Pages

Saturday, 5 November 2011

PM Najib Razak Kena Jawab Ni !!!


Kasihani rakyat Kelantan

Ini salinan jawapan Tun Razak kepada  Lim Kit Siang

Ini jawapan Najib

Siapa pembohong sebenarnya dan siapa yang berlaku kejam kepada rakyat yang berhak?




Sumber

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional - Jelebu

Semalam sempat merayap sebentar ke Jelebu, Negeri Sembilan, kubu kuat blogger Tukar Tiub untuk meninjau sebuah kawasan perkelahan air terjun yang diberi nama Jeram Gading. Terdapat sebuah resort kepunyaan Majlis Daerah Jelebu (MDJ) di kawasan tersebut.

Resort kepunyaan MDJ itu amat stratejik kerana letaknya betul-betul di sebelah jeram yang cantik dihampari batu-batu dan penuh dengan air yang mengalir deras menimbulkan irama segar deruan air yang kuat dan menyamankan.

Dengar kata Resort tersebut biasanya dipajak kepada individu atau syarikat yang berkelayakan bagi diurus serta dipromosikan untuk mereka yang menggemari percutian di kawasan nyaman bertemankan alam sekitar,  hutan dan jeram serta jauh dari kesibukan kota. Anda dijamin tidak dapat menggunakan telefon bimbit jika berada di situ.


Apa yang menyedihkan setelah sampai di situ adalah keadaan resort yang strategik tersebut dirosakkan oleh projek pembinaan yang tak siap-siap walaupun tempoh akhirnya hanya beberap hari saja lagi. Satu lagi projek pembinaan jambatan serta dewan di luar resort dikatakan telah siap tetapi keadaannya seperti baru dilanda taufan dengan besi-besi binaan lama berselerak dan mencacatkan pemandangan.

Kononnya nak buat dewan. Agak boleh siap ke dalam masa 5 hari lagi?
Tiada usaha memelihara kecantikan dan kesempurnaan setelah siap projek malah semuanya ditinggalkan begitu saja. Tanah yang dikorek dibiarkan bogel berselut dan banyak pokok yang musnah. Entah apa sebenarnya tujuan dewan di bina di hutan tersebut hanya mereka saja yang dapat memberikan jawapannya.

Salah satu Mementerian yang suka buang duit adalah
kementerian  pelancongan
Daripada papan-papan tanda yang terpacak di sana saya agak projek tersebut merupakan biayaan kerajaan Pusat di bawah kementerian pelancongan. Baguslah usaha agresif kerajaan menaik taraf kawasan pelancongan yang banyak terdapat di sana. Ia dapat memberikan sumber pendapatan kepada negara dan juga penduduk setempat.

Cuma malangnya segala kerja yang dijalankan tidak mencerminkan kesungguhan menjadikan pusat peraginan negara kita bermutu tinggi. kerja-kerja dibuat seperti hanya mahu mengaut untung dan seperti melepaskan batok di tangga.

Jalan masuk ke resort dihantui projek yang entah bila nak
siap. "No sense of urgency"
Bayangkan betapa malangnya mereka yang memajak resort tersebut yang kerugian perbiagaan apabila mereka tidak dapat menjual tempat penginapan di situ. Siapa yang nak menginap jika keadaannya macam bari lepas perang.

Kerja yang tertangguh tidak mengikut jadual serta tidak bermutu tinggi hanya mencemarkan kawasan yang indah di sana. Pajakan mempunyai tempoh yang terhad dan sebarang gangguan daripada resort dapat beroperasi walaupun sehari amat merugikan.

Tiada kesungguhan
Apa yang mampu pengusaha resort buat hanyalah sekadar mengeluh dan menyumpah para kontraktor serta pengurusan projek tersebut dan pada papan tanda terpanpang di atas sekali dengan bangganya...

"SATU LAGI PROJEK BUAT DUIT KERAJAAN BARISAN NASIONAL"

Anda boleh lihat beberapa gambar pemandangan di sekitar Jeram Gading di sini.

MDJ





Sembelihan Kurban - Awas Jabatan Veterinar Akan Rampas Semua Daging Sembelihan!!!

Tiba-tiba ibadat kurban menjadi susah. Dulu di kampung orang tua-tua kita akan sembelih di sekeliling kampung buat kurban. Upacara kurban masa dulu dilakukan bukan saja di masjid atau surau malah oleh ramai individu persendirian.

Sekarang ini kebanyakannya hanya Masjid atau Surau atau pusat-pusat pengajian agama sahaja yang akan mengelola acara kurban. Tetapi selama ini ia mudah dan tidak ada banyak kerenah birokrasi. Sekurang-kurangnya tiada amaran daging kurban akan di rampas.

Kali ini Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar memberi amaran tegas kepada semua masjid dan surau akan melakukan rondaan penguat kuasaan memastikan semua yang melakukan aktiviti sembelihan mempunyai surat permit kebenaran dari jabatan tersebut.

Mengikut akta Binatang 1953, semua aktiviti penyembelihan diluar rumah sembelihan perlu mendapatkan surat kebenaran dari Jabatan Perkhidmatan Vetirinar. Mereka akan memantau kebenaran sembelihan, kebajikan ternakan dan kesihatan binatang ternakan, penyakit dan keselamatan daging yang diedarkan.


Mungkin tekanan dari pejuang hak asasi binatang yang nampaknya semakin kuat di seluruh dunia memaksa kita lebih berhati-hati dan bertamadun dalam melakukan apucara sembelihan kurban. Setiap kali Hari Raya Kurban, banyak liputan media antarabangsa memaparkan apa yang mereka tuduh sebagai aksi kejam yang dilakukan kepada lembu, kambing atau unta oleh umat Islam.

Bagi kita umat Islam di Malaysia, aktiviti mengikat, merebah, memegang, atau memijak binatang yang mahu disembelih mungkin adalah perkara biasa kerana kita lebih fokuskan matlamat menyembelih binatang tersebut, tapi bagi pencinta hak asasi binatang rupanya mereka menitiskan air mata melihat bagaimana binatang itu dijerut, direbah dan disembelih.

Baguslah usaha Jabatan Perkhidmatan Veterinar mahu memantau semua aktiviti tersebut dan menaik tarafkan method atau proses upacara kurban dilakukan. Usaha tersebut bakal memperbaiki aktiviti ibadah kurban di negara kita. Cuma agak musykil samada benarkah merekambersungguh memantau. Cukupkah kakitangan mereka untuk melaksanakan...kita lihat saja hari ahad ini. Sumber

Friday, 4 November 2011

Selepas Dirogol Penjenayah, Polis Pulak Rogol - Kes Macam Ni SIS Mesti Sokong Hudud !

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang baru lepas dirogol oleh seorang penjahat ditemui oleh 2 pegawai polis. Sepatutnya ia di selamatkan dan diuruskan dengan baik setelah jiwanya kacau dan masih trauma kerana dirogol. Sebaliknya pegawai polis tersebut merogol remaja malang tersebut sekali lagi sebelum di bawa ke balai untuk membuat laporan.

Mereka mengugut bunuh agar tidak melaporkan kejadian rogol kali kedua itu semasa membuat laporan polis tentang kejadian rogol pertama. Kejadian terbongkar setelah polis memberkas perogol pertama dan pegawai yang merogol telah diberkas untuk dakwaan.

Baca laporan asal di sini. Menarik untuk melihat komen dari seorang yang mempunyai nama berbangsa India yang mengsyorkan hukuman HUDUD dikenakan pada polis jahat itu. Saya yakin mereka yang menentang Hudud seperti Sister In Islam akan bersetuju perogol termasuk polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat itu perlu dikenakan hukuman yang cukup berat. Takkan sekadar hukuman penjara sahaja kot?.

SIS Serang Kelab Isteri Taat Tapi Bela "Seksualiti Merdeka"

Sister In Islam kecewa dengan pengharaman Seksualiti Merdeka yang mendapat liputan hangat sekarang ini. Mereka mempersoalkan kebebasan hak golongan minoriti menyatakan perasaan mereka kepada masyarakat Malaysia dan ini bertentangan dengan kebebasan bersuara yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Setakat ini majoriti rakyat Malaysia menentang seksualiti merdeka dan juga sebarang pergerakan yang mahu mempopularkan seks bebas. Budaya keterbukaan yang keterlaluan dalam aktiviti seks tidak disenangi oleh orang kita dan penganjuran festival seksualiti merdeka ini dilihat menuju ke arah itu.

Sebuah lagi organisasi yang mengkritik tindakan mengharamkan seksualiti merdeka adalah rakan seperjuang SIS iaitu Islamic Renaissance Front (IRF). Pengerusi IRF, Dr Ahmad Farouk berpendapat masyarakat tidak sepatutnya mengamalkan diskriminasi terhadap golongan seks sonsang yang wujud di Malaysia.


Yang menghairankan di sini, segala hujah dan alasan yang diberikan oleh SIS ataupun rakan karib mereka IRF untuk membela seksualiti merdeka di atas tidak pula terpakai apabila mereka mengkritik Kelab Isteri Taat. Mereka juga tidak mengeluarkan apa-apa bantahan apabila buku panduan seks yang di keluarkan oleh kelab isteri taat di haramkan.

Malah SIS menentang buku panduan tersebut kerana kata mereka buku itu menganjurkan amalan seks secara berkumpulan kepada para suami yang beristeri lebih dari satu. Kenapa dalam hal itu mereka menolak pandangan seks kelab isteri taat.

Satu lagi perkara pelik dalam isu seksualiti merdeka ini adalah ia menjadi hangat hanya setelah 4 tahun ianya dianjurkan. Kenapa selama ini tidak ada sesiapa yang melompat ke atas meja dan menjerit membantah kumpulan tersebut.

Ada kemungkinan ia dibangkitkan dengan meluas apabila Datuk Ambiga mempunyai kaitan rapat dalam seksualiti merdeka. Ia dikatakan akan melancarkan festival tersebut pada tahun ini. Oleh kerana Datuk Ambiga juga merupakan orang yang bertanggung jawab dalam perhimpunan Bersih 2.0 lalu, maka apa saja pergerakan dan keterlibatannya yang boleh menjatuhkan kredibilitinya di mata masyarakat menjadi bahan untuk disensasikan.

Nampak seperti semua yang berlaku ada mempunyai unsur-unsur politik bagi menjatuhkan pihak tertentu. Kemungkinan itu menjadi lebih terang apabila Perkasa hari ini mendesak para pemimpin PKR menyatakan pendirian mereka terhadap isu seksualiti merdeka tersebut.

Walau bagaimanapun Tuan Guru Nik Aziz dan Pas umumnya dengan tegas menolak seksualiti merdeka tanpa ragu-ragu. Dalam hal keterlibatan Datuk Ambiga, Tuan Guru Nik Aziz tegas menerangkan Pas menyokong Bersih yang ada kaitan dengan Ambiga kerana Bersih bertujuan baik dan itu tidak bermakna apabila Ambiga menyokong seks bebas kita akan turut sama bersetuju. Pas sudah menyatakan pendirian mereka, kini kita hanya menunggu pendirian daripada PKR.

Mixed views on ban

70 Manusia Paling Berkuasa Dunia - Najib Razak Ada Tak?

Pengasas Facebook  ini melakukan
apa yang  CIA gagal selama 60 tahun
dengan ambil masa hanya 7 tahun. Dia
tahu semua rahsia 10% daripada
penduduk dunia
Forbes mengeluarkan senarai terbarunya 70 orang paling berkuasa dunia dan Obama menduduki tangga teratas dalam senarai diikuti oleh Vladimir Putin. Lihat senarai 5 teratas di bawah:

  1. Barack Obama - Amerika
  2. Vladimir Putin - Rusia
  3. Hu Jintao - China
  4. Angela Merkel - Jerman
  5. Bill Gates - Amerika
Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud berada di tangga ke 6 mengatasi Pope Benedict XVI. Pengasas Facebook Mark Zuckerburg yang baru berusia 27 tahun pula menduduki senarai ke 9. Berapa pula kedudukan Perdana Menteri kita...tak ada dalam senarai!

Lihat senarai penuh di sini.

Thursday, 3 November 2011

Rakyat Malaysia Bangkit PRU13 - Anwar Ibrahim

Seluruh tanah arab telah terbalik. Yang dulunya di atas sekarang di bawah. Dunia menamakan fenomena tersebut sebagai 'Arab Spring'.

Kesan daripada arab spring juga menyaksikan rakyat Singapura mula memberi undi kepada pembangkang, kerajaan lain di asia mula menyemak semula kalau-kalau masih ada sistem pentadbiran mereka yang bersifat menekan dan kuku besi, jika ada ianya perlu dilonggarkan.

Negara kita juga tidak dapat lari daripada merasai tiupan arab spring. PM Najib membuat perubahan paling drastik dalam beberapa undang-undang kejam yang telah lama menganiayai rakyat Malaysia seperti ISA dan juga akta cetak.


Kerajaan kuku besi yang ada di mana-mana saja di dunia sekarang ini tidak dapat melakukan apa-apa. Jika arus deras yang mengalir itu di sekat, nescaya hancur sekatan itu dibuatnya. Jika dilayan dan dilonggarkan ikatan mengizinkan arus lalu, nescaya tenggelam juga seluruh kawasan. Maknanya apa saja pilihan yang diambil, perubahan tidak dapat dielakkan.

Mungkin sebab itulah ketua pembangkang begitu yakin semalam ketika ditanya bilakah masanya "Malaysia Spring" akan berlaku dia menjawab pada PRU-13 yang akan berlaku dalam masa terdekat ini. Anwar yakin dengan perubahan sistem pilihan raya yang lebih telus akan membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Kalau kita lihat sekarang, media banyak memainkan peranan mereka menaikkan imej Perdana Menteri Najib sebagai seorang yang bekerja kuat, amat prihatin kepada semua golomgan, merendah diri dan yang terbaru ini media membesarkan cerita keberangkatan Najib ke Tanah Suci Mekah. Utusan Malaysia hari ini memaparkan gambar besar muka depan Najib dan isteri tercintanya sedang melakukan tawaf di Kaabah.

Sebaliknya seperti biasa, Ketua Pembangkang pula sejak dulu diserang peribadinya dengan tuduhan meliwat orang lelaki tua dan lelaki muda. Tidak cukup dengan itu Anwar dituduh pula sebagai manusia pelahap yang meratah pelacur cina yang tak berapa cun dan disusuli pula dengan pelacur siam.

Dengan perginya Najib ke Mekah menunaikan haji, maka ramai yang mencabar agar penyokong Anwar Ibrahim membuktikan yang Anwar pernah pergi ke Mekah. Mereka yang benci Anwar menjadikan hujah Anwar seorang yang rosak dan korup akhlaknya yang membuatkan beliau takut menjijakkan kakinya ke Tanah Suci.

Semua mainan perang saraf itu sebenarnya hanya untuk hidangan orang Melayu. Sudah tentu melihatkan Najib selamat dan dapat menunaikan haji dengan sempurna membuatkan orang Melayu yakin Najib suci bersih dan terhindar daripada melakukan dosa besar. Jika tidak sudah tentu bumi Mekah akan menelannya.

Bagi Anwar Ibrahim pula sudah tentu orang melayu akan berkata memang dia orang kotor sebab itu takut ke Mekah sebagaimana juga takutnya beliau melakukan sumpah laknat. Dan sekali lagi semua itu dijadikan hujah untuk mengaburi kaum yang mudah goyah dan murtad apabila membaca Bible dalam bahasa Melayu atau mendengar orang Kristian menyebut Allah. Ini contoh orang melayu jenis seperti itu
.
Jika rakyat masih berterusan terpengaruh dengan mainan media yang sentiasa cuba memalingkan fikiran dari pertimbangan rasional, maka selagi itulah kita akan terus tertipu. Kita perlu melihat secara umum sesebuah organisasi politik dan memilih manakah yang lebih komited mendaulatkan perlembagaan Malaysia.

Baca laporan Bloomberg tentang Anwar Ibrahim di sini

Apa Dia "Seksualiti Merdeka" ?

Festival Seksualiti Merdeka merupakan acara tahunan yang diadakan pada 1 hingga 13 November 2011 bertempat di Annexe Gallery, KL. Tema pada thun ini adalah "Queer without fear" atau lebih kurang maksudnya  "Jangan takut menjadi janggal" atau "Kejanggalan tanpa rasa takut". Festival pada tahun ini dilancarkan oleh Datuk Ambiga Srineevasan.

Berikut kenyataan resmi mereka terhadap pergerakan tersebut di dalam portal rasmi mereka seksualitimerdeka.com:



Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka'untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.


Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.


Antara mereka yang mengecam pergerakan tersebut dengan lantang adalah PERKASA yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali. Ramai lagi yang mengecam pergerakan tersebut yang mana ianya tidaklah menghairankan memandangkan persepsi masyarakat Melayu dan Islam terutamanya yang menolak budaya bebas menjamu selera seks mengikut kehendak nafsu.

Walaupun jurucakapnya yang juga merupakan salah seorang pengasas pergerakan tersebut menafikan tujuan mereka mahu menggalakkan budaya homoseks di Malaysia namun hakikatnya adalah sama sahaja iaitu mereka mahukan masyarakat kita menerima mereka yang mempunyai selera homoseks.

Mereka menegaskan bahawa mereka tidak bertujuan untuk membuatkan orang marah sebaliknya mereka hanya mahu hidup gembira dan menerima diri mereka seadanya.

Walau apapun alasannya, kita tetap perlu menolak budaya sonsang seperti itu yang mahu masyarakat menerima sesuatu yang berpenyakit. Seperti sakit kencing manis, tidak ada sesiapa menolak bahawa ia tetap ada dan dihidapi oleh ramai orang di negara kita, tetapi kita sering membuat kempen agar orang ramai berusaha mengelakkan tabiat atau perkara-perkara yang menyebabkan kencing manis, kerana ia bukanlah sesuatu yang perlu disukai atau diraikan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah adanya perkumpulan manusia yang berhimpun untuk meraikan sakit kencing manis sekalipun ramai yang menghidap penyakit tersebut. Tidak pernah ada kumpulan yang menjadikan temasya yang mahu agar masyarakat menerima budaya kencing manis.

Walaupun begitu masyarakat tidak pernah menolak jika ada anggota keluarganya mengidap kencing manis. Kita tidak pernah memulau pengidap kencing manis. Malah mereka yang mengidapnya dibantu untuk menjalani kehidupan agar sihat dengan mengubah cara hidupnya agar menjadi normal seperti biasa.

Begitulah juga dengan masalah mereka yang menghidapi kecelaruan selera seks yang sonsang. Semua tahu ia wujud dan masyarakat berusaha agar kita mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke dalam perangai atau tabiaat seperti itu.

Tidak perlu berpesta dan mendesak orang ramai agar menerima penyakit seperti itu dan mendesak masyarakat berhenti dari berkempen menolak dan mengelakkan diri kita dari masalah itu. Seperti mana kes kencing manis tadi, pengidapnya tidak pernah terlintas untuk mendesak masyarakat berhenti dari mengingatkan orang ramai agar menjauhi kencing manis.

Mohon Allah jauhkan akal fikiran fikiran yang bercelaru dari masyarakat kita...amin.

Tuesday, 1 November 2011

10 Filem Paling Kontroversi Sepanjang Zaman

Seks, Keganasan atau Agama merupakan tema yang biasanya mencetuskan kontroversi kepada masyarakat. Tema yang sama juga boleh membuatkan sesebuah hasil filem mencetuskan kontroversi dan kegelisahan kepada berbagai pihak.

Berikut senarai 10 filem yang dilihat sebagai pencetus kontroversi sepanjang zaman. Filem-filem tersebut ada yang menyebaabkan pengarahnya ditangkap dan disoal pihak berkuasa, ada juga filem yang tidak pernah dapat disiarkan secara penuh kerana disensor di mana-mana, ada juga filem yang ditahan dari siaraan selama 9 tahun tanpa kelulusan dan ada filem yang tak ada orang yang sanggup menontonnya.
No 10. The Last Temptation of Christ.

No 9. Cannibal Hollocaust
No 8. Triumph of The Will
No 7. Mohammad: Messenger of God
No 6. The Devils
No 5. A Serbian Film
No 4. NEKromantik
No 3. Ken Park
No 2. Snuff
No 1. Salo or 120 Days of Sodom

Kalau nak tahu kenapa ia kontroversi dan mahu melihat selingan cerita ceritanya sila ke sini.

BN 'vs' PR - Pengurusan Hasil

Lihat lampiran perbandingan pendapatan setelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih beberapa negeri daripada kerajaan Barisan Nasional di bawah. Kenapa semasa PR hasil masuk kepada rakyat lebih tinggi sedangkan sumbernya sama atau jauh lebih kecil sebelum ini.

Barangkali betul kata-kata orang yang kerajaan BN membiarkan wang masuk ke poket individu berlebih-lebihan sehingga jumlah hasil yang sepatutnya hak rakyat hilang dibolot oleh mereka yang tamak haloba dan pentingkan diri sendiri.

Monday, 31 October 2011

Kes Aziz Bari - Sandiwara UIA Untuk Naikkan Pakatan Rakyat Dan Aziz Bari

Agak terlewat membaca tulisan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo tentang kes penggantungan Prof Abdul Aziz Bari dan rentetan peristiwa tersebut selepas itu yang menyaksikan penggantungan ditarik balik sehari sebelum PM melawat UIA.

Bagi Khir Toyo, ia nampaknya seperti satu konspirasi yang diatur oleh pihak tertentu bagi meletupkan isu ini dan seterusnya memberikan kredit pada pihak Pakatan Rakyat dan memburukkan Barisan Nasional.

Antara logik yang beliau tuliskan adalah kedudukan UIA yang memang punyai ramai pendokong dan penyokong Anwar Ibrahim selama ini.

Nampaknya 1Malaysia sekarang ini tidak p[ernah percaya dengan apa yang berlaku di negara kita dan segalanya adalah konspirasi pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu meraih keuntungan.

Adakah rakyat sedang menyaksikan lakonan-lakonan demi lakonan dan semuanya sudah tidak asli lagi? baca sini

Pelajar Boleh Berpolitik - AUKU Menyalahi Perlembagaan

Akta yang melarang para pelajar dari melibatkan diri mereka dengan kegiatan politik hari ini telah diputuskan oleh mahkamah sebagai melanggar perlembagaan Malaysia. Ia bertentangan dengan hak kebebasan menyatakan pendapat sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Akta tersebut yang selama ini berjaya mengekang keterlibatan para pelajar dalam kegiatan politik dan berjaya menjadikan para pelajar kita bacul dan mati pucuk tidak bernafsu terhadap pembangunan politik tanah air rupa-rupanya selama ini dikuat kuasakan secara salah dan penuh dengan pembohongan.

Para Hakin yang turut sama selama ini mempertahankan AUKU rupanya buta perlembagaan dan turut sama mahu rakyat serta bakal pewaris negara kita menjadi pak turut dan tidak kritis terhadap pemimpin negara.

Sebenarnya banyak lagi akta-akta yang bertentangan dengan perlembagaan dan banyak juga perkara-perkara yang diputuskan oleh mahkamah yang bertentangan dengan perlembagaan. Tetapi tiada siapa yang sudi atau sanggup melawan arus mengembalikan hak rakyat di negara kita ini.

Satu-satunya orang yang begitu lantang mendedahkan berbagai salah laku dikalangan pemimpin, mahkamah dan lain-lain ialah Prof Abdul Aziz Bari. Beliau sejak dahulu lagi begitu lantang mengkritik dan cuba mendidik rakyat agar menyedari hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Mungkin sebab itu ada sesetengah pihak yang tidak senang dengan Prof Abdul Aziz Bari dan menuduhnya sebagai pro pembangkang.

Sunday, 30 October 2011

Pencabul Paling Digeruni Di Singapura Dihukum 16 Tahun Penjara

Abdul Razak Hamid, 53 tahun menjalankan aktivitinya mencabul kanak-kanak perempuan berumur antara 95 ke 11 tahun selama 20 tahun tanpa dapat diberkas. Beliau merupakan seorang posmen yang bekerja dengan syarikat Singpost sejak tahun 1984 menjalankan aktiviti cabul pada kanak-kanak di sekitar tempat dia menghantar surat dan juga kawasan lain.

Kebiasannya dia akan meminta pertolongan daripada kanak-kanak perempuan untuk membantunya  mengambil surat di tempat kotak surat pangsapuri atau seumpama dengannya. Apabila kanak-kanak tersebut menghampirinya, dia akan menangkap tangan kanak-kanak tersebut dan membawanya ke tempat terselindung di bangunan itu dan mula meraba bahagian sulit kanak-kanak malang itu.


Selama 20 tahun berkecimpung dalam aktiviti cabul tersebut Abdul Razak talah mencabul dan menyebabkan seramai 53 mangsa mengalami trauma sehingga sekarang  walupun ada di kalangan mangsanya telahpun menjangkau umur 20-an sekarang.

Kenapa pihak berkuasa mengambil masa yang amat lama sebelum dapat memberkas dan menghukumnya? ikuti cerita l;anjutnya di sini.

Manusia sakit jiwa seperti Abdul Razak di Singapura ini ada juga di negara kita. Berhati-hatilah terhadap anak-anak, adik-adik, atau saudara perempuan kita yang berumur dalam lingkungan 5 ke 11 tahun. Jangan biarkan mereka ke kedai atau ke taman atau lain-lainnya seorang diri tanpa ditemani. 

Karpal Beri Kuliah Hudud - Hudud Hanya Akan Meningkatkan Jenayah

Sekali lagi tamparan hebat terhadap PAS terutamanya Tuan Guru Nik Aziz dan kerajaan negeri Kelantan apabila Karpal mengulangi pendiriannya menentang perlaksanaan hudud. Bagi Karpal Hudud tiada tempat di dalam perundangan negara Malaysia.

Segala syarat dalam pembuktian kes yang perlu dipenuhi dalam undang-undang hudud teramat berat untuk dilakukan. Persaksian 4 orang yang adil dalam kes zina umpamanya tidak mampu dipenuhi dalam mana-mana kes dan ini mengakibatkan penjenayah mudah terlepas dari hukuman.

Para penjenayah akan membuat pilihan untuk hudud kerana mereka tahu yang mereka pasti akan terlepas disebabkan kesukaran dalam pembuktian kes. DAP akan tetap bekerjasama dengan Pas dalam egenda lain yang lebih besar dan tidak akan berkompromi dengan Negara Islam serta Hudud dengan Pas.


Persoalannya apakah Pas perlu berlembut lagi dengan DAP terutamanya terhadap Karpal yang tidak pernah memberi muka lansung dan tidak menghormati aspirasi Pas dalam mengamalkan tuntutan agama.

Banyak sudah perkara di mana DAP menyukarkan keadaan Pas bukan sahaja dalam kes hudud, malah perkara mudah seperti larangan berhibur di bulan ramadan di pusat-pusat hiburan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pas negeri Kedah ditentang hebat oleh DAP sehingga terpaksa dibatalkan demi menjaga hati DAP. Malah kedengaran, pusat-pusat hiburan dan maksiat di Selangor bercambah lebih teruk daripada ketika BN memerintah dulu, sekarang ini.

Larangan menjual arak di kedai-kedai seven eleven di Selangor juga turut ditentang oleh DAP yang memihak kepada taukeh-taukeh judi serta minuman haram. Sedangkan tidak ada manusia waras di muka bumi ini yang mengakui judi serta arak itu baik untuk masyarakat.

Dalam kes pusat-pusat hiburan yang cuba dibendung oleh negeri Kedah, Karpal jugalah yang paling lantang menentang sehingga memberi amaran untuk membawanya ke Mahkamah jika diteruskan. Adakah perkara pusat-pusat hiburan juga Karpal mahu menafikan bahawa ia adalah pusat pembiakan jenayah?.

Mungkin memandangkan Karpal seorang tua yang hanya menunggu masa untuk pergi maka Pas buat diam saja dengan latahannya? Sumber


Medium Inggeris Untuk Pelajar Pandai, Medium Melayu Untuk Pelajar Bodoh - Tony Pua !

Orang pandai
Tony Pua mewakili DAP menggesa kerajaan agar tidak membiarkan pelajar-pelajar yang cerdik ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akedemik. Kenyataan tersebut membawa maksud bahawa mereka yang mahu menggunakan medium bahasa malaysia dalam pembelajaran sains dan matematik di sekolah adalah terdiri daripada kalangan ibubapa yang anak-anak mereka bodoh, manakala yang mahu bahasa inggeris punyai anak-anak yang pandai.

Atas dasar itu mereka menggesa agar kerajaan menggunakan semula sistem PPSMI agar kanak-kanak yang cerdik tidak terbantut pembelajaran mereka. Tony Pua juga berpendapat modal insan terbaik keluar daripada mereka yang menggunakan medium inggeris dalam pembelajaran mereka.


Memang terang lagi bersuluh sekarang kenapa ramai orang-orang cina seumpama Tony pua beranggapan cakap bahasa malaysia adalah amalan kasta rendah. Patutlah ramai dari kalangan mereka tergagap-gagap seperti tongkang pecah apabila bercakap melayu, ini untuk menggambarkan lagi betapa bahasa melayu itu sesuatu yang meloyakan.

Patutlah ramai majikan daripada orang cina yang amat liat untuk mengambil pekerja pengurusan mereka daripada kalangan orang melayu kerana tidak mahu ada bahasa melayu dipertuturkan di dalam kawasan kerja mereka. Takut kalau terjadinya pencemaran bunyi bahasa yang jelek di persekitaran tempat kerja.

Rupa-rupanya bahasa melayu itu bahasa orang bodoh dan bahasa inggeris itu bahasa orang pandai....rasa-rasanya ini dakyah penjajah. Nampaknya golongan yang dibawa oleh penjajah masuk ke tanah melayu juga membawa idea yang sama!


Isu Orang Kristian Murtadkan Islam Juga Berlaku Di Kashmir

Rakaman video yang menunjukkan upacara pembaptisan remaja lelaki dan perempuan Islam yang dimurtadkan mencetuskan kontroversi di Kashmir hari jumaat baru-baru ini. Rakaman tersebut menunjukkan upacara masuk seorang yang dilaksanakan paderi bernama CM Khanna yang sebelum itu dipanggil mengadap mufti kerana terdapat tuduhan mengatakan ia aktif memurtadkan remaja di sana.

Tuduhan bahawa pihak kristian memurtadkan remaja muslim di Kashmir berlaku sejak dulu lagi sebagaimana yang dilaporkan berlaku oleh berbagai pihak. Antara aktiviti mereka menghilangkan kepercayaan orang Islam terhadap Tuhan mereka adalah dengan membuktikan pada anak-anak kecil disekolah bahawa doa mereka pada Tuhan tidak makbul.


Sebagai contohnya, kanak-kanak muslim disuruh memejamkan mata dan berdoa untuk mendapatkan coklat kepada Tuhan mereka dan disuruh membuka mata selepas itu dengan mendapati tidak ada apa-apa di dalam tangan mereka.

Mereka kemudiannya disuruh memejam mata sekali lagi sambil memohon doa pada 'Masee' atau 'Jesus' bagi mendapatkan coklat dan guru secara diam meletakkan coklat pada tiap-tiap orang palajar. Bila membuka mata semula mereka mendapati permintaan terkabul. Dengan cara itulah mereka meyakinkan para remaja untuk murtad dan masuk Kristian.

Usaha orang kristian memurtadkan umat Islam dan juga orang-orang lain selain Islam seperti Hindu, Budhha, Sikh, Anamisme dan lain-lain memang ada berlaku sejak zaman Christopher Columbus lagi. Ia bukanlah sesuatu yang baru dan kita tidak sepatutnya menjadi hairan.

Kita sepatutnya menjadi hairan apabila sudah mengetahui begitu sikap orang kristian semenjak dulu lagi begitu aktif namun kita tidak berusaha memperkasakan amalan serta pengetahuan agama kepada anak-anak bangsa kita malah kita sebaliknya mengejar kekayaan serta kemahsyuran keduniaan melebihi dari segala-galanya tanpa memperdulikan halal dan haram. 

Video showing conversion to Christianity goes viral - Kashmir Dispatch: