Pages

Saturday, 22 October 2011

HIMPUN - Sambutan Tak Memberansangkan (Bergambar)

Tak sampai 1/5 ruang stadium dipenuhi !, hanya wartawan
serta jurugambar yang ramai
HIMPUN telah berlansung tadi dengan umat Islam tak berapa berhimpun sebagaimana yang diharapkan oleh penganjur. Ruang stadium yang terlalu besar menenggelamkan para peserta yang hadir yang saya kira tidak sampai lima ribu orang. Mereka yang hadir jauh dan amat jauh berbanding jumlah jika perlawanan bolasepak Selangor lawan Terengganu.

Mungkin apa yang boleh kita rumuskan daripada keadaan tersebut adalah:


  • Kebanyakan umat Islam tidak nampak isu Murtad sebagai sesuatu yang mengancam sekarang ini. Mereka tetap kukuh dengan keislaman mereka walau memang ada segelintir yang jahil yang kepercayaannya terhadap islam terlalu lemah atau tiada lansung.
  • Belum ada lagi kes di mana wujudnya seorang Islam yang dipaksa menganut agama lain atau dipaksa untuk tidak mengamalkan agamanya.
  • Ramai yang melihat isu murtad hanyalah satu gimik politik.
  • Pergerakan NGO tidak dapat digembleng bagi menandingi pergerakan politik untuk memainkan peranan dalam mengubah masyarakat.
  • Dalam bab berhimpun ini tak ada yang dapat menandingi kehebatan parti-parti pembangkang terutamanya PAS.
  • Media ternyata over-estimate dengan isu murtad. Ini boleh dilihat dengan kehadiran pihak media yang teramat ramai untuk membuat liputan.
  • Ramai yang merasakan HIMPUN tidak dapat membantu masalah kelemahan orang Islam dari segi ekonomi dan juga pendidikan.
  • Usaha mendekatkan diri umat islam kepada agama mereka perlu datang daripada masyarakat itu sendiri yang bermula daripada keluarga seterusnya mendapatkan galakan serta suntikan yang bersungguh-sungguh daripada kerajaan.
  • Isu murtad tak akan selesai selagi kerajaan tidak menggubal undang-undang yang lebih keras terhadap mereka yang murtad.
Kalau dilihat daripada berbagai kajian tentang keadaan umat islam di negara kita hanya tidak lebih dari 30% yang menunaikan solat. Bagaimana mereka yang tidak memperdulikan solat dapat menjadi peka terhadap isu akidah seperti murtad ini.

Lihat koleksi gambar-gambar HIMPUN di sini

Friday, 21 October 2011

Larangan Pakai Purdah - Usahawan Perancis Sedia Dana Tolong bayar Semua Denda

Seorang usahawa hartanah dari Paris, Rachid Nekkaz, 38 tahun sanggup bergegas ke Belgium, rabu lalu semata-mata untuk menyelesaikan denda yang dihadapi oleh 2 orang wanita yang ditangkap atas kesalahan memakai burqa atau purdah ditempat awam.

Dia mengeluarkan wangnya sebanyak 100 euro bagi menyelesaikan hukuman yang pertama atas kesalahan memakai burqa sejak undang-undang tersebut dikuat kuasakan di Belgium. Pada hari yang sama dia mengeluarkan sebanyak 75 euro di sebuah tempat di France bagi membayar denda pada seorang wanita atas kesalahan yang sama.

Ini merupakan kempennya bagi menggalakkan para wanita keluar tanpa rasa takut dengan undang-undang negara tersebut yang baginya hanyalah satu permainan politik presiden negara Perancis bagi meraih undi golongan berhaluan kanan. Undang-undang itu tidak sah baginya dalam perlembagaan negara Perancis.

Walau bagaimanapun katanya orang yang sepatutnya di denda adalah golongan suami yang memaksa para isteri memakai purdah dan menghalang para isteri dari keluar dari rumah. Dia menentang pencabulan hak asasi wanita sebegitu, katanya.

Ada yang menganggap dia sengaja mencari publisiti bagi mendapatkan sokongan orang ramai yang mahu bertanding dalam pilihan raya nanti.

Baca laporannya di sini.

Thursday, 20 October 2011

UIA Gantung Aziz Bari !

Di negara kita tidak ramai ahli akademik yang berfikiran terbuka. Tidak ramai yang cuba bebaskan dirinya dari dibelenggu oleh kepercayaayn khurafat berdasarkan persepsi lapuk yang cuba ditanam oleh golongan tertentu yang tidak mahu melihat perubahan. Orang yang sebegini biasanya akan sentiasa mencabar kebiasaan berlandaskan apa yang dirasakannya benar.

Dengan mencabar kebiasaan sahaja kita akan dapat mengeluarkan diri kita dari belenggu jumud dan tidak meningkat. Kalau orang putih, dia kata think out of the box atau berfikiran luar daripada kotak.

Malangnya orang yang suka berfikir luar dari kotak biasanya akan di terajang terus keluar dari kotak....begitulah nampaknya yang sering terjadi dan Aziz Bari sendiri sudah tentu amat maklum dengan keadaan tersebut...jangan sesekali cuba tegur mereka yang sempurna, mana boleh orang sempurna buat salah....!

Tentu ramai yang bertepuk tangan sekarang dengan apa yang berlaku pada Aziz Bari tidak kurang juga sesetengah kumpulan di dalam PAS yang tidak gemarkan beliau kerana amat lantang mengkritik segolongan ahli Pas yang masih bekerja cara lama.

UIA suspends Aziz Bari - The Malaysian Insider:

HIMPUN - Agenda Politik Untuk Burukkan Selangor Dan P. Pinang

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berpendapat HIMPUN punyai agenda politik terselindung yang berbaur politik bagi mengaburkan orang ramai. 

Perhimpunan itu sebenarnya cuba untuk memberikan persepsi salah pada rakyat bahawa negeri Selangor dan juga negeri Pulau Pinang yang sedang diperintah oleh Pakatan Rakyat sedang berada di dalam kedudukan terancam.

HIMPUN mahu menakut-nakutkan orang ramai umumnya rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu seolah-olah kedua negeri tersebut hancur umat Islamnya habis akan murtad jika dikekal pemerintahan kepada PR.

Jika HIMPUN benar-benar ikhlas, kenapa tidak ada salah satu daripada agenda mereka bagi menerangkan kenyataan Perdana Menteri Malaysia sekarang yang berjanji pada rakyat tidak akan melaksanakan HUDUD di negara ini kerana ia tidak sesuai dalam masyarakat berbagai kaum...bukankah itu ucapan murtad yang di buat sendiri yang tidak perlu diganggu gugat oleh agama Kristian pun.

Wednesday, 19 October 2011

HIMPUN - Macam mana ni, kata YB Zul Kulim Tak Berucap !

NONEAhli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau akan menimbulkan isu Kristianisasi ke atas orang Islam dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 22 Oktober nanti.

Beliau mendakwa, isu tersebut perlu dibangkitkan demi "memperkukuh ukhwah dan kesatuan Islam."

Isu berkenaan juga akan ditimbulkannya untuk  "menangani isu murtad apabila timbul banyak isu dan serangan terhadap akidah umat Islam."

"Saya akan rujuk beberapa kes termasuk cadangan penubuhan negara Kristian dan penglibatan gereja secara langsung.



"Sekarang gereja sudah berani terlibat dalam kes murtad. Dan kita ada bukti itu," dakwanya lagi ketika ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya tindakan itu akan membangkitkan permusuhan antara penganut Islam dan Kristian, bekas pemimpin PKR itu berkata: sambung baca di sini...


ELOK JANGAN BAGI MAT OVER NI BERUCAP, DIA AKAN BERLEBIH-LEBIHAN.

Tuesday, 18 October 2011

Bagaimana Rupa Jika Ibu Jari Tangan Diganti Dengan Jari Kaki

Pernahkah anda ucapkan Alhamdulillah setiap kali melihat jari jemari tangan anda bagi melahirkan perasaan betapa amat hebatnya kesempurnaan yang Allah Taala jadikan.

Tentu amat jarang atau tak pernah terlintas. Kita biasanya hanya akan terasa nikmat kurniaan Allah setelah nikmat tersebut ditarik balik.

Bagitulah nasib malang yang terjadi pada seorang imigran Cina yang terputus ibu jarinya terkena mesin. Doktor terpaksa menggantikan jari tersebut dengan salah satu daripada jari kakinya. Dia sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan doktor yang merawatnya itu.






Sumber. 

Hukuman Berat Pada Kes Cerai Di Kelantan - Patutkah?

Wan Ubaidah, Exco kerajaan negeri
Kelantan
Kerajaan negeri Kelantan sedang mempertimbangkan penguatkuasaan serta hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang bercerai tak tentu sebab. Perceraian perlu dielakkan seboleh mungkin dan hanya selepas tidak dapat lagi dielakkan barulah talak dijatuhkan.

Kes perceraian berlaku sebanyak 14.67% di negeri Kelantan. Ini bermakna dalam 100 pasangan yang berkahwin terdapat 15 kes yang akan bercerai. Kes perceraian semakin meningkat di negara kita termasuklah di Kelantan.

Dalam kajian yang dijalankan oleh ahli sains dari Itali, Winfred Pareto pada zaman dahulu di UK, beliau mendapati dalam 100 kes perceraian, 80% kes disumbangkan oleh orang yang sama. ini bermakna mereka yang memang kaki cerai akan berkahwin dan akan mudah bercerai.


Tidak dapat dipastikan pula jika ada kajian yang sama di jalankan oleh mereka yang bertanggung jawab dalam hal ehwal kebajikan keluarga di negara kita. Adakah kebanyakan kes perceraian disumbangkan oleh orang yang sama. 

Saya yakin jika kajian dibuat kita akan mendapati kecenderungan kaki cerai dari kalngan mereka yang sama. mereka akan kerap kahwin, ada masalah dan terus selesaikannya dengan melarikan diri iaitu bercerai, bukannya menyelesaikan dengan cara yang lebih matang.

Jika ini dapat dikenal pasti, kita hanya perlu menangkap para kaki cerai ini dan basuh dengan air cuka dan brain-wash mereka secukupnya dan kenakan syarat yang ketat gila pada mereka sebelum dibenarkan berkahwin semula.

Sumber berita dari Bernama.

Bagaimana Cara Pencuri Meresap Ketika Dikepung

Ini adalah lanjutan dari cerita "Bagaimana Cara Meresap Ketika Dikepung"

Kawaq yang seorang itu telah ditangkap, dibelasah dan seterusnya diikat di bawah rumah Cik Muji. Saya dengan beberapa orang lagi berpatah balik ke tempat di mana 2 lagi kawaq tadi tiba-tiba menghilang untuk mencari ke mana mereka pergi di samping melihat peralatan yang telah dicampak oleh kawaq-kawaq tersebut.

Antara peralatan yang ditemui adalah 'besi bari', pemotong besi dan juga pemutar skru yang teramat besar dan panjang. Ini semua kami bawa kembali kepada tempat pencuri diikat bagi membuktikan memang dia masuk kampung hendak merompak. Kawaq tadi setelah diikat berulang-ulang merayu dilepaskan. Katanya dia mahu pergi 'pakpoi' atau maknanya menurun minta nombor ekor. Dengan segala peralatan tersebut ternyata dia berbohong.


Ada lagi barang lain yang saya dan rakan-rakan jumpa. Sekotak rokok Benson 20 yang bari dihisap sebatang dan sebuah dompet kulit kecil yang berisi 7 ketul batu kecil serta duit siling 25 sen. Ini tentu bahan atau ramuan untuk pukau. Rokok tu kekawan belasah dan tidak dilaporkan. Biasalah orang muda, pantang tengok rokok free.

Biasanya rumah yang di pecah masuk akan dicampakkan dengan batu kecil di atas bumbung dan dibiarkan jatuh bergolek. Kalau tak ada yang sedar maknanya tuan rumah tidur mati. Orang kata mereka jampi untuk pukau, tapi saya kata tak payah pukau kalau 7 ketul batu dicampak ke atas bumbung kita masih tak sedar dari tidur, kalau gajah masukpun orang kenis tu tak akan sedar.

Lebih ramai lagi mula sertai kami menyuluh dan selongkar sekitar semak hutan kecil yang dipenuhi pokok separa pinggang dan juga beberapa pokok besar buah binjau, pokok rambutan dan juga pokok kelapa. Semuanya meredah dengan lampu suluh dan senjata kayu. Ada lebih dari 20 orang di situ saja. Ada juga yang mencarinya di kawasan lain.

Tiba-tiba seorang menjerit, "tudia kawaq !" lalu disambut dengan riuh oleh semua, "kawaq, kawaq, kawaq !". Seorang lagi kawaq dikesan berada tak jauh dari tempat saya jumpa rokok dan beg duit kecil tadi. Orang yang terlihatnya terperasan kilauan jam tangan yang terpantul setelah disuluh.

Dia sedang duduk bertinggung atas tanah dengan tidak memakai baju dan terlindung oleh pokok-pokok separa pinggang di situ. Saya baru terfikir bagaimana dia tiba-tiba menghilang tadi ketika saya mengejarnya. Dia memang bijak setaraf james bond rupanya.

Ketika riuh orang mengejar mereka dengan lampu suluh menghala pada si panjang yang tertangkap tadi, dia mengambil pendekatan bijak dengan terus duduk bertinggung diam ketika melalui belukar itu. Sudah tentu tak ada yang perasa kerana asyik fokus pada si panjang dan semua terus kejar si panjang tanpa lansung memperdulikan dua orang lagi yang telah hilang.

Setelah tahu dia dikesan orang ramai, sepantas kilat dia bangun lari menuju ke kawasan pokok-pokok serta belukar di depan lalu diikuti oleh semua orang. Ramai lagi yang terjun ke situ setelah mendengar riuh rendah berlaku. Semua terlihat kelibat kawaq itu lari dan tiba-tiba di kawasan pokok-pokok itu dia menghilang kembali.

Suasana reda semula sebab semua pening macam mana boleh lepas lagi sekali dalam begitu ramai yang menerpa mengejarnya. Lampu suluh bersimpang siur merayau mencari lembaga tadi. Cari dan cari..."tudia kawaq!" sekali lagi jeritan terdengar.

Kali ini juga hasil dari kilauan jam tangan kawaq tersebut yang sedang melekat memeluk kuat sebatang pokok binjau di sebelah parit. Sekali lagi saya kagum otak geliganya. Tengah semua bercelaru mengejarnya dia meluru ke depan, zig zag dan terus memeluk salah sebatang pokok di tengah gelap itu dan mendiamkan diri. Cuma tak cerdik sikit dia ni adalah kerana pakai jam tangan tali besi yang berkilau apabila di suluh.

Dia melepaskan pelukannya dan berdesup lari lagi, zig zag dan tup-tup hilang semula. Orang pening lagi kejar dan hilang dan kejar dan hilang begitulah seterusnya sampai akhirnya memang tak jumpa terus sampai ke subuh. Selepas pukul tujuh pagi semua balik untuk meneruskan kehidupan. Putus asa tak dapat kejar yang lain dan masing-masing berpuas hati dengan sekadar satu tangkapan.

Pagi itu saya pergi ke ke kedai di Pekan Penanti dan melalui rumah lama di tepi jalan menuju ke pakan dari lorong belakang. Rumah itu masih ada beranda dan saya tergerak nak pergi tengok atas beranda tu. Ada kesan lumpur dan basah di bawah anak tangga di atas beranda tersebut. Sah, saya yakin itu tempat terakhirnya menyorok sebelum cabut balik setelah mengetahui tiada lagi yang mengejarnya.

Bagaimana pula dengan kawaq yang ketiga. Dia memang lesap terus tak dapat di kesan. Saya yakin dia menggunakan teknik yang sama tapi dia tak pakai jam tangan berkilat. Atau mungkinkah dia bertukar rupa menjadi rupa sebijik seperti salah seorang penduduk kampung Penanti yang turut sama mencari kawaq...hanya Tuhan saja mengetahuinya.

Sebagai rumusan, tentu semua dah dapat ilmu macam mana nak meresap ketika dikejar dan dikepung oleh orang kampung sekarang. Tak payah jampi serapah tetapi pastikan ianya di waktu malam dan carilah kawasan yang bersemak samun dan ada pokok-pokok besar.

Jangan lupa buka baju atau pakai baju hitam dan lari secara zig zag dan segera tunduk diam secara tiba-tiba bila melaui kawasan belukar separa pinggang atau segera peluk pokok dengan kejap dan diam jika ada pokok besar.

-TAMAT-

Monday, 17 October 2011

Utusan Malaysia Penyebar Fitnah, Gerakan Jadikan Kristian Agama Rasmi Negara Hanya Satu Pembohongan

Kalau akhbar lain buat benda yang sama dah lama mati tak berkubur. Habis semua lesen ditarik balik dan segala bahan sampai kertas cuci tandas akan dirampas. Tapai sebab yang buat tu lidah rasmi Umno, semuanya tak ada apa...cerita berlalu begitu saja.

Utusan Malaysia sebelum ini ambil maklumat daripada blog pemfitnah dengan menuduh perjumpaan di sebuah gereja di Pulau Pinang sebagai komplot nak jadikan Kristian agama rasmi negara dan nak jadikan orang Kristian sebagai Perdana Menteri negara.

Isu itu terus menjadi bualan hangat negara sampai melibatkan kerajaan DAP dituduh berada di belakang komlot tersebut. Memang Utusan Umno ni tak ada kerja lain selain cari idea macam mana nak kasi Cina DAP kat Penang hangus kena goreng.

Lepas tu PM janji pulak kalau BN menang kat Penang depa akan tetap berteguh janji nak bagi kat cina Gerakan juga....tapi depa juga main isu yang sekarang ni Penang di kuasai oleh Cina. Apa punya celaru depa ni seolah-olah Gerakan bukan Cina tapi yang Cina hanyalah DAP


Home Ministry confirms no case in Christianity becoming official religion

GEORGE TOWN (Oct 16, 2011): Investigations have found no evidence to support allegations of efforts to make Christianity the official religion of the country, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein confirmed.
At a press conference today, Jelutong MP Jeff Ooi said this was in Hishammuddin's written parliamentary reply to Kulim MP Zulkifli Noordin, and therefore there is no evidence to incriminate any individuals in the matter.
Ooi pointed out that the investigation papers had been referred to the Attorney General's (AG) Chambers and the case has been classified as NFA (no further action) by the deputy public prosecutor.
Zakhir Mohamed, the author of the blog ‘bigdogdotcom’ first suggested the existence of the alleged conspiracy, reporting a hearsay account of a plan to make Christianity the official religion of Malaysia and for a Christian to be Prime Minister.
The allegation was then featured on the front page of Utusan Malaysia on May 7. Another blog ‘Marahku’ also carried the allegation but later removed the posting.
The allegation had implicated local pastors and Ooi who had attended a dinner in conjunction with the ‘Unashamedly Ethical Marketplace Conference’ on May 5 and 6.
The conference was organised by the National Evangelical Christian Fellowship, Global Day of Prayer, Marketplace Penang and Penang Pastors Fellowship.
In a joint statement on May 8, the three groups refuted the claims as “unfounded and totally untrue”, pointing out that the conference was to discuss and address the issue of bribery and corruption, and Christians’ contribution in addressing such issues.
Ooi said Hishammuddin's reply to Zulkifli during the current Parliament session confirmed the allegations to be baseless and untruthful.
He urged the Home Ministry to revoke Utusan Malaysia’s printing licence and called on the editors of the paper to issue an unconditional apology.
Datuk Keramat assemblymen Jagdeep Singh Deo, meanwhile, said the paper should come out with an unconditional apology.
Jagdeep, a lawyer by trade, urged the Home Ministry to take immediate action to protect the peace and harmony of Malaysia.

'Perhimpunan Mega' Ulama Pondok Kedah - Coming Soon !


Ulama Pondok Kedah akan berhimpun secara besar -besaran dalam satu majlis Insyallah dalam masa tedekat

Insyallah AJK Persatuan Pelajar Pondok Tn Guru Hj Salleh Musa Sik akan bergabung dengan AJK Ummah Berselawat dan beberapa individu yang ingin memberi sumbanggan bagi menjayakan program Penyatuan Mahabbah Ulama Pondok Negeri Kedah tidak lama lagi . Usha ini bertujuwan menaikkan kembali ulama Pondok dan Kitab Thurath / kitab lama .
Usha ini hanyala semata-mata ingin menyumbang kearah perkembangan ISLAM melalui menaikkan kembali martabat Ulama Pondok dan kitab-kitab Thurath yang makin dilupakan masyarakat padahal cara pengajian inilah yang membentuk jiwa seseorang kerah Keikhlasan Menjadi Seorang Hamba Allah yang sebenar .

AJK Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (PPPT) akan memainkan peranan dalam berusaha memperjuangkan usha ini Insyallah dengan kerjasama rakan rakan pondok dan Setiausaha Ummah Berselawat Ust Syukur .
HARAP KEPADA SIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBANTU KAMI DARI SEGI TENAGA DAN SUMBANGAN SANGAT DIALU-ALUKAN …
Usha ini tidak boleh kita tangguh tangguhkan hingga sekian lama kerana Guru -Guru Tua sekarang sudah kurang , marilah kita menafaatkan usia mereka dengan mempertengahkan mereka agar masyarakat kenali mereka dan mengambil ilmu dari mereka semantara sehari dua mereka masih ada ini …
AYUH BANGUN!!!
Jangan biar Ulama sudah Meninggal baru kita hendak Menyesal !!!
Mari kita jayakan Majlis Mahabbah Ulama Pondok Negeri Kedah !
Sebanyak lebih kurang 30 buah lebih ,  Pondok akan kita jemput didalam Majlis ini Insyallah , Dianggarkan lebih kurang 10 lebih ulama tua akan kita utama dan ketenggahkan kepada masyarakat .
Keterangan Lanjut Hubungi AL FAKIR HELMI
013 4044259
INSYALLAH KITA AKAN MENGADAKAN MESYUARAT BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI
Tn Guru Haji Salleh Musa , Sik Kedah .Ulama Tua Kedah yang paling berpengaruh dan luas wilayahnya , sangat terkenal di Malaysia Sekarang kerana Tn Guru Hj Abdullah Lubauk Tapah dan Tn Guru Hj Hasyim telah meninggal maka sekarang seluruh pelajar pondok akan rujuk kepada Tn Guru Hj Salleh Musa , bukan sahaja di Malaysia bahkan di Pattani , Yaman , Makkah , Mesir dan sebagainya orang sudah makruf atau kenal Tn Guru Hj Salleh . Berusia 83 tahun , masih kuat berdakwah .
Tn Guru Hj Ahmad , Kuala Nerang berusia 86 tahun , ulama yang jarang dikenali umum kerana beliau hanya mengajar di Pondok Beliau di Maktab Mahmud Kuala Nerang . Beliau merupakan sahabat Tn Guru Hj Salleh , mereka berdua belajar dengan Syeikh Qadir Mandili , Pak Chu Him Gajah Mati
Tn Guru Hj Wahab Hassan atau lebih dikenali UstazAwang Lanai Baling …
Beliau merupakan murid yang sangat lama menuntuk dengan Tn Guru Hj Omar Lanai .
Tn Guru Hj Abdullah yang sangat alim ilmu fekah .
Beliau jarang dikenali orang kerana beliau .
Tn Guru Hj Izzudin .Anak PAK CHU HIM yang sangat alim ilmu Alat .
Segala kitab ayah beliau dan abang dan saudara mara beliau yang pernah menjadi Tn Guru pondok didalam simpanan beliau .
Ust Sobri Ulama muda yang wara
Ustaz Adnan Sungai Karangan , Ustaz Yaziz anak Tn Guru Hj Salleh , Ustaz Ibrahim Buluh Kapit , Ustaz Yusuf , al fakir , dan imam pondok sik
Ustaz Adnan Pondok Sungai Karangan
Ustaz Rafie yang alim tasauf merupakan murid Tn Guru Hj Omar Zuhdi Lanai
Tn Guru Hj Zahari Pondok Landai Sik , ayang alim tasauf .
Ustaz Zul Syatiri Kedah
Ustaz Wahab Hassan bersama Tn Guru Hj Zahari Sik
Tn Guru Hj Azhari , Tn Guru Hj Rafie , Ustaz Kamil anak saudara Tn Guru Hj Mad Nahu Sik
Baba Yahya , Ustaz Aminuddin , Maulana Hussin dan Pak Long murid Tn Guru Hj Zakaria Alor Janggus yang kini Pak Long buka Pondok di Perlis
Barisan Ulama Pondok Negeri Kedah
Ustaz Zul Yaman , Pak Syed Ummah Selawat , Ustaz Rejab
Pak Teh Mad Isa
Ustaz Halim Parit Panjang
RAMAI LAGI ULAMA TIDAK MAMPU SAYA MASUKKAN DIRUANG INI , INSYALLAH ana akan ushakan memasukkan lebih ramai ulama Kedah . Kedah akan Kembali Zaman Kegemilangan seperti Islam berkembang di Serambi Makkah di Aceh , Kelantan dan Kedah satu ketika dahulu yang sangat ramai Ulama dan Pondok … Insyallah mudahan Allah memberi kemudahan dan pertolongan untuk usha ini , mudahan perjuangan ini disertai pertolongan dan keredhaan Allah SWT …Harap semua mendoakan kejayaan untuk usha ini

Titah Sultan Selangor, Kenapa Aziz Bari Tak Sama Dengan Tun M

Semua orang tahu Prof Abdul Aziz Bari merupakan pakar, saya ulangi sekali lagi PAKAR PERLEMBAGAAN di negara kita. Beliaulah antara orang yang paling banyak mentelaah, mengajar, mengkaji, membanding, menghimpun, menulis dan bercakap mengenai isu-isu perlembagaan di negara kita. Habis semua isu-isu perlembagaan di semua negara di dunia ini di telitinya untuk membuat perbandingan dengan apa yang ada di negara kita.

Maknanya jika dia bercakap sesuatu yang menyentuh isu sistem perlembagaan beraja di negara kita ini kemungkinan untuk dia buat silap amatlah sedikit berbanding dengan Tun Dr Mahathir yang bukannya tak pandai, tapi teramat kurang pandai dalam masalah perlembagaan negara.

Perumpamaannya adalah seperti seorang yang jahil mengatakan sesuatu bahawa dia tidak pernah dengar perkara tersebut, berkemungkinan besar adalah kerana dia jahil. Jadi kalau Mahathir tuduh Aziz Bari kurang ajar, besar kemungkinan Tun M silap lebih banyak daripada betul.


Tetapi jika seorang yang berilmu mengatakan sesuatu bahawa dia tidak pernah mendengar perkara tersebut, berkemungkinan besar memang perkara itu tak wujud. Maknanya kalau Aziz Bari kata Tun Mahathir teramat kurang ajarnya kerana menyentuh institusi raja, teramat besar kemungkinannya Mahathir memang kurang ajar.

Namun, walau apapun hujah akal yang cukup bernas dikemukakan semua itu tidaklah terpakai di dalam negara kita yang penuh demokrasi dan berakal rasional yang tinggi ini. Maka hasilnya tetap kelihatan bahawa dalam kes ini Mahathir adalah benar dan Aziz Bari adalah salah, semua itu adalah kerana:

  1. Siapalah Aziz Bari, beliau hanyalah ahli akademik yang memilih jalan cenderung untuk banyak memihak pada pembangkang. Bukan sebab dia pembangkang tapi kerana dilihatnya pembangkang lebih banyak komintmennya pada perlembagaan berbanding Umno/BN yang sering memijak-mijak perlembagaan jika tidak sesuai dengan nafsu serakah mereka.
  2. Di negara kita semua yang Umno buat benar belaka. Hanya Umno lah sahaja yang boleh engkar dan derhaka pada raja, orang lain tak boleh. Lihat saja isu Idris Jusoh dulu yang tidak mendapat perkenan  menjadi MB, kain rentang caci 'binate' pada Sultan terus naik. Itu tak durhaka kerana yang buat adalah Umno.
  3. Sejak negara merdeka sebenarnya kuasa tertinggi secara realitinya dalam sistem feudal di negara kita sekarang adalah Umno dan para pemimpinnya. Semua institusi lain yang ada adalah sebagai pelengkap bagi mengukuhkan kuasa feudal tertinggi yang ada dalam Umno.
  4. Aziz Bari silap dengan berkata tiada derhaka atau kurang ajar dalam undang-undang negara kita. Sebenarnya itu hanyalah untuk Umno. Bagi selain daripada Umno memang ada, sebab kasta mereka yang selain daripada golongan feudal Umno di Malaysia adalah amat rendah. Bukankah derhaka, daulat dan lain-lain yang seumpamanya diujudkan agar rakyat senantiasa taat membuta tuli pada golongan pemerintah, kalau kritik akan bertukar jadi batu.
  5. Negara kita sejak merdeka hanya di perintah oleh satu kuasa besar iaitu Umno/BN. Tidak ada benda lain yang boleh dijadikan perbandingan dengan Umno/BN. Semua fakta yang mahu dijadikan sebagai sejarah dan juga rujukan mestilah yang sesuai dengan kehendak mereka. Semua itu mestilah yang membuktikan betapa kesempurnaan Umno/BN terserlah di mata rakyat. Maka apa yang Tun M buat terhadap institusi beraja pada 1983 dan 1993 di catitkan sebagai amat membina menuju era permodenan.
Sebab itulah rakyat perlu pastikan mereka memberi peluang pada Pakatan Rakyat untuk memerintah negara. Pakatan Rakyat memberikan komitmen yang tinggi mereka untuk mendaulatkan perlembagaan negara berbanding BN yang jelas menyimpang sampai banyak kes mahkamah yang hakimpun tak ikut perlembagaan apa lagi nak diharapkan pada institusi lain.

Terakhir sekali, tulisan ini juga sudah tentu merupakan satu tulisan menderhaka...mendehaka pada Umno/BN kerana merekalah satu-satunya makhluk yang membela Melayu, yang membina Malaysia dan membangunkan negara...yang lain tak berguna.

Aziz Bari: Kenyataan Dr Mahathir melucukan - The Malaysian Insider:

Sunday, 16 October 2011

Bagaimana Cara Meresap Ketika Dikepung

Cerita ini merupakan sambungan cerita 'Bagaimana Cara Menunggu Pencuri Tanpa Dapat Dikesan Oleh Mereka', yang mana perlu dibaca terlebih dahulu untuk memahami keseluruhan cerita.

Malam itu langit hanya dipenuhi bintang tanpa sedikitpun cahaya bulan. Di dalam suasana gelap gelita itulah saya dan 2 orang lagi rakan mengambil kerusi panjang dari rumah Pak Mae dan letakkannya di tengah rumpun pisang betul-betul berdepan dengan kepala simpang tiga masuk ke kampung.

Sebelah kiri kami ada belukar serta beberapa pohon kelapa yang diikuti dengan sebuah parit kecil. Sebelah belakang kami tanah lapang diikuti dengan rumah Pak Mae. Sebelah kanan kami jalan masuk ke kampung dipagari tembok sekolah sepanjangnya hingga ke belakang, ini jalan belakang kalau mahu ke Pekan Penanti.


Di depan kami pula jalan bertar yang merupakan laluan masuk utama ke kampung dari jalan utama. Jika ada kenderaan masuk tentu akan menyuluh tempat kami mencangkung atas kerusi tersebut. Setiap kenderaan yang sampai di simpang depan kami samada akan masuk ke kiri untuk terus masuk ke bahagian belakang kampung atau ke kanan untuk ke bahagian depan kampung.

Kami mula duduk di situ selepas pukul 12 malam tanpa berbicara, hanya mengelamun layan perasaan. Masing-masing dengan sepotong kayu dan sebuah lampu suluh kecuali saya yang hanya membawa sebilah kayu kandar padi yang diperbuat daripada kayu nipah sedepa panjangnya.

Tak berapa lama mengelamun, saya yang berada di tepi sekali sebelah kiri merasa ada orang datang berjalan dari arah belakang. Ada sebatang pelepah kelapa yang menghalang mereka terus masuk menuju ke arah bangku yang sengaja saya letak bagi melindungi kedudukan kami.

Saya berpusing tanpa syak sesuatu dan kelihatan 3 orang berjalan terhendap-hendap melencong sepanjang pelepah dan terus lalu di depan kami. Kalau saya jolok kayu kandar yang saya pegang itu tentu terkena mereka bertiga.

Saya buat selamba sahaja kerana sangkakan itu tentu Abang Rahim dan lain-lain yang kerjanya suka mengusik. Tetapi apabila mereka lintas depan kami seolah tak tahu yang kami berada di situ dan terdengar pula bisikan dari lembaga yang paling tinggi sekalai diantara mereka bahawa ada orang sedang berjaga di pintu masuk jalan utama, saya mula berdebar-debar dan takut.

Lembaga paling tinggi berada di depan sekali terbongkok-bongkok dan dua orang lagi yang lebih rendah masing-masing memegang beberapa peralatan yang saya nampak seperti besi cungkil serta pemotong besi. Sah mereka adalah kawaq yang kami tunggu-tunggu.

Kami bertiga saling berpandangan, saya memegang erat kayu kandar dan menunggu mereka benar-benar masuk ke kiri jalan terlebih dahulu sebelum bertindak untuk lebih mudah mengepung mereka. Tiba-tiba rakan sebelah saya membuka lampu suluhnya menghala ke atas pokok kelapa. "Buka buat apa?" bisik saya, "aku nak tutup" katanya gelabah.

Apapun ketiga-tiga kawaq terkejut dengan suluhan itu dan mereka tercegat berdiri merenung ke arah kami tidak bergerak-gerak. Saya terus terjun dari kerusi sambil laung " kawaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq..." menuju ke arah mereka bertiga dengan kayu kandar batang nipah saya. Ketaq memang ketaq tapi lantaklah apa nak jadi jadilah nekad saya. Laungan dan serbuan yang sama diikuti oleh 2 orang lagi rakan di belakang saya.

Makin dekat menghampiri mereka, sedikitpun mereka tidak berganjak, sama ada mereka pakar Aikido atau mereka terkejut biawak tak tahu nak buat apa. Saya mula rasa cuak dan risau samada mahu terus mara atau tidak, tapi kaki terus melangkah dan mulut tak henti jerit kawaq, rupanya jerit kuat ni bantu bagi kekuatan dan semangat.

Dah betul-betul dekat dengan mereka, ketiga-tiga kawaq itu pusing dan terus cabut dengan laju sambil kami mengejar mereka. Memang lega rasanya mereka pusing dan cabut, jadi tak payahlah adakan adengan pertarungan pula dengan mereka. Kini kami sekadar lari hayun kayu dan jerit kawaq kuat-kuat saja...puhh lega!.

Ternyata para kawaq terkejut dan amat gabra apabila ketiga-tiga mereka terjatuh masuk parit sebaik saja pusing melarikan diri. Mereka terus lari meredah parit hingga ke hujung sambil saya mengekori dari belakang. Kampung dah mula riuh, geng kawalan lain turut sama jerit kawaq-kawaq walaupun mereka tak nampak kat mana kawaq. Kawaq dah masuk betul-betuk ke tengah kampung. Mereka dah terkepung.

Ada satu benda pelik saya perasan ketika mengejar sambil menjerit itu. Daripada 3 orang tiba-tiba tinggal dua dan kemudiannya tinggal seorang sahaja yang saya dapat jejak. Saya jejak yang paling tinggi sekali yang saya yakin dialah ketua.

Lariannya pantas memang amat mengkagumkan, ada gaya unta lariannya dan saya makin ditinggalkannya. Saya perasan dia membuka bajunya dan dibiarkan tercampak. Nasib baik ada kawan yang memang sentiasa stand-by kat tengah kampung dengan lampu suluh berkuasa tinggi. Sebaik saja sampai di kawasan itu dia hanya tegak dan menyuluh mengekori kawaq tersebut yang lari secara zig-zag teramat laju.

Saya perlahankan larian, memang kerja sia-sia kalau saya kejar juga, dia memang laju. saya biarkan lampu suluh mengejarnya dan seorang lagi kawan tengah membidik senapang patah mengekori kawaq tersebut. Dia menunggu sebelum membedilnya pada tempat yang paling selamat agar tak ada orang lain yang kena.

Kawaq meneruskan larian dengan laju menuju ke lorong sempit antara dua rumah batu. kalau lepas lorong tersebut dia akan berupaya keluar dari kampung ikut kebun getah di jalan belakang kampung. Hebatnya kawan saya Asri dalam bab tembak dengan senapang patah, dia menunggu hanya kaki kawaq sahaja yang kelihatan antara 2 dinding dan terus 'PANG!!!'...

Nak diringkaskan cerita, tembakan tersebut mengena. Peluru penuh bertaburan di betis kawaq yang meneruskan lariannya lalu terjatuh dikolam lama di belakang kampung. Leman yang seorang diri pusing dengan motosikal dari belakang kampung berjaya menangkapnya di situ sebelum penuh orang kampung datang.

Apa lagi masing-masing lepas geram dan mencuba kehebatan tumbukan serta terajang mereka pada kawaq yang dah lemah itu. Ketika saya sampai darah dah meleleh. Mereka ikat tali pada kedua tangannya dan mengheretnya ke tenpat yang ada cahaya. Ada yang menjerit-jerit "jangan bawa dia kena cahaya, nanti dia jadi kuat balik".

Teringin jugak saya nak bedik kepala kawaq tu tapi bila di bawa ke tempat terang, jatuh kesian pula saya padanya. Dia dah tua. lewat 50-an, kakinya memang tempang sikit sebab itu saya nampak dia lari macam unta dan paling utama dia lari kuat daripada saya, buat malu saja.

Saya memberi tahu pada yang lain ada 2 orang lagi yang masihberada di dalam kampung. Saya yakin mereka tak kemana kerana semua kawasan telah dikepung. Mereka meresap tiba-tiba. Saya membawa semua ke tempat terakhir dia menghilangkan diri dan semua mula mencari di segenap semak samun.

Panjang sangat pula...nanti sambung lain lah.

Selepas ini rahsia meresap kawaq terbongkar, saya dapat ilmu baru.