Pages

Saturday, 3 September 2011

Kedah Perlu Ada Timbalan MB - Pemuda Gerakan

Berikutan MB Kedah yang diserang sakit jantung sejak Julai lalu, pemuda gerakan melihat perlunya diadakan satu jawatan baru iaitu Timbalan Menteri Besar Kedah sebagi menggantikan tugasan Menteri Besar yang tidak dapat bertugas lebih daripada 30 hari.

Ustaz Azizan dilaporkan akan diminta melepaskan jawatannya sebagai MB tetapi Presiden Pas menafikannya dan Ustaz Azizan juga mengatakan dia masih kuat untuk memikul tugasan berat tersebut.

Tetapi kalau dia diminta untuk melepaskan jawatannya, esokpun dia akan lepaskan tak ada masalah katanya. Bukan dia yang minta untuk jadi MB, mereka yang mahu, katanya.

Kalau tak silap Ustaz Azizan terus masuk IJN selepas tekanan isu pengharaman operasi pusat hiburan dibulan puasa yang mendapat bantahan dari banyak pihak.


Kalau setiap kali ada isu besar meletup mampu membuatkan beliau masuk IJN, memang Kedah perlu ada timbalan MB. Satu lagi jalan penyelesaiannya adalah dengan tidak menimbulkan isu di Kedah agar tiada kejutan pada para pemimpinnya.

Hari ini pula Umno Kedah digesa agar mengambil kesempatan dari keadaan kesihatan Ustaz Azizan yang tidak menentu tersebut. Jika Umno buat tekanan demi tekanan dan sentiasa buat kacau, alamat serangan jantung tidak dapat dielakkan sekali lagi.

Tidak ada orang yang cukup kuat untuk menahan tekanan apabila dia ada maslah jantung dan tak ada seorang doktor pun di dunia ini yang tidak akan menasihatkan pesakit jantung agar berehat dari kerja dan juga tekanan, tambahan pula jika pengidap adalah seorang ahli politik.


'via Blog this'

Friday, 2 September 2011

Kenapa Rakyat Tak Ghairah Sambut Hari Merdeka - Mat Sabu

Antara melayu awal yang angkat
senjata lawan British
Dalam sidang media menjawab fitnah tohmahan media arus perdana terhadap kenyataannya hari ini Mat Sabu meletakkan punca kenapa rakyat semakin dingin menyambut hari merdeka kepada sikap kerajaan yang hanya mengangkat Umno sahaja sebagai kumpulan yang bertanggung jawab memperjuangkan kemerdekaan negara.

Terdapat ramai lagi kumpulan serta individu yang berusaha keras dan benar-benar berjuang melawan penjajah British pada masa sebelum merdeka. Sebagai contohnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya terlebih dahulu ditubuhkan awal setahun daripada tertubuhnya UMNO.


PKMM merupakan satu-satunya parti Melayu yang pertama ditubuhkan dengan matlamat utama mereka untuk memperjuangkan kemerdekaan Malaya daripada British. Malangnya para pemimpin UMNO pada ketika itu memerli PKMM dan memandang rendah usaha parti tersebut dengan mengherdik keupayaan mereka berjuang sedangkan untuk membuat sebilah jarum pun tak mampu.

Nama-nama seperti Samsiah Fakeh mendapat label yang buruk sedangkan mereka adalah antara rakyat yang awal bersungguh-sungguh mahu megeluarkan negara daripada belenggu penjajah.

Bagi Mat Sabu penyelewengan Umno yang merampas glamour sebagai hero merdeka daripada semua orang lain yang turut sama berusaha telah mula disedari oleh rakyat. Ini ditambah lagi dengan suasana sambutan merdeka lebih menjadi suatu acara memperingati Umno menuntut kemerdekaan daripada British. Merdeka akhirnya hanya menjadi sambutan hari bersejarah untuk Umno sahaja dan hanya Umno tiada lain melainkan Umno.

Dalam 10 buah kenderaan yang melintas di jalanraya hanya 1 yang memasang bendera. Itupun mungkin lori tanah yang memasangnya demi mendapat simpati dari pihak berkuasa agar jangan mengganggu mereka.

Dengar ulasan Mat Sabu di sini sekali lagi.

Berikut antara pembohongan-pembohogan yang boleh disenaraikan:
Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


PENIPUAN PERTAMA:


Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

PENIPUAN KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation.BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan sloganMERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

PENIPUAN KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

PENIPUAN KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

PENIPUAN KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –BannerStars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.

PENIPUAN KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.

PENIPUAN KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

Sejarah Kemerdekaan Negara Pembohong !

Siapakah yang telah bersusah payah berkorban memerdekakan negara....UMNO!!!
Itulah yang kita belajar di sekolah dan itulah yang diulang-ulang setiap kali negara menyambut merdeka. Orang lain yang berusaha sampai kena tangkap dan dituduh sebagai pengkhianat dan komunis dihumbankan sejarah mereka ke dalam tong sampah...baca tulisan di bawah:


(Oleh Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempersoal usaha sistematik kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) selama berdekad-dekad bagi ‘memalsukan’ sejarah dengan menukarnya sebagai propaganda mereka.
“Kami mengkritik usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk ‘memalsukan’ sejarah Malaysia  agar hanya sumbangan Umno dan sekutu mereka diiktiraf manakala sumbangan dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan lain dipadam.


“Apa sudah jadi kepada tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?” kata satu kenyataan media bersama Sekretariat Pakatan iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad, Dr Dzulkefly Ahmad dan Liew Chin Tong, hari ini.
Pakatan Rakyat juga mempersoal jasa pejuang seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang menerajui aktivisme politik Melayu kelihatan ‘hambar’ dalam sejarah.
“Kita juga ada Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (Putera) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA),” kata kenyataan itu yang mendapati, ia tidak ditonjolkan.
Mengikut kenyataan itu, Pakatan Rakyat membidas tindakan Umno yang seolah-olah menonjolkan perjuangan kemerdekaan usaha Perikatan semata-mata dengan menulis sejarah versi Umno.
“Jika kita baca sejarah Dr Burhanuddin, Boestamam dan Pak Sako, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan ketakutan institusi dan penindasan tetapi mereka ditangkap kerajaan Perikatan (nama lama BN) setelah difitnah antara lain, menjadi tali barut komunis.
“Buku sejarah bukan sahaja kehilangan satu, dua bab tetapi satu sejarah dipadamkan daripada rekod rasmi negara,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Umno mempunyai kepentingan politik untuk mengekalkan versi  mereka untuk dijadikan asas bagi menutup tipu helah mereka yang menindas pihak lawan.



Minta Mat Sabu Jumpa Saya - Prof Khoo Kay Kim


KUALA LUMPUR 1 Sept. – Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mempelawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumpa dengannya untuk mendapatkan bahan sejarah berhubung peristiwa Bukit Kepong.

Kay Kim berkata, ia bagi mengelakkan pemimpin Pas itu daripada terus mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan terpesong daripada fakta sebenar.
Beliau juga meminta Mohamad atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu supaya melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum memperkatakan perkara berkaitan sejarah.

“Mat Sabu boleh tanya saya di mana boleh dapat bahan sejarah. Saya tahu mana tempatnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyifatkan pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa itu.


Menyingkap sejarah penubuhan PKM, Kay Kim berkata, ia diasaskan di Kuala Pilah pada 1930-an dengan alasan memperjuangkan sebuah negara bebas, namun hasrat sebenarnya adalah membentuk sebuah ‘order’ baru komunis di negara ini.

“PKM juga sanggup bernaung di bawah pemerintahan Rusia sekiranya mereka berjaya menjatuhkan kerajaan British. Maka, perjuangan mereka tidak boleh dianggap sebagai nasionalis dan mereka bukan pejuang sebenar negara,” tegasnya.

Dalam pada itu, Kay Kim berkata, beliau mempunyai beberapa persoalan yang ingin ditujukan kepada Mat Sabu dan berharap pemimpin nombor dua Pas itu dapat menjawabnya.

“Antara persoalan saya ialah apakah perjuangan parti komunis antarabangsa? Apakah perjuangan sebenar PKM di negara ini? Minta dia jawab,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebenarnya ramai orang Cina yang menentang komunis terutama di Karak kerana mereka benci terhadap perjuangan komunis yang dianggap keji dan tidak berperikemanusiaan.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian yang menyifatkan Mat Sabu sebagai buta sejarah.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan siapa sebenarnya pejuang serta wira negara, oleh itu pemimpin Pas itu diminta supaya berhati-hati ketika mengungkit peristiwa Bukit Kepong.

“Bukan sahaja pejuang-pejuang Melayu yang terkorban dalam peristiwa itu, malah mereka yang berketurunan Cina dan India turut menjadi mangsa kejadian.

“Kita tidak boleh mempertikai sumbangan kaum-kaum lain (Cina dan India) ketika menentang fahaman (komunis) yang tidak boleh diterima sama sekali. Kenyataan beliau bukan saja menimbulkan kemarahan orang Melayu, malah orang Cina dan India juga,” katanya.

Isu Bukit Kepong - Yang Untungnya Hanyalah Mat Sabu !

Berikut ulasan menarik mengenai Kes Mat Sabu yang sedang panas diperbincangkan sekarang ini, antara petikan tulisan tersebut adalah:

"Dalam hal melibatkan sensitiviti Melayu ini, Mohamad boleh
disifatkan telah melakukan kesilapan kerana tidak cermat,
dan boleh menjejaskan undi Melayu terhadap PAS
ketika pelbagai isu termasuk kes gereja di Selangor
menambah persepsi negatif Melayu terhadap PAS. "

"Sekiranya beliau bertanding di kerusi majoriti Cina,
apa yang berlaku selama ini memberi kesan positif
kepada beliau, kerana imej mesra dengan masyarakat
itu - terutama hubungan baik dengan DAP yang
mendapat sokongan kuat Cina - telah terbina lama."

Baca keseluruhan ulasan di sini.

Karpal Singh Pencacai Umno ?

Musang berbulu ayam
Oleh kerana Karpal Singh tidak senada dengan Mat Sabu dan mereka-mereka yang seirama dengannya, maka layaklah Karpal Singh dilabelkan sebagai pencacai Umno.

Untuk tidak dilabelkan sebagai pencacai Umno, seseorang itu mestilah sentiasa membenarkan apa sahaja yang diucapkan oleh para pimpinan tidak kira samada betul atau tidak betul. Berfaedah atau tidak berfaedah.

Segala ucapan pemimpinnya walaupun mendatangkan keburukan dari segi politiknya mestilah dipertahankan dengan apa sahaja cara walaupun ia lansung tidak mendatangkan faedah kepada partinya


Ringkasnya anda adalah seorang pencacai Umno apabila anda tidak punyai pendapat anda sendiri melainkan pendapat para pemimpin atau para jaguhan penyokong parti yang anda minat.

Begitulah sikap sebahagian daripada para penyokong pembangkang dalam dunia blog ini. Mereka mengambil sikap bahawa para blogger mestilah setia membabi buta tanpa ada pendapat sendiri dan blogger hendaklah korbankan blog peribadi mereka demi kepentingan parti yang mereka sokong, sokong sampai rebah.

Nampaknya selama ini Karpal adalah musang yang berbulu ayam..........pencacai Umno rupanya dia...hahahaha!

Bagaimana Dadah Mengubah Rupa Anda - Jauhi Dadah !

Bagaimana rupa mereka yang pada asalnya bebas daripada dadah bertukar rupa menjadi rupa jembalang apabila terbelenggu dengan gejala ketagihan dadah. Lihat gambar-gambar mereka yang terlibat di bawah sebagai renungan: 






















Media Tolong Beri Ruang Pada Mat Sabu Jelaskan Isu Bukit Kepong - Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang hari ini menggesa agar media memberikan ruang kepada Mat Sabu, orang nombor 2 Pas untuk menjelaskan isu kontroversi berkenaan Peristiwa Serangan Berdarah Bukit Kepong. Beliau memberikan komen tersebut ketika ditanya wartawan dalam majlis rumah terbuka sempena Aidil Fitri di Kubang Semang bersama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman hari ini.

Ketika ditanya apa komennya mengenai sambutan hari raya yang dianjurkan kerajaan persekutuan diadakan di Permatang Pauh, dia mengalu-alukan anjuran tersebut dan meminta semua rakyat turut sama  menghadirinya. Dia sendiri belum pasti akan hadir kerana setakat ini masih tidak ada lagi jemputan rasmi kepadanya untuk menghadiri majlis tersebut.


Elok sangat jika media arus perdana memberikan ruang kepada Mat Sabu untuk menjelaskan isu yang diketengahkannya tentang peristiwa Bulit Kepong tempoh hari, barulah saksama dan adil terhadap Mat Sabu. Biarlah rakyat menentukan kedudukan sebenar perkara itu.

Tapi adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk media arus perdana berbuat begitu kerana pembangkang memang tidak ada tempat lansung dalam media arus perdana kecuali jika sesuatu isu itu memberikan keuntungan kepada kerajaan pemerintah.

Dalam kes ini media akan menggoreng sehingga masak Mat Sabu dan seterusnya mengaitkan isu itu dengan Pas agar rakyat terutamanya orang Melayu menolak Pas.

Cuba lihat bagaimana media hari ini membuat laporan tentang penolakan Karpal dari DAP terhadap isu tersebut di TV. Bagi media ia dapat menunjukkan kepada rakyat betapa parti-parti dalam pakatan pembangkang tidak sebulu dalam pakatan mereka dan adalah sesuatu yang sukar dikendalaikan jika pakatan memerintah negara dalam suasana hubungan mereka yang tidak seirama.

Karpal menyeru dengan tegas agar Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada keluarga mangsa trajedi Bukit Kepong. Tiadak gunanya Mat Sabu mempertahankan kenyataannya kerana ia lansung tidak memberikan sebarang manafaat terhadap Pakatan Rakyat.

Mungkin Mat sabu perlu memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa dia lansung tidak ada niat hendak menghina mereka yang terbunuh dalam mempertahankan 'Rumah Pasong' atau balai polis di Bukit Kepong pada tahun 1950 dahulu.

Nayatakan bahawa dia hanya mahu menyampaikan mesej bahawa mereka yang menentang British sebelum merdeka perlu juga mendapat penghargaan sebagai pejuang kemerdekaan. Itu bukan lah sesuatu yang susah dan menjatuhkan martabatnya, lagipun mesejnya memang sudah sampai cuma dipanaskankan demi kepentingan politik.

Bagi DAP pula, ia merupakan satu kesempatan yang amat baik bagi menonjolkan diri mereka sebagai sebuah parti yang tidak ekstrim sekali gus menolak label yang diberikan pada mereka selama ini sebagai sebuah parti yang ektremis. Dalam keadaan sekarang ini DAP akan dilihat sebuah parti yang terbuka dan bersedia untuk menerima semua bangsa menyokong mereka.

Nampaknya DAP berusaha dengan bersungguh-sungguh menjadikan parti mereka sebagai parti berbagai bangsa bermula dengan usaha menggalakkan orang Melayu menyertai DAP dan juga mengadakan portal berita dalam bahasa melayu bagi menyampaikan maklumat tentang mereka kepada orang Melayu.

Ternyata Utusan amat bijak mencucuk jarum mereka menembusi pakatan rakyat hanya dengan satu isu sahaja. Jika usaha ini berterusan dan pakatan rakyat tidak duduk semeja untuk menghadapinya bersama secara kolektif, pakatan rakyat bakal menghadapi masalah dalam PRU-13 yang makin hampir.


Thursday, 1 September 2011

BN Rasa Lega - Mat Sabu Menjadi Penyelamat Mereka !!!

Samada Mat Sabu betul atau tidak ia bukanlah menjadi persoalannya, yang nyatanya sejak sekian lama BN berhempas pulas menjadi pemain pertahanan dalam arena politik negara kini mereka merasa amat lega dapat kembali ke posisi penyerang apabila Mat Sabu mengeluarkan kenyataan yang dianggap 'bodoh' oleh sebahagian besar orang Melayu terutamanya Umno.

Ada yang sampai berkata bahawa Mat Sabu merupakan anugerah Tuhan kepada Umno yang menjadi penyelamat kepada kedudukan mereka yang terkial-kial bertahan dengan serangan dem,i serangan dari berbagai sudut.


Walaupun para blogger tegar PR menyokong Mat Sabu dengan membantunya mengeluarkan berbagai versi perjuangan serta peristiwa Bukit Kepong, namun Karpal Singh ternyata menolak mentah-mentah apa yang diucapkan oleh Mat sabu, malah tidak ada lagi kenyataan para pimpinan Pas yang lain bangun mempertahankan Mat Sabu. Baca laporan kelegaan Umno/BN kat bawah:

BN terus serang, rasa lega dalam isu ‘komunis’ Mat Sabu - The Malaysian Insider:


Paderi Gay Malaysia Sah Kahwin Semalam !

Reverend Ouyang Wen Feng dilaporkan telah selamat dikahwinkan bersama dengan pasangannya Phineas Newborn III. Upacara berlansung di Manhattan Wedding Garden, New York pada hari Merdeka, 31 Ogos 2011. New York baru sahaja melulus dan membenarkan perkahwinan sejenis dua bulan lepas.
Berikut ini kata paderi Gay sebagaimana yang disebut oleh CNN:

“It means a lot to be married that day (Ogos 31), to honor my country and people in Malaysia.” 

Upacara perkahwinannya di adakan pada hari merdeka sebagai meraikan negaranya dan juga rakyat Malaysia. Begitulah katanya seolah-olah Rakyat Malaysia amat seronok dan teruja dengan perkahwinannya yang lansung tidak menyumbang untuk meramaikan zuriat anak bangsa kita di Malaysia ini. Bayangkan kalau lebih ramai yang jadi begitu, alamat makin sikitlah populasi rakyat negara kita.

Paderi Gay akan mengadakan acara kenduri bagi meraikan saudara mara serta rakan di Kuala Lumpur pada tahun depan.

Dapat tahu berita dari sini.. Baca cerita lanjut tentang Paderi Gay Malaysia dalam laporan CNN di sini.


Wednesday, 31 August 2011

Sikap Begini Mencerahkan Lagi Harapan PR Untuk Menguasai PRU-13

Sikap TPM yang mengatakan "We can’t take opinion polls too seriously:" bakal mencerahkan harapan Pakatan Rakyat menyapu bersih pertandingan pada PRU-13 yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Itu adalah komen Muhyiddin ketika ditanyakan padanya pandangan dia terhadap kajian yang dilakukan oleh Merdeka Centre baru-baru ini yang menunjukkan rating Najid sedang merudum.

Nak tahu kenapa, baca komen Rocky's Bru kat sini.

Bertaqwalah Mat Sabu, Seru Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri hari ini menyeru agar Mat Sabu bertaqwa dan kembali kepada anjuran Islam sebenar iaitu sentiasa bercakap benar dan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Kalau terlanjur kata mengaku sajalah dan segera bertaubat kehadrat Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jangan diputar belitkan sehingga berbelit-belit tak dapat dirungkaikan.

Muhyiddin juga berbelah bagi samada hendak melabelkan sikap Mat Sabu tersebut adalah sikap peribadinya atau sikap parti di mana ia menjadi orang nombor dua. Secara logiknya sudah tentu apa sahaja yang diucapkan oleh Mat Sabu mewakili parti yang dipimpinnya.

Tersebak membaca ulasan TPM di atas. Rasa terharu kerana semua yang dikatakannya itu benar belaka dan perlu kita sungguh-sungguh amalkan. Bukan kepada Mat Sabu sahaja malah kepada PM, TPM dan semua para jemaah menteri dan semua rakyat muslim di Malaysia.

Kebiasannya apabila Muhyiddin bercakap berlapik sebegitu dalam menghentam pemimpin pembangkang menunjukkan isu yang sedang hangat itu banyak memihak kepada Umno/BN. Samada benar atau tidak benar apa yang Mat Sabu ucapkan, yang pastinya ia banyak memberikan kesan yang buruk terhadap parti Pas yang dipimpin Mat Sabu sebagai orang no 2 itu terutamanya daripada orang Melayu. Syabas Mat Sabu


Mat Indera Tak Mati Di Tali Gantung, Disimpan British Sebagai Pemberi Maklumat Komunis




Mat Indera bersama kekawan di
sekolah melayu
Syabas diucapkan kepada Mat Sabu kerana bertepatan dengan hari merdeka dan bulan merdeka negara dipanaskan dengan peristiwa Bukit Kepong. Tahniah juga kepada Utusan Meloya yang membantu menaikkan isu yang sama secara besar-besaran. Memang dari segi 'pemasaran politik', tidak ada sesiapa yang dapat menandingi Utusan Meloya.

Kedua-dua mereka Utusan dan Mat Sabu membuatkan rakyat mencari-cari siapa sebenarnya pejuang dalam memastikan negara kita merdeka. Isu ini juga membuatkan kita mula mengkaji semula segala bahan tulisan sejarah yang tersedia ada dan diulang-ulang sebagai hidangan untuk kita telan bulat-bulat sejak sekian lama. Tiba-tiba ramai orang meminati sejarah.


Kata cerdik pandai, sejarah bukanlah apa yang kita fikirkan, sebaliknya sejarah adalah apa yang kita ingat. Bagi saya pula 'Sejarah adalah apa yang kerajaan mahu kita ingat'. Apa yang orang lain ingat dan mengalami atau menyaksikannya sendiri tidak menjadi bahan sejarah jika kerajaan atau penguasa tidak mahu mengingati peristiwa tersebut.




Mat Indera
Antara maklumat yang paling dicari oleh orang ramai sekarang ini adalah menyelidiki siapa sebenarnya Mat Indera. Banyaklah tulisan yang tiba-tiba muncul menceritakan siapa sebenarnya Mat Indera. Nama tersebut bukan satu nama yang diingati oleh orang ramai dan kalau kita buat carian pada Wikipedia dalam peristiwa trajedi Bukit Kepong pun, maklumat mengenai Mat Indera masih lagi kosong.

Antara maklumat-maklumat mengenai Mat Indera yang ada boleh didapati di sini dan juga di sini. Penulis asal cerita Mat Indera ini boleh dilihat di sini, dia ada memberikan komen tambahan mengenai legenda Mat Indera ini seperti di bawah:


"sebelum nih.. ade anak sedare mat indera bagitau saye.. dia tak tau kat mane sebenornye kubor mat indera.. dan ade beberape orang pernah bagitau saye.. yang digantung tu bukannye mat indera.. tetapi mat indera disembunyikan untuk mendapatkan maklumat mengenai komunis.. wallahualam..
dan terbaru.. ade seseorang memberitahu mat indera baru jer ninggal beberape bulan yg lepas..entah ler.."

Cerita Mat Indera dengan kehebatan serta kesaktiannya dah jadi macam dongeng pula, nampaknya orang Melayu masih lagi suka dengan cerita-cerita seumpama itu dan tangkal masih lagi ada pasarannya di negara kita.

Walau apapun dakwaan bahawa Mat Indera baru saja meninggal menarik juga untuk dijadikan bahan cerita sensai. Apakah benar British menyimpannya sebagai pemberi maklumat kegiatan komunis tidak dapat dipastikan melainkan perlu korek bahan-bahan sejarah dari muzium kat London.

Cuma kalau dia tak ke tali gantung, selepas British berambus dari tanah Melayu, dia berkhidmat untuk siapa pulak....besar kemungkinannya ia hanyalah satu lagi imaginasi yang diharapkan berlaku oleh mereka yang kagum dengan Mat Indera dan tidak dapat menerima perjuangan Hero mereka lansung tidak dihargai.....biasalah, "Sejarah adalah apa yang penguasa mahu kita mengingatinya....."

Karpal Singh Tak Setuju Dengan Mat Sabu

Karpal berpendapat bahawa polis yang mempertahankan Bukit Kepong, Datuk Onn Jaafar dan juga Tunku Abdul Rahman adalah tetap menjadi pejuang negara. Fakta tersebut tidak perlu dipertikaikan lagi sebagai sejarah yang sudah tertulis.

Bagi Karpal, adalah salah sama sekali menganggap Tunku dan juga Datuk Onn sebagai pegawai British dan menolak sumbangan mereka dalam memerdekakan tanah air.

BERNAMA - Bukit Kepong Tragedy: The 25 Policemen Were True Nationalists, Says Kaprl:

'via Blog this'

Tuesday, 30 August 2011

Kenapa Rating Najib Jatuh Merudum ?




Menung jauh nampak?
Sebelum mengambil alih pemerintahan daripada Pak Lah, hanya 34% daripada respondent yang yakin Najib mampu menjadi PM yang baik. Tidak lama selepas menjadi PM, ratingnya naik menjadi 44%. Hasil dari usaha kerasnya menjanjikan perubahan dan pembaharuan ratingnya naik tinggi sehingga mencapai 72% pada bancian May tahun lepas.

Pada bulan May tahun ini bancian mula menunjukkan penurunan kepada 65%. Rakyat dah mula ragu-ragu dengan usaha Najib yang tidak menampakkan hasil. Bancian terbaru menunjukkan ratingnya menjunam lagi kepada hanya 59% baru-baru ini.


Bancian terbaru juga menunjukkan hanya 31% kaum Cina yakin dengan apa yang dibuatnya. Kaum India pula menunjukkan hanya 39% yang yakin dengan Najid. Seperti biasa kaum Melayu amat berbesar hati dengan Najib apabila 64% amat yakin dengan apa yang telah Najib usahakan dan kaum Melayu masih kuat menyokong Najib.

Keseluruhannya hanya 51% dari respondent percaya bahawa negara sedang berada di landasan yang baik dan meyakinkan. Kenapa tahap keyakinan terhadap Najib makin hari makin merudum? antaranya adalah:

  1. Pencapaian ke arah pembaharuan dan pembaikan yang dijanjikan berjalan dengan terlalu lembab

  2. Tahap inflasi yang makin hari makin teruk.

  3. Kos sara hidup yang makin meningkat.

  4. Kesan kenaikan harga minyak sudah mula dirasakan perit.

  5. Kesan perit semakin ketara apabila ditambah dengan kenaikan harga elektrik.

  6. Isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Damansara juga menyumbang apabila jerat makan tuan di mana rakyat pelik dengan cara kerajaan menangani isu agama. Begitu juga kes DAP Penang yang dituduh mahu menukar Malaysia menjadi negara Kristian memperlihatkan kerajaan bertindak keterlaluan mengapi-apikan isu agama.

  7. Kebangkita golongan ultra Melayu yang tidak terkawal dan berlebih-lebihan.

  8. Kes perbicaraan Anwar Ibrahim juga menyumbang terhadap rasa keraguan rakyat.

  9. Isu-isu kecelaruan senarai pengundi menambahkan lagi rasa sangsi rakyat pada kerajaan.

  10. Banyak isu-isu timbul bertubi-tubi memperlihatkan Najib tak dapat mengawal juak-juak kumpulan di bawahnya.

  11. Kehebatan kerajaan menangani Bersih 2.0 memperlihatkan lagi kecetekan pemikiran para pemimpin dalam menghadapi isu seumpama itu yang mana cara mereka yang kelam kabut amat memberikan kesan negatif di mata rakyat

Secara umumnya isu yang mejadi perhatian rakyat adalah masalah ekonomi, masalah sosial dan diikuti dengan masalah politik.

Dengan pilihan raya umum ke 13 semakin hampir dalam tempoh tak sampai setahun, sudah tentu usaha memulihkan rating kepimpinannya adalah sesuatu yang berat dan mencabar.....adakah ini tanda-tanda akan berakhirnya era pemerintahan BN di negara kita dan Najib bakal menjadi PM terakhir daripada Barisan Nasional? sama-sama kita tunggu dan lihat.



Aku Tak Kata Macam Tu, Aku Saman Depa Nanti - Mat Sabu

Mat Sabu dah teliti semua ucapannya dan mendapati dia tak sebut sebagaimana yang dilaporkan di Utusan Meloya. Ucapannya diputar belitkan oleh Utusan Meloya sehingga menimbulkan kemarahan ramai orang. Begitulah kata Mat Sabu.

Mat Sabu yakin Umno amat takutkan orang macam dia yang mampu berinteraksi dengan semua orang dari pelbagai bangsa dan agama sebab itulah Umno asyik serang dia semanjak dia ditabalkan menjadi orang no 2 Pas.


Bagi Mat Sabu Umno hanya mahu dia menjadi pemimpin Pas tetapi tak mahu dia menjadi pemimpin peringkat kebangsaan yang mampu menyentuh semua bangsa dan agama.

Bagi Mat sabu dia hanya mengatakan bahawa Mat Indera adalah seorang pejuang kerana dia menentang penjajahan British. Dia tak ada sebuat apa-apa mengenai perjuangan komunis dalam ceramhnya. Utusan Meloyalah yang mengadun secukup rasa dan menokok tambah ucapannya. Dia akan saman Utusan Meloya selepas raya ini.

Harap Mat Sabu akan saman Utusan Meloya dan Insyallah kita doakan moga dia menang. Terlalu banyak kesan buruk terhadap undi Melayu terutamanya hasil daripada tuduhan Mat Sabu sokong komunis yang laporkan oleh Utusan Meloya tersebut


Meninggal Kerkena Kejutan Elektrik Ketika Jolok Kelapa Nak Buat Lemang

Seorang pemuda berumur 22 tahun yang pulang beraya dikampung meninggal sebelum sempat menikmati lemang kegemarannya apabila terkena kejutan elektrik yang mengalir pada galah yang digunakan untuk menjolok kelapa. Galahnya terkena dawai letrik berhampiran pokok kelapa itu.

Kalau dah ajal, tidak ada sesaatpun yang boleh tertangguh. Namun jangan lupakan langkah-langkah keselamatan dalam kita berseronok menyambut hari raya.

Laporannya di sini.

Ini Sikap Anak Muda Melayu Islam Malaysia

  1. 74.8% tidak berminat dengan politik

  2. 66.3% tidak mendaftar mengundi.

  3. 73.7% percaya rakyat ada kuasa tentukan kerajaan yang mereka pilih.

  4. 50.6% bosan dengan politk.

  5. 71.4% yakin demokrasi yang baik memerlukan pembangkang.

  6. 86.1% yakin pemimpin yang hebat mampu menstabilkan negara

  7. 81.9% suka dengan subjek sivik

  8. Majoriti mendapat maklumat politik daripada TV, Radio & Akhbar, maklumat dari keluarga terlalu sedikit.

  9. 83% risau dengan sikap radikal parti politik Islam.

  10. 82.5% risau dengan tiadanya jaminan kebebasan beragama.

  11. 43.3% percaya pengebom berani mati diperlukan untuk pertahankan Islam

  12. 90% rasa puas dengan hidup mereka

  13. Majotiti bercita-cita menjadi usahawan manakala paling sedikit (0.2%) berminat menjadi ahli politik.

  14. 72.9% yakin ekonomi akan kembali pulih dalam masa terdekat.

  15. 98.3 peratus tidak bersetuju orang Islam dibenarkan menukar agama.

  16. 88.2% dari keluarga mereka mengamalkan menmabil berat tentang agama.

  17. 45.7% bersolat 5 waktu hanya sekali sekala dan 3.5% lansung tidak pernah.

  18. 73.3% sekali kala baca Quran dan 8.6% tidak lansung.

  19. 78.4% ada faham juga makna ayat Quran dan 9% tidak lansung.

  20. 74.2% belajar Islam dari ustaz/guru dan Ibubapa.

  21. 64.2% sentiasa puasa ramadan, selebihnya kadang-kadang dan ada yang tidak lansung

  22. 70% yakin pakai tudung itu wajib

  23. 71.6% yakin perlembagaan negara perlu ditukar dengan Al-Quran

  24. 71.5% percaya pencuri mesti dipotong tangan.

  25. 92.5% yakin pemabuk wajib dirotan.

  26. Berikut keutamaan bagi mereka bermula yang paling penting.

    1. Percaya kepada Tuhan

    2. Menjadi muslim yang baik

    3. Punyai teman yang boleh dipercayai

    4. Mempunyai rakan

    5. Berkahwin dan punyai anak

    6. Memegang teguh kepada adat dan budaya.

    7. Mempunyai reputasi yang baik dalam karrier

    8. Mengecapi kehidupan ke tahap maksimum

    9. Menerima kewujudan kaum sarta agama golongan minoriti

    10. Menjadi kaya

  27. 96% menolak minum arak dan 98.4% menolak dadah.

  28. Hampir kesemua menolak seks bebas, filem lucah dan seks sejenis.

  29. 72.7% rasa poligami tak ok.

  30. Hanya 9.6% dari remaja perempuan tak kisah pakai bikini kat luar.

  31. Hanya 8.7% dari lelaki tak kisah isterinya pakai bikini kat luar.

  32. 79.9% anggap mereka muslim terlebih dahulu baru diikuti dengan warganegara dan bangsa, 14.6% anggap mereka sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan hanya 5.5% anggap mereka Melayu terlebih dahulu (atau bangsa lain).

  33. Aktiviti paling utama mereka sepanjang minggu adalah menonton TV (75%)

  34. 15.6% tak pernah guna internet

  35. Perkara paling meyebabkan tekanan pada mereka adalah apabila tak ada duit dan majotiti akan mengadu pada kawan

Lihat laporan terperinci bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre for Opinion Research terhadap respondent anak-anak muda Muslim berumur antara 15 ke 25 tahun di sini

Secara umumnya majoriti anak muda kita mahukan Islam dan selesa dengan keislaman mereka tetapi menolak sikap radikal parti Islam. Mereka lebih mengutamakan Islam terlebih dahulu daripada bangsa dan negara.

Lihat juga kerisauan pemerhati luar terhadap perkembangan ini kat sini.

Monday, 29 August 2011

Lebih 40 Laporan Polis Dibuat Terhadap Kenyataan Mat Sabu




Kepanasan !
Sudah lebih daripada 40 laporan polis dibuat terhadap kenyataan orang no 2 parti Pas yang memuji serangan Mat Indera terhadap 'rumah pasong' milik kerajaan British di Bukit Kepong sebelum merdeka dahulu.

Syabas terhadap Utusan yang berjaya sekali lagi memanaskan suasana politik negara dalam melancarkan serangan demi serangan terhadap parti-prti pembangkang.

Ini sepatutnya dijadikan pengajaran kepada para pemimpin pembangkang terutamanya terhadap Mat Sabu agar sentiasa berhati-hati mengeluarkan kenyataan mereka yang sentiasa diperhatikan oleh lidah rasmi kerajaan. Sedikit sahaja kesilapan yang boleh disensasikan bakal mengancam sokongan rakyat terhadap parti pembangkang.


Apa sahaja fakta sejarah yang telah dihidangkan kepada rakyat sekian lama lebih elok dicabar dalam dunia akedemik dan bukannya dipentas ceramah politik kerana ia memerlukan pengkajian yang mendalam dan saksama daripada mereka-mereka yang ahli di dalam hal tersebut. Setelah ia dibahaskan dan dibentangkan barulah boleh dijadikan rujukan terhadap fakta-fakta yang dicabar itu di atas pentas ceramah.

Terengganu Ex-Policemen Assoc lodges police report against Mat Sabu | Malay Mail Online:

'via Blog this'

Kuliah Sejarah Mat Sabu Di Tasek Gelugor Yang Menjadi Sensasi !

Ini dia kuliah sejarah Mat Sabu teopoh hari. Bagi yang tak berapa faham loghat utara kena perembang telinga baik-baik.

Sunday, 28 August 2011

BN Tak Salah, Pemimpim BN Yang Salah - Tun Mahathir

Tun Mahathir hari ini menegaskan bahawa BN masih lagi relevan dan sistem yang dipelopori oleh BN masih baik dan boleh digunakan untuk memerintah negara.

Yang harus dipersalahkan adalah pemimpin BN yang ada kerana setiap kali pimpinan bertukar polisi akan bertukar mengikut acuan mereka sendiri. Mungkin Tun M nak bagi mesej yang semua orang lain salah melainkan dia seorang agaknya.

Tun Mahathir menyatakan begitu dalam acara tandatangan bukunya yang telah dialihkan ke bahasa cina hari ini.

Nampaknya buku Tun M yang dalam Bahasa Inggeris itu terlebih dahulu diterjemahkan ke dalam bahasa cina sebelum ke dalam Bahasa Melayu. Nampak sangat Bahasa Melayu tak ada nilai komersial berbanding dengan bahasa cina, kalau tidak sudah tentu Bahasa Melayu diutamakan.

Kalau nak kata orang Melayu pandai bahasa inggeris tidaklah benar sama sekali berbanding orang cina, tapi tetap juga bahasa cina mendahuui bahasa melayu.

Barangkali mereka yang berusaha menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu begitu lembab sekali dan tidak selaju orang cina. Mana dewan bahasa pergi....?

Gempar ! Hishamuddin Rais Pertahan Mat Sabu !

Kenyataan Mat Sabu bahawa Mat Indera merupakan wira sebenar negara dan pejuang tulin negara yang melawan British menuntut kemerdekaan telah dipertahankan oleh Hishamuddin Rais dengan panjang lebar dalam bognya Tukar Tiub.

Kenapa jadi gempar pulak, bukahkah biasa Tukar Tiub akan pertahankan Mat sabu?...memanglah biasa tapi cuma nak tarik perhatian agar kita membaca ulasan panjang lebar Tukar Tiub untuk santapan minda.


MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.



“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.


WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA




KOMENTAR TUKAR TIUB


Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu



Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Lanchau. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.



Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKANdipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggilRUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin.