Pages

Saturday, 27 August 2011

Bahasa Arab Yang Di-Melayukan - Kita Mungkin Terlibat Mengamalkannya !

Banyak perkataan-perkataan arab yang telah kita adaptasikannya dalam kegunaan seharian kita. Pernah kawan berbangsa Arab memberi komen bahawa orang Melayu sudah tentu lebih cepat belajar bahasa arab memandangkan banyak perkataan arab sudah biasa bermain dilidah kita.

Tetapi kalau kita biasa belajar daripada guru yang memberikan penekanan terhadap sebutan-sebutan perkataan arab ketika beribadah, kita tentu pernah ditegur agar menyebut semua perkataan arab dengan lidah arab. Maknanya kena sebut betul-betul sebagaimana ejaannya. Kerana setiap huruf perkataan arab begitu juga perbezaan baris atas atau bawah dan juga panjang pendek sebutan boleh merubah makna perkataan tersebut.

Berikut beberapa perkataan yang telah terbiasa bagi orang melayu menyebutnya dengan telo Melayu. Samada kita sedar atau tidak kita sendiri tanpa disedari sering menyebutnya secara spontan...kalau bukan dalam solat mungkin tak apa juga tapi kalau di dalam solat ia boleh membuatkan ibadah kita menjadi sia-sia.

  1. Bismillahirrahmanirrahim - kita biasa dengar orang baca 'semillahirrahmanirrahim'. Dengar sedap macam tak ada apa-apa masalah tapi kita telah menghilangkan huruf 'ba' di depan dengaan menggantikannya kepada huruf 'sin'. Ini cukup biasa terjadi walaupun kadangkala imam pandai baca Quranpun sering sebut begitu.

  2. Allahu Akbar - ada juga orang sebut, 'Allahu Akbaaaar'. Mungkin sukar nak pasang niat ketika takbiratul ihram membuatkan dia memanjangkan harakat 'bar' menjadi ;baaaar' yang merubah sama sekali maksud sebenar perkataan.

  3. Muhammad - Menjadi Muhammaaaaaad, entah kenapa ramai yang memanjangkan sebutan 'mad' menjadi 'maaaaad'. Mungkin kerana nak buat lagu tapi tak reti mana pendek mana panjang. Biasa kita dengar masa selawat selepas solat terawih.

  4. Assalamu'alaikom - Ini selalu sangat orang melayu sebut dengan penuh manja menjadi 'so'ekommmm' entah apa maknanya kena tanya orang yang menyebutnya.

  5. Alham Dulillah - Dalam bacaan fatihah ramai yang menyebutnya sebagai 'Alaaham Dulillah' mungkin dia tak perasan kerana nak bagi sedap sebut jadi begitu.

  6. An 'Am Ta'alaihim - Juga dalam bacaan fatihah ramai yang menyebutnya sebagai 'An na 'Am ta'alaihim'

  7. La hau lawala quu wa ta illa billahi - Ada yang dengan serius menyebutnya sebagai 'La hau lawala' sahaja tanpa menghabiskannya. Ada juga yang lebih lucu pernah saya dengan dengan menyebutnya sebagai 'la  qola qola'.

Banyak lagi kalau nak disenaraikan tapi yang di atas adalah lumrah yang sering kita dengar. Wallahu'alam. Moga ada manafaatnya.

Friday, 26 August 2011

Para Jemaah Cekup Remaja Untuk Dipaksa Jadi Imam !

Kisah berlaku di sebuah perkampungan di negeri Sembilan lebih kurang 30 tahun dahulu ketika si penyampai cerita yang ketika itu baru berumur 9 tahun pulang ke kampung neneknya bersama ayahnya.

Di sebelah rumah neneknya itu ada sebuah surau kecil yang diperbuat dari kayu dan ia hanya hidup pada waktu solat Magrib, Insya dan juga Subuh, itupun kalau ada orang yang datang. Pada waktu zohor serta asar, surau tersebut mati.

Pada malam hari tersebut, pencerita mengikut ayahnya menunaikan solat magrib ke surau. Ada lebih kurang 5 jemaah lain yang terdiri daripada orang-orang tua kampung itu turut sama ke surau pada malam itu. Salah seorang daripada para jemaah melaungkan azan apabila masuknya waktu magrib.


Setelah azan dilaungkan masing-masing bersolat sunat. Setelah semua selesai solat sunat, masing-masing menunggu dan menunggu untuk solat magrib. Si pencerita hairan kenapa solat magrib masih tidak dilakukan. Rupanya tiada seorangpun yang sanggup untuk ke depan menjadi imam. Orang yang biasa mengimamkan tak hadir pada malam itu.

Semua menunggu kalau-kalau imam akan muncul. Ada yang termenung kat tingkap dan ada juga yang menyalakan rokok merenung jauh sambil menunggu kat luar.. Si pencerita hanya memerhatikan dengan perasaan pelik termasuklah ayahnya, setia menunggu. Mereka menunggu sehingga hendak habis waktu magrib.

lalau salah seorang mencadangkan pada semua untuk menunggu lagi 5 minit. Dia berkata kalau dalam tempoh lima minit itu ada sesiapa yang datang ke surau, akan kita paksa dia untuk menjadi imam. Kalau tidak masing-massing solat magrib sendiri-sendiri saja. Semua bersetuju.

Nak dijadikan cerita tiba-tiba muncullah seorang remaja dengan basikal buruknya tergesa-gesa ke surau untuk menunaikan solat. Ketika dia sedang menongkatkan basikalnya, menerpalah 2 orang daripada jemaah memberkas remaja tersebut lalu mengusungnya ke tempat imam..."jadi imam!" seru salah seorang dari mereka dengan garang sedang salah seorang beriqamah.

Lalu remaja itu dengan agak terketar sedikit dan gugup terus mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Semua yang lain mengikut di belakangnya termasuklah si pencerita tadi. Kagum juga dia pada remaja tersebut kerana berani menjadi imam tanpa berdolak dalih.

Bertambah kagum si pencerita apabila remaja itu membaca fatihah dengan kuat dan terang serta lancar sekali dituruti dengan surat lazim yang sederhana panjang. Maka bersolatlah semua diimami remaja itu dengan lancar serta jayanya sehinggalah ke salam yang kedua. Selesai memberi salam remaja itu membacakan doa yang walaupun ringkas tetapi lancar dan terang. Bertambah kagum si pencerita melihatnya.

Lalu ketika bersalam-salaman masing-masing menyatakan pujian mereka pada si remaja itu maka salah seorang bertanya padanya. "Anak siapa kamu ni?, sedap bacaan kamu tadi!" pujinya.

Si remaja dengan cepat menjawab, "itu saya baca masa tak ada air sembahyang, kalau ada air sembahyang lagi sedap!" katanya bangga. Terangguk-angguk semua yang hadir. Berkata salah seorang dari mereka, tak apa, solat insya nanti ambil air sembahyang dan jadi imam sekali lagi. 

Selesailah masalah imam pada malam itu dan pulanglah si pencerita dengan seribu satu kenangan dan pengalaman yang berharga. Begitulah susahnya untuk mencari orang yang sanggup menjadi imam. Perkara yang sama masih lagi berlaku di surau-surau. Tak ramai yang berani ke depan untuk menjadi imam.

Moral ceritanya...sendiri fikirkan!

Thursday, 25 August 2011

Mahu Bersunat, Tapi Keseluruhan Zakar Dibuang - Pesakit Saman Doktor




Phillip Seaton, 64 sudah hilang
kejantanannya apabila zakarnya di
buang
Seorang pesakit yang menemui doktor untuk bersunat bagi merawat masalah ruam pada zakarnya terkejut apabila mendapati semua bahagian zakarnya sudah hilang sebaik sahaja tersedar dari pembedahan. Dia saman doktor tersebut kerana membuang zakarnya tanpa kebenaran.

Doktor pula mempertahankan tindakannya atas alasan dia menemui barah pada pesakit tersebut dan apa yang dilihatnya adalah barah yang perlu dirawat. Dia membuang barah dan bukannya zakar.


Bagaimanapun kes masih berjalan dan masih belum ada keputusan. Antara saman yang dikemukakan adalah tuntutan kerugian daripada Isteri pesakit yang bakal hilang kasih sayang, belaian dan 'perkhidmatan dari suaminya.

Haram Beri Zakat Pada Pusat Kebajikan Kelolaan Artis Celebriti - Ulama Pakistan

Memberikan zakat pada organisasi kebajikan yang di anjurkan atau di uruskan oleh para artis atau celebriti terkenal adalah haram. Begitulah jawapan para ulama Pakistan apabila diajukan soalan mengenai perkara tersebut.

Ini berikutan keghairahan para celebriti menganjurkan berbagai program kebajikan bagi mengutip derma serta zakat di sana apabila menjelangnya bulan puasa.


Cara kehidupan para artis yang lansung tidak menggambarkan ciri-ciri mereka membudayakan Islam dalam hidup mereka tidak menjamin bahawa wang yang mereka himpun akan tidak disalah gunakan. Oleh itu mereka tidak layak untuk menerima duit zakat walaupun kononnya mereka mahu membuat kebajikan kepada orang susah.

Di negara kita juga tidak kurang aktiviti kutip derma atas nama kebajikan bagi membantu itu dan ini di anjurkan oleh para artis terkenal. Tapi belum ada lagi yang berani kutip duit zakat atas nama kebajikan.

Persoalannya adakah elok atau sesuai kita memberikan derma pada aktiviti-aktiviti anjuran para artis glamour yang terdedah sana terdedah sini serta skandal sana skandal sini, setiap kali mereka menganjurkan program kebajikan bersama artis.

Top seminaries prohibit Zakat for celebrity-run charities – The Express Tribune

Koleksi Beg Tangan 1st Lady




Mahal beg ini. Kalau ada duit belilah!
Wanita memang gemar buat koleksi barang kegunaan mereka. Ada yang buat koleksi kasut, ada juga himpun tudung, ada yang himpun batu permata dan ada juga yang buat koleksi beg tangan. Ringkasnya wanita memang banyak menghabiskan duit untuk benda-benda yang boleh membuatkan mereka menjadi glamour. Sebab itu salah satu ciri perniagaan yang baik ialah perniagaan yang pembelinya terdiri daripada kalangan wanita. Walaupun barangan berharga ratusan ribu ringgit, pasti ada wanita yang akan berusaha mendapatkannya.


Dalam hal koleksi ni satu perkara yang menarik terjadi kat negara kita adalah terdapatnya kalangan mereka yang gemar membuat koleksi gambar. Bukan sebarang gambar tetapi gambar koleksi-koleksi beg yang dimiliki oleh orang wanita pertama negara kita. Berikut koleksi-koleksi gambar tersebut. Dengar kata 1st Lady berjimat cermat himpun duit untuk membeli barangan kegemarannya. Budaya himpun duit ni perlu dijadikan contoh oleh masyarakat kita.

















Wednesday, 24 August 2011

Tadarus Perdana Kelantan, 24 Ramadhan 1432H - HEBAT !

Tadarus Perdana Kelantan adalah salah satu dari pelagai program pengisian Ramadhan (Anak Muda Tamu Ramadhan) oleh kerajaan negeri Kelantan. Program ini diilhamkan oleh YB Dato Haji Husam Musa dan dijangka akan menjadi program rasmi tetap tahunan di negeri Kelantan.












Orang Bogel Berbikini Perlu Diharamkan Dari Mengunjungi Pantai Di Mesir - Saad Katani




Ini ok !
Mesir merupakan negara bermajoriti Islam oleh itu Mesir tidak sepatutnya membenarkan 'Pelancongan Pantai' Sebarang aktiviti bogel berbikini tidak sepatutnya berlaku di pantai-pantai di Mesir, kita perlu melindungi anak-anak muda kita daripada godaan tersebut. Bagitulah gesaan Setiausaha Agong Freedom and Justice Party.

FJP mempunyai hubungan dengan Ikhwan Al-Muslimin di Mesir bagi mewakili organisasi tersebut di arena politik di mesir. Saad Katani juga berkata arak perlu diharamkan daripada dinikmati di jalan-jalan di seluruh Mesir. Jika Egypt Air boleh melakukannya dan ia lansung tidak menjejaskan pendapatan syarikat penerbangan tersebut mengapa ianya tidak boleh dilakukan di kawasan pekan.


Kalau di negara kita ada orang keluarkan sarana sedemikian sudah tentu ada pihak yang bangun berkata itu saranan ekstremis dan ianya tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang bangsa seperti di Malaysia. Barangkali hanya orang Melayu sahaja yang tergoda apabila melihat wanita-wanita gebu berpakaian bikini di pantai dan orang lain tidak???...kena tanya muda mudi Cina atau India untuk mengetahuinya.

Tuesday, 23 August 2011

3 Menteri Kabinet Dalang Kenakan Dr Mohamad Khir Toyo !

Mungkin ini hadiah sempena ramadhan dan ambang Aidil fitri dari Mohamad Khir Toyo kepada Umno. Nak tahu siapa dia 3 menteri yang bersemangat mengenakan Khir Toyo itu...kena tanya tuan punya badan. Bagus nampaknya bekas menteri besar Selangor ini yang masih setia menyokong Umno. Baca kat bawah:

Dr Mohamad Khir Toyo: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan Kisah 3 Menteri

Tindakan Pada Para Blogger Yang Memfitnah Negara Dan Pemimpin Kerajaan - Amaran Dari Ahmad Maslan




Pelopor budaya fitnah di dunia blog
terhadap pemimpin pembangkang
Datuk Ahmad Maslan hari ini menggesa agar SKMM 'mengajar' para blogger yang sentiasa menaburkan fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan melalui tulisan-tulisan di blog mereka. Para bloger semua perlu didisiplinkan, katanya.

Beliau menyarankan agar para blogger mengikuti jejak langkah KOMPAS yang memohon maaf kepada Datuk Seri Najib baru-baru ini. Maksudnya para blogger kalau nak minta maaf perlulah separuh jalan macam yang dibuat oleh Kompas tanpa menarik balik laporan yang ditulis oleh mereka dan paling utama sekalai, selitkan pada ruang yang kecil sahaja dalam satu laporan lain.


Orang ramai yang merasakan diri mereka difitnah hendaklah segera melaporkan pada pihak polis agar blogger yang bertanggung jawab boleh di kenakan tindakan.

Memang aktiviti menaburkan fitnah perlu dibanteras sehingga ke akar umbi tak kira samada terhadap para pembangkang ataupun para penyokong kerajaan. Sebenarnya aktiviti sebar cerita tanpa bukti yang kukuh merupakan budaya yang dipelopori oleh blogger Umno dan kini mula menjadi ikutan oleh ramai blogger.

Dubur Saya Disumbat Plastik - Saiful !

Dr Osmad dari Pusrawi memberikan kenyataannya hari ini dalam kes liwat Anwar Ibrahim bahawa dia mencatit kenyataan Saiful ketika menemuinya bahawa budurnya sakit dan dia telah diperkosa oleh VIP yang memasukkan plastik ke dalam lubang duburnya.

Saiful menafikan ada memberitahu Dr Osman tentang plastik masuk ke lubang duburnya ketika menemui doktor tersebut dan dalam kenyataan Dr Osman dia menegaskan segala maklumat yang disampaikan oleh pesakitnya ada dicatitkan dalam bukunya dan Saiful tidak mengetahui perkara tersebut.

Tukar Tiub pula memberitahu Saiful memasukkan botol plastik sendiri ke dalam duburnya untuk menunjukkan bahawa dia di liwat. Sila pilih botol plastik yang sesuai untuk saiful di sini.

Maklumatnya di sini

Bahasa Melayu Dianggap Umpama Sampah Dalam Dunia Pekerjaan ?

Apalah malangnya Bahasa Ibunda kita. Semakin hari semakin tertekan dengan penjajahan Bahasa Inggeris yang sekarang ini dianggap sebagai bahasa bangsawan di atas muka bumi ini.

Kepentingan Bahasa Inggeris ini diakui penting dari segi komersial dan ia diterima pakai oleh oleh para pimpinan negara, para menteri, pemimpin korporat, konglomerat, para ilmuan dan sebagainya samada lokal maupun antarabangsa.

Saya dengar, semua mesyuarat sesama para menteri dan para profesional yang mengendalikan kajian strategik negara begitu juga mesyuarat kebanyakan kementerian sentiasa menggunakan bahasa inggeris.

Saya yakin bapak-bapak menteri kita sepanjang berkhidmat sebagai menteri akan lebih banyak dan jauh lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu. Sudah tentu bahasa pertuturan keluarga mereka sendiri di rumah juga adalah Bahasa Inggeris.


Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah Bahasa Melayu telah menjadi umpama sampah yang tidak berguna di negara kita sendiri dan telah jatuh rendah martabatnya di dunia pekerjaan. Tiada sesiapa yang akan dibanggakan jika hebat berbahasa Melayu. Sebaliknya mereka yang berterabur berbahasa Inggeris akan dipandang hebat dan ada kelas semata-mata kerana dia bertutur Bahasa Inggeris.

Para remaja kita yang fasih bertutur Bahasa Melayu dan mempunyai sijil akademik yang bagus tetap akan terpinggir jika Bahasa Inggerisnya lintang pukang seperti orang hutan. Tak ada nilai komersial lansung mereka yang tidak reti berbahasa Inggeris, macam sampah lebih kurang tarafnya.

Menariknya jika ada di kalangan kita yang lemah Bahasa Inggerisnya, tetapi fasih berbahasa tionghua, akan lebih laku mendapatkan peluang pekerjaan. Dari logiknya seolah-olah Bahasa Inggeris nombor satu, Bahasa Cina nombor dua dan Bahasa Melayu berada di nombor tiga!

Kepada siapa lagi yang mampu kita menaruh harapan untuk memartabatkan bahasa kita agaknya...kepada bapak-bapak menteri...? apatah lagi jika universiti tertua negara kita sendiri kini sedang bertukar menjadi seperti universiti di Kota London.

Tengok video ini:



Bahasa jiwa bangsa, jika jiwanya melayu makan keluarlah dari mulutnya bahasa melayu, sebaliknya jika yang keluar dari mulutnya adalah bahasa inggeris sudah tentu jiwanya juga ada bau-bau inggeris.

Memang susah untuk kita memartabatkan sesebuah bangsa jika tiada kekuatan ekonomi dan kekuatan ilmu yang kuat. Jadi apa agaknya yang utama, memperkasakan bangsa dahulu dengan mengorbankan bahasa atau memperkasakan bahasa dahulu dan mungkin akibatnya bangsa terkorban....?


Sunday, 21 August 2011

Perancangan Media Baru Meranapkan Najib Diketuai Blogger Terkenal !

Maklumat gossip politik kencang bertiup membawa khabar bahawa salah seorang blogger penting dan terkenal yang terlibat memimpin gerakan menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Pak Lah dulu kini sedang bertukar haluan.

Beliau dikatakan telah menyiapkan satu portal berita dan juga blog bagi menjalankan usaha yang sama menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, orang yang di sokongnya sebelum ini.

Kalau dilihat tulisan-tulisannya semenjak dua menjak ini melihatkan tanda-tanda yang serangan sudah bermula. Najib dilihat sebagai lemah dan tidak patut kekal berkuasa, maka ia perlu dijatuhkan.


Persoalannya adalah siapa dalang di sebalik Rocky (jika benar) yang membiayai gerakan besar-besaran ini. Ada ura-ura mengatakan ia adalah kombinasi Muhyiddin/Hishammuddin. Mereka berdua dikatakan sedang menghimpit Najib ke persimpangan sehingga melemaskan.

Baca laporannya di bawah:


Rocky to lead media onslaught against Najib?

SATURDAY 20 AUG 2011 MYT 20:11:05
by uppercaise

2 Votes
Word has been going around about what Rocky of Rocky’s Bru (Datuk Ahiruddin Atan) would do next, after leaving Redberry group at the end of his contract in May. Speculation was that that he would once again be involved in media as point man for a new political campaign.
He’s planning a new blog… he’s planning a new web site…
Now a new blog fingers Rocky as leading an online media onslaught against Najib Tun Razak, the Umno president, whose precarious hold on the prime ministership looks even more tenuous day by day.
Rocky had risen to prominence by using his blog and his network of blogger and journalist friends to campaign against the Abdullah Ahmad Badawi government and the New Straits Times.
When Abdullah was ousted and Najib took over a year later Rocky appeared to have become the voice of the new power establishment, with close ties to the new Najib appointees at the NSTP group.
He made a loudly proclaimed return to the Malay Mail where he had once worked (and supervised its collapse as a free afternoon paper) before being pushed upstairs as editorial adviser after Redberry, primarily an outdoor advertising company, took control of the Malay Mail, Malaysian Reserve, a financial daily, and Bernama TV media sales.
Now Rocky’s out on the loose — and some say he’s gunning for Najib.
The latest is this posting at a new blog,
Cat Out Of the Bag


Ada Batu (Rocky) Dalam Selimut
Posted on August 20, 2011 by catoutofbag
Some people in PMO have been wondering why PM has been acting weird lately. Is it because of pressure from Bersih? Is he worried about elections?
Maybe. But the real reasons are that history has a way of repeating itself.
In 2006 and 2007 a certain Batu by the name of Rocky aka Datuk Ahirudin Atan made his move against that sleepyhead PM Pak Lah. Being asleep Pak Lah had no idea what was happening.
Rockybru, the self-proclaimed tai ko of SoPo bloggers organised a full on assault against sleepyhead. Backed by Dr M, Rocky influenced public opinion against Pak Lah, and helped oust the sleeping PM.
In stepped our current PM Datuk Seri Najib.
Here’s where it gets interesting. Rocky is doing the same thing again. But this time against our current PM.
By next month Rocky will have his new news blog set up. Operating from an office in a nice KL suburb, Rocky will be ably assisted by his side kick Shamsul Akmar Musa Kamal.
Notice how Rocky in his blog has already been laying the groundwork on his blog by attacking certain deals.
Well wait for his new venture.
But the really interesting thing is who is backing his new venture financially.
If you were to find out you would think these were some of Najib’s closest allies.
After all it includes people linked to, wait for it …. Hishammuddin Hussein and Muhyiddin Yassin – the two men who have been pushing Najib to the right, cornering the PM, and basically trapping the PM.
Oh, and if you want to know more about the Hisham-Muhyiddin alliance readBiometric Scandal
Next instalment – I will let you guys know about the plot to control the media a la Mat King Leather style.
The game’s afoot and Najib is the prey…






















And who is Cat Out of the Bag? In his own words:

As Malaysia heads towards the next general elections, I find myself in a privileged position to, well, let the cat out of the bag when it comes to the political comings and goings of Putrajaya and those hoping to get control of our country’s seat of power.
Who am I?
I am the civil servant in Putrajaya, the consultant in PMO, the fly on the wall everywhere…you did not really think I would tell you who I am, right?

Rocky to lead media onslaught against Najib? « uppercaise
Sumber berita kat sini