Pages

Friday, 29 July 2011

Cuba Teka Siapakah Pemimpin Ini...? Wajib Baca Dan Teka, Anda Tentu Terkejut !!!

Ada seorang pemimpin yang hebat telah muncul pada satu masa lalu. Berikut adalah perkara-perkata yang menggambarkan pemimpin tersebut:

  1. Dia pernah menulis buku tentang perkauman.
  2. Negaranya miskin sebelum dia menukarkannya menjadi negara industri.
  3. Dia mempromosi dan menjayakan pengeluaran kereta nasional pertama negara.
  4. Dia gigih membina kemajuan sains dan teknologi negaranya.
  5. Dia pastikan negaranya menjadi host kepada sukan-sukan hebat bertaraf dunia.
  6. Stadium dan prasarana sukan yang hebat dibina bagi menjayakan hasratnya itu.
  7. Dia terpaksa menghadapi serangan matawang yang teruk semasa memimpin negaranya.
  8. Dia sentiasa menuduh masalah negaranya adalah hasil dari konspirasi yahudi, kuasa asing dan kuasa jahat dari luar.
  9. Dia sentiasa mengkritik kebanyakan kuasa besar dunia.
  10.  Kebanyakan dari negara luar mengkritiknya namun banyak juga yang memujinya.
  11. Dia menekan kekuatan pembangkang ke tahap paling rendah dan hampir semua media dikuasainya.
  12. Dia mempunyai orang nombor dua yang berusaha kepada perubahan dan reformasi yang mencetuskan dengki dan irihati di kalangan pimpinan tertinggi sesama parti.
  13. Orang no. 2 itu bersama dengannya dalam tempoh lebih kurang 17 tahun dan akhirnya disingkirkan atas tuduhan belot dan juga homoseks.
Siapakah agaknya pemimpin yang dimaksudkan di atas. Tentu ramai yang rasa dia kenal siapa yang dimaksudkan berdasarkan semua gambaran yang telah diberikan.

Pemimpin yang dimaksudkan di atas adalah Adolf Hitler, Pemimpin Nazi dari Jerman. Tentu anda terkejut dengan jawapan tersebut kerana ia ada persamaan dengan orang yang kita amat kenal. Apakah pemimpin yang seorang lagi itu mengikuti jejak langkah pemimpin yang sebelum itu dalam mengatur semua strateginya?

Sindiket Penipuan Terbesar Beroperasi Di Malaysia

Sebuah sindiket penipuan terbesar dunia yang dinamakan Nigeria 419 dikatakan menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi pembohongan besar-besarannya. Mereka dilaporkan terlibat dalam kes penipuan yang bernilai RM460 juta di China baru-baru ini.

Kenapa negara kita menjadi pilihan adalah kerana Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Tak pasti pula apa kaitan antara negara Islam dengan sindiket pembohongan. Nama bekas PM kita Tun Mahathir juga digunakan dalam urusan pembohongan mereka untuk mengaut keuntungan.

Sekarang ini terlalu banyak kes penipuan berlaku di negara kita. Mereka menggunakan berbagai cara termasuklah rangkaian media sosial seperti twitter, FB dan email dan lain-lain bagi menjalankan aktiviti mereka. Boleh dikatakan hampior semua orang yang sering menggunakan kemudahan internet akan pernah menerima email dari individu yang kononnya sedang menguruskan wang berjuta-juta dollar dari luar negara.

Mereka akan memberitahu bahawa mereka sedang mencari penama bagi disalurkan wang tersebut ke luar negara dan memilih kita sebagai orangnya. Jika kita layan maka segala dokumen-dokumen penting yang kononya sebagai bukti akan didedahkan pada kita. Jika kita terpedaya maka sedikit wang pendahuluan perlu dikeluarkan bagi menguruskan urusan penyaluran wang-wang tersebut.

Jika anda menerimanya elok anda katakan agar individu itu mengeluarkan wangnya sendiri dan menggunakan nama kita sebagai penama. Wang yang bakal disalurkan nanti berilah kesemuanya pada individu tersebut. Bukankah begitu lebih baik jika benar ia ada akses kepada wang yang begitu banyak. Namun begitu masih ada yang terkena. Semuanya berpunca daripada sifat tamak haloba yang ada dalam hati kita.

Jika kita hidup sederhana dan tumpukan pada mencari rezki secara halal dan bermakna, maka biarlah orang lain kaya raya sekeliling kita. Jangan terpengaruh nak jadi macam orang lain. Kita perlu hidup dengan cara kita. Kita buat sejarah kita sendiri asalkan ianya berlandaskan pedoman dari ajaran agama kita yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Semua makhluk yang hidup dijanjikan Tuhan cukup segala keperluan bagi meneruskan kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Gunakan segala keperluan tersebut bagi mendekatkan diri kita kepadaNya.

Andaikata putus rezki kita di atas muka bumi ini, ia sebenarnya adalah tanda putusnya kehidupan kita di muka bumi. Itulah saat kematian kita.

Thursday, 28 July 2011

Pemuda UMNO & PR Bersatu Mahu Perubahan Sistem Pilihanraya Negara

Pemuda Umno mengaku perlunya pembaharuan dan pembaikan dalam sistem pilihanraya kita. Mereka mahu pemuda Pakatan Rakyat sama-sama bergabung membantu perubahan tersebut tetapi secara perbincangan dan bukannya dengan turun berdemo di jalanan.

Baguslah jika kedua-dua pihak yang bertanding sama-sama berhasrat menjadikan merealisasikan pertandingan yang adil dan saksama. Biarkan rakyat benar-benar membuat keputusan mereka tanpa digula-gula atau diputar-belitkan. kalau menang lebih bermakna dan kalau kalah tidak terkilan.

Janganlah pula hanya pemuda Umno yang mahukan perubahan tetapi orang tua Umno pula tak mahu. Sebenarnya jika benar Umno juga ikhlas mahu memperbaiki sistem pilihanraya yang ada, mereka dapat memainkan peranan yang lebih berkesan berbanding PR.

Sebagaimana kata SPRM, kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa untuk melakukan sebarang reformasi terhadap sistem yang ada. Pemuda Umno perlu menyakinkan orang tua Umno untuk turut sama bersifat terbuka dan tidak menyerang sebarang usaha membaharui sistem sebagai cubaan menggulingkan kerajaan yang ada.

Jika pertandingan adil dan saksama siapa saja boleh menang, rakyat yang menentukannya dan tidak semestinya PR menjadi pilihan rakyat. Siapa yang benar-benar bekerja untuk rakyat maka dialah yang bakal menjadi pilihan. Ini dapat membantu pembangunan negara kita dengan lebih baik dan hasilnya untuk semua rakyat jelata. 

Wednesday, 27 July 2011

Permintaan Terhadap Al-Quran Naik 2 Kali Ganda Setiap kali Menjelang Ramadan - Indonesia

Pekerja syarikat meneliti naskah yang telah di cetak
Menurut pemilik sebuah syarikat percetakan yang terletak berhampiran dengan Masjid Sunan Ampel, Surabaya, permintaan terhadap naskah Al-Quran akan naik dua kali ganda daripada biasa setiap kali menjelangnya bulan ramadan di sana.

Bagaimana agaknya permintaan Al-Quran di negara kita Malaysia. Adakah situasi yang sama berlaku atau sama sahaja samada ramada atau tidak.

Yang pastinya setiap kali ramadan kelihatan ramai yang akan meluangkan masa setiap kali selesai solat fardu dengan membaca Al-Quran. Aktiviti membaca meningkat dengan baik sekali dari siang sehinggalah malamnya di mana banyak masjid dan surau yang akan mengadakan majlis tadarus.


Agak malang bagi masjid atau surau yang mana di situ terdapat banyak naskah Al-Quran yang telah diwakafkan oleh orang ramai, tetapi tidak ada orang yang sudi membuka untuk membacanya.

Maka kebiasannya naskah-naskah tersebut berakhir dengan menjadi habuan anai-anai sebagai makanan mereka. Inilah yang terjadi pada surau di Puchong Intan baru-baru ini. Hampir semua naskah A-Quran di situ punah dimakan anai-anai.

Mungkin ini sindiran dari serangga perosak tersebut yang melihat surau sudah 2 tahun kosong selepas tarawih tanpa sesiapa yang sudi bertadarus...untuk siapa sebenarnya Al_Quran di surau itu? 

Sumber gambar di sini.

Tuesday, 26 July 2011

PAS Memang Kolot Tolak Biometrik - Muhyiddin

Kolot depa tu woi !
"PAS memang suka tolak benda yang baik, mereka kolot" itulah balas TPM apabila ditanya tentang penolakan Pas terhadap sistem baru yang dicadangkan oleh SPRM.

Tadi masa forum Bersih dan SPRM, Timbalan Pengerusi SPRM menerangkan bahawa apa saja cadangan bagi perubahan terpaksa melalui parti yang memerintah, ertinya kalau tak sesuai dengan nafsu pemerintah segalanya akan ditolak mentah-mentah.

Saya yakin dan pasti bahawa proses sebenarnya adalah terbalik. Kerajaan memerintahlah sebenarnya yang akan mencampakkan cadangan kepada SPRM untuk diketengahkan dalam urusan pembaikan sistem pilihanraya.

Sebagai suruhanjaya yang mengikut telunjuk parti memerintah maka SPRM akan bertungkus lumus mencari 1001 alasan bagi dikemukakan kenapa rakyat perlu menerima sistem yang dicadangkan.


Seperti biasa, semua projek yang datang dari BN sudah tentu datang dari kertas cadangan seseorang yang berotak geliga yang melihat segala peluang pembaikan untuk negara sebagai peluang untuk menjadi kaya. Maka si otak geliga tersebut akan menghampiri pimpinan tertinggi bagi meng-endorse kertas cadangannya.

Kertas cadangan yang dianggap baik sudah tentu cadangan yang memberikan kelebihan kepada parti pemerintah, berkos tinggi, projek terhebat dan bertaraf dunia, tidak pernah dilakukan oleh negara lain kerana yang pertama di dunia (sebab nak tunjuk pada rakyat yang kerajaan ini hebat) dan yang paling utama keuntungan projek dapat dikongsi bersama (Kongsi dengan siapa anda boleh teka sendiri).

Cuma satu soalan yang terfikir di benak fikiran saya, setiap pengundi akan diperiksa melalui sistem biometrik dan cap jarinya juga akan disemak. Ini bagi memastikan bahawa pembawa kad pengenalan merupakan orang sebenar yang datang mengundi.

Kad pengenalan adalah kad yang dikeluarkan oleh kerajaan dan diberikan kepada mereka yang layak sebagai warga negara. Kewarganegaraan juga kerajaanlah yang memberikannya melalui proses-proses tertentu. Tiada siapa yang semak kepada siapa kewarganegaraan diberikan. Jadi sudah tentu mereka yang mendapat kad pengenalan membawa identiti sebenar ketika mengundi.

Bagaimana pula dengan mereka yang namanya terdapat di 3 pusat mengundi? orang yang sama juga yang akan pergi mengundi yang mana proses semakan biometrik akan sentiasa mengesahkannya. Biometrik tak akan memberitahu pada pemeriksa bahawa si anu telahpun pergi mengundi di saluran 3, pusat pengundi A.

Jika seorang boleh mengundi di 3 pusat mengundi, 300 orang akan membuahkan hasil 900 undian yang berpihak kepada parti pilihannya.....apakah biometrik mampu menyelesaikan masalah ini?...melainkan jika sistem dakwat digunakan.

Kadangkala teknik yang kolot lebih mendatangkan hasil yang hebat berbanding dengan teknik yang canggih. Bukankah pembuatan jam secara manual lebih mahal harganya daripada jam yang dibuat secara komersial besar-besaran.

Kolot tidak semestinya jahat, moden tidak semestinya jujur....

BERNAMA - PAS Too Orthodox For Rejecting Biometric System - Muhyiddin

Aksi Dera Kucing - Kejamnya Manusia !


Lihat aksi seorang warga China mendera kucing dengan merejamnya berkali-kali di dalam air becak. Pada minit ke 1:23, seekor kucing mungkin ibu kepada nak kucing tersebut datang cuba menyelamatkan anaknya tetapi dihalau oleh pendera tersebut.

Ibu kucing itu lari tidak jauh dari tempat itu dan masih mencuba menghampiri untuk menyelamatkan anaknya daripada terus di seksa.

Apa salahnya anak kucing itu sehingga di seksa sedemikian rupa entahlah. Walau apapun salahnya, ia hanyalah seekor binatang yang tidak punya akal, tidak patut kita menyeksanya sedemikian rupa. Kucing itu akhirnya dicampakka dengan ke kejam ke basement.

Manusia kalau dah bercelaru otaknya lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada kebaikan, hatta binatangpun tak akan selamat dari pada manusia sebegitu. Didiklah anak-anak kita agar ada sifat penyanyang samada kepada binatang atau lain-laian terlebih lagi kepada manusia.

Sumber asal di sini.

Monday, 25 July 2011

Perkataan Allah Muncul Di Langit !

Kejadian berlaku di Gunungkidul Indonesia sabtu 23/7/2011, dirakamkan oleh seorang pemuda yang mahu menonton pertandingan bolasepak. Dia berharap ianya merupakan satu petanda yang baik.

Entahlah, tak berapa jelaspun tulisan tersebut bagi saya. Tak tahu pula dengan orang lain, dan adakah ramai yang berkepercayaan bahawa sesuatu yang baik akan muncul jika fenomena sebegitu berlaku.

Sebenartnya petanda yang baik bagi seseorang adalah apabila ia dikelilingi oleh saudara serta rakan yang baik, yang saling bantu membantu dan nasihat menasihati.