Pages

Friday, 25 November 2011

Guru Quran Dipenjara 10 Minggu Menyepak Dan Menampar Kanak-Kanak !

Sabir Hussain, 60 tahun merupakan seorang guru Quran yang mengajar secara sukarela di sebuah Masjid di UK. Pada tahun lalu tindakannya menyepak dan menampar anak muridnya seramai 4 orang yang berumur antara 10 ke 13 tahun telah dirakamkan secara sembunyi oleh sekumpulan pekerja dari sebuah stesen TV di sana.

Gambar beliau menghukum kanak-kanak tersebut dengan menyepak dan menampar telah disiarkan untuk tontonan umum yang seterusnya membawa kepada pendakwaannya. Bagi rakyat Britain hukuman sebegitu terhadap kanak-kanak yang lemah tidak dapat diterima sama sekali. Baca laporannya di sini.

Budaya mengajar dengan garang memang dah menjadi kebiasaan kepada masyarakat kita pada masa dahulu. Kebanyakan tok-tok guru mengaji Quran di kampung dulu memang garang. Kena pukul dengan rotan merupakan perkara biasa bagi para pelajar yang nakal dan juga lembab. 


Kalau baca buku Abdullah Musyi dalam Hikayat Abdullah, beliau menceritakan bagaimana tok-tok guru mengaji menghukum para muridnya dengan berbagai hukuman yang berat termasuklah digantung kaki di atas dan kepala dibawah sambil dibakar sabut dibawah kepala kanak-kanak yang dihukum itu.

Zaman makin berubah dan bentuk hukuman semakin ringan. Pada masa saya belajar mengaji di masjid dulu kena tibai dengan rotan dikaki memang biasa kalau nakal dan bermain-main ketika belajar.

Kebiasannya para ibubapa tak pernah merungut jikalau anak-anak mereka dipukul sehingga berbekas. Lagipun  anak mereka tak akan menceritakan pada ibubapa jika kena pukul. Kalau ibubapa dapat tahu biasanya mereka akan tambah lagi hukuman bonus di rumah pula dengan dirotan kerana memalukan mak bapa.

Itu semua cerita dulu-dulu. Pada masa tok-tok guru mengajar mengaji secara percuma tanpa meminta apa-apa balasan. Kini semua sudah berubah. Nak belajar mengaji Quran kena bayar, semuanya sudah tidak percuma lagi. Guru-guru pula ada yang akan pergi ke rumah anak muridnya untuk mengajar mengaji dan dibayar upahnya.

Sejak segalanya berbayar, guru-guru garang yang menghukum aanak muridnya dengan rotan sudah tidak ada lagi. Guru semua sudah menjadi profesional dan sabar sahaja dengan kerenah anak-anak murid mereka, asalkan ibubapa mereka membayar upahnya mengajar, mereka tak kisah jikalau kanak-kanak itu nakal.

Tetapi dalam kes menghukum dengan menendang dan saya masih belum pernah dengar lagi ada dilakukan oleh tok-tok guru dulu. Setakat penampar dan dicampakkan cangkul pada kanak-kanak nakal adalah!

Thursday, 24 November 2011

Tandas Awam Terbaik Di Malaysia Ada Di Ayer Kroh!

Ini tandas awam terbaik di Malaysia
Siapa yang tidak pernah masuk tandas awam?, kalau ada yang tak pernah masuk tentu ada sesuatu yang tak kena pada orang itu.

Bagi yang pernah masuk tentu ada pengalaman melihat kepelbagaian tandas awam kita terutamanya dari segi ketidak bersihannya. Bukan saja tandas awam, malah banyak tadas di masjid atau surau di negara kita berada di tahap yang amat menyedihkan.

Sebelum ini saya ada memaparkan tentang pertandingan tandas awam terbaik di Amerika dan saya ada tunjukkan gambar bagaimana rupanya tandas pemenang di sana, amat bersih dan mengkagumkan.

Tetapi ada seorang pengkomen yang masuk dan memberikan komennya bahawa itu semua adalah sihir dunia di mana ramai manusia yang tidak perasan. Beliau juga seolah-olah mengatakan nabi melarang manusia menjaga kebersihan dan kesempurnaan tandas. Baca sini


Saya tak pasti apa sebenarnya yang cuba hendak disampaikan oleh pengkomen tersebut tetapi saya pasti dia lebih banyak menghafal kata-kata ulama atau hadith tanpa berusaha memahami konteks sebenar atau maksud sebenar segala yang diperkatakan tersebut. Memang ramai daripada kita hanya mengulang kata apa yang disampaikan oleh guru kita. Tak ubah seperti burung kakak tua yang tak tahau apa yang disebutnya.

Kembali ke tajuk kita semula tentang satu audit kebersihan tandas awam yang dilancarkan terhadap tandas awan seluruh negara baru-baru ini berjaya mencari tandas terbaik di negara kita. Ia di menangi oleh tandas awam R&R Kota Fesyen, Ayer keroh.

Mereka telah mengaudit sebanyak 554 tandas awam di seluruh negara dan mendapati lebih daripada separuh tandas awam di negara kita berada di dalam keadaan yang lansung tidak memuaskan. Baca laporannya di sini

Fakta Pelik Tentang 'Jumlah Pengambilan Kalori' vs 'Pendapatan Yang Dibelanjakan Untuk Makan'

Kajian mengenai tabiat makan beberapa negara di dunia mendedahkan satu fakta mengejutkan tentang berapa jumlah kalori seseorang itu makan sehari dan berapakah jumlah peratusan daripada pendapatannya digunakan untuk membeli makanan.

Kajian mendapati negara maju yang mengambil jumlah kalori lebih daripada sepatutnya dalam masa sehari hanya menggunakan jumlah peratusan yang kecil sahaja daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan.

Negara yang kurang maju pula yang mengambil jumlah kalori yang rendah menghabiskan lebih separuh daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan.

Sebagai contoh di Amerika, setiap rakyatnya mengambil secara purata sejumlah 3,770 kalori makanan sehari dan setiap orang hanya menghabiskan 6.9% sahaja daripada pendapatannya untuk membeli makanan.

Di Angola pula, setiap rakyatnya mengambil secara purata sejumlah 1,950 Kalori sehari dan mereka menghabiskan sehingga 80% daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan! Anda boleh lihat visual maklumat di sini

Berapakan jumlah pengambilan kalori anda sehari dan berapa pula peratusan daripada pendapatan anda yang digunakan untuk membeli makanan? ini sesuatu yang menarik untuk kita selidiki.



Wednesday, 23 November 2011

Antara Zul Kulim 'vs' Syed Husin, Siapa Yang Anda Percaya?

Lebai ni bila gelabah dia akan panggil orang 'anjing' !
Kalau kita baca semua tulisan berapi 'Zul Kulim Mat Over Lompat Katak Cakap Kuat Otak Tak Dak' (panjangnya gelaran dia...hahaha), kita sudah tentu bole baca apa yang difikirkan dalam tempurung kepala Zul Kulim ni...biasanya dia tak boleh fikir dengan lurus sebab dalam tempurung kepala dia tu kosong tak ada apa, hahaha, hanya lebir keputih-putihan yang tidak berfungsi.

Tulisan Syed Husin baru-baru ni mendedahkan perangai sebenar Mamat Kolot MP bidan terjun yang tersilap jadi lawyer itu. Dia dikatakan minta duit sebab sesak tak boleh cari makan lagi.

Zul Kulim kata pulak kalau dia nak duit anytime dia boleh dapat kerana dia lawyer. Dia boleh niaga senang-senang dengan firma guamannya. Piiiraaah mat kulim ooi, hang ingat aku tak tau ka bersepah lawyer tak boleh cari makan, bersepah lawyer songlap duit orang sebab tak reti berniaga, dalam 100 lawyer berniaga hanya 5 saja yang survive...memandangkan hang Zul Kulim ooi tu otak kosong tentu hang lebih teruk dari semua lawyer lain...hahaha, kalau hang reti niaga buat apa hang cari makan dengan jadi ahli politik...hahaha..pirah mabok!.

Kalau kita baca tulisan Syed Husin Ali yang menulis beberapa buah buku kita boleh agak macam mana cara Syed Husin ni berfikir. Dia beradab dan mendalam pemikirannya sebab dalam tempurung kepala Syed Husin ada akal yang berfungsi. Syed Husin tak pernah dilihat melalak samada secara real atau secara maya macam Mat Kulim tu. Dalam macam tupun Zul Kulim panggil Syed Husin sebagai Anjing Pencen!!!

Takkan hang nak percaya dengan Mamat Zul Kulim tu kot hahaha hang jangan buat lawak la ooi, melainkan hang orang Umno, hahaha, sama lah depa tu macam Zul Kulim gak.

Tuesday, 22 November 2011

8 Tunggak Yang PAS Perlu Perkasa Dan Satukan Untuk Tumbangkan UMNO

Jika PAS mahu menumbangkan UMNO dan seterusnya menjadi parti dominan yang mengambilalih pemerintahan di Putrajaya, Pas perlu melihat kepada 8 tunggak di bawah untuk diperkasakan dan seterusnya disatukan agar tidak berpecah dan sama-sama bekerja bagi mencapai matlamat. 8 Tunggak tersebut adalah:

  1. Pemimpin yang bijaksana
  2. Golongan ulama
  3. Golongan pekerja atau pelaksana
  4. Golongan solehin
  5. Golongan pejuang yang berani mati
  6. Golongan usahawan yang kaya raya dan juga karyawan yang membangunkan kesusasteraan
  7. Golongan daie yang kuat berdakwah
  8. Golongan wanita yang solehah
Masing-masing ada peranannya daripada pemimpin, ilmuan, pejuang, ekonomis, artis, pekerja, pendakwah, abid, dan feminis perlu setia dengan kecenderungan dan tugasan mereka. Mereka seterusnya disatukan dan diperkasakan bagi sama-sama berusaha menuju matlamat.

Mungkin Bob Lokman yang bertukar haluan daripada dunia artis perlu kekal dengan bakat kecenderungannya dalam dunia artis dan membangunkan dunia tersebut agar selaras dengan kehendak syariah. Pas sudah ramai para alim ulama sejak dahulu dan tidak perlulah para artis yang bertukar haluan terjun meramaikan lagi bidang yang mereka kurang mahir. Bukan nak tuduh mereka tak layak, tapi buatlah perkara yang kita paling mahir agar impaknya lebih optimum.

Baca tulisan Ustaz Amin di bawah yang menarik untuk difikirkan:

Sekilas 9 - Manual Membina Ummah

Israel dibina dengan satu perancangan yang sangat rapi. Jika kita hendak menumbangkan mereka, kita juga perlu merancang dengan lebih rapi.

Bagaimana hendak memulakan perancangan rapi ini. kita hendaklah kembali kepada petunjuk dari hadith.

Akhir zaman Islam akan bermula dari timur. Jika kita berbicara mengenai timur, maka rantau nusantara ini terlibat. Kesungguhan orang nusantara terhadap membantu saudara kita Palestin lebih baik jika hendak dibandingkan dengan orang Arab sendiri. Kita lihat beberapa negara Arab termasuk yang bersempadan dengan Palestin sendiri pun, mereka membiarkan sahaja pembantaian saudara kita di Palestin.

Bagaimana kita hendak memulakannya? Kita mula dengan mengumpul tunggak Ummah Islamiah. Ia didirikan oleh lapan golongan.

1. Pemimpin yang bijaksana
2. Ilmu para mujtahid
3. Peluh para amilin (pekerja)
4. Doa para solihin
5. Darah para syuhada
6. Harga para aghniya (orang yang kaya)
7. Kehebatan para daie (pendakwah)
8. Rahim wanita yang solehah.

Sejarah membuktikan bahawa ketika Rasul saw sampai di Madinah, baginda membentuk lapan golongan ini.

Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali antara para sahabat yang awal masuk Islam, mengapa mereka tidak banyak meriwayatkan hadith. Ini kerana mereka dibentuk oleh Nabi sebagai pemimpin.

Abu Hurairah masuk Islam di Madinah, tetapi mengapa antara yang paling banyak meriwayatkan hadith, ini kerana Nabi bentuk dia menjadi ulama.

Abdul Rahman bin Auf, Nabi bentuk menjadi amilin yang membangunkan ekonomi Islam, Hassan bin Thabit membangunakan kesusteraan Islam dengan syairnya.

Ada ahli sufah yang duduk beribadah di Masjid. Usamah bin Zaid watak sebagai panglima perang, ketika umurnya 17 tahun telah memimpin satu bala tentera. Para Daie seperti Abdullah Ummi Maktum yang buta dan wafat di Syria. Begitu juga wanita-wanita yang solehah yang melahirkan generasi-generasi yang soleh dan solehah.

Kerajaan Bani Umayyah tumbang ketika lapan golongan ini berpecah. Kerajaan Abasiah bermula dengan menggabungkan lapan golongan ini. Akhirnya mereka dapat membina ummah ini.

Ketika Monggol melanggar Baghdad, lapan golongan ini juga telah terpecah. Umat lemah. Kemudian, Uthman al-Ghazi membina kerajaan Uthmaniah dengan menggabungkan lapan golongan ini.

Pada 1924, ketika dibubarkan khilafah Uthmaniah, lapan golongan ini sedang berpecah. Musuh Islam dapat menumbangkan mereka dengan mudah. Hasilnya, tertubuhnya negara Israel.

Kini, di ketika seluruh dunia mengakui kebangkitan Islam, langkah pertama yang perlu dibuat ialah menggabungkan lapan golongan ini. Ia bermula dengan kita di nusantara. Sebab itu, setiap kali kita bertemu dengan orang, satukan mereka. Lihat peranan yang boleh mereka buat untuk Islam. Di luar sana, banyak tenaga-tenaga yang terbiar kerana tidak disatukan.

Saya yakin, lapan golongan ini akan dapat disatukan jika ada usaha dibuat dengan makisima. Oleh kerana ada janji hadith bahawa orang Yahudi akan dapat dikalahkan nanti, maka saya yakin golongan ini akan dapat dibentuk. Mari kita mulakan untuk bersatu dan mari kita mulakan untuk membahu.

Akhirnya, Di dalam surah as-Saf ayat 4 Allah berfirman:-

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Semoga, kebangkitan Islam akhir zaman sempat kita lihat semasa hayat kita ini. Kita rindu untuk melihat Islam diterima oleh manusia sejagat. Keindahannya dapat dilihat oleh mata dan dirasa oleh hati.


Monday, 21 November 2011

Perpekstif Perlembagaan Selepas Tsunami 2008 - Abdul Aziz Bari

Siapa yang minat politik sudah tentu kenal siapa dia Prof Abdul Aziz bari. Orang Umno amat benci pada Aziz Bari manakala penyokong pakatan Rakyat amat meminati beliau walaupun sekali sekala beliau menghentam pedih parti dalam pakatan rakyat terutamanya Pas.

Prof Aziz bari memang seorang pakat dalam perlembagaan negara kita dan beliau amat konsisten dari dulu sampai sekarang mengkritik pemerintah negara yang tidak mengikut aspirasi yang dikehendaki dalam perlembagaan.

Buku sebagaimana tajuk di atas adalah koleksi tulisan beliau yang disiarkan di dalam akhbar Sinar selepas peristiwa mengejut Barisan Nasional tidak berjaya mengekalkan kemenangan 2/3 majoriti.. Semua kejadian selepas daripada tsunami 2008 diulas oleh prof Aziz bari melalui perspektif perlembagaan.

Tulisannya amat menarik dan santai sesuai untuk semua golongan. Bagi mereka yang mahu melihat perlembagaan tidak dipijak-pijak dan punyai impian agar Umno disingkirkan daripada terus menguasai arena politik tanah air perlu membaca buku ini.


Adalah amat merugikan terutamanya para pejuang pakatan rakyat yang tidak mengambil sedikit kefahaman tentang perlembagaan dengan membaca buku tulisan Aziz bari ini. Anda boleh membelinya di kedai buku MPH dengan harga RM35.00

Apa yanga paling menarik bagi saya tercatat dalam buku ini adalah kata-kata sindiran Aziz Bari terhadap Barisan nasional dengan menggelar mereka sebagai pengamal politik bawa lari tiang gol.

Bayangkan sebuah perlawanan bolasepak yang lawan kita sering melarikan tiang gol setiap kali kita hendak menjaringkan gol...agak-agak boleh menang dak?

Sunday, 20 November 2011

Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu - Rustam A Sani

Buku ini merupakan satu analisis terhadap Kesatuan Melayu Muda yang merupakan parti politik melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1938 dan dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Ini merupakan satu permulaan kepada kemunculan apa yang dinamakan sebagai 'golongan kiri melayu'.

Buku ditulis berdasarkan latihan ilmiah penulis ketika menuntut di Universiti Kent pada tahun 1975 bagi memenuhi keperluan pengajiaannya. Jadi ia bukanlah satu penulisan berbentuk cetusan idea atau pendapat sebaliknya lebih merupakan satu menelitian sejarah yang berdasarkan kajian.

Walaupun bunyinya berat dan membosankan tetapi banyak yang saya dapat kutip daripada pembacaan buku ini dan salah satu yang paling penting adalah kefahaman tentang bagaimana caranya orang melayu pada era sebelum tahun 1930-an dahulu berfikir tentang politik dan kenapa kesedaran serta keterlibatan orang melayu amat lewat dalam pergerakan politik.


Buku ini memberikan jawapan kepada saya kenapa sampai sekarang masih ada orang melayu yang lebih selesa menjadi hanya pak turut dan tidak mahu ambil pot dengan urusan kepimpinan negara. Kenapa ada golongan melayu yang kerjanya hanya mempertahankan segala perbuatan dan kedudukan pemimpin ang ada dan tidak pernah mencabar kedudukan pimpinan yang ada.

Secara ringkasnya perkara yang paling menarik yang saya ceduk dari buku ini adalah bahawa datuk nenek kita dulu orang Melayu mempunyai anggapan dan juga pegangan bahawa orang biasa atau rakyat tidak layak membicarakan tentang hal ehwal pemerintahan atau politik.

Hal ehwal politik hanyalah layak dibicarakan oleh mereka yang berada di kerusi atau takhta golongan bangsawan pemerintah sahaja dan bukan di kalangan rakyat biasa. Kalau nak berkumpulanpun hanya setakat bagi menjalankan aktiviti kebajikan sahaja.

Oleh sebab itulah sampai sekarang masih ramai yang mewarisi pemikiran bahawa hanya orang tertentu dan dari kumpulan tertentu sahaja yang layak menjadi pemerintah negara ini. Kemunculan individu secara tiba-tiba daripada golongan rakyat biasa dan lebih lagi daripada parti selain Umno merupakan satu kejutan terhadap orang melayu dan akan dianggap sebagai penderhaka atau pembelot melayu kerana cuba mencampuri urusan golongan aristokrat yang sudah ada chop mohor sebagai ketua sampai bila-bila.

Berminat nak beli pergi kat sini