Terdapat lebih 300,000 anak yatim di negara kita dan sebahagian daripada jumlah tersebut merupakan anak-anak yatim yang ibubapa mereka meninggal dalam kemalangan jalanraya. Demikian ucapan Datin Seri Rosmah Mansor dalam majlis berbuka puasa anjuran Bakti bersama dengan Perkayatim.
Nampaknya masalah kematian disebabkan oleh kemalangan jalanraya di negara kita berada ditahap yang amat kritikal. Jumlah mereka yang mati berlanggar mungkin lebih banyak berbanding dengan jumlah mereka yang mati kerana merokok.
Jika rokok membawa mudharat kepada manusia, maka memandu kenderaan juga nampaknya lebih mencampakkan diri kita ke lembah kebinasaan. Statistik kematian saban hari tahun demi tahun membuktikannya.
Kalau nak kata kemalangan adalah disebabkan cuai atau memandu secara merbahaya, ternyata tidak tepat kerana ada yang memandu secara cukup berhemah tapi datang treller henyak kenderaan yang malang itu dari belakang. Habis meninggal segala penumpang.
Ringkasnya memandu kenderaan di atas jalanraya memang merbahaya. Malang tak berbau! Berhati-hatilah ketika memandu.
Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk membenarkan pihak panel peguam untuk failkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi menghalang perpindahan kes saman Petronas dari bahagian komersial ke bahagian sivil dan campurtangan Kerajaan Persekutuan.
Berhubungan dengan itu juga, pihak panel peguam telah memaklumkan kepada pejabat ini bahawa pendengaran prosiding tersebut telah ditetapkan oleh pendaftar mahkamah sepertimana berikut:-
Ketika ditanya tentang rasuah dalam temuramah Mat Sabu bersama dengan FMT RAW, dia menyatakan orang Melayu macam tak tahu bahawa rasuah itu dilarang dalam Islam sedangkan orang cina lebih sensitif dengan kes-kes rasuah yang melibatkan kepimpinan negara.
Dia memberikan contoh dalam ceramahnya dikawasan luar bandar apabila diberitahu bahawa kerajaan telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM28 billion kerana rasuah, orang Melayu nampak macam tak ada reaksi kerana mereka tak faham sedangkan orang cina akan marah.
Dalam kes isteri PM yang dituduh membeli cincin bernilai RM24 juta, orang melayu sedikitpun tak hairan, katanya. Nampaknya orang cina lebih mengamalkan budaya Islam berbanding orang Melayu.
Sebenarnya abang Mat Sabu kena faham orang Melayu kat kampung tu ramai yang tak celik juta-juta atau billion-billion. Ramai orang tua kampung yang saya jumpa akan bertanya RM 1 juta tu banyak mana. Bukan kerana mereka tu bodoh tapi kerana mereka ramai yang susah. Malah ramai yang tak pernah seumur hidup mereka dapat lebih dari RM3000 sebulan.
Orang cina celik duit kerana bagi mereka menjadi jutawan adalah impian semua orang dan mereka mengejar semua itu. Mereka juga lebih awal berniaga dikampung-kampung melayu sejak sebelum merdeka dan ramai orang melayu yang tergadai tanah kerana berhutang dengan tauke-tauke cina dulu.
Orang cina juga banyak berurusan dengan pihak berkuasa dan mereka banyak yang berniaga dan mereka jugalah yang memperkenalkan budaya bagi duit kopi pada para pegawai kerajaan jika mahu potong Q, Mereka juga tak segan bagi duit kopi untuk dapatkan kelulusan apa-apa permohonan atau projek. Orang melayu baru belajar semua itu sejak bermulanya kepimpinan Mahathir sedangkan orang cina amalkannya sejak zaman british lagi.
Jadi dari segi rasuah, pengalaman mengamalkannya membuatkan mereka lebih celik daripada orang Melayu dan mereka lebih tahu bagaimana gelogohnya para pegawai dan pemimpin dengan rasuah. Bukan saja rasuah yang disogok dengan wang, malah tidak kurang juga sogokan wanita-wanita cantik dan gebu. Orang cina jugalah yang lebih mahir dalam aktiviti tersebut.
Malang bagi orang melayu masih ramai yang berada dikampung-kampung hanya mengharapkan belas ehsan anak-anak dan juga hasil dari kerja-kerja kasar. Mereka tercicir dari segi ekonomi dan jauh ketinggalan dari segi perniagaan berbanding orang cina. Ini membuatkan orang melayu tak banyak sangat keluarkan wang cukai berbanding orang cina, maka sudah tentu orang cina lebih marah jika wang rakyat disalah gunakan.
Isunya kat sini bukanlah samada orang Melayu itu celik rasuah atau tidak, sensitif atau tidak tapi ramai yang memerlukan bantuan untuk menaiktarafkan keadaan ekonomi mereka. Lihat saja di Pulau Pinang, berapa ramai yang layak beli hartanah kat atas pulau tu, hampir tak ada!.
Bukan orang Melayu tak nak beli tapi mereka tak mampu dan, apa para pemimpin kita telah lakukan dalam membantu orang-orang melayu tersebut. Abang Mat sendiri orang Pulau Pinang, berapa ramai orang Melayu kat Seberang Perai tu yang telah Abang Mat bantu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka? mungkin mereka lebih banyak memberikan sumbangan derma dalam ceramah-ceramah Abang Mat berbanding sumbangan Abang Mat kepada mereka.
Dengan orang Melayu sepatutnya kita cerita masalah kemelut mereka yang telah dirosakkan oleh para pimpinan yang korup sehingga mereka tercicir dari segenap segi dan kita ceritakan bagaimana Pas mampu memningkatkan tahap ekonomi orang Melayu agar mereka lebih sensitif terhadap isu rasuah dan pembaziran negara
Sabtu malam ahad hujung minggu baru-baru ini satu majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun DAP ke 45 tahun diadakan di Pulau Pinang. Majlis tersebut juga diadakan bagi meraikan ulangtahun perkahwinan Karpal Singh yang juga ke 45 tahun.
Apa yang boleh saya rumuskan melihat ucapan atau pidato para pimpinan yang hadir ialah era LIM Kit Siang dan juga Karpal Singh sebenarnya sudah berada di saat penghujung mereka. Mereka sebenarnya boleh tersenyum puas dan berbangga dengan pencapaian parti yang mereka dukung selama ini dengan munculnya pimpinan muda yang mampu mengambil alih kepimpinan mereka.
Ucapan YB Saifuddin Nasution yang mewakili PKR juga walaupun ringkas namun padat dan mencerminkan keupayaan pimpinan muda tersebut sebagai pelapis yang mampu menerajui PKR menggantikan Anwar Ibrahim.
Bekas speaker DUN Perak yang disingkirkan V Sivakumar pula masih lagi mengimbau kenangan segala apa yang telah berlaku pada pemerintahan PR yang telah digulingkan di sana. Satu rahsia yang didedahkannya malam itu adalah terdapatnya secebis lagi baju speaker dewan DUN yang berjaya disimpannya di satu tempat rahsia sehingga sekarang.
Dia yakin dalam masa yang terdekat negara akan berjaya juga di kuasai oleh Pakatan Rakyat dan pada masa itu cebisan kain baju speaker dewan akan di keluarkannya untuk di abadikan di muzium sebagai satu sejarah perebutan jawatan speaker dewan undangan negeri Perak.
Sivakumar juga mengaitkan cerita hantu daripada pelbagai bangsa dengan Umno. Dia seorang yang amat meminati cerita hantu. Satu perkara yang diperhatikannya semua jenis hantu dari pelbagai bangsa berkongsi satu perkara yang sama.
Hantu orang barat akan lari jika melihat salib. Hantu orang melayu pula lari jika melihat ayat-ayat suci Al-Quran. hantu cina pula akan lari apabila ditunjukkan mentera-mentera tulisan, hantu India juga akan lari apabila ditunjukkan sami mereka. Semua ini ada persamaan dengan hantu Umno yang amat takut apabila ditunjukkan perkataan Bersih dan kuning.
YB Saifuddin dalam ucapannya menekankan betapa sekarang ini rakyat boleh melihat rekod kecemerlangan pemerintahan PR di negeri-negeri yang mereka perintah. PR sudah ada sesuatu yang boleh ditunjukkan kepada rakyat bahawa mereka juga mampu memerintah malah dengan lebih baik lagi daripada BN.
Jika BN memerintah dengan prinsip akan tolong orang cina jika orang cina tolong MCA, akan tolong orang melayu jika melayu tolong Umno dan akan tolong orang India jika orang India tolong MIC, Pakatan Rakyat pula yakin dengan prinsip bahawa mereka akan tolong melayu, cina atau india asalkan mereka benar-benar memerlukan pertolongan. PR tolong orang kerana mereka memerlukan pertolongan dan bukanlah kerana pertukaran kepentingan.
Satu saja komen yang saya tak berapa faham ialah kenapa tiada wakil dari PAS yang berucap di pentas pada malam tersebut. Adakah mereka tidak dijemput atau mungkin dijemput tapi tidak hadir. Kenapa majlis penting sebegitu tidak ada wakil daripada pimpinan Pas yang datang tunjuk muka. Adakah Pas buat protes senyap pada DAP?
Desas desus berita mengatakan perkumpulan bekas ahli parlimen yang dipelopori oleh para pendokong kepimpinan Mahathir dulu membuat keputusan dalam satu mesyuarat mereka mahu mendesak Najib meninggalkan jawatannya sebagai PM dan juga Presiden Umno.
Najib dilihat tidak layak menerajui BN dan juga parti lagi setelah mencetuskan berbagai masalah dengan cara dia mengendalikan kerajaan dan juga Umno. Kelemahan Najib ternyata lebih teruk daripada Pak Lah dan mungkin merupakan PM yang laing lekeh sepanjang sejarah Malaysia.
Geng-geng Umno pendokong era Mahathir nampaknya mahu Muhyiddin mengambil alih semua kepimpinan dengan segera demi menyelamatkan Umno yang sudah tumpul sokongan dari pelbagai pihak. Orang Cina dan juga India sudah nyata tidak lagi mengharapkan apa-apa dari BN dan kini Umno sendri sedang pecah berantakan yang bakal membawa sokongan orang Melayu sendiri tergugat terhadap Umno.
Barangkali Muhyiddin memang lebih sesuai menggantikan Najid menerajui Umno berdasarkan sikap ultra-Melayunya yang ketara. Tetapi dia tidak boleh diharapkan untuk menerajui negara dalam saat dunia dan rakyat Malaysia amnya sudah berubah dan celik politik yang mahukan kerajaan yang lebih bebas dari perkauman.
Semua yang sedang berlaku merupakan petanda bahawa saat kejatuhan BN makin hampir dan semua mata perlu memberikan tumpuan pada Pakatan Rakyat.
PR sudah mempunyai rekod cemerlang dalam semua negeri yang diperintahnya dan terbukti mereka mampu menjadi pengganti kepada BN bagi menerajui negara. Memang ada cacat celanya sedikit sebanyak, tapi secara keseluruhannya mereka jauh lebih berupaya daripada BN sekarang ini.
NUBE atau National Union Of bank Employees menghantar surat pekeliling kepada semua ahlinya menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap gaji yang dibelasah oleh seorang CEO daripada syarikat Maybank yang hanya baru 3 tahun dilantik ke jawatan tersebut. CEO itu ialah Abdul Wahid Omar yang dilantik secara kontrak sejak tahun 2010.
Jumlah keseluruhan gaji Abdul Wahid tidak termasuk segala insuran untuk dirinya, keluarganya dan lain-lain adalah sebanyak RM4,697.000.00 setahun ataupun bersamaan dengan RM391,416.67 sebulan. Dalam masa 2 tahun beliau menerima bonus sebanyak 48 bulan.
Bayangkan jika seorang pekerja biasa menerima bonus sebanyak 48 bulan, sudah tentu dia menjadi manusia yang paling gembira dalam kampungnya walaupun gajinya tidaklah seberapa. Inikan pula seorang CEO yang jumlah gajinya sehari melebihi jumlah jagi pekerja biasa selama bertahun-tahun dianugerahkan pula bonus sebanyak 48 bulan!.
Seandainya Abdul Wahid adalah salah seorang pemilik bank tersebut sudah tentu pihak NUBE tidak akan rasa irihati, tapi dia hanyalah pekerja seperti mereka juga yang bertungkus lumus turut sama menaikkan nama MayBank.
Alahai, nak buat macam mana, itulah sistem kapitalis dalam era zaman moden ini, "The Winners Take All". Mereka yang average hanya mampu menggigit jari dan menyesali keadaan yang menimpa dirinya.
Keadaan yang sama berlaku pada ahli-ahli sukan yang mana seorang dua dari pemain membelasah pendapatan yang jauh terlalu banyak berbanding pemain yang lain dalam pasukannya.
Kalau shareholder MayBank rasa itu adalah jumlah pendapatan yang patut diambil oleh Abdul Wahid Omar atas kehebatannya menerajui bant tersebut, apa orang lain boleh buat. Walaupun MayBank merupakan GLC, rakyat tidak ada apa-apa kuasa dalam menentukan halatuju bank tersebut
Rakyat hanya bergantung kepada wakil mereka di Parlimen bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap segala aktiviti syarikat GLC. Jika kepala semua GLC merupakan kroni-kroni pemerintah, maka apa saja tindakannya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.
Begitulah yang terjadi kepada MayBank yang tidak ada apa-apa walaupun berlaku pembelian bodoh yang merugikan terhadap sebuah bank di Indonesia sebelum ini. Walaupun ia dibangkitkan oleh ahli parlimen pembangkang, tetapi tidak mendapat sokongan oleh ahli parlimen kerajaan.
Kepada rakyat yang perihatin, kita perlu melihat semua ini dan menggunakan kuasa kita dalam menentukan siapa yang kita latik menjadi wakil kita sebagai ahli parlimen. Biarlah mereka yang boleh lawan mempertahankan hak kepentingan rakyat.
Surat YB Husam kepada Perdana Menteri yang diutus pada 1 Ramadan:
Pertama, untuk mengucapkan salam Ramadhan kepada YAB Datuk Seri. Di samping itu, saya doakan juga dengan berkat Ramadhan, YAB Datuk Seri segera sembuh.
Kedua, untuk mencadangkan program pengurangan kos hidup yang melambung sekarang bagi membantu meringankan keperitan rakyat jelata. Ramadhan antara lain mendidik keprihatinan jiwa Mukmin terhadap anggota masyarakat yang lemah, terkesan dengan beban hidup dalam menyara kehidupan diri dan keluarga.
Melalui berlapar, kita merasai kesukaran rakyat yang miskin dan memerlukan. Kita menghayati keperitan mereka dan mendesak jiwa dan minda kita memikirkan seribu satu cara untuk berkongsi penderitaan mereka.
Salah satu isu yang menghimpit rakyat sekarang adalah kenaikan kos barang-barang keperluan seharian, seperti YAB Datuk Seri sendiri mengakuinya dengan cadangan langkah memerangi kos kehidupan sebagai satu lagi bidang keberhasilan utama negara seperti yang diumumkan oleh YAB sehari dua yang lalu.
YAB Datuk Seri,
Pada pandangan saya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan cara yang boleh menurunkan harga barang keperluan dengan segera, terutama beras, gula, tepung dan susu.
Salah satu penyumbang bagi tingginya harga barang-barang ini ialah dasar yang salah yang dilaksanakan oleh Kerajaan YAB Datuk Seri sendiri iaitu menentukan import kepada monopoli agensi atau syarikat tertentu.
Tanpa monopoli ini, harga barang keperluan dapat diturunkan serta merta.
YAB Datuk Seri,
Sebagai membuktikan dakwaan saya, YAB Datuk Seri boleh menyemak perbandingan harga dunia dan harga yang dikenakan kepada pengguna Malaysia. Sebagai contoh, harga beras gred berkualiti, purata adalah USD 650 semetrik tan. Bermakna harganya adalah RM 20 setiap sepuluh kilogram. Bandingkan berapa harga yang dikenakan kepada pengguna sekarang?
Bagi mengukuhkan pandangan saya bahawa harga barangan ini boleh dikurangkan melalui permit import yang tidak ekslusif kepada hanya satu syarikat seperti Bernas, izinkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri, mengimport 500,000 metrik tan beras berkualiti premium untuk jualan Negeri Pakatan Rakyat sebagai langkah permulaan.
Seperti dalam makluman YAB Datuk Seri, penggunaan beras Negara adalah berjumlah 2 juta metrik tan dan apa yang kami pohon tidak menjejaskan pengguna negeri lain.
Insya’allah ia akan membantu empat perkara;
a. Harga yang lebih murah b. Kualiti premium c. Sekuriti bekalan makanan untuk keperluan Negara d. Tidak membebankan kewangan kerajaan kerana ia tidak memerlukan subsidi.
Kami Insya’allah berkeupayaan melakukannya dalam tempoh dua minggu dari tarikh keizinan diberikan dan jika keizinan ini boleh disegerakan oleh YAB Datuk Seri, pengguna boleh menempuh Ramadhan ini dengan kos hidup yang lebih rendah.
Buat permulaan, Insya’Allah kami boleh mulakan dengan beras, gandum, susu dan gula.
Mengikuti surat ini nanti ialah surat-surat dan tindakan rasmi yang lain, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menjadikan semangat Ramadhan membantu mereka yang berkesempitan suatu realiti.
Ucapan oleh YAB Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis perasmian Tadarrus Perdana "Anak Muda Tamu Ramadhan" di Qaryah Ramadhan Stadium Sultan Muhammad IV.Kota Bharu
Dato' Husam Musa sedang memberi ucapan aluan dalam majlis perasmian Tadarrus Perdana "Anak Muda Tamu Ramadhan" iQaryah Ramadhan Stadium Sultan Muhammad IV.Kota Bharu
anak muda membaca al-quran
Tadarus 10,000 Anak Muda Tamu Ramadhan Kelantan 1432H bermula hari ini di Qaryah Ramadhan, perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Kota Bharu.