Pages

Saturday, 29 October 2011

PPSMI - 100 Ribu Ibubapa Ugut Pangkah PR Pada PRU13

Timbalan Perdana Menteri hari ini sekali lagi menegaskan tidak akan melayan gesaan para ibubapa yang mahu anak-anak mereka diberikan pilihan samada untuk belajar sains dan juga matematik dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris.

Ini pendirian yang paling bernas daripada TPM yang juga Menteri yang bertanggung jawab dalam pendidikan di negara kita walaupun ianya adalah terlewat dan kerosakan telahpun berlaku sejak hari pertama bekas perdana menteri kita Tun mahathir menukarkan medium dari bahasa malaysia kepada inggeris dalam pengajaran sains dan matematik.


Kesilapan Tun M seperti biasa mahukan segala-galanya pantas dan tidak ada kesabaran demi mengejar pembangunan. Atas alasan mahu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris maka kita mngubah cara pengajaran sains dan matematik. Sekali imbas nampak tak ada hubung kait walaupun mereka ada alasan mereka sendiri untuk berbuat begitu.

Sepatutnya dalam hal ehwal pendidikan kita perlu konsisten dan bersabar kerana sebarang perubahan drastik bakal menghancurkan anak bangsa kerana ia melibatkan pembinaan anak bangsa dalam jangka masa panjang.

Kita telah merubah medium bahasa inggeris kepada bahasa malaysia apabila warga-warga senior kita dulu yang mengambil HSC dan juga MCE beralih pula kepada SPM dan juga SRP dan perubahan tersebut bukanlah lama, ianya hanya baru dilaksanakan dan tiba-tiba sekali lagi kita mencacamerbakan pula pengajaran separuh inggeris dan separuh bahasa malaysia. Datang pula satu lagi keputusan kita mengubah semula kepada semuanya bahasa malaysia

Adakah kita perlu melihat lagi dan mengkaji semula dan mengubahnya semula. Jika ya, maka ternyata kita hanya bermain-main dengan pembangunan anak-anak bangsa serta negara kita. Sudahlah kalau para ibubapa yang tidak bersetuju dan berdegil mahukan bahasa inggeris dan yakin itu satu-satunya syarat anak-anak mereka kan berjaya maka hantarlah saja ke sekolah antarabangsa atau international school.

Mengenai ugutan mahu memangkah kepada pakatan rakyat pada PRU13 ini, ia sesuatu tindakan yang juga amat bernas yang perlu dibuat oleh para ibubapa tersebut sejak lama dahulu lagi. Sesuatu yang amat dialu-alukan!

Bagaimana Orang Cina Gambarkan Malaysia Pada Orang Luar


  1. Orang cina gambarkan ketakutan mereka dengan desakan umat Islam yang mahukan ruang lebih luas terhadap undang-undang syariah.
  2. Malaysia digambarkan terbahagi kepada 2 bahagian sekarang:
    • Malaysia untuk golongan majoriti iaitu Muslim
    • Malaysia untuk golongan minoriti seperti Kristian, Hindu, Buddha dll.
  3. Bangsa Melayu tidak bebas memilih agama selain Islam kerana itu kehendak perlembagaan, manakala bangsa selain Melayu bebas mengamalkan anutan masing-masing.
  4. Para ahli politik sentiasa cuba yakinkan kedua-dua pihak di atas erat perhubungannya tanpa konflik sedangkan pada hakikatnya adalah sebaliknya.
  5. Mereka gambarkan masalah berkawan dengan orang Islam kerana mereka terdedah kepada satu lagi undang-undang iaitu syariah. Jika seorang perempuan cina kristian mengajak temannya seorang lelaki melayu (pondan) menonton TV di rumahnya, mereka sentiasa terdedah kepada serbuan penguatkuasa syariah atas tuduhan khalwat.
  6. Apa saja urusan syariah kerajaan akan sentiasa meyakinkan bukan Islam bahawa ianya hanya untuk muslim dan tidak melibatkan orang bukan Islam. Jika anda muslim semua urusan keluarga dan agama diuruskan olah mahkamah syariah.
  7. PAS kini mendesak undang-undang syariah diluaskan merangkumi kes-kes jenayah termasuklah potong tangan pada pencuri dan rejam pada penzina. Seperti biasa mereka yakinkan ianya hanya untuk orang Islam sedangkan bukan Islam tidak merasakan begitu.
  8. Jika anda bukan muslim berkahwin dan bercerai serta punyai anak. Anda akan dikenakan oleh isteri anda untuk merampas anaknya dengan masuk Islam. Ini kerana sebaik saja dia menjadi muslim pegawai agama akan sentiasa menyebelahinya dan datang merampas anak anda.
  9. Jika anda membawa kes seperti itu ke mahkamah awam, ia akan ditolak jika keputusan mahkamah syariah telah dibuat. Tambahan pula sekarang ini yang ketegangan isu agama semakin menjadi-jadi.
  10. Untuk satu kesalahan yang sama iaitu mencuri dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama. Yang muslim akan dipotong tangannya manakala yang bukan muslim hanya akan dipenjara.
  11. Inilah gambaran sebenar Malaysia yang kononnya sepertimana di war-warkan oleh pemimpinnya sebuah negara yang aman harmoni dalam kepelbagaian agama.
Begitulah gambaran yang diberikan oleh orang cina atau bukan Islam kepada pihak luar, apa yang berlaku di negara kita. Sekali imbas nampak macam tak ada jalan penyelesaian bagi para pencinta undang-undang syariah. Tetapi dua kali imbas rasanya macam tak payah layanlah apa dia orang nak kata, biarlah orang politik, para pemikir cendikiwan serta para ulama selesaikan masalah ini.

Friday, 28 October 2011

Benda-Benda Yang Membunuh Manusia - Fakta Menarik Bergambar

Ajal datang menemui kita di mana-mana dan tidak mengenal masa. Bila cukup tempohnya tidak akan lewat atau awal walaupun sesaat. Lihat fakta menarik dibawah perkara-perkara yang membunuh manusia, semuanya hanyalah asbabnya sahaja:





















Demo Bantah Kapitalisme Di Sana-Sini (Bergambar)

Occupay Wall Street disambut di seluruh dunia. Manusia mula tidak puas hati apabila hanya golongan 1% sahaja yang tak henti-henti buat duit dan memerah kudrat keseluruhan golongan 99%. Pembahagian kekayaan tidak beredar dengan sama rata dan jurangnya semakin jauh.

Kalau dahulu ketika bancian yang dibuat oleh Winfred Pareto di UK pada abak ke 19 mendapati masyarakat sentiasa berada di dalam ketidak seimbangan walau bagaimanapun usaha pemerintah cuba menyeimbangkannya di antara golongan yang kaya dengan yang miskin.

Keadaan akan sentiasa menyesuaikan dirinya dengan mereka yang terlalu kaya yang memiliki 80% daripada kekayaan negara hanya dikuasai oleh 20% sahaja golongan manakala 80% selebihnya hanya menguasai 20% daripada kekayaan. 


Tetapi dengan ledakan amalan kapitalisme, keseimbangan ini menjadi lebih buruk lagi dengan hanya 1% daripada masyarakat menguasai 99% daripada kekayaan dunia. dan jurangnya menjadi lebih buruk dan buruk lagi.

Islam tidak menghalang umatnya merebut kekayaan tetapi perlu diingat dalam harta kekayaan itu ada hak-hak orang susah yang perlu dipenuhi. Jika semua itu berjalan lancar maka orang miskin tidak akan menaruh dendam pada golongan kaya. nampaknya hak-hak tersebut tidak ditunaikan membuatkan golongan miskin mula menyimpan dendam mereka.
Lihat koleksi bergambar sekita demo di sini

Buku Panduan Seks Poligami Tak Akan Sampai Sarawak

Dr Rohaya, naib presiden Kelab Isteri Taat
Kuching, buku keluaran Kelab Isteri Taat yang dikatakan memberi panduan bagaimana melakukan seks bersama para isteri serentak atau 'Group Sex' tidak akan sampai kepada para peminatnya setelah ianya diharamkan oleh pihak berkuasa di Malaysia.

Jakim telah mengambil keputusan untuk mengharamkan buku panduan seks tersebut memandangkan ianya tidak sepatutnya menjadi bahan rujukan para suami yang beristeri lebih dari satu. Datin Fatimah Abdullah, Menteri kebajikan, wanita dan keluarga menyatakan rasa leganya dengan pengharaman buku tersebut kerana ianya merupakan rahsia suami isteri yang sepatutnya kekal menjadi rahsia.


Bagaimana para suami isteri melakukan hubungan seks mereka tidak sepatutnya menjadi bahan dedahan umum kerana bukan semua perkara perlu dikongsi bersama. Benda rahsia biarlah ianya tetap menjadi rahsia katanya lagi.

Hubungan seks suami isteri adalah hubungan keramat yang hanya perlu disimpan oleh pasangan masing-masing. Walaupun ianya bertujuan untuk menambahkan lagi keintiman hubungan seks suami isteri, kita tidak sepatutnya mendedahkan semua rahsia besar dalam melakukannya. Begitu menurut pendapat Datin Fatimah Abdullah.

Buku bertajuk "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia" dilancarkan dilancarkan di Kota Bharu pada 12 oktober lalu mendapat kritikan dari berbagi pihak yang dituduh menganjurkan seks secara berkumpulan.

Buku seks sentiasa mendapat tempat di kalangan manusia seluruh dunia dan antara buku panduan seks yang paling terkenal di seluruh dunia adalah buku Kama Sutra daripada India. Ia telah diterjemahkan dan dicetak ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1883 oleh Sir Richard Francis Burton.

Walau apapun, masyarakat kita masih mempertahankan budaya menolak keterbukaan dalam hal ehwal seks sehingga sekarang walaupun ianya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang rahsia dengan meletusnya teknologi maklumat melalui internet yang mana segalanya boleh diperolehi secara terbuka.

Budaya seks yang pelik-pelik di nusantara tercatat dalam buku-buku tulisan pemerhati budaya dahulu kala yang menceritakan bagaimana orang asia mempunyai tabiat seks yang mengerikan. Sebagai contohnya alat daripada besi yang dijolok masuk ke dalam zakar orang lelaki pada zaman dahulu yang dijadikan instrumen memuaskan nafsu pasangan wanita mereka.

Besi tersebut membuatkan pancutan air mani tersekat dan membolehkan zakar lelaki sentiasa tegang akibat ditungkah oleh alat bedi tersebut. Kalau mahu maklumatnya boleh baca buku tulisan Farish Nor bertajuk 'what your teacher didn't tell you'

Sumber berita

Jom Buat Duit - MPAJ Beli Tikus Dengan Harga RM3 Seekor

Kalau nak buat duit masa lapang anda boleh saja tangkap tikus dan menjualnya pada Majlis Perbandaran Ampang Jaya dengan harga RM3 seekor. Kempen ini masih berjalan sehingga 4 Novenber di kawasan Taman Sri Angsana Hilir di Zon 15 dan juga zon 16.

Menarik sekali untuk melihat bagaimana kempen ini dijalankan dan bagaimana sambutan orang ramai di kawasan tersebut. Bagi mereka yang hidupnya susah perlu mengambil kesempatan ini untuk menambahkan pendapatan mereka dan ia perlu diperluaskan lagi di seluruh negara.

Kempen yang sama dijalankan oleh Thomas Stamford Raffles ketika membuka pelabuhan Singapura pada tahun 1819 dahulu. Ketika itu Singapura dipenuhi dengan tikus yang terlalu banyak dan bagi menyelesaikan masalah ini dia menawarkan bayaran untukm membeli tikus yang berjaya ditangkap oleh orang ramai.

Maka berebut-rebutlah orang ramai menangkap tikus sehingga diberitakan bertimbun-timbun tikus dikumpulkan di sana. Kempen tersebut menghasilkan kejayaan sehingga lepaslah Singapura daripada masalah tikus pada waktu itu. Cerita tersebut dicatatkan oleh Abdullah Musyi di dalam bukunya Hikayat Abdullah.

Thursday, 27 October 2011

300 Berhimpun Desak Pengajaran Math/Sains Dalam Bahasa Inggeris

Kerajaan buat keputusan untuk menukar semula pengajaran matematik dan juga sains ke dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Antara sebab utamanya adalah bagi memperkukuhkan bahasa kebangsaan kita yang nampaknya menjadi bahasa kasta paling rendah sekali di negara sendiri.

Antara sebab lain adalah bagi memastikan kanak-kanak diluar bandar yang lidah mereka lidah melayu dan siang malam sejak di dalam buaian lagi menggunakan bahasa melayu sebagai medium memahami kehidupan, tidak tercicir dalam mata pelajaran matematik dan sains yang penting itu jika diajar dalam bahasa inggeris.


Cuma ada satu masalah di negara kita ini iaitu, bangsa lain selain melayu ada yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa ibunda mereka yang mereka pertuturkan semenjak kecil di rumah mereka. Dan jumlah mereka ini bukanlah satu jumlah yang kecil. Terdapat ramai di kalangan rakyat kita berbangsa cina dan juga india yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa ibunda mereka.

Secara logiknya kerajaan juga perlu melihat permintaan mereka ini yang mahukan anak mereka belajar matematik dan juga sains dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa inggeris. Mereka juga risau kalau anak-anak mereka tercicir dalam 2 matapelajaran penting ini jika diajar dalam bahasa malaysia.

Tetapi itu semuanya adalah salah kerajaan sendiri yang berlunak dengan tahap pencapaian rakyatnya dalam bahasa malaysia. Masih ada ramai samada cina atau lainnya yang bertutur bahasa malaysia seperti tongkang pecah dan ini berlaku setelah negara kita merdeka lebih dari 50 tahun dan kita mendabik dada mengatakan bangsa kita bangsa malaysia. Hakikatnya bangsa malaysia yang tak tahu bahasa bangsanya.

lihat laporan bergambar di sini demo aman para ibubapa di Pulau Pinang yang menuntut kerajaan mempertimbangkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

Fatwa Azhar Terkini - Larangan Wanita Berkahwin Dengan Bekas Ahli NDP

Seorang ayah bertanyakan pada Sheikh Omar Stouhi, ulama Al-Azhar, Mesir samada boleh dia kahwinkan anak perempuannya dengan seorang lelaki bekas ahli kepada Parti Demokratik Kebangsaan Mesir atau NDP. Sheikh itu menjawab tidak boleh!

NDP adalah parti politik Mesir pimpinan bekas presidennya yang digulingkan baru-baru ini Hosni Mubarak. Parti tersebut dikatakan terlibat dengan berbagi skandal rasuah serta menyusahkan kehidupan rakyat Mesir keseluruhannya. Atas alasan tersebut, Sheikh Omar Stouhi memfatwakan tidak boleh membiarkan para wanita berkahwin dengan perosak masyarakat.

Dikhuatiri dengan perkahwinan tersebut akan berlanjutan kerosakan masyarakat Mesir terpengaruh dengan kejahatan yang telah dilakukan oleh para bekas ahli NDP.

Satu fatwa yang berani dan tegas dari seorang ulama dalam membenteras budaya korup dari menular dan mengcengkam masyarakat. Apa fatwa ulama kita dalam hal yang sama terhadap mereka yang berkahwin dengan para pengamal rasuah di negara kita. Kita boleh senaraikan golongan pengamal rasuah yang amat popular dan di ketahui umum...sendiri tahu...!

Banjir Sana-Sini : Koleksi Bergambar

Bagi usahawan, peluang ada di mana-mana
Thailand masih belum reda dilanda banjir terburuk dekad ini. Kalau di negara kita banjir merupakan perkara biasa di kawasan pantai timur. Kalau di Kuala Lumpur banjir kilat sesuatu yang digeruni. Sebab banjir kilat juga kita buat projek jalanraya yang berfungsi serentak sebagai laluan kawalan banjir.

Banjir satu bencana bagi yang berfikiran negatif, sebagai peluang bagi yang berfikiran positif, sebagai pesta bagi kanak-kanak, sebagai alasan bagi yang nak ponteng kerja, dan bermacam-macam lagi yang boleh kita tafsirkan mengikut pengalaman hidup masing-masing. Lihat koleksi bergambar suasana banjir di sana-sini kat sini 

Wednesday, 26 October 2011

Blogger UMNO Tak Sekolah - Akhbar Cina !

Puak blogger Umno naik minyak dengan artikel dari akhbar Cina yang melekehkan para blogger Umno sebagai tak sekolah...hahaha. Memang betoipun ramai yang tak sekolah...hahaha.

Buat apa nak sekolah kalau jilat ketua Umno boleh dapat projek...hahaha. dapat projek mark-up lebih boleh kaya cepat...hahaha. Kerja macam tu tak payah sekolah....semua penyangak boleh buat...hahaha.

Buat apa sekolah kalau pandai berlakon jadi hero Melayu boleh dapat title datuk padukang...hahaha. Dapat jadi datuk semua orang berebut nak bagi projek...hahaha. Dapat projek boleh berfoya-foya...hahaha order pompuan lebih boleh suap sama pegarawai KERAjaan...boleh dapat lagi banyak projek...hahaha.

Itu semua penyangak boleh buat...hahaha...tak payah sekolah...hahaha


Laman Blog Yang Berpihak Kepada UMNO Tidak Bersekolah
Penulis Koh Kok WeeKali ini blog yang memihak kepada UMNO bukan membantu UMNO tetapi sebaliknya menjatuhkan UMNO, dalam strategi serangan politik pula sememangnya memutar belitkan fakta, punyai muslihat dan fitnah menfitnah, selalunya sengketa ini hanya berkisar pada orang-orang dewasa sahaja, tidak pernah heret budak mentah masuk ke kancah perbalahan.Apa yang dikatakan blog yang memihak kepada UMNO itu, kali ini sudah tidak ikut peraturan cara pendekar, mereka kini kaitkan anak ketua menteri Pulau Pinang cuba diwar-warkan dalam artikel-artikel mereka. Akhirnya DAP dapat membongkarnya, rupa-rupanya pelajar perempuan yang dimaksudkan itu adalah gambar budak perempuan sedang bermain chess, menyebabkan orang yang meyebarkan fitnah itu terkedu tidak boleh berbuat apa-apa.Walaupun gambar itu tidak disolek ataupun disunting, dan mereka menggunakan serangan secara terang-terangan, sebenarnya tindakan mereka itu sedang perlekehkan anak perempuan kepada seseorang ibu bapa untuk dijadikan sasaran, selalunya memang tidak akan kesampaian dan berhasil.Al kisah cerita lama di zaman hulubalang di negeri China, perebutan kuasa antara hulubalang Xiangyu dan hulubalang Liu Bang di zaman King of Western Chu Xi chu di wilayah Xi Chu Ba Wang, peperangan yang tiada penghujungnya. Ada seorang penasihat Xiangyu berkata, kami telah tangkap ayahanda Liu Bang, minta Liu Bang menyerah diri, jika tidak ayahandanya akan digulai, seorang anak akan tahu betapa seksanya ayahandanya digulai?Akhirnya Liu Bang berkata: Xiangyu! Kita sejak kecil berkawan baik seperti adik beradik, ayahanda saya juga seperti ayahanda kamu, kenapa kamu hendak gulai ayahanda kamu sendiri? Jika benar-benar mahu gulai ayahanda, jangan lupa bagi separuh dagingnya kepada saya.Liu Bang cuba megelak, cara Liu Bang mengelak itu Xiangyu tidak boleh berbuat apa-apa, akhirnya dapat selamatkan nyawa ayahandanya.Kedudukan Akhlak Sudah Tidak BertempatDahulu pada zaman The Warring States Period, Panglima negeri Wee bernama Le Yang menyerang negeri Chong Shan, kebetulan anak kepada Le Yang berada di negeri Chong Shan, maharaja Chong Shan tangkap anak Le Yang untuk dijadikan tebusan, maharaja Chong Shan ikat anak Le Yang digantung di dinding kota, memaksa tentera Le Yang berundur, jika tidak anaknya akan dibunuh.Taktik sedemikian tidak dapat memaksa tentera Le Yang berundur, dengan itu maharaja Chong Shan bunuh anak Le Yang, gulai dagingnya dan diserahkan kepada Panglima Le Yang untuk santapan. Akhirnya menjadi kemarahan keseluruhan tentera Panglima Le yang, kota Chong Shan akhirnya tewas diserang habis-habisan.Maharaja Chong Shan yang berlagak bijak, menerima padah apabila membunuh anak Panglima Le Yang.Sebab itu apabila dalam persengketaan cuba menyerang keluarga seseorang, terutama sekali puak ibu bapa dan anak-anak, mengugut mereka sebagai tebusan, biasanya tiada kesan, sebaliknya yang rugi adalah diri sendiri. Yang pertama sekali kedudukan akhlak diri sudah jatuh, yang kedua sebaliknya menaikkan semangat juang kepada pihak lawan, mereka akan semakin kuat dan bertenaga untuk berjuang habis-habisan.Kelihatan blog yang memihak kepada UMNO tidak baca sejarah China, mereka ingat jika pergunakan anak seseorang itu untuk digembar gemburkan, berkesan untuk meyerang pihak lawan, akhirnya sendiri yang kecundang, mirip dengan filem cerita "African Monk", kerana gara-gara UMNO nanti BN akan terkena tempiasnya jatuh tersungkur, dengan itu juga pihak lawan akan dapat meraih lebih banyak simpati.Bermain politik sehingga jatuh ke martabat ini, lebih baik terima kehancuran daripada hidup cacat dan sengsara.

Kejutan Anwar Ibrahim Turun Brickfields - Sambutan Meriah Di Little India !

Kalau media sering memaparkan PM Najib turun padang secara mengejut dan ribuan mengejar PM untuk melepaskan rindu dendam serta bersalaman, berpeluk serta mencium tangannya, ketua pembangkang juga hebat dan mendapat sambutan menggalakkan setiap kali dia turun padang bertemu dengan orang ramai.

Ada yang memberi komen mereka tak sangka Anwar kelihatan hansem dan menyerlah dan lansung tidak serupa sebagaimana yang sering digambarkan di dalam media milik kerajaan pemerintah. Melihatkan Anwar sahaja mereka sudah mula rasa yakin bahawa dia merupakan orang baik-baik.

Ramai yang menyatakan rasa kagum dengan ketabahan ketua pembangkang tersebut yang terus berjuang walaupun sejak dia dijatuhkan dulu sehinggalah sekarang tidak pernah lepas dari hentaman serta serangan bertubi-tubi musuh-musuh politiknya.

Lihat dan baca rakaman menarik Anwar membuat kunjungan mengejut bagi menyaksikan sendiri bagaimana kaum India membuat persediaan terakhir mereka di Little India. Lihat sini

Tuesday, 25 October 2011

Laporan Audit Negara - Apa Tindakan Pada Pegawai Yang Diamanahkan?

Laporan audit negara dikeluarkan saban tahu dengan tidak pernah sunyi daripada penemuan kerja-kerja serta prestasi buruk yang kalau disiasat menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Dalam kes beli barang dengan harga melampau melebihi pasaran, sesiapa saja boleh agak ada orang yang buat duit dan ada aktiviti pembahagian keuntungan pada lebih daripada satu pihak.

Tapi laporan demi laporan berlalu saja dengan tidak ada penyiasatan bagi mencantar ranting atau dahan yang telah buruk. Dahan tersebut dibiarkan saja tumbuh dan meneruskan aktivitinya menjangkiti penyakitnya pada dahan lain.

Antara laporan buruk terhadap prestasi pengurusan agensi Kerajaan:


  • RM2.57 juta wang pencen dibayar pada 2,000 orang yang telah mati.
  • Lebih dari 130 daripada seribu kediaman staff kementerian kesihatan ditinggalkan begitu saja selama lebih dari 12 tahun (13%)
  • Lebih daripada separuh Tadika Kemas di Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah tak patuh pada menu yang disediakan oleh kerajaan.
    • Memeberikan doughnut pada kanak-kanak yang sepatutnya diberikan mihun goreng
    • Jamu nasi lemak kosong tanpa kacang dan juga telur
  • Kementerian pelancongan buat direct-nego berjuta-juta ringgit tanpa kelulusan kementerian kewangan.
  • 11 syarikat GLC buat untng 3 tahun berturut-turut tapi tak bayar dividen pada kerajaan.
  • 9 kementerian belanja sakan melebihi budget sehingga RM3.73 billion.
    • Antaranya termasuklah kementerian pelajaran, kementerian kesihatan, kementerian perumahan, kementerian pertahanan, kementerian pertanian, Jabatan perkhidmatan awam, Jabatan peguam negara, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
  • Giatmara beli barang dengan harga melebihi harga pasaran yang bukan-bukan.
    • Elba EO-5086 Oven dibeli dengan harga RM1,200 berbanding harga pasaran hanya RM419
    • Trio TPM-1000 Stand Mixer dibeli dengan harga RM1,200 berbanding harga sebenar RM698
    • Katil dibeli dengan harga RM500 berbanding harga sebenar hanya RM100
    • Mixer dibeli dengan harga RM1,560 berbanding harga sebenar RM799
    • Dapur gas dibeli dengan harga RM200 berbanding hanya RM59.90 di pasaran
    • Mesin potong rambut dibeli dengan harga RM325 berbanding RM165 di pasaran
    • Pensonic Blender dibeli dengan harga RM140 berbanding hanya RM60 di pasaran
    • Pembelian mesin menjahit elektrik dan juga oven di Kapit Sarawak dengan harga RM1,600 dan RM1,560 tapi tak boleh digunakan sebab kat situ tak ada bekalan elektrik....???
    • Pelajar y7ang diambil banyak yang tidak memenuhi kriteria pengambilan seperti mereka yang berada dan punyai pendapatan tinggi
Banyak lagi pembelian lucu berlaku dan para pegawai yang membelinya tidak dikenal pasti. Sepatutnya mereka didedahkan pada umum agar yang lain dapat belajar bagaimana mahu membuat kesilapan.

Berapa Jumlah Penduduk Dunia Menjelang Tahun 2100 ?

Bancian terbaru daripada United Nation menunjukkan dunia akan menampun seramai 15 Billion manusia di atas muka bumi ini menjalang tahun 2100. Pada waktu ini jumlah populasi umat manusia di dunia telah mencapai seramai 7 billion orang.

Taraf kehidupan yang semakin baik, kesihatan yang meningkat dikalangan penduduk dunia telah membantu memanjangkan umur manusia dan mengurangkan jumlah bayi yang meninggal ketika dilahirkan. Walaupun di negara-negara maju manusia cenderung mempunyai anak yang sedikit bilangannya, tapi ia tidak dapat membantu menggandakan kelahiran anak-anak di negara-negara seperti Afrika dan juga Asia.


Apa yang menjadi ketakutan sekarang adalah samada dunia mampu menampung jumlah manusia yang semakin ramai ini. United Nation nampaknya yakin sumber yang ada pada muka bumi tidak mampu menampung kehendak manusia yang terlalu ramai. Mereka berusaha mendidik manusia agar mengurangkan pembiakan.

Bagi kita umat Islam, kita wajib percaya bahawa Allah telah memperuntukkan rezki yang cukup pada setiap individu yang dilahirkan di dunia ini. Tak perlulah kita risaukan tentang rezki kita di atas muka bumi. Apa yang kita perlu risau adalah nasib kita setelah mati dan masuk ke alam yang tidak ada penghujungnya.

Untuk itu maka tumpukanlah kepada kebaikan sebanyak mungkin dan jangan sesekali kita mati melainkan dalam keadaan menjadi seorang muslim. Baca laporan penuhnya di sini

Monday, 24 October 2011

Pelajar Universiti Akan Turun Ke Jalan Bantah Penggantungan Prof Abdul Aziz Bari

Ramai yang tak setuju dengan tindakan UIA menggantung prof undang-undangnya hanya kerana memberikan pendapat dari segi perlembagaan terhadap titah perintah Sultan Selangor. Ini dilihat sebagai satu tindakan menyekat golongan akedemik menyatakan pendapat mereka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Memang pihak universiti berhak memecat sesiapa saja yang difikirkannya tidak layak atau terlibat dalam masalah disiplin seperti mencabul pelajar atau lain-lain yang seumpama dengannya. Tetapi semua itu tidak ada pada Prof Aziz Bari. Malah prof Aziz Bari sejak dahulu sehingga sekarang tidak pernah jemu cuba menyedarkan masyarakat kita untuk menjadi peka terhadap perlembagaan negara kita.


Beliau sentiasa menganalisa segala pergolakan politik yang berlaku di negara kita dan cuba mengulasnya berdasarkan perspektif perlembagaan berdasarkan pengetahuannya agar orang ramai mendapat maklumat dan terdedah kepada aspirasi yang termaktub pada perlembagaan.

Jika ada orang yang sentiasa mempromosikan perlembagaan untuk diikuti dan dijadikan landasan pentadbiran dianggap jahat dan tidak layak menjadi pensyarah, maka siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk mendidik anak-anak kita. 

Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka yang hanya sanggup menjadi pak turut dan kaki kipas kepada kerajaan yang memerintah untuk menjadi para pendidik kepada anak-anak kita. Tidak ada negara yang maju ke depan jika semua golongan yang mengkritik dimasukkan ke dalam guni dan dibuang ke laut.

Tindakan sekumpulan pelajar yang mengambil risiko membantah apa yang berlaku pada prof Aziz Bari amat melegakan, sekurang-kurangnya kita masih boleh menaruh harapan pada bakal pemimpin masyarakat ini untuk menjadi warga negara yang peka dan sanggup mengambil risiko demi mempertahankan prinsip.

University students to take to the streets | Free Malaysia Today: