Pages

Saturday, 17 September 2011

Berita Meloya - Putera Arab Saudi Didakwa Rogol Model

Putera Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal, anak saudara kepada Raja Abdullah didakwa merogol seorang model di sebuah kapal layar di laut mediterannean pada bulan ogos 2008. Kes rogol tersebut sebelum ini ditutup kerana mahkamah Sepanyol memutuskan tidak cukup bukti tapi dibuka semula baru-baru ini.

Putera Alwaleed bin Talal dituduh mencampurkan dadah ke dalam minuman model yang ketika itu berumur 20 tahun dan merogolnya di atas kapal layar itu.

Alwaleed bin Talal merupakan orang ke-26 paling kaya di dunia dan memiliki saham di Citibank dan juga Rupert  Murdoch's News Corporation. Kekayaannya dianggar bernilai USD19.6 Billion. Sumber

Artis Meloya - Artis Terkenal Gila Nak Bunuh Diri

"Nothing Compares To You" adalah sebuah lagu yang top pada awal 90-an dulu. Penyanyinya Sinead O'Connor terkenal dengan gaya seorang perempuan yang membotakkan kepalanya. Dia memang comel juga walaupun dengan gaya botak.

Sekarang dia dah berumur 44 tahun dan punyai 4 orang anak berumur antara 4 hingga 24 tahun dan punyai masalah mental kerana tekanan hidup. Bari-baru ini dia tweet tanya kalau ada sesiapa yang boleh berikan jalan atau cara bunuh diri yang paling sempoi.

Katanya dia sesal dengan dirinya yang suka cakap pasal seks terang-terang, suka nak bunuh diri dan orang anggap dia gila...jadi dia nak bunuh diri tapi sayang pulak nak tinggalkan anaknya. Dia dah tak tahan nak masuk syurga, katanya.

Ha, macam tulah bila jiwa kacau...jangan dok kejar glamour sangat maca golongan artis...nanti hidup tak keruan hahaha. sumber

Berita Meloya - Wartawan Filipina Kata Mahathir Nyanyok

Bila Che Det buat statement kata orang arab tak mampu kasi runtuh bangunan world trade dan yang buat itu adalah Amerika sendiri, ada wartawan asing yang selama ini respect gila kat dia sangsi samada pada umur 86 tahun Che Det masih segar pemikirannya...bagi wartawan 'Manila Standard Today' Che Det boleh jadi dah NYANYOK!

Mahathir becomes unhinged
I used to admire former Malaysian Prime Minister Muhammad Mahathir whom I met in 1992 during a courtesy call in Kuala Lumpur. He pulled Malaysia together into a economically vibrant and politically stable nation, as much as Lew Kuan Yew did for Singapore, when the two former federated states decided to separate.

Mahathir’s visceral contempt for the West can be forgiven particularly when he faced off with George Soros, the Hungarian-American financial mogul, and showed that Malaysia won’t be bullied by currency speculators.
But at 86, the aging former prime minister seems to have come unhinged. On the day Americans were commemorating the 10th anniversary of the tragedy and horror of the September 11, 2001 attack on the United States, Mahathir claimed that the whole thing was a US-staged conspiracy!
Mahathir must have been so isolated since he left office. Did he not know that Osama bin Laden and Al Qaeda had claimed responsibility for the suicide bombing of the World Trade Center Twin Towers in New York, the Pentagon in Washington DC and the downing of United Airlines Flight 93 in Pennsylvania?
To say that Arab Muslims were incapable of such an ingenious plot is also to insult their intelligence. Clearly, Al Qaeda had already claimed bragging rights to the 9/11 attacks when terrorists hijacked four US jetliners simultaneously and smashing two on the Twin Towers, a third on the Pentagon, the seat of the US defense establishment.
A fourth one, United Flight 93 commandeered by the hijackers had targeted the White House. But some of the male passengers heroically fought the terrorists and the plane crashed into an open field in Pennsylvania, killing all the passengers and crew—including the hijackers.
Terrorism remains a global threat. The madness continues even as a once-prominent world figure rants and raves against history.
Although I was not in New York on Sept.11, 2001, the date has special significance for me. I was already home when I flicked the remote control to CNN. It was a little past 9 p.m. Manila time and the same time in the morning in New York.
To my horror, I saw one of the World Trade Center towers in flames with a thick plume of black smoke coming from it. CNN initially reported it as an accident and that the jetliner had crashed into the tower because it was off course. But when I saw another huge plane, the second American Airlines jetliner crashed head on to the other tower, I knew right then and there that this was no accident.
I grabbed my car keys and hurriedly drove back to the Standard office in Port Area. I stopped the press from printing the provincial copies and gave instructions for an immediate remat. I had to make do with the only available staff with no one else left in the office except for the night editor, the layout artist and the copy boy. But by then the Associated Press was already churning out news bulletins and wire photos on The Event of 9/11 that changed how Americans would live their lives. On a global scale, 9/11 also drastically changed how all airline passengers would travel. Air travelers, albeit grudgingly, have come to accept the tight security check at airports.
To make a long story short , the Standard edition on 9/11 made it on the first international and domestic flights out of Manila the next day. Returning PAL passengers said the Standard coverage of The Event was the most comprehensive and complete with all the dramatic photos of the burning Twin Towers.
I have some fond memories of the World Trade Center before the terrorists brought it down. As a press attaché assigned to the Philippine Mission in New York, I used to draw my salary at the then-government-owned Philippine National Bank which was located at one of the WTC top floors.
Pocholo Romualdez, former Editor of the defunct Daily Express and now Malaya’s executive editor, also used to visit the Benedicto-controlled sugar industry office at the World Trade Center. Pocholo would see someone at the Benedicto office whenever he was in New York as part of the Philippine delegation to the opening of the UN General Assembly headed by then-Secretary of Foreign Affairs Gen. Carlos P. Romulo.
Pocholo and I took the subway together to the WTC, he to see his friend, and I to draw my paycheck at PNB. We would then have lunch with other NY-based Filipino friends at the famous Windows on the World restaurant at the top floor of the World Trade Center on Wall Street. From the top, one could get a commanding view of the New York skyline and on a clear day you even could see Central Park .
But nothing can compare to dining at Windows of the World because at night the view is breathtaking – with Manhattan aglitter like a bejeweled lady.
Obliterated by terrorists, the New York landmark may be gone but it will always be a reminder in the fight against terrorist zealots that they will never win in subverting the human spirit.

Friday, 16 September 2011

Zaid Ibrahim Menyesal Tak Percaya Pada Najib

Bekas Menteri yang disingkirkan daripada Umno, Zaid Ibrahim hari ini secara terbuka memohon maaf kepada PM Najib kerana tidak sangka Najib mampu membuat perubahan yang besar untuk demokrasi negara. Ini berikutan pengumuman popular Najib semalam yang mahu menghapuskan ISA dan juga beberapa sekatan lain yang menghalang kebebasan rakyat Malaysia menyatakan isi hati mereka.

Dalam kenyataannya dia amat terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Najib semalam ketika menonton TV dan ia merupakan sesuatu yang amat besar maknanya pada rakyat Malaysia.

Tuan Guru Nik Aziz pula dalam komennya berkata ia adalah sesuatu yang sepatutnya sudah lama dilakukan kerana ISA adalah undang-undang yang bertentangan dengan konsep keadilan Islam dan ianya juga melanggar ak asasi kemanusiaan.

Memang apa yang Najib buat adalah sesuatu yang amat besar yang bakal merubah landskap politik negara kita, itupun kita perlu juga melihat apakah peruntukan yang bakal menggantikannya bagi menjamin keselamatan negara.

Apakah agaknya yang Najib cuba sampaikan kepada rakyat Malaysia melalui tindakannya tersebut menjadi satu tanda tanya yang besar. Hampir kesemua para blogger tegar Umno nampaknya menempelak tindakan Najib tersebut dan menanggapnya sebagai tindakan yang bodoh dan bakal memberikan kelibihan kepada parti pembangkang.

Ada para blogger Umno yang merasakan tindakan tersebut bakal membuatkan para pembangkang bermaharaja lela di Malaysia. Sikap ini sudah pastinya keterlaluan dan membuktikan bahawa apa yang segolongan orang Umno faham ISA ini adalah senjata khas untuk memberkas dan menyekat kemajuan dan juga kemaraan parti pembangkang.

Barangkali Najib mempunyai inspirasi untuk melihat kesatuan politik di negara kita antara kerajaan dan juga parti-parti pembangkang. Jika segala ketidak adilan dalam penggunaan undang-undang dihapuskan daripada menekan para pembangkang, maka para pembangkang tidak dapat lari daripada menjadi pesaing kepada kerajaan secara positif dan bukan lagi menjadi musuh kepada kerajaan secara negatif. Terdapat perbezaan yang besar diantara 'pesaing' dan juga 'musuh'.

Pesaing membuatkan semua yang bertanding mampu meningkatkan kemampuan dan prestasi masing-masing dan hasilnya akan hanya memajukan perkembangan politik tanah air kita dan kebaikannya akan kembali kepada negara dan rakyat keseluruhannya.

Ada juga yang berpendapat tindakan Najib hanya akan menggugat kedudukan politiknya pada masa akan datang. Ini kerana dengan berbuat demikian Najib seolah-olah menafikan kehendak mereka yang berhaluan konservatif. Golongan konservatif adalah mereka yang seumpama dengan Perkasa yang mendokong fahaman atau ajaran politik Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan mereka-mereka yang seumpama dengannya. Baca sini

Adakah ini satu permulaan kepada bersatunya semua rakyat Malaysia walaupun mempunyai pendapat yang berbeza? sama-samalah kita lihat perkembangannya.

Thursday, 15 September 2011

Merdeka 3X - ISA Dimansuhkan, Berhimpun Dibenarkan, Lesen Cetak Tak Payah Renew !

Mengejutkan sekali pengumuman Najib malam ini. Kalau semuanya dilaksanakan dengan baik ia bakal membawa negara kita masuk dalam kategori negara bebas sepenuhnya dan bukan lagi separa bebas. Cuma dalam kes akta cetak itu ia akan lebih bebas jika media perdana tidak dimiliki oleh mana-mana parti samada pemerintah atau pembangkang.

Jika itu boleh dilaksanakan maka kita akan benar-benar ada kebebasan media dan media mampu menjadi wadah sebagai 'check & balance' kepada penguasa dan juga pemimpin. Lagipun akta cetak sebenarnya ketinggalan zaman setelah berita alternatif dari internet tidak tertakluk kepada akta tersebut. Ia memberikan kesan negatif kepada mereka yang masih menumpukan pada aktiviti percetakan dan menekan para wartawan dari melapurkan berita yang sebenarnya.

Apapun kita tunggu rangka lengkap bagaimana ia akan gubal semuala dan dilaksanakan nanti sebelum benar-benar melaungkan merdeka, merdeka, merdeka.
Baca juga di sini.

Wednesday, 14 September 2011

Belit Meloya - Kalau Bagi Orang Pandai Cakap, Benda Kusut Makin Masai !

Aku kena ulang baca 44 kali semua kenyataan orang-orang pandai kat negara ni. Mat Kling, Cina Kay Ko Teaw kemudia Tun Mamak. Lepas tu mai pulak Canda Tepi Pantai bagi statement "Malaysia secara di facto dijajah British, sebab itu merdeka dituntut"

Apasal mau kasi susah semua orang nak paham...hahaha aku naik meloya baca putar belit semua tu...kan mudah kata British tu penjajah, siapa lawan Portugis, Belanda dan British dan Jepun, bermakna lawan penjajah habih cerita.

Habis tu Komunis lawan British tu makna lawan penjajah la? ya la memang lawan penjajah pun, dah British tu penjajah. Macam juga Jepun lawan British diarang lawan penjajah lah tu. Ramai juga orang Melayu sokong Jepun nak belasah British...rupa-rupanya Jepunpun nak jajah pulak...diarang lagi puaka, sembah matahari... orang Melayu tolak Jepun pulak, tak susah tolak Jepun sendiri ngaku kalah kena bom atom...

diarang blah masuk pulak puak British...orang kita tengok British ni ok sikit dari Jepun...diarang putih melepak, mata biru rambut blonde...ramai pulak jatuh cinta nak jadi macam orang putih...puak-puak tu masuk perangkap la...hahaha sampai last sekali British pun blah bagi kat klon diarang perintah negara. Sampai sekarang klon Mat Saleh perintah ikut style Mat Saleh la ada la sikit-sikit yang ori ikut style masyarakat kita. Dulu ramai yang kaki mabuk, lebih dari orang putih tapi sekarang ni mabuk sorok-sorok...

Sudah la tu dok pusing ke belakang putar sana putar sini. Kita pusing tengok depan pulak macam mana nak kasi maju bangsa kita.


Tuesday, 13 September 2011

Jumlah Anak Muda Buta Huruf Membimbangkan Di Negara Kita !

Data daripada program latihan khidmat negara 2010 menunjukkan bahawa seramai 1,000 orang pelajar atau anak muda didapati buta huruf daripada jumlah seramai 11,000 pelajar yang diambil dalam batch ke-3 untuk program latihan khidmat negara. Baca sini

Data ini amat membimbangkan bagi negara kita yang mahu mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Sejak tahun 1990, negara kita mencapai tahap boleh membaca di kalangan penduduk lebih daripada 95%. Dengan penemuan seramai 1,000 orang yang buta huruf dalam PLKN itu menunjukkan lebih dari 9% anak muda kita buta huruf!.

Apakah masalah yang melanda negara kita sebenarnya. Ini semua amat bertentangan dengan keputusan peperiksaan sekolah-sekolah setiap tahun yang dipaparkan sentiasa menunjukkan peningkatan yang hebat seluruh negara. Ia menggambarkan sistem pembelajaran kita amat mantap. Tetapi tiba-tiba ada 9% para pelajar yang buta huruf? apakah jarak antara yang pandai dengan yang bodoh semakin jauh?

Timbalan Menteri Pertahanan menyatakan satu modul yang dipanggil I-SMART telah dirangka bagi mengatasi masalah buta huruf di kalangan para peserta PLKN yang tak boleh membaca ini. Ini memanglah langkah yang baik untuk dilaksanakan tetapi ia sebenarnya bukanlah penyelesaian jangka panjang.

Punca utama perlu dikesan sejak para pelajar berada dibangku sekolah lagi dan tindakan perlu segera diambil bagi mengatasi kepincangan ini sementara ianya masih belum terlewat. Adakah ini hasil daripada sistem pendidikan kita yang berubah-ubah dalam masa yang singkat membuatkan kanak-kanak pening kepala dan bosan dengan pendidikan atau adakah ia disebabkan masalah keluarga yang tidak ada masa mengambil tahu perkembangan anak-anak mereka.

Adalah amat menarik untuk melihat lebih terperinci jumlah mereka yang buta huruf dikalangan lelaki berbanding perempuan. Jika jumlah majoritinya adalah lelaki, ia merupakan satu lagi tamparan hebat kepada kaum lelaki pada masa depan setelah laporan universiti menunjukkan pelajar wanita mengatasi lelaki dengan nisbah sebanyak 7 berbanding 3.

Dalam masa tak lama lagi nampaknya perjuangan aktivis hak asasi wanita akan meraikan kemenangan usaha mereka yang menuntut agar kaum wanita mengisi jawatan sebagai pembuat keputusan kepada 30%. Dengan suasana kaum lelaki ramai yang tak masuk universiti maka lebih ramailah yang tak akan layak memegang jawatan yang besar. 

Ketua Cawangan Kena Halau Keluar Rumah Seminggu Sebelum Raya - Minta PAS Pulau Pinang Tolong Tengok Hamba Allah Ni !

Sedih baca berita Roslan Bin Aziz, seorang Ketua Pas Cawangan di Bayan Lepas Pulau Pinang yang kena halau dari rumah seminggu sebelum menyambut perayaan Aidilfitri baru-baru ini. Walau apapun sebabnya, ia tak sepatutnya terjadi ditengah kesibukan umat Islam menyambut ketibaan Aidilfitri di mana dia sekeluarga terpaksa keluar dari rumah.

Dari berita yang dilaporkan Roslan telah berusaha menyelesaikan masalahnya dengan berjumpa kepimpinan negeri yang ada tetapi malangnya tiada sambutan yang memberansangkan dari mana-mana pihak.

Eloklah kepimpinan Pas negeri atau kawasan membantu rakan mereka yang sedang berada di dalam kesempitan tersebut. Lagipun beliau dikatakan menyokong dan aktif Pas sejak tahun 1994 lagi. Jangan sia-siakan orang yang setia bekerja untuk masyarakat, bukannya ramai orang yang sanggup berkecimpung dalam kerja-kerja parti terutamanya PAS yang mana ahlinya lebih banyak terpaksa memberi daripada menerima.

Lainlah kalau aktif dalam parti Umno, banyak yang boleh masuk daripada keluar, sebab itulah mereka berebut sesama sendiri untuk menonjolkan diri. Banyak peluang terbentang bagi yang berjaya menonjolkan diri. Bagusnya Umno ini ialah mereka sentiasa berusaha membantu ahli mereka terutamanya yang berpotensi dan ada pangkat.

Kalau ada orang yang perlu dibantu, yang lebih utama sudah tentulah orang yang paling dekat dengan kita. jadi kalau Pas nak bantu orang, sudah tentu ahli Pas lebih utama dibantu kemudia barulah bantu orang sebab kalau ahli Pas sendiri tak dapat hidup macam mana mereka nak berdiri dan membantu orang ramai.

Berita di bedal dari Utusan Meloya.