Pages

Saturday, 15 October 2011

Bagaimana Cara Menunggu Pencuri Tanpa Dapat Dikesan Oleh Mereka


Betulkah ada orang yang ada ilmu meresap dan ilmu firasat. Kalau tak betul kenapa kita biasa mendengar kononnya ada orang-orang tertentu yang boleh meresap ketika dikepung dan tak hadir ketika mahu diperangkap.

Salah satu cerita popular di kalangan orang kampung dulu adalah kehebatan Rasyid Maidin dari Parti Komunis Malaya yang mampu melepaskan diri walaupun banyak kali diburu dan dikepung. Mereka juga tak akan muncul-muncul ketika dipasang perangkap.

Mat Indera yang dipopularkan oleh Mat Sabu baru-baru ini juga mempunyai versi lagendanya sendiri apabila dikatakan terpaksa dilemahkan ilmu kebal serta ilmu meresapnya melalui penggunaan daun kecubung. Kalau kat kampung saya dulu samseng kampung yaang terlibat dengan aktiviti jualan ganja besar-besaran juga dikatakan ada ilmu meresap dan ilmu firasat itu.


Pada tahun awal 90-an dulu kawasan utara tanah air seperti di Pulau-Pinang dan juga Kedah dilanda dengan kes pecah rumah yang begitu teruk. Kes pecah dan masuk rumah biasa terjadi serentak di dua atau tiga tempat dalam satu malam. Desas-desus mengatakan para pemecah masuk rumah orang mempunyai ilmu pukau dan ilmu meresap yang hebat.

Pengalaman melalui zaman kes pecah rumah di kampung Penanti pada awal 90-an itu mendedahkan saya pada ilmu meresap dan ilmu firasat musang. Rupa-rupanya memang kita boleh meresap hilang ketika dikejar orang ramai atau ketika dikepung satu kampung. Kita juga boleh mematahkan ilmu firasat pencuri dan membuatkan mereka tak tahu kita sedang menunggu mereka.

Tak payah baca apa-apa dan tak payah jampi serapah. Begini ceritanya.

Oleh kerana kejadian pecah rumah terlalu menjadi-jadi pada masa itu, maka orang kampung sepakat untuk mengadakan aktiviti kawalan sepanjang malam. Keluarga mana yang ada anak muda lelaki akan pastikan mereka menghantar wakil manakala mereka yang tak ada akan menyumbang makanan dan minuman kepada mereka yang berkawal.

Hebatnya pencuri atau orang utara panggil "kawaq" ini mereka tetap datang walaupun mengetahui orang kampung melakukan rondaan. Ada banyak kejadian mereka masih berjaya pecah masuk dan kencing dalam rumah orang untuk tunjuk hebat. Orang kampung makin marah. Kawal punya kawal sebulan berlalu masih tak berjaya tangkap kawaq sehingga ramai yang mula putus asa.

Saya ketika itu pulang bercuti musim panas ke kampung dan aktiviti kawal kampung sudah tentu amat menyeronokkan. Akibat daripada pengaruh duduk kat Perancis, maka kepercayaan pada ilmu karut marut agak mula menipis dan kuranglah rasa takut ketika meronda waktu malam.

Tapi agak pelik juga melihat telatah kawaq yang seolah-olah tahu, di mana saja orang berkawal di situ tidak akan dilaluinya. Kalau kita berkawal di atas dia akan masuk di bawah dan begitulah sebaliknya. Lalu terdengarlah petua dari seorang tua raja kawaq ketika zaman mudanya dulu.

Katanya, kebiasan kawaq itu mempunyai ilmu musang yang membuatkan mereka mampu mengesan di mana orang menunggu mereka. Dengan ilmu itulah dia sentiasa lepas daripada perangkap. Macam nak percaya juga dengan katanya itu sebab memang jadi macam tupun sepanjang berkawal.

Raja kawaq lalu menurunkan petua yang mudah untuk membuatkan ilmu musang kawaq tak menjadi. Petuanya adalah dengan memastikan orang yang menunggu atau berjaga itu tidak memijakkan kaki mereka di atas tanah. Jadi buatlah apa saja asalkan jangan pijak di atas tanah. Kita boleh menunggu di atas pokok atau duduk bertinggung atas kerusi.

Mendengar petua mudah tersebut saya rasa tak ada salahnya untuk mengikutinya mungkin ada penerangan saintifik terhadap petua raja kawaq tersebut. Maka pada malam itu saya serta 2 orang lagi rakan mengambil sebuah kerusi panjang dan ketiga-tiga kami duduk bertinggung di atas kerusi tersebut di tengah kawasan semak hutan pokok pisang.

Rupa-rupanya memang betul kata raja kawaq, geng pencuri seramai 3 orang benar-benar lalu di depan kami terhendap-hendap punyalah dekat sehingga bisikan salah seorang dari mereka yang membisisk, 'syhhhh! ada orang berjaga di depan sana...' dapat kami dengari. Mereka tahu ada kumpulan 3 orang berjaga jauh di hujung jalan tetapi tak sedar ada 3 orang lagi duduk bertinggung betul-betul di sebelah mereka.

Saya sambung ceritanya selepas ini dan perturunkan pula petua bagaimana meresap ketika dikepung orang ramai yang saya pelajari ketika mengejar kawaq.

Gempaq Meloya - Kim Kardashian Pakai Jubah !

Artis celebriti montok ni biasanya pakai baju ketat tunjuk shape dia pada orang ramai, tapi kali ni dia pi Dubai dan shopping beli jubah atau burqa kat sana...tengok gambar dia pakai burqa kat bawah...sumber

Terkini - Rakyat Amerika Mengajak Seluruh Dunia Bangun Menentang Kapitalisme

Hari ini merupakan hari temujanji perhimpunan beramai-ramai rakyat Amerika yang sudah muak dan rasa tertekan dengan ketamakan para pendokong sistem Kapitalis. Pergerakan yang dinamakan 'Occupy Wall Street' membuat perancangan perhimpunan aman secara besar-besaran di Liberty Square.

Perhimpunan diadakan bagi menyatakan bantahan mereka terhadap keadaan dunia yang semakin tidak seimbang di mana hanya 1% daripada manusia yang terlalu kaya-raya mencekik darah semua manusia lain yang hidup tertekan dan kesempitan.


Mereka sebenarnya menentang apa yang dikatakan sebagai Neoliberalism iaitu pendekatan ekonomi dan masyarakat yang berasaskan kepada kecekapan syarikat perniagaan swasta mengaut keuntungan di dalam suasana ekonomi bebas di dalam pasaran terbuka.

Ulama Syiah menyatakan pendapatnya dalam khutbah jumaat baru-baru ini bahawa pergerakan menentang Neoliberalism yang melanda Amerika sekarang ini bakal menjatuhkan pentadbiran Amerika sebagaimana bangunnya rakyat timur tengah menentang pemerintahan kuku besi. Ia merupakan satu era kejatuhan sistem kapitalisme, katanya ulama tersebut.

Pergerakan yang sama di seluruh dunia turut sama di rancang hari ini bagi menyatakan sokongan mereka terhadap pergerakan Occupy  Wall Street. Di US kerajaan mereka nampaknya tidak membiarkan kumpulan ini meneruskan agenda mereka. Kerajaan menggunakan polis bagi menghalang perhimpunan aman ini daripada dijayakan. Baca beritanya di sini

Apakah masalah sebenarnya yang berlaku di seluruh dunia sekarang? puncanya adalah sifat tamak para peniaga, pemilik Bank, ahli politik dan mereka seumpama dengannya yang menyumbat penuh tembolok mereka tanpa ada rasa belas ehsan dan bertanggung jawab terhadap manusia lemah lain, alam sekitar dan tidak beriman dengan hari akhirat.

Ia berada di mana-mana termasuklah di negara kita sekarang ini. Perkara asas yang diutamakan dalam sesuatu rancangan adalah berapa boleh masuk poket dan bagaimana projek itu boleh mengekalkan kekuasaan mereka. Jika itu semua dipenuhi, maka lantaklah apa nak jadi dengan rakyat marhaen, pergi mampus dengan masalah pencemaran dan kerosakan alam sekitar, persetankan dengan keruntuhan akhlak...asal untung dan boleh berkuasa semuanya beres....

Apa Kata Orang PR Tentang Artikel Di Bawah Ni !

Rockers dan Pakatan Rakyat
October 15, 2011


Dua
 minggu sudah aku baca tulisan Zulkifli Yahya dalamKedahlanie tentang kesilapan yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR. Setuju 100%. Zulkifli bercakap tentang FB, tapi kalau dipantau tulisan-tulisan dalam blog dan komen-komen juga serupa.
 Oleh: MSK
Sejujurnya, aku katakan bahawa penyokong Pakatan lebih brutal dari penyokong BN. Penyokong BN memang terkenal dengan porno tapi penyokong PR juga tidak akan melepaskan peluang bila ada. Pantang ada skandalmaksiat…terus jadi headline. Tak kira la kalau skandal itu melibatkan Menteri atau JKKK.

Kalau nak katakan penyokong Umno tak tau hukum agama…tu pasai depa capui macam tu..aku boleh setuju. Tapi kalau penyokong PR yang dikatakan beragama, bermaruah juga buat macam penyokong Umno…yang tu aku kata lebih brutal.
Bila aku keluar dari PKR…macam-macam kutukan yang aku dapat. Seolah-olah keluar PKR tu macam keluar Islam. Keluar dari Umno dianggap hero…keluar dari PKR dianggap pengkhianat. Tukar parti dianggap macam tukar ugama.
Bila Bob Lokman masuk Pas, secara tiba-tiba Bob Lokman dianggap hero. Artis masuk Pas seolah-olah utusan dari syurga. Bob Lokman dirai sampai Nizar pun kena ketepi. Bila Amy Search rapat dengan Nik Aziz, fuiyo..ramai yang kata Amy dah dapat hidayah. Bila masuk Pakatan, semua dosa masa lampau seolah-olah dihapuskan. Tapi kalau keluar Pakatan, semuanya jadi tak elok.
Pakatan sudah jadi macam Hotel California. "You can come in anytime you like…but you can never leave".
Jadi, bila Awie masuk Umno..Awie terus dicerca..dikutuk..malah ada yang terus menghukum Awie ke lubang neraka. Ini mentaliti penyokong Pakatan. "Kalau hangpa tak sokong aku, hangpa tergolong dalam golongan musyrik, golongan munafik, golongan sesat," Aku tak dapat bayangkan kalau Pakatan memerintah nanti. Macam mana kalau kuasa ditangan depa.
Ini posting dalam karat e-jau.
dan bila aku tengok komen-komen dibawahnya,
1. pegi mati lu orang…nak masuk umno ke nak ke neraka peduli apa aku…
2. GENG PARTI PANDI KUTTY SEKUTU APCO !
3. tak mainla awie ke, zed zaidi ke atau adam ke…pergi blah la lu orang…adapun tak menambah, takde pun tak berkurang….kalau nak mengampu dan cari makanpun agak-agak le weh….patutlah orang kata artis ni banyak yang otak udang…
Dan ini pula komen dalam blog Pulakdah.
1. awie bukan PUKIDA ,, tapi 77 laaaa ,,,,,,,,,
Kalau aku nak copy komen-komen tentang Awie ni..banyak lagi tapi cukup la. Kalau Awie masuk Pas…aku rasa dia akan dianggap hero tapi dia memilih Umno. Dan apabila dia memilih umno, maka teruk la dia kena kutuk. Aku tak kisah kalau penyokong Pakatan kutuk dia dari sudut politik, tapi bila kutukan itu bersifat "overkill", ia juga boleh membuatkan aku marah.
Aku rapat dengan Awie. Aku kenal Awie sejak dia dilahirkan kerana kami bersepupu. Bapa Awie adalah adik emak aku.
Aku tak marah kalau Awie masuk umno. Malah kalau member-member rockers yang lain macam Meor Pestajiwa, Nikbinjidan, Rahmat Haron nak masuk Umno pun aku setuju. Sebab selama ini Pakatan menganggap rockers macam binatang terbuang. Rockers dianggap tidak bermaruah. Rockers dianggap pemangkin maksiat. Kecuali kalau rockers tu buang jeans seasoned dan pakai jubah. Ataupun berhenti melalak kat konsert dan kemudian berceramah. Yang tu semua bagus.
Dua kali aku dan Meor Lanterajiwa cuba membantu Pakatan menarik golongan muda kedalam Pakatan Rakyat.
Kali pertama kami merancang konsert "Bangkit" di Perak yang membariskan Pyanhabib, Nikbinjidan, Meor, Airmas..tapi tunggu punya tunggu…duit modal habis..akhirnya konsert dibatalkan.
Kalu kedua kami cuba membuat konsert "Gelora anak Muda" di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri Pulalau Pinang, Mansor Othman sudah bagi lampu hijau, modal dikeluarkan,tapi akhirnya kena kencing.
Bila aku nak buat di Selangor, Rodziah Ismail setuju tapi Hasan Ali kata "tak mau terlibat dengan dosa". Ceramah maki hamun orang tak apa…yang tu Islamik. tapi menyanyi lagu kemanusiaan, lagi anti-ISA tak Islamik. Butuh la.
So…dimana ruang rockers dalam Pakatan Rakyat? Apakah semua rockers yanag nak masuk Pakatan kena pakai jubah dan menjadi penceramah?
Apakah sudah lupa tentang perjuangan rockers dalam reformasi? Apakah kemenangan Pakatan Rakyat itu hanya dari titik peluh AJK Cabang? Sebelum pilihanraya, rockers ditatang…tapi bila dah menang…depa ni dikatakan pemangkin maksiat? Hipokrit.
Balik kepada kisah Awie.
Bapa Awie adalah pemimpin masyarakat di Dato Keramat. Dia adalah diantara yang meneroka Kg. Bumiputra dalam tahun 1960an., seangkatan dengan Hamid Tuah. Akhirnya dia menjadi Ketua Umno disitu. Tapi pada tahun 99, bapa Awie berubah angin apabila Anwar disingkir. 
Hangpa mungkin tak tau, bahawa gambar bapa Awie dengan Nik Aziz keluar dalam Harakah! Hangpa mungkin tak tau adik beradik dan ipar Awie juga turun kejalan raya pada tahun 1999. Selepas 1999, dimana Pas? Dimana Keadilan? Setinggan di Kampung Bumiputera kembali seperti biasa. Yang hangpa tau…haram, munafik, mungkar, maksiat.
Come on la. Jangan la kerana ketaksuban politik itu menyebabkan kita lupa tentang nilai hidup. Jangan lah menganggap rockers itu penuh dengan maksiat manakala yang berjubah itu penuh keimanan. Kalau hangpa…penyokong Pakatan, menganggap hangpa sebagai lebih bermaruah dan bermoral tinggi..tunjukkan contoh. bukan menjadi lebih haprak.
 Ada yang membangkitkan tentang PUKIDA. Tolong jangan celupar sangat. Jangan pakejkan semua ahli PEKIDA dengan label lucah. Lebih-lebih lagi kalau hangpa merasakan hangpa lebih bermaruah.
Siapakah yang membantu Nizar menang dalam PRK Bukit Gantang pada tahun 2009? Siapakah yang mempertahankan ADUN-ADUN PR semasa Krisis di SUK Perak?
Empat hari sebelum hari mengundi semasa PRK Bukit Gantang, Nizar telah berjumpa dengan semua Ayahanda2 PEKIDA dari seluruh negara. Tak percaya tanya Nizar..tanya Haji Ismail…tanya Tan Kuda. Kepimpinan PEKIDA telah memberitahu Nizar bahawa mereka tidak akan terlibat membantu Umno dalam PRK Bukit Gantang. Malah apabila ada ahli PEKIDA yang cuba menaikkan pondok, yang lain akan merobohkannya. Dan perlu ingat, dalam PEKIDA ada ahli yang tak ada kad keahlian…dan ada ada yang mempunyai kad keahlian. So..jangan kutuk main borong.
Semasa Krisis Perak juga, jangan lupa bahawa mereka yang berada dikeliling Nizar dan ADUN-ADUN yang lainnya juga adalah ahli-ahli PEKIDA.
So..hangpa tau pasai apa aku kata dua-dua pihak…BN dan Pakatan serupa saja? Pasai tak pakai akai.

Friday, 14 October 2011

Utusan Meloya - Padan Muka Kena Bayar RM60,000 Pada Khaled Samad

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini diperintahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada ahli parlimen Shah Alam, Khaled Samad atas tulisan berbaur fitnah.

Tulisan Utusan Malaysia adalah berdasarkan sebuah tulisan yang dipetik daripada blog ahli parlimen muntah meloya dari Kulim yang dah dapat title Datuk sekarang ini, mangkuk punya YB Zulkifli Noordin dengan tajuk "Zulkifli Bidas Pak Janggut"

Walaupun tidak disebut namanya secara terang, namun artikel tersebut berjaya dibuktikan oleh Khaled Samad sebagai menuju kepadanya.

Memang patut dan pada muka diucapkan pada Utusan kaki memfitnah tersebut. Elok saman sekali dengan YB muntah meloya yang teramat lantang mengecam orang sana sini macam dia bagus sangat...dia pun pak janggout jugak hahaha...


Utusan diperintah bayar Khalid Samad ganti rugi RM60,000

14/10/2011 9:05pm

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kerosakan kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu dua tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Dr. Prasad Sandosham Abraham memerintahkan bayaran tersebut kepada Khalid selepas mendengar hujah kedua pihak mengenai taksiran kerosakan yang dialami.
Dr. Prasad berkata, dalam menentukan jumlah bayaran, beliau telah menimbangkan bahawa artikel berkenaan tidak secara langsung mengaitkan Khalid dan penulis asal artikel tidak disaman oleh Khalid.
Pada 30 September, Khalid telah menang dalam samannya ke atas Utusan Melayu selepas Dr. Prasad memutuskan bahawa Khalid dapat membuktikan kesnya dan bahawa plaintif (Khalid) difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel tersebut.
Semasa mengemukakan samannya tahun lepas, Ahli Parlimen Pas itu menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai pihak defendan.
Khalid mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz telah dengan niat jahat membenarkan penerbitan dan pencetakan kata-kata memalukan terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia.
Dia juga berkata, artikel bertajuk “Zulkifli bidas Pak Janggut” secara langsung dan tidak langsung merujuk kepadanya walaupun nama beliau tidak disebut.
Pihak defendan dalam pernyataan bela mereka menyatakan penerbitan berkenaan dibuat berasaskan satu ulasan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkfli Noordin dalam blognya pada 9 September 2009. - Bernama

Buku Seks Kelab Isteri Taat Anjur Seks Secara Berkumpulan ?

Kelab isteri taat mencetuskan kejutan demi kejutan di negara kita. Baru-baru ini mereka mengeluarkan buku panduan seks kepada para suami yang berpoligami khas hanya untuk ahli kelab tersebut sahaja.

Laporan mengatakan bahawa buku tersebut menganjurkan para suami berhubungan seks serentak dengan semua para isterinya. Buku tersebut menerangkan bahawa Allah menganugerahkan kelebihan istimewa kepada kaum lelaki untuk mengadakan hubungan jenis serentak dengan semua para isteri mereka.


Buku tersebut yang diberikan judul " Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia" telah diharamkan oleh kerajaan kita dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom berjanji untuk melakukan penyiasatan.

Dengar khabarnya susah untuk mendapatkan buku tersebut sekarang ini. Sudah tentu ianya amat laku di pasaran dibeli oleh semua golongan terutamanya mereka yang muda mudi. Kalau ada sesiapa yang ada lebih koleksinya minta jualkan pada saya.

Buku itu mendapat liputan meluas di seluruh dunia yang menceduk berita daripada AFP. Antara mereka yang lantang membantah buku tersebut seperti biasa adalah kumpulan Sister in Islam yang menganggap Kelab Isteri Taat sengaja mahu mendapatkan publisiti murahan.

Menyentuh mengenai hubungan seks secara berkumpulan atau 'Group Sex' ini, saya ada mendengar cerita para pengamal poligami di negara kita ada yang menjadikan tidur sekali satu katil dengan para isterinya sebagai perkara biasa. Setakat ini saya hanya mendengar pengakuan dari pengamal poligami yang beristeri dua sahaja dan belum lagi mendengar pengakuan daripada mereka yang ada 3 atau 4 isteri. Apa hukumnya kenalah tanya pada para alim ulama.

Thursday, 13 October 2011

Isu Sempadan - Pembangkang dituduh minta bantuan Indonesia untuk kuasai Putrajaya !!!

Sungguh malang jikalau menjadi pembangkang di Malaysia. Dari dulu sampai kini pembangkang dipropagandakan sebagai musuh negara. Sedangkan semua akal yang waras tentu faham bahawa pembangkang hanyalah berhasrat mahu menjadi musuh Umno/BN yang menjadi Kerajaan pemerintah sejak negara merdeka lagi.

Menjadi musuh kepada Umno/BN adalah untuk kebaikan rakyat juga. Ia sebagai satu wadah pilihan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang lebih layak memerintah, siapa yang lebih komited memperkasakan perlembagaan negara. Kewujudan pembangkang menggalakkan persaingan dari segi falsafah politik untuk kebaikan rakyat dan negara.


Tetapi nampaknya kerajaan yang ada sekarang sudah mahu mengaplikasikan kaedah monopoli ekonomi ke dalam dunia politik. Kerajaan yang ada amat gemar dengan doktrin monopoli. Lihat saja Bernas, kewujudannya seolah-olah Bernas saja yang tahu import serta menguruskan perniagaan beras di negara kita. Barangkali begitulah yang mereka mahu rakyat faham, hanya Umno.BN saja yang mampu menguruskan negara.

Isu persempadanan Camar Bulan dan juga Tanjung Batu di Kalimantan Barat di mana kerajaan Indonesia menuduh Malaysia melanggar sempadan dituduh ada keterlibatan pihak pembangkang. Kenyataan puak Indon kangkong di lobi hotel di mana puak Umno biasa jadikan sebagai medan melobi projek diambil serius sebagai perkara benar.

Pihak pembangkang dituduh mahu mendapatkan bantuan Indonesia untuk menawan Putrajaya begitulah kononnya dakwaan puak Indon kangkong dilobi hotel. Kenapa gossip liar di pusat lobi projek Umno dijadikan sebagai fakta serius dalam hal ehwal kedaulatan negara.

Nampaknya semua orang beralih kepada Indonesia untuk mendapatkan bantuan menguasai Malaysia. Kalau pembangkang menuduh Umno/BN memberikan status kerakyatan pada warga Indon agar mereka dapat mengundi BN dalam PRU, Umno/BN pula lebih hebat lagi menuduh pembangkang dapatkan bantuan Imdonesia agar mencetuskan peperangan dengan Malaysia.

Apa gilakah orang politik negara kita...?

Baca tuduhan gelong yang disebut di atas di sini.

Opposition's hand in M'sia-Indon disputes!

Border disputes between Malaysia and Indonesia are taking new turns. While both governments are advocating to diplomatic means to solve the problems, the Oppositions - at both sides - are collaborating to send our governments into turmoil.

While some Indonesian lawmakers are demanding their government to take a 'hard diplomacy' approach in dealing with Malaysia, our own lawmakers (from the Opposition) are trying to lucre from such a dispute by according their support for such a move.

I have heard about it, not once and not twice but several times at hotel lobbies, coffee house and even in a hospital about how proud the Indonesian lawmakers are for the kind of support they get from their 'friends' in Malaysia.

The Opposition would be happy enough to see both countries enter war, I suppose. And I wonder who were the Malaysian traitors during our Confrontation with Indonesia in the early 1960s!

The latest border issue is about the Indonesian accusation that Malaysia has snatched its territory in Camar Bulan and Tanjung Batu in Sambas, West Kalimantan.

It was only two days ago that Anifah Aman and his Indonesian counterpart Marty Natalegawa discussed the issue and agreed to look into it according to the diplomatic channels.

Marty has questioned the demand and rejected any unlawful and undiplomatic approach in dealing with the issue (here), adding that after the government's field investigation, the issue only amounted to a matter of a boundary marker being moved by abrasion and another one being damaged.

He also said the damaged and moved boundary markers shouldn't be a problem because the coordinates of the markers' original positions had been recorded. The Indonesian government would not discuss the territory-snatching allegation with the Malaysian authorities, but that the two countries were currently working together to fix the markers according to the previously agreed coordinates.

However, the pressure by the Indonesian lawmakers are being fueled by 'moral and diplomatic aids' provided by their politician friends in Malaysia.

So, the allegations that the Opposition plans to make Malaysia a republic is true after all. Some of them are so fond of going to Indonesia and hold 'serious talks' with the hardliners over there. The topic of discussion normally centers around 'the bad Malaysian administration' and ways to takeover Putrajaya.

"Benar pak. Mereka seringnya memohon bantuan tentang bagimana untuk berkuasa di Putrajaya... penyokong mereka di Indonesia bukan sedikit!"

Wednesday, 12 October 2011

Politik Meloya - Larangan Guna Slogan 'Islam Is The Solution' Pada Pilihanraya Mesir

Majoriti orang Mesir adalah beragama Islam dan bila rakyat mesir bangun memberontak terhadap rejim kejam Mubarak ramai orang Islam anggap itu petanda kebangkitan umat Islam di Mesir. Ada juga yang bagi kredit pada 'ikhwan muslimin' organisasi yang diharamkan di sana pada zaman Mubarak. Ikhwan diharap mampu ambil alih peralihan kuasa di Mesir.

Memang Ikhwan tak melepaskan peluang perubahan yang ada. Mereka tubuhkan sebuah parti yang mereka namakan sebagai Freedom and Justice Party untuk mewakili mereka dalam pilihanraya di Mesir. Seperti yang dijangka sudah tentu parti itu menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan mereka.

Jadi tak hairan bila slogan pilihan raya mereka lebih menjurus kepada agama Islam, lalu terciptalah slogan 'Islam is The Solution' menjadi slogan meraih sokongan mereka terhadap rakyat. Tapi apakan daya rupa-rupanya orang Arab Mesir tak mahu sebarang agama dikaitkan dalam hal ehwal pilihan raya. Sampai depa kata 'biaq kami tentukan sendiri hal ehwal agama kami'...itu petanda sekular tu...orang Mesir lebih Favour kepada budaya demokrasi sekular.

Dan akhirnya Ikhwan digesa tidak menggunakan agama sebagai salah satu alat kempen mereka....nampaknya seburuk-buruk negara kita, Pas masih bebas menjadikan Islam sebagai agenda perjuangan politik mereka. Sebelum terlambat elok Pas rebut peluang yang ada dan pastikan menang besar dalam PRU-13 yang akan datang ini.

Buka UiTM Pada Pelajar Bukan Melayu !

Pelajar UiTM berdemo marah kenyataan Khalid, mesti
ada dalang di belakang !
Siapa yang syor begitu? saya yang syorkan begitu sekarang. Kenapa saya syorkan begitu, bukankah akan ada sekumpulan orang Melayu yang akan marah dengan saranan begitu?

Saya berani syorkan begitu kerana tidak ada salahnya dari segi perlembagaan negara kalau kita berbuat begitu. Kalau tak percaya tanya pakar perlembagaan kita Prof Abdul Aziz Bari.

Lagipun saya yakin tak akan ada sesiapa yang ambil perduli kenyataan orang bawahan seperti saya, sekurang-kurangnya tak ada lansung impak politik menjadikan kenyataan saya diatas sebagai isu meraih sokongan orang Melayu.


Tidak sebagaimana ia menjadi isu negara apabila kenyataan yang sama disyorkan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim pada bulan Ogos tahun 2008. Kenyataan Khalid Ibrahim disambut dengan demonstrasi oleh para pelajar UiTM yang berarak menuju ke Bangunan SUK Shah Alam.

Tok Mudin Misai Melenting yang menerajui UiTM pada masa itu turut sama melenting dan tunjuk muka garangnya seolah-olah Khalid Ibrahim mahu membunuh orang Melayu. Bertambahlah lagi Taukeh Perkasa Ibrahim Ali, dia amat marah dengan kenyataan itu. Ibrahim Ali bersama dengan Rais Zainudin menghantar memorandum kepada Istana Negara menggesa Agong menghalang cadangan itu.

Apa yang saya cuba nak paparkan di sini ialah betapa tidak konsistennya para pejuang Melayu kita di Malaysia dengan segala kenyataan para pemimpin. Mari kita imbas kembali siapa lagi yang pernah melontarkan idea yang sama di negara kita:

  • Tun Mahathir dalam ucapan sulungnya di Dewan Rakyat pada tahun 1964 pernah mengsyorkan agar hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan di mansuhkan.
  • Pada penghujung tahun 1990-an, ketika Tun Mahathir menerajui negara beliau sekali lagi mengutarakan isu yang sama. Katanya kita perlu melihat apa yang berlaku pada kaum Red Indian di Amerika. Orang Melayu tidak boleh dibiarkan menjadi sebagaimana orang Red Indian di Amerika katanya.
  • Beberapa tahun sebelum meletakkan jawatannya sebagai PM, sekali lagi Tun Mahathir memberikan cadangan agar MRSM dibuka kepada pelajar bukan Melayu.
Apa yang berlaku kepada semua kenyataan Tun Mahathir tersebut? tidak ada apa-apa yang berlaku malah beritanya hanya disiarkan secara sepintas lalu seperti angin sepoi-sepoi bahasa. Tiada demonstrasi pelajar, Mat Misai tak melenting, dan Ibrahim Ali hanya lena dibuai mimpi sepertimana dia lena di persidangan Parlimen baru-baru ini.

Ketika Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan di atas, sebuah TV Swasta membuat bancian kepada para penonton dan mengejutkan apabila 93% daripada penonton menyokong cadangan tersebut. Begitu juga portal web terkenal membuat bancian yang sama, majoriti pembaca menyokongnya.

Satu kajian yang sama dibuat oleh Universiti Malaya pada tahun 2007 mendapati bahawa orang Melayu sanggup berkongsi dengan orang bukan Melayu hatta dalam soal-soal yang disebut sebagai kedudukan istimewa orang-orang Melayu cuma orang Melayu tidak akan bertolak ansur dalam hal agama, sebab itu orang Melayu menolak murtad sampai sekarang.

Sebenarnya orang bukan Melayu tidak semestinya berminat untuk masuk UiTM, sepertimana kajian yang dijalankan oleh seorang penganalisis Cina. Ini kerana terdapat banyak kolej swasta bertaburan di seluruh negara. Kolej kepunyaan orang Cina naik melangit manakala kolej kepunyaan orang Melayu banyak yang gulung tikar.

Selagi kita tidak berusaha mengintegrasikan pelajar Melayu dengan pelajar Cina selagi itu orang Melayu akan ketinggalan dari segi ekonomi dan juga pelajaran. Usaha 1Malaysia juga hanyalah usaha yang sia-sia selagi kita mengasingkan pelajar Melayu daripada pelajar bukan Melayu. Apa yang orang Melayu perlukan sebenarnya hanyalah wang pembiayaan melanjutkan pengajian, bukannya tempat belajar khas hanya untuk orang Melayu.

Tulisan ini adalah adaptasi daripada tulisan Abdul Aziz Bari di Sinar bertarikh 25Ogos2008, Halaman N15

Monday, 10 October 2011

Politik Meloya - Umno Dalang Usaha Jatuhkan Khalid Ibrahim

Kalau semua nak tau, Umno ni satu-satunya parti politik di dunia yang tak hormat pada perlembagaan. Habih perlembagaan negara dirobek sesuka hati untuk capai segala tujuan dia orang. Tujuan mereka hanya satu iaitu mahu kekal berkuasa jadi kuasa feudal di negara kita.

Apa yang Umno buat selama ini hanya mahu semua rakyat taat pada Umno dan bukannya pada perlembagaan bertulis negara. Habih semua badan yang sepatutnya berkecuali seperti hakim, SPR, Polis dan lain-lain bertukar jadi alat perkakas Umno/BN mencapai matlamat.

Kalau dah badan-badan yang sepatutnya berkecuali menjadi alat dan kuda tunggangan Umno/BN apatah lagi dengan para pegawai kerajaan. Majoriti pegawai kerajaan amat takut pada orang politik Umno/BN. Mereka akan kipas sekuat mungkin Umno/BN untuk jaga periuk nasi mereka dan untuk naik pangkat.

Kalau umno BN mendukung perlembagaan, tak akan ada cubaan kacau pemimpin yang menang dipilih oleh rakyat menjadi Menteri Besar seperti apa yang terjadi pada Khalid Ibrahim. Menteri Besar Selangor tersebut amat berdedikasi dan uruskan negeri macam uruskan syarikat korporat.

Tak kisah macam mana dia nak urus style apapun janji ianya mendatangkan kebaikan pada rakyat Selangor. Jika pimpinan Khalid telus, cekap dan komited untuk rakyat, kenapa pula nak kacau semata-mata hanya segolongan kecil sahaja yang rasa tak puas hati.

Memang ada di kalangan orang PKR yang tak gemar pada cara Khalid memerintah. Tapi alasan yang diberikan hanyalah alasan remeh temeh seperti Khalid seorang yang kemut kedekut dan tak jaga kebajikan orang parti dan melebihkan ketelusan daripada pilih bulu. Apa salahnya semua itu, dan itulah keunikan janji-janji pakatan rakyat kepada rakyat berbanding BN.

Sunday, 9 October 2011

Saya Suka Tulisan Ini...Termakan budi, tergadai jiwa dan raga?


Ada seorang pembaca blog saya menegaskan janganlah menganggap apabila orang Melayu menyokong UMNO dan BN, mereka itu bodoh. Izinkan saya memberitahu terlebih dahulu, saya tidak berkata demikian- yang saya sebut ialah pemimpin membodohkan orang Melayu. Ada perbezaan besar antara bodoh dan di perbodohkan. Tapi itu menjadi topic lain pula yang kita tidak akan bahas disini.

Itu bukan bodoh, itu membalas budi kata nya. Mereka hanya membalas budi kepada sebuah kerajaan yang telah memberi mereka banyak nikmat kehidupan. Orang berbudi kita berbahasa, demikian natijah dari pendapat nya.

Saya amat bersetuju dengan pendapat pembaca ini. Kerana ini akan bermakna, orang Melayu yang menyokong kerajaan2 di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang mesti di lihat sebagai berterima kasih juga. Mereka pun tidak bodoh tapi sekadar berterima kasih. Mereka berterima kasih kepada kerajaan2 yang telah membantu  mereka dalam pelbagai cara. Bukan begitu? Mustahil apabila orang Melayu menyokong UMNO mereka berterima kasih, tapi bila mereka menyokong parti lain, perbuatan tersebut tidak di kira sebagai berterima kasih?

Saya berharap pembaca tersebut tidak bermaksud hanya UMNO sahaja berhak menerima terima kasih dari orang Melayu. Sudah tentu pandangan seperti ini tidak boleh di terima kerana UMNO tidak ada hakmilik mutlak keatas sokongan orang Melayu. Malah dalam pilihanraya 2008, UMNO tidak mampu menyatakan bahawa mereka mewakili suara majorti orang Melayu.  Dalam PRU itu, lebih ramai orang Melayu menyokong parti bukan UMNO. Bagaimana kita mengklasifikasikan mereka? Murtad Melayu? Tidak mengenang budi?

Di sebalik kenyataan yang pious ini sebetulnya terkandung cerita mengenai  pertalian antara rakyat dengan kerajaan. Tersirat dalam kenyataan tersebut ialah bagaimana orang Melayu melihat peranan kerajaan dalam kehidupan mereka. Kalau di Amerika, mesej nya lebih kurang akan berbunyi-jangan soalkan apa negara kamu boleh buat kepada kamu, tanyakan apa yang kamu boleh buat untuk negara kamu. Negara dalam konteks ini, kerajaan lah. Atau gantikan negara dengan istilah kerajaan. Dari sini kita akan lihat pertalian antara manusia dengan kerajaan nya.

Dari komen pembaca itu, kita dapat mengagak bahawa kerajaan di lihat sebagai penjaga dan rakyat di lihat sebagai yang di jaga. Dan itu membawa 2 pengertian besar; Pertama, kerajaan adalah penjaga yang penuh dengan sifat keibuan menjaga anak anak. Kedua, tanngung jawab menentu masa depan kita di serahkan keatas bahu kerajaan.

Mungkin disinilah, iaitu didalam cara orang Melayu melihat peranan dan tempat kerajaan dalam kehidupan mereka, terkandung benih2 kemunduran. Inilah sikap inherent weakness yang kita mesti kikis- yakni menganggap kerajaan itu tempat kita bergantung segala nya dan tempat sumber rezeki hidup. Sikap seperti ini lah yang menyebabkan pemegang tampuk kerajaan membuli kita, angkuh dan sombong kepada rakyat kerdil. Kerajaan itu penaung dan kita yang bernaung , kerajaan itu tuan, kita hamba. Dan kepada si pengampu , konsep kerajaan seperti ini mahu mereka kekalkan. Selagi kerajaan di lihat demikian rupa, ianya memberi mereka a sense of supremacy dan mungkin juga khayalan godlike.

Sikap melihat kerajaan sebagai deity yang mesti di taati dan di puja, paling ketara di kalangan orang Melayu dan UMNO bertanggung jawab memanjangkan sikap yang melemahkan bangsa Melayu. Selagi kita mempunyai sikap yang demikian, selagi itulah kita terus bertongkat kepada kerajaan. Orang Melayu akan jadi tamby yang tertunduk tunduk tidak ada keyakinan diri. Kita tidak boleh meneruskan ketergantungan sebegini kerana dengan melakukan demikian, memberi peluang kepada pimpinan politik yang licik mengeksploitasi ketergantungan kita itu.

Berbalik kepada komen yang di berikan oleh pembaca tersebut, saya tidak menyebut nya demikian rupa- saya hanya memberitahu bahawa pemimpin Melayu membodohkan bangsa nya sendiri supaya mempercayai mereka mempunyai banyak kelemahan. Seolah olah lemah dan tidak bermaya itu adalah kesemulajadian orang Melayu. Mereka di bodohkan dengan tahyul bahawa jalan selamat ialah melalui bergantung terus kepada kerajaan. Dan bukan nya kerajaan yang mana mana tapi suatu kerajaan yang khusus iaitu UMNO. Tidakkah kenyataan seperti ini self serving?
Ini kenyataan yang self serving sebab kerajaan yang di maksudkan itu terdiri dari kerajaan yang di ujudkan oleh satu parti politik khusus sahaja. Tidak kah layak kerajaan dari parti bukan UMNO di jadikan sumber rujukan? Selagi bangsa Melayu terus percaya kepada pembodohan ini, maka bangsa Melayu akan terus menjadi suatu bangsa yang dependent.

Kita mesti konsisten dalam gesaan kita. Jika menyokong UMNO di anggap sebagai terima kasih kepada kerajaan yang memberi faedah serta kemudahan kepada mereka, prinsip yang sama mesti juga di pakai keatas kerajaan2 yang bukan UMNO. Kerajaan bukan UMNO di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor semua nya menabur budi kepada orang Melayu. Berdasarkan gesaaan pembaca blog yang saya rujuk, maka orang Melayu dalam negeri negeri ini mesti juga berterima kasih kepada kerajaan2 ini dan terus menyokong mereka. Hanya dengan cara demikian, kita konsisten dalam pandangan kita. Jika menyokong itu bermakna berterima kasih, ia nya mesti di gunakan dalam semua keadaan. Berterima kasih dan mendapat sokongan tidak lagi menjadi hak ekslusif UMNO.

Cuba kita orang Melayu fikirkan. Jika orang Melayu bersikap bergantung kepada kerajaan secara membabi buta, ianya bertentangan dengan piagam seorang manusia yang mereka.
Apakah piagam seorang manusia yang merdeka? Seoarang manusia yang merdeka dan mempunyai jati diri( bukankah pemimpin UMNO sentiasa berkhutbah mengenai jati diri dan yakindiri) meyakini bahawa masa depan mereka adalah tanggung jawab mereka sendiri bukan menyerahkan tanggung jawab tersebut pada kerajaan. Kerajaan bukan lah tuan kepada orang yang menghambakan diri mereka.

Sebuah kerajaan hanyalah suatu wadah dan jalan, bukan nya pemberi nikmat dan keistimewaan jauh sekali sesuatu yang mesti di sembah. Manusia yang merdeka itu bertanya apakah yang mereka dapat lakukan melalui kerajaan untuk  melaksanakan tanggungjawab bagi mencapai matlamat hidup dan yang paling penting sekali melindungi kemerdekaan mereka sebagai manusia. 
Ini titik tolak perjuangan orang Melayu sebenarnya. Kerajaan yang di bentuk oleh PAS, UMNO, DAP atau PKR sekali pun bukanlah tuan kepada kita yang hamba. Bukan mereka sesuatu yang harus kita sembah dan takuti. Kerajaan ialah sesuatu yang kita ujudkan melalui persetujuan atau consensus bersama bukan sesuatu yang ujud diatas kita. Tidak ada wawasan nasional kecuali yang di kongsi bersama oleh rakyat dan matlamat kerajaan adalah matlamat yang di yakini bersama dan yang di perjuangkan bersama. The government cannot impose something over us which we the people find disagreeable.

Dan di sanalah letak nya bahaya kepada UMNO. Sebab UMNO masih kekal dengan mentaliti bahawa dia kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu dan bersikap dia pemberi sumber kehidupan kepada orang Melayu. UMNO tiada, orang Melayu mati. Dan UMNO itu Melayu , Melayu itu UMNO.
Mari kita analisa kenyataan yang mengandung 2 bahagian ini- Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu.

Kedua bahagian kenyataan atau pernyataan tersebut tidak mencerminkan aspirasi seorang Melayu yang berjiwa merdeka. Sama seperti tanggapan orang Melayu terhadap sebuah kerajaan,demikian lah tanggapan orang Melayu kepada UMNO. UMNO itu tunjang kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu, UMNO itu penjaga dan kita yang di jaga. Orang Melayu memuliakan UMNO sebagai sesuatu yang mesti di taati malahan di sembah dan apa orang Melayu boleh buat ialah mengharapkan pemberian dari UMNO.

Oleh sebab kepercayaan ini, nilai pemimpin UMNO bersifat sombong, angkuh, membuli dan memandang rendah kepada rakyat. Nilai silai ini di perlihatkan dalam gaya hidup seharian majority pemimpin UMNO. Inilah yang membawa kecundang kepada UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Bagaimana keadaan begini dapat kekal untuk masa yang lama? Ianya kekal kerana tahap kejahilan dan kesedaran social dan politik orang Melayu relative masih rendah. Dimana tahap kejahilan berkurang, dan kesedaran politik dan social meningkat, pengaruh UMNO menurun.

Nampak nya UMNO hanya mampu ujud dan survive selagi sebahagian besar masyarakat Melayu khususnya kekal dalam kejahilan. Kita boleh lihat di hadapan mata kita sendiri bagaimana kekuatan UMNO menjadi lemah apabila kesedaran rakyat khususnya orang Melayu meningkat. Dalam kawasan bandar di mana kejahilan orang Melayu berkurangan sama ada melalui tahap pendidikan yang di capai atau melalui interaksi sosial yang rancak, sokongan dan keyakinan kepada UMNO merosot.

Hari ini orang Melayu tidak perlu berhijrah ke bandar secara fisikal kerana penghijarahan itu kini sampai kepada orang Melayu. Orang Melayu membaca serta menonton TV satelit dan melayari internet serta anak anak mereka menyedarkan mereka – semua ini sedikit demi sedikit mengurangkan kejahilan orang Melayu.

Apakah kesan terbesar daripada pengurangan kejahilan ini? Kesan terbesar ialah memecah kekangan minda di kalangan orang Melayu. Namun bila ini terjadi, ianya tidak semesti menjadi berita baik kepada parti politik lain. Mereka pun mesti adjust kepada keadaan dimana kesadaran rakyat mengenai hak2 mereka dan kejahilan di pecahkan. Mana mana kerajaan yang di kuasai oleh parti politik yang bukan UMNO berdepan dengan bahaya yang serupa jika underestimate kemahuan rakyat.

Sekarang, izinkan saya deal dengan penegasan menyokong UMNO itu ialah menyatakan terima kasih.

Jika menyokong UMNO bererti menyatakan terima kasih, maka dalam PRU 2008, lebih besar jumlah orang Melayu tidak berbahasa. Kerana dalam PRU 12 itu, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, hanya 2 juta Melayu mengundi calon2 UMNO. Berdasarkan kriteria yang di gunakan, adakah ini bererti 3.7 juta Melayu tidak tahu beterima kasih sebab mereka tidak menyokong calon UMNO? Lebih dasyat, jika menyokong UMNO itu berterima kasih dan bukan bodoh, boleh atau tidak kita menyatakan 3.7 Melayu yang tidak menyokong UMNO dan tidak tahu berterima kasih itu bodoh belaka?

Ada beberapa perkara yang saya dapati objectionable dengan pertuduhan ini. Pertama, adakah berterima kasih itu bersifat umum atau hanya khusus kepada UMNO? Ia nya hanya di anggap berterima kasih dan berbahasa jika di beri kepada UMNO dan tidak jika di beri pada parti plitik lain?  Jika hanya kepada UMNO, maka prinsip berterima kasih itu bersifat politik dan particular dan tidak boleh di pakai sebagai prinsip yang universal. Ertinya, pembaca berkata, ianya terima kasih jika di beri kepada pihak tertentu, bukan terima kasih jika di beri kepada pihak lain.

Kita jangan terperangkap dalam hujjah demikian. Tidak ada orang yang menganggap orang Melayu bodoh kerana menyokong UMNO atau BN. (1) berterima kasih bukan erti nya bodoh dan tidak menyokong UMNO atau kerajaan tidak bererti tidak tahu berterima kasih atau tidak berbahasa. Jadi, teruskan membuat pilihan yang bebas kerana jika tidak menyokong tidak bererti kamu bodoh atau tidak berbahasa (2) berterima kasih bukanlah perbuatan yang tidak bersyarat dan (3) berterima kasih dari segi pengucapan dan tidak boleh sama dengan beterima kasih dari segi perbuatan.

Yang di katakan berterima kasih dari segi perbuatan ialah menyokong pihak yang terlah berbudi. Berterima kasih jenis ini memerlukan syarat. It’s a qualified gratitude. Untuk apa kita berterima kasih? Mangsa kecurian mesti berterima kasih kepada pencuri? Rakyat yang di tindas mesti berterima kasih kepada kerajaan yang korap dan zalim?

Ini ertinya, perbuatan terima kasih itu mesti di padankan dalam konteks. Adakah kita berterima kasih keada kerajaan yang zalim? Jika kita bersikap demikian, maka mustahil berlaku nya pemberontakan di Egypt,Tunsia dan sekarang ini Libya. Kesemua kerajaan tersebut telah menabur budi yang banyak kepada rakyat. Jika rakyat memberontak adakah itu bermakna mereka tidak berterima kasih?

Contoh yang kita berikan diatas menunjukkan bahwa perbuatan berterima kasih mesti di padankan dengan konteks. Terima kasih yang kita beri terutama dalam konteks politik, mesti lah terima kasih yang bersyarat.

Adakah  prinsip berterima kasih itu tetap di pakai untuk semua kerajaan atau hanya untuk kerajaan UMNO? Jika ianya prinsip yang bersifat kekal dan konsisten, maka ianya di pakai dalam semua kes tanpa pengecualian. Oleh yang demikian, berdasarkan prinsip tersebut, rakyat harus juga berterima kasih kepada kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan PKR di Selangor. kerajaan dalam negeri negeri ini telah juga berbakti kepada rakyat dlam negeri masing?

Will the same principle than be applied in all cases without exception? Atau terima kasih itu hanya di kuhussukan untuk kerajaan UMNO dan BN sahaja?

Jelas lah terima kasih kepada kerajaan bukan nya mutlak dan semudah pengucapan terima kasih dalam interaksi social. Terima kasih kita kepada kerajaan mestilah dan pada setiap masa, terima kasih yang qualified. Its always a qualified gratitude bukan gratitude secara sembrono dan membabi buta.