. Bukan sepuluh. Jangan terperanjat apabila saya nyatakan statistik rasmi disini.
Dari 2000-2006 seramai 580 bayi telah dibuang. Dari awal tahun hingga bulan Ogos ini seramai 73 bayi telah dibuang. Ada yang dijumpai di tepi tong sampah, dalam tong sampah, tertanam dalam belukar dan ada yang ditemui di rumah kosong. Seramai 29 bayi yang dibuang ini telah ditemui hidup manakala 44 orang telah ditemui mati. Ini angka rasmi dari pihak polis sendiri.
Jangan terperanjat apabila saya berani menyatakan bahawa saya cukup yakin ibu bapa bayi-bayi tersebut pastilah dari anak muda dan gadis Melayu.  Melayu yang saya maksudkan di sini pastilah beragama Islam. Bayi-bayi ini lahir dan kemudian dibuangkan adalah hasil dari hubungan seksual di luar nikah.
Justeru, kerana masyarakat  terus menganggap bayi-bayi yang dibuang ini bayi Melayu maka yang awal bersuara ialah para agamawan kita. Untuk saya para agamawan ini hanyalah birokrat agama yang mungkin terdidik dalam bahasa Arab di Jordan atau di Mesir. Para birokrat agama ini hanya bersuara dengan membawa hujah-hujah moral. Lalu dijanjikan api neraka sebagai balasan kerana membuang anak yang tidak berdosa.
Para birokrat agama ini menggunakan api neraka, dosa dan pahala sebagai hujah dalam usaha untuk memadamkan keinginan seksual anak-anak muda. Saya menolak hujah moral sebagini. Hujah moral yang dijaja oleh para birokrat agama telah terbukti tidak membawa apa-apa makna kepada anak-anak muda yang testosterone sedang memuncak.
Saya berani berkata sedemikian kerana dari tahun 2008 — 2010 terdapat 152,000 apa yang dipanggil kelahiran anak di luar nikah. Ini adalah stastik rasmi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Angka ini menunjukan bahawa hujah moral telah tidak berjaya mengurangkan testosterone anak-anak muda yang baru belajar 'mengawan'.
Dari angka-angka ini saya menimbulkan persoalan kenapa hanya bayi Melayu sahaja yang dibuang? Kenapa hanya hanya anak gadis Melayu sahaja yang melahirkan anak di luar nikah. Apakah anak gadis Cina, anak muda India tidak memiliki keupayaan untuk bersenggama?
Saya menimbulkan persoalan ini kerana amat jelas tragedi pembuangan bayi ini rata-rata sedang melanda masyarakat Melayu/Islam. Pembuangan bayi ini adalah manifestasi kesakitan sosial yang sedang melanda masyarakat Melayu.
Cuba bayangkan  580 bayi dibuang mati. Jumlah ini sama dengan satu batalion askar Melayu DiRaja. Cuba bayangkan 73 orang bayi dibuang tahun ini. Jumlah ini sama dengan dua buah kelas darjah satu di Sekolah Kebangsaan Bangsar.
Kerana fakta di atas, saya telah menolak hujah moral. Sebagai ganti saya mengajukan bahawa telah sampai masanya kita menerima hakikat yang masyarakat Melyu tradisional  sedang mengalami perubahan struktur sosial. Perubahan sosial masyarakat Melayu ini dibawa datang oleh perubahan asas ekonomi. Kalau dahulu Melayu tradisional bertani di kampong-kampong kini telah wujud generasi kedua Melayu yang hidup memburuh di dalam kota.
Perubahan struktur sosial yang dibawa oleh ekonomi ini juga telah membuka perhubungan sosial yang baru antara anggota masyarakat. Kalau dahulu jejaka dan gadis hanya bertemu ketika kenduri kedara. Gadis pingitan bertemu jejaka di hari perkahwinan hanya tinggal sebagai kisah yang lampau. Hari ini anak gadis dan  sang jejaka bertemu siang dan malam.
Saya tidak menolak peranan agamawan tetapi jelas kelihatan pendekatan moral telah meleset dan gagal. Saya juga tidak menolak bahawa pandangan para agamawan ini berniat baik, jujur dan ikhlas. Tetapi di sini yang kita perlukan bukan nait baik atau kejujuran. Niat baik sahaja tidak akan memberhentikan anak —anak muda dari melakukan hubungan seksual.
Berahi seksual dialam remaja tidak hanya dapat dilentur dengan mandi air sejuk atau jampi serapah. Ianya memerlukan satu pendekatan baru. Kepul asap sebagai alat menghantar maklumat tidak mungkin mengatasi maklumat sms dari talipon bimbit.
Justeru, kita wajib berani melihat bayi yang dibuang ini sebagai tanggung jawab kita semua. Para agamawan tidak memonopoli kebenaran. Para politikus wajib lebih berani membuat keputusan. Para ilmuwan dari semua cabang ilmu wajib turut sama memberi pandangan dan pendapat. Tua dan muda wajib berbincang sama hal ini.
Saya yang mendakwah untuk membawa pencerahan mencadangkan anak anak muda kita diberitahu tentang nikmat hubungan seksual. Tidak perlu orang tua-tua — oldtai — berselindung dan cuba menafikan bahawa bersenggama itu memang seronok dan penuh nikmat. Tetapi anak anak muda juga wajib disedarkan bahawa hasil dari hubungan seksual itu memungkin melahirkan seorang insan.
Justeru kita akan memberi tabik hormat jika mereka memilih untuk tidak bersenggama. Tetapi kalau tekanan testosterone cukup merangsang saya mencadangan anak-anak muda menggunakan kondom. Untuk sementara waktu saya berpendapat hanya kondom yang akan dapat mengurangkan bayi dibuang mati. Saya juga berpendapat bahawa orang tua-tua telah kehilangan modal dan hujah untuk melunturkan kemudaan anak-anak muda.
Saya tidak mahu air mata saya terus berlinang  membaca berita penemuan mayat bayi yang ditanam di belakang reban ayam. Masanya telah sampai untuk kita semua mendewasa dan bukan terus berselindung dibelakang tabir moral.

Monday, 12 December 2011

Saya Tak Perduli Samada Presiden Suka Atau Tak Suka, Yang Penting Allah Suka - Hassan Ali

Dr Hassan Ali menyatakan rasa tak kisahnya samada dia terpilih atau tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13 nanti. Segala apa yang dilakukan selama ini bukannya demi untuk mendapatkan pengiktirafan Pesuruhjaya Selangor atau hatta Presiden Pas sekalipun. Segalanya dibuat demi Allah semata-mata.

Dia tak perduli samada DAP suka padanya atau tidak dan samada PKR suka padanya atau tidak yang pentingnya dia akan sentiasa memperjuangkan kedaulatan raja-raja, hak istimewa orang melayu dan keistimewaan agama Islam di negara ini.


Daripada kenyataan dr Hassan Ali ternyata memang benar sebagaimana komen Nakaie tadi dalam berita utama. Dr Hassan Ali adalah seorang yang mempunyai prinsip. Tidak seperti Pas yang bagi Nakaie telah mengorbankan prinsipnya demi mahu mendapatkan sokongan daripada non-muslim di Malaysia. Pas sebenarnya berada di dalam dilema apabila bekerjasama dengan DAP dan juga PKR, tambah Nakaie lagi.

Ada 3 isu yang mahu Dr Hassan Ali perjuangkan dan sanggup bekerjasama dengan Perdana Menteri jika beliau dijemput untuk melakukan atau menyumbang sesuatu bagi menangani isu tersebut:

  1. Mendaulatkan kedudukan raja-raja.
  2. Mempertahankan hak istimewa orang melayu
  3. Menentang usaha berbagai pihak yang mahu memurtadkan orang Melayu.
Jika kita lihat semua yang tersebut di atas hanyalah mainan Umno yang telah mempergunakan semua isu tersebut demi kepentingan politik mereka sedangkan samada DAP atau PKR atau PAS sekalipun tidak pernah mahu merendahkan kedaulatan raja-raja. Tengok bila Kerajaan PR Selangor mahu mengembalikan kuasa perlantikan setiausaha kerajaan negeri pada raja, BN pula yang menolaknya.

Mengenai hak istimewa orang Melayu, memang tak ada sesiapa yang menolaknya cuma kita perlu faham beza antara 'hak istimewa' dengan hak dimanjakan' sehingga lansung tidak kopetitif. Kita juga perlu berhati-hati atas sikap mereka yang selama ini menggunakan nama hak istimewa orang melayu untuk membolot kekeyaan pada melayu yang dia kenal saja.

Masalah murtad pula bukanlah masalah yang baru dan bukan pula ditimbulkan oleh DAP atau PKR atau PAS, ia adalah masalah orang melayu sendiri yang lemah pendidikan agamanya dan lebih mengutamakan material dan keseronokan hidup daripada akhirat. Kita tidak boleh menggunakan isu ini untuk menuduh bahawa pakatan rakyat membantu orang melayu murtad sedangkan masalah pokok tidak kita hadapi.

Tok Arab Mekah Rogol Anak Sendiri Selama 7 Tahun !

Tinggal di bandar suci Mekah bukanlah jaminan anda akan menjadi seorang yang berakhlak mulia. Kalau perangai tak senonoh, tinggal di manapun dia akan buat kerosakan juga.

Begitulah yang terjadi pada seorang bapa di bandar suci Mekah yang didapati bersalah merogol anak gadisnya sendiri selama 7 tahun apabila dipengaruhi oleh dadah. Rahsia tersebut terdedah apabila bapa saudara kepada gadis itu memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya adalah dirotan sebanyak 2,080 kali dan dipenjarakan selama 13 tahun.

Sunday, 11 December 2011

Nilai Keselamatan Negara Hanya Di Hujung Jari Blogger Papagomo Tak Siuman

Tak ada pernah lagi kita dengar mana-mana negarapun dalam dunia ini yang menganggap kekuatan  persenjataan serta kelengkapan ketenteraan negara menjadi tidak bernilai sehingga ia hanya mainan seorang blogger tak siuman yang mendapat keistimewaan melebihi semua orang lain dijemput menaiki Scorpene, Kapal Selam Negara.

Jika dinilai dari sudut profesionalism antara blogger yang menggunakan nama samaran dengan para wartawan yang berkhidmat kepada media tanahair, sudah tentu nilai etika serta kebertanggung jawaban seorang wartawan amat jauh mulia berbanding blogger. Apatah lagi blogger itu pula adalah Papagomo yang melalui tulisannya melambangkan manusia yang menghadapi krisis jiwa yang kronik dan tidak terurus.

Malangnya Kerajaan dan khususnya pihak ketenteraan memandang remeh perkara tersebut dan melepaskan seorang blogger tak siuman sebegitu untuk melawat kapal selam negara selama 5 jam dan berpeluang menyelidiki kekuatan serta kelemahan kapal selam tersebut.


Papagomo dengan bangganya menulis,

"Ada yang Gomo boleh ceritakan dan ada juga yang Gomo tak dapat nyatakan atas faktor kepentingan Ketenteraan negara"


seolah-olah dia merupakan orang yang amat penting yang berkhidmat untuk negara dan mempunyai jaringan serta pengetahuan yang luas dalam politik ketenteraan dunia. Apakah jaminan seorang yang celaru pemikirannya tidak akan mendedahkan segala maklumat tersebut kepada pihak yang ingin melakukan sesuatu yang tidak baik kepada keselamatan negara.

Kebejatan pemikiran sebegini seolah-olah kerajaan yang ada mempunyai pemikiran kelas 3 yang amat memalukan. Apakah mereka memikirkan semua itu ketika mengangkat kedudukan seorang blogger tak siuman menyelidiki sebuah kelengkapan perang bernilai berbillion ringgit?

Apa yang jelas sebagai seorang warga negara Malaysia yang cintakan negaranya dan memandang tinggi terhadap kecekapan pemimpin negara sepatutnya merasakan amat terhina sekali dengan sikap dunggu Kerajaan yang ada yang mempermainkan keselamatan negara berada dihujung jari seorang blogger yang tidak siuman, Papagomo.

Baca liputan blogger tak siuman yang dijunjung tinggi penuh keistimewaan Umno di bawah:


KRU KD Tun Razak Memang Broterhood

Semalam 9 December 2011 satu tarikh bersejarah apabila Gomo berpeluang menaiki dan belayar bersama anak kapal KD Tun Razak yang mana sebuah kapal selam yang juga dikenali dengan nama Scorpene. Sekitar 5 jam perjalanan dari Pelabuhan menuju ke lautan yang mana sekitar 45 batu Nautika dari pelabuhan pantai Langkawi.

Semalam juga Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang telah dibawa dengan menaiki 2 Helikopter bersama sama dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Dato Mansor dan Timbalan Ketua Menteri 2 P. Ramasamy dalam melihat dan merasai selaman yang dilakukan oleh KD Tun Razak. Dan tepat jam 15.46 petang KD Tun Razak yang membawa 6 orang awam dan 40 anak kapal yang mana Lim Guang Eng turut berada didalam KD Tun Razak melakukan selaman.


Wartawan TV3 dan Bernama

Pada jam 17.08 petang KD Tun Razak mula timbul yang mana menyaksikan selaman yang dilakukan memakan masa kira kira 90 minit didalam perairan Selat Melaka Utara. Apa yang Gomo nak nyatakan disini Misi KD Tun Razak semalam suksess apabila segala galanya berjalan lancar dalam membuktikan kepada para media terutamanya Pakatan Pembangkang akan keupayaan Kapal Selam Scorpene KD Tun Razak ini.

Lim Guan Eng dalam laporan di Malaysiakini mengakui keupayaan KD Tun Razak namun dalam masa yang sama beliau turut memberikan satu lagi Rekayasa Jahat apabila menyatakan:

"Kita tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam"

Apa jenis kenyataan yang Guan Eng ini keluarkan? Sudah mengakui keupayaan KD Tun Razak namun cuba SPIN mengenai kos Kapal Selam Scorpene pula diakhir ayatnya.


"Sempit Nak Masuk"

Gomo selama 5 jam didalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada Kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia. Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang manaRAHSIA kepada negara.


"Risiko Jatuh Laut Tu Beb"

Ada yang Gomo boleh ceritakan dan ada juga yang Gomo tak dapat nyatakan atas faktor kepentingan Ketenteraan negara. Namun yang pasti Harga Kapal Selam yang dibeli Kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi Skop Skop kepentingan STRATGIK buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan malah TLDM juga menyimpan segala maklumat SULIT berkaitan Kapal Selam Scorpene ini.


TLDM telah memberikan yang perkhidmatan yang terbaik buat negara malah dalam memberikan kebenaran kepada pemimpin DAP yang sebelum ini hebat menyerang pasukan Tentera maka Guan Eng serta 2 pemimpin Pembangkang dijemput untuk mencuba dan merasai keupayaan Kapal Selam KD Tun Razak. Kos dalam misi semalam dalam membawa mereka ini demi kebenaran? Apakah mereka tidak sedar begitu baik dan telus pasukan TLDM dalam melayan mereka yang mana pemimpin Kerajaan pun tidak memperolehi nikmat sepertimana yang mereka perolehi semalam.


Ini lah yang dinamakan Pembangkang, buat baik macam mana sekalipun mereka akan katakan tidak Ok. Buat teladan macam mana sekalipun mereka tidak akan ikut. Agenda DAP jelas dalam menggugat keselamatan rakyat Malaysia. Agenda halus dalam menjadi proksi kepada negara negara luar yang seteru dengan Malaysia.


"Guan Eng Pig"

Gomo akan susuli nanti dengan cerita dalam Kapal Selam dimana Lim Guan Eng hampir muntah akibat mabok laut. Dan gambar gambar yang mana boleh dikeluarkan kepada pihak awam bagi tontonan dan perhatian sebenar akan Kapal Selam kebanggan kita Rakyat Malaysia.


"Sehati Sejiwa Anak Kapal KD Tun Razak"

Untuk makluman semua, apa yang paling menyentuh perasaan Gomo apabila berada didalam KD Tun Razak apabila mendengar Kru Kru yang terpaksa menahan tomahan dan cacian apabila mereka berada didarat dan kampung halaman. Kerana Fitnah Jahat pakatan Pembangkang atas apa yang mereka usahakan. Bukan mudah untuk menjadi anak kapal KD Tun Razak ini dalam seribu mungkin seorang terpilih dan jangan ingat tugas untuk menjadi Kru KD Tun Razak semudah ibarat menjadi MB Pineng yang goyang kaki sambil meraba Nenen.