Pages

Friday, 22 July 2011

Bekas Menteri Umno Setuju Sistem Pilihan Raya Tak Adil !

Bekas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Abdul kadir Sheikh Fadzir dalam kenyataan mengejutkan hari ini setuju bahawa apa yang diminta oleh Bersih ada asasnya dan perlu ditangani dengan baik untuk melahirkan suasana pilihanraya yang adil dan seimbang.

Dia menmpelak cara kerajaan sekarang pimpinan najib menghadapi Bersih yang katanya terlalu kejam dan hanya menimbulkan kemarahan rakyat. Rakyat bukan l;agi bodoh dan tidak ada maklumat sekarang ini.


Dia juga menyindir langkah kerajaan meletak mereka yang 'yes man' bagi mengepalai suruhanjaya pilihanraya. SPRM elok diketuai oleh mereka yang berkecuali termasuklah wakil dari para pembangkang dan juga masyarakat awam. Ini bagi melahirkan suasana pertandingan yang adil dan saksama.

Nampaknya orang lama Umno ini senada dengan hasrat rakyat yang sudah jemu dengan wayang kulit SPRM dan juga Kerajaan BN. Baguslah ada juga yang berubah apabila hari menjelang senja. Janganlah mengikut mereka yang masih berdegil dengan kenyataan walaupun saat masuk kubur semakin menghampiri mereka.

Apalah sangat yang rakyat pinta, sekadar menyediakan satu landasan negara yang cemerlang untuk ditinggalkan pada anak cucu nanti. Sudahlah dengan pembohongan dan diperbodohkan yang terang dan nyata. Kalau nak bohongpun janganlah sampai dapat dikesan, tak adalah yang akan meronta.

Tak ada sesiapapun sengaja nak cari pasal menimbulkan huru hara kalau semuanya ok, tapi kalau dah terlalu melampau sangat tak kan nak duduk diam buat tak tahu saja. Itu pentingkan diri sendiri namanya.


Ini Baru Betul Kerja Memburukkan nama Negara !!!

William 
Kalau selama ini pihak kerajaan BN asyik menyelar pembangkang yang kononnya asyik memburukkan nama negara ketika berada diluar negara, kini ternyata kerajaan BN buat kerja yang lebih teruk dengan mencalarkan nama negara di persada antarabangsa dengan menahan peguam yang datang ke malaysia dalam siasatan kes pembelian kapal selam Perancis.

Yang paling malang sekali ialah mereka bukan memburukkan di luar negara tetapi buat semua kerja tak senonoh tersebut di dalam negara. Cuma bila berbincang tentang komisyen projek negara sahaja, mereka akan lakukan diluar negara.

Kita tunggu apa alasan penahanan tersebut...tentu akan dikaitkan dengan pembangkang dan dituduh cuba menggugat keamanan negara. Penahanannya memang telah dijangkakan sebelum ini dan penagkapan tersebut hanya membuktikan bahawa ada pihak yang terasa mereka tergugat dengan kehadiran beliau.

Beliau dikhabarkan akan dilepaskan dan dihalau untuk keluar dari negara Malaysia malam ini. Ini menjadi satu pengajaran kepada pihak luar agar berhati-hati jika mahu menyentuh kedaulatan bumi Melayu ini. Kita tak hairan siapa dan dari mana orang tersebut datang, yang pentingnya kita uruskan negara kita dengan cara kita sendiri. Baca sini.

Memang betul kehadirannya akan menggugat keamanan negara, atau lebih tepat lagi menggugat keamanan penyangak-penyangak negara berpeleseran di Malaysia.

Ini Memang Kenyataan Polis Yang Paling Sempoi Untuk Tahun 2011

Kenapa tulang rusuk Baharudin Patah - Kerana rawatan CPR ketika dia tidak sedarkan diri semasa kejadian Bersih. Orang yang buat CPR tu tentu superman ataupun jaguh angkat besi heavyweight antarabangsa yang tak ada lansung latihan buat CPR.

Kenapa 3 batang gigi Baharudin patah dan bibirnya cedera - Kerana pegawai perubatan menjolok tiub untuk menyedarkan dia semula. Tiub yang digunakan untuk menjolok mulut arwah tentu dibuat daripada kayu belantan dan dia dijolok sekurang-kurangnya oleh 3 orang serentak.

Memang sempoi habis jawapan atau andaian pihak polis apabila disoal tentang tulang rusuk dan kecederaan bahagian mulut Arwah Baharudin.

Tak mampu nak komen dengan komen tersebut, terkedu, rasa nak menangis pun ada nak gelak pun ada. Di dunia mana agaknya kita berada sekarang ini????

Kesimpulannya - Polis Tidak Bersalah, Sesuci Salju !!!

Polis di-aniaya !!!
Setelah tayangan perdana polis bagaimana lemah lembutnya mereka menangani perhimpunan 'haram' Bersih, kesimpulan yang boleh dibuat adalah mereka menjalankan tugas dengan profesional dan mengikut procedur.

Daripada rakaman, polis menunjukkan bahawa orang yang mula-mula buat provokasi pada polis adalah Tian Chua. Rakaman juga menunjukkan bagaimana kejamnya para pendemo memanjat kereta perisai dan mencampakkan 'bom' air yang diperbuat dari botol minuman mineral sehingga menyebabkan kecederaan jiwa pada ramai anggota polis kerana tidak tahan basah.


Rakaman juga menunjukkan Mat Sabu jatuh sendiri ketika melarikan diri dengan motor dari kenderaan polis dan tercedera sendiri, tidak ada bukti (dari polis) yang beliau dilanggar oleh kenderaan polis sehingga tercedera dan patah tulang sehingga terpaksa berkerusi roda. Mat Sabu kata dia nak saman polis kerana langgar dia dan polis pulak kata nak saman mat sabu sebab tudah mereka melanggarnya.

Jadi nampaknya tidak ada sesiapapun yang bersalah dalam peristiwa Bersih lalu.? mana boleh tak ada yang salah...musti ada yang patut dipersalahkan dan mereka adalah:

  1. Najib Razak kerana terlalu takut perhimpunan aman.
  2. Hishammuddin kerana percaya sungguh pada sepupunya yang mengatakan Bersih nak buat macam kat Mesir.
  3. Ketua Polis kerana telah seketul apa saja arahan kedua-dua mereka di atas.
  4. Media propaganda BN kerana buat provokasi dari awal kononnya muncul komunis, samsiah fakeh, Chin Peng dan Rasyid Maidin menyertai pergerakan.
  5. Ibrahim Ali, sebab ugut semua orang Cina sediakan makanan sebagai stok untuk menghadapi amukan mautnya.
  6. Khairy Jamaluddin yang berazam untuk bertempur dengan peserta Bersih bagi mempertahankan negara dan stadium.
Kenapa pulak peserta Bersih dan mereka yang menganjurkannya tidak bersalah?...kerana mereka nak buat perhimpunan aman yang dibenarkan dalam perlembagaan menyatakan hasrat hati mereka yang tidak puas hati dengan cara SPRM uruskan perjalanan pilihan raya.

Mereka berusaha menukar haluan dan arahan bagi menyesuaikan dengan kehendak polis dengan memohon bantuan dan kerjasama mereka bagi mendapatkan lalauan dan kawalan yang selamat untuk semua tapi malangnya dipermainkan sehingga ke saat akhir.....






Thursday, 21 July 2011

Businessman Malaysia Beli Yacht RM14.5 Billion - Siapa Dia Tu ???

Tersembul biji mata membaca laporan bahawa seorang ahli perniagaan dari Malaysia menempa yacht yang di perbuat daripada emas permata bernilai RM14.5 Billion.

Itu bukanlah jumlah yang sedikit, billion tu bukannya million. Duit sebanyak tu boleh makmurkan seluruh warga Pulau Pinang. Kalau masukkan dalam tabung haji, buta-buta setahun dapat keuntungan lebih daripada RM0.5 billion.

Yacht itu ditempa di Itali dan telah disiapkan Di Malaysia dua minggu lepas. Siapa agaknya manusia tu elok didedahkan, kalau memang businessman ok, takut kalau-kalau bukan businessman.

Kenapa Polis Pertahankan BN

Seorang kawan warga UK menjadikan Malaysia sebagai negara untuk dia menghabiskan sisa-sisa tuanya. Dia membeli sebuah banglo di Shah Alam melalui program 'beli rumah kedua' yang menawarkan kepada orang luar untuk membeli rumah mewah mereka di negara kita.

Dua hari lepas saya sempat berbual petang di rumahnya di Shah Alam. Dah lama tak jumpa jadi banyak perkara yang diperbualkan termasuklah isu paling hangat tentang suasana politik negara dan juga masalah rasuah yang kronik.

Dia menceritakan pengalamannya memecut di lebuh raya kerana mengejar untuk sampai awal ke destinasi. Separuh jalan dia ditahan polis. Rupanya ada perangkap had laju. Kereta Merz E Class nya diarahkan ke tepi.

Dia yang memang akur dengan kesalahnnya memecut lalu membuka tingkap dan memohon agar polis menyegerakan memberi saman kepadanya untuk dia meneruskan perjalanan. Tetapi amat malang apabila pegawai polis yang menahannya asyik ulang perkataan "we can discuss", dan masih tak menulis kertas saman.

Dia bertanya apa yang nak diperbincangkan, saya memang salah dan tolong berikan saman saya segera. Pegawai itu lalu menyuruhnya bertemu pegawai atasannya. Dia mengulang perkara yang sama dan berkata sila berikan saman. Malangnya pegawai atasan tersebut menasihatinya agar selesaikan sahaja di situ, tak payah perpanjangkan saman tersebut.

Kawan saya yang mula faham bahawa mereka mengharapkannya menghulurkan wang bagi melepaskan saman lalu berkata yang dia tidak akan memberikan wang pada pegawai yang telah digajikan oleh kerajaan Malaysia untuk melaksanakan tugas.

Jika dia hulurkan wang, ia akan masuk ke dalam poket polis tersebut dan itu kerja yang keji, tegasnya. Mereka berbincang panjang untuk memujuknya dan akhirnya dia dilepaskan tanpa dikenakan apa-apa saman. Bertambah pening Mat UK itu dibuatnya.

Saya menjadi malu mendengar ceritanya bagaimana polis kita sudah tidak segan silu memohon duit pada orang luar yang bukan rakyat Malaysia. Bukankah itu kerja keji yang mahu menjatuhkan nama negara  di mata dunia.

Kalau BN sering menuduh pihak pembangkang memburukkan nama Malaysia di luar negara, mereka sebenarnya tak sedar bahawa beribu-ribu orang sedang memburukkan nama Malaysia di dalam negara sendiri.

Mungkin kerana pihak polis melihat BN mesra rasuah lalu mereka tanpa berbelah bagi mempertahankan ketuanan BN menguasai negara kita. Mereka pasti risaukan peluang untuk mereka buat duit lebih jika negara bertukar pemerintah.

Tetapi sebenarnya, walaupun PR menguasai negara, saya yakin bukan senang untuk mengubah tabiat makan rasuah yang sudah berurat daging dalam masyarakat kita sehinggakan hilang rasa malu pada warga luar. Ia sudah tentu akan mengambil masa yang lama.

Jika kepimpinan dari peringkat tertinggi menolak segala unsur-unsur syubhat dan rasuah serta memerintah dengan penuh berintegriti, lambat laun sudah tentu ia akan dituruti sehingga ke peringkat bawahan. 

Wednesday, 20 July 2011

Kerajaan Kelantan Disaman Kerana Haramkan Judi - Kes Ini Bakal Dedah Siapa Sebenarnya Celaka Bangsa

Amat menyeronokkan apabila tersiarnya berita bahawa 3 orang manusia, rakyat Malaysia yang bernama Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Hwa, 58, dan Gan Han Chuan, 44 telah bertindak menyaman kerajaan negeri Kelantan yang telah mengharamkan aktiviti judi loteri dan juga judi di negeri tersebut.

Seronok kerana ini mendedahkan pada semua manusia yang berakal murni antara yang gelap dengan yang terang. Kita boleh melihat dengan terang dan nyata muka-muka mereka yang sesat di bawah naungan syaitan dan juga muka-muka mereka yang berada di jalan kebenaran.

Kalah atau menang dalam kes ini bukanlah persoalannya, biarlah Kelantan kerugian jutaan ringgit dalam mempertahankan tindakan mereka asalkan urusan fardu kifayah tertunai dan menyelamatkan semua masyarakat.

Kita doakan kerajaan Kelantan mendapatkan peguam yang handal yang mampu berhujah menggunakan perlembagaan negeri serta Persekutuan bagi membuktikan bahawa mereka berhak menegakkan larangan perkara yang mendatangkan mudharat kepada manusia sejagat.

Manusia yang menggunakan judi sebagai sumber mengaut kekayaan sepatutnya dihalau keluar dari bumi Malaysia, pergilah ke negara yang bebas berjudi dan rosakkan rakyatnya. Jangan rosakkan rakyat Malaysia dengan aktiviti haram tersebut.

Samada orang Melayu, Cina, India atau lain-lainnya, kita mahu semua mereka tersebut terselamat daripada jebak perangkap judi. Kita mahu anak-anak melayu, anak-anak cina, anak-anak india dan anak-anak bangsa apa sekalipun mempunyai pegangan bahawa judi tidak ada gunanya satu senpun. Yang pasti kaya hanyalah tauke-tauke judi. Bagi saya mereka adalah penjenayah yang perosak masyarakat.

Sesiapa saja yang membantu, menyokong dan bekerjasama dengan 3 manusia celaka yang saman Kerajaan Kelantan di atas akan turut sama terpalit menjadi manusia celaka dan bertanggung jawab menjadi penyumbang kerosakan masyarakat.

Malaysia lebih makmur tanpa judi. Insyallah !

Pakatan Rakyat Boleh Menang Pada PRU 13 Ini - Anwar Ibrahim

Ketua pembangkang mengeluarkan kenyataan di atas dalam satu temuramah dengan The Associated Press hari ini. Ini memandangkan kerajaan yang ada sekarang menerima tekanan demi tekanan dari dalam dan juga luar negara terutamanya setelah apa yang berlaku pada perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai lalu.

Pembangkang telah mendapatkan momentumnya semula dengan lebih hebat lagi berikutan peristiwa tersebut. Jika sebelum ini, Husam Musa, exco kanan kerajaan Kelantan memberikan analisisnya terhadap perkembangan politik Malaysia berdasarkan suasana dan keputusan pilihan raya yang berlaku selepas 2008, bahawa PR bakal menanbahkan kerusi parlimen sebanyak 25 kerusi lagi menjadikan mereka hanya kurang 5 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Kini dengan momentum yang lebih tinggi tidak mustahil, PR mampu meraih kemenangan yang lebih besar dan mampu membentuk kerajaan. Momentum yang ada cukup untuk dipertahankan memandangkan PRU 13 bakal berlansung dalam masa terdekat samada dalam tahun ini ataupun awal tahun depan.

Apa Warga Kenya Belajar Tentang Kepimpinan Dari Malaysia

Bulan lepas Mohamed Wehliye, seorang warga Kenya yang bekerja di Saudi Arabia sebagai Vice President di Riyad Bank berkunjung ke negara kita.

Apa yang dilihatnya amat menakjubkan. Pada tahun 1974 negaranya Kenya berada dalam level yang sama dengan Malaysia sebuah negara yang bergantung kepada sumber hasil bumi seperti pertanian dan juga galian. Namun kini Malaysia sudah jauh meninggalkan negaranya Kenya. Keupayaan negara kita bertukar menjadi salah satu kuasa ekonomi di Asia amat mengkagumkannya.

Dia meletakkan pujiannya pada pemerintahan Mahathir selama 22 tahun yang berjaya menukar Malaysia menjadi sebuah negara yang membangun. Baginya dalam pemerintahan pemimpin mesti ada sikap kuku besi sedikit sebanyak bagi memastikan visinya terlaksana. Yang paling penting sekali pemimpin perlu punyai misi dan visi dan tahu jalan yang perlu diambil bagi mencapainya.

Memang kalau nak dibandingkan dari segi pembangunan Malaysia memang jauh lebih bagus daripada Kenya. Tapi untuk menjadi lebih baik kita perlu meletakkan aras matlamat kita lebih jauh. Kita perlu melihat negara yang jauh lebih baik dari kita sebagai benchmark. Jika sudah baik tidak semestinya kita tidak boleh menjadi lebih baik.

Baca laporan menariknya di sini.

Anugerah Khas Untuk Melayu Hebat - Hebatkah Ibrahim Ali ?

Anegerah Kaki Gempar lebih layak untuk menggunakan
nama Ibrahim Ali.
Universiti Teknologi Mara ditubuhkan khas untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bumiputera negara termasuklah Melayu dan kaum pribumi Sabah dan juga Sarawak. Kejayaan UiTM mengeluarkan sumber pekerja yang berkaliber memang sesuatu yang boleh dan patut dipuji.

Tetapi kejayaan tersebut bukanlah sesuatu yang boleh Melayu jadikan alasan untuk Melayu berbangga diri. Sifat bangga diri bukanlah akhlak yang mulia. Sebaliknya kita perlu lebih merendah diri dan sedar betapa bangsa kita sentiasa memerlukan tongkat untuk memboleh kita berlumba lari dengan bangsa lain. Kalau dalam golf kita panggil 'handicap', mengenal pasti level keupayaan kita agar dapat bertanding dengan adil.


Itupun amat ramai para pelajar kita di UiTM yang tidak serius dalam urusan menuntut ilmu mereka. Bagi saya yang berpengalaman menuntut di UiTM, jika seseorang pelajar itu tidak pernah ponteng, sentiasa buat homework, kemungkinan dia lulus dan tamat pengajian adalah 99.9%. Para pensyarah memang nekad untuk memastikan pelajar lulus dan berjaya asalkan mereka ada kemahuan dan kesungguhan.

Kalau masih ada yang tak lulus dan memang sentiasa ada, malah ada yang kena terajang, kena mengulang berkali-kali, menunjukkan pelajar tersebut benar-benar bermasalah dan tidak berapa minat belajar. Ramai juga yang bercinta dan lebih suka meraih glamour di UiTM. Mereka masih tak sedar diri yang mereka diterima belajar dalam keadaan 'handicap'.

Usaha mengadakan anugerah melayu hebat untuk para pelajar UiTM memang satu usaha yang baik tetapi ikon yang dijadikan sebagai contoh Melayu hebat nampaknya terlalu janggal dan lansung tidak sesuai. Kenapa Ibrahim Ali dijadikan ikon Melayu sehingga di namakan Anugerah Ibrahim Ali?.

Apa hebatnya Ibrahim Ali dalam menyumbang untuk kemajuan dan pemerkasaan Melayu. Melayu tidak perkasa semata-mata dengan menyertai kumpulan Perkasa dan Melayu tidak juga perkasa kerana Ibrahim Ali menubuhkan Perkasa, malah Perkasa lebih menjurus kepada menjadikan masyarakat Melayu yang gampang dan gertak lebih. Cakap berdegar-degar dan mencabar orang serata kampung.

Betapa tidak berpengaruhnya segala kata-kata dan cabaran Perkasa sehinggkan ugutan seperti perang salib lansung tidak diambil kisah oleh pihak berkuasa keselamatan. Ia umpama ucapan pak lawak yang tidak mendatangkan apa-apa bahaya. Begitulah yang kita boleh rumuskan apabila polis tidak mengenakan apa-apa tindakan pada Ibrahim Ali setelah banyak kenyataan berbaur hasutan dan ugutan.

Carilah nama lain bagi menggambarkan Melayu yang hebat, mungkin Anugerah Engku Aziz jauh lebih bermakna daripada Anugerah Ibrahim Ali.

Kejayaan Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho 2011 Di Kelantan Dicemburui

Kemampuan negeri kelantan menganjurkan satu lagi Festival bertaraf antarabangsa di Kota bharu membuktikan kerajaan yang ada mampu mentadbir dan memakmurkan negeri yang diperintahnya. Namun begitu masih ada yang irihati dan tidak suka melihat kejayaan tersebut dengan menabr berbagai fitnah yang tidak berasas. Lihat taburan fitnah di link bawah:


Tuesday, 19 July 2011

Bela Anjing Haram - Rakyat Iran Tak Perdulikan Fatwa !

Ulama Iran mengeluarkan fatwa membela anjing adalah haram kerana binatang tersebut dikategorikan sebagai tidak suci bersih. Mereka yang membela anjing hanya dibenarkan untuk perladangan atau untuk pegawai polis.

Ulama Iran mengecam cubaan yang mahu menjadikan anjing sebagai teman hidup sepertimana budaya barat. Ada orang barat yang lebih sayang anjing mereka daripada isteri sendiri.

Membeli atau menjual anjing adalah satu kesalahan di Iran dan mereka yang melanggarnya boleh didenda sehingga USD500 bagi kesalahan pertama.


Namun ramai yang engkar dengan fatwa tersebut dan mereka sanggup menyeludupnya dari luar masuk ke Iran untuk dijadikan binatang peliharaan.

Budaya ini juga boleh menjadi budaya orang Melayu suatu hari nanti apabila sikap jijik pada anjing lenyap. Nasib baik anjing masih lagi menjadi binatang yang amat ditakuti oleh orang Melayu sekarang ini. Bukan takutkan anjing tersebut, tapi takut dan malas nak samak apabila tersentuh anjing.

Isu mengenai anjing ini menjadi konflik nasional suatu masa dahulu apabila dicetuskan oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi. Terjadi perbalahan hukum yang dasyat pada ketika itu sehingga para ulama memutuskan untuk mendapatkan fatwa dari Al-Azhar sebagai orang tengah dalam perbalahan tersebut.

Sekarang Dr Asri nampaknya lebih bertolenrasi dalam hal hukum najis terhadap anjing ini. Sebelum ini Astora Jabat juga ada mencetuskan kontroversi tentang hukum samak anjing dalam tulisannya di Utusan 

Sunday, 17 July 2011

DAP Berjaya Buktikan Pada Orang Cina Mereka Boleh Tundukkan PAS - Chua Soi Lek

Tidak pasti samada Chua Soi Lek benar-benar percaya bahawa PAS dan DAP sedang bersandiwara atau dia sebenarnya menyindir apabila PAS akhirnya akur dengan permintaan DAP agar mengkaji semula arahannya mengenai pusat hiburan di bulan Ramadan.

Bagi Presiden MCA itu, DAP sebenarnya sedang memberikan mesej yang jelas kepada semua orang Cina agar jangan khuatir pada PAS. Walau macam mana keras pun hasrat Pas hendak merealisasikan negara Islam DAP dengan mudah dapat menjinakkan mereka.


Beliau juga menafikan bahawa berjudi merupakan budaya orang Cina malah beliau menekankan bahawa orang Cina memandang rendah pada mereka yang berjudi. Ini berikutan kenyataan dalam DUN Negeri Melaka tempoh hari yang menyebut judi tidak boleh ditahan di negara kita kerana sudah menjadi budaya orang Cina.

Jadi kenapa MCA, Gerakan atau DAP sentiasa menghalang Pas apabila mahu menharamkan judi merupakan satu tanda tanya yang amat misteri.....

Pembangkang Tahu Mereka Akan Kalah Teruk Pada PRU 13 - Ahmad Shabery

Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan kini telah bertukar menjadi nujum apabila mengumumkan PR akan kalah teruk dalam PRU-13 nanti.

Beliau juga dalam masa yang sama menuduh bahawa PR juga mempunyai ahli nujum mereka sendiri yang mengetahui bahawa mereka akan kalah pada PRU-13.

Oleh kerana itu maka perhimpunan Bersih 2.0 dijalankan terlebih dahulu bagi menyediakan alasan kepada para penyokong mereka apabila kalah nanti..

Nampaknya BN membuka topeng sebenar diri mereka kepada rakyat. Mereka bukan saja percaya bahawa duit mampu membeli segala-galanya malah mereka juga percaya pada ramalan pak nujum.

Memang ulasan Ahmad Shabery paling lain antara yang lain dan lansung tak masuk akal.

Baju Kuning Boleh Pakai Asalkan Tidak Bersih - Polis

Kalau letak perkataan "Tak sokong..." kat depan perkataan
bersih tu mungkin tak salah agaknya?
Rakyat Malaysia dibenarkan memakai apa-apa saja yang berwarna kuning, Dari stoking, seluar dalam, baju dalam, baju luar, kopiah, tudung, sapu tangan atau sarung tangan semua sekali warna kuning bukanlah menjadi satu kesalahan.

Apa yang menjadi salah adalah apabila semua itu Bersih, jika ada sebarang logo, atau perkataan yang menunjukkan anda menyokong Bersih.

Walaubagaimanapun dia tak ada pulak beri tahu bagaimana jika pakai baju kuning ada logo Bersih dan kat depan tu ada perkataan "Tak Sokong", mungkin tak kena tangkap.


Alasannya adalah kerana Hishammuddin telah mengumumkan bahawa Bersih adalah sebuah pertubuhan haram dan sebarang pertubuhan haram tidak boleh di sokong oleh sesiapapun, menjadi kesalahan jika kita menyokong pertubuhan haram.

Yang memeningkan kepala kita adalah sejak bila Bersih itu di war-warkan sebagai sebuah pertubuhan dan sejak bila pula ada orang yang membuat permohonan untuk mendaftarkan Bersih.

Bersih tu hanyalah satu tema. Tema yang mengajak semua rakyat Malaysia mendesak SPRM membuat reformasi sistem pilihan raya. Tema atau slogan itu sama saja dengan tema yang kerajaan Najib pakai, iaitu 1Malaysia, 1-Malaysia bukanlah satu pertubuhan.

Tema polis seperti Bersih, Cekap Amanah, juga sama, ia bukan satu pertubuhan tetapi moto yang mengajak polis agar bersih, cekap dan amanah, walaupun pada hakikatnya bukan ramai sangat polis yang mengamalkan tema itu.

BMW juga ada tema, "The ultimate driving machine". Tema tu bukannya sejenis model baru BMW, semua modelnya pakai tema yang sama.

Jadi Bersih tu bukannya pertubuhan, semua pertubuhan boleh pakai tema tu, tak kiralah samada NGO, parti politik, pertubuhan silat gayung, pertubuhan silambam, pertubuhan tomoi, silat pulut, persatuan mamak, persatuan india muslim, persatuan polis pencen dan lain-lain.

Kalau tak sokong lantaklah, macam pihak polis yang tak bersih, tak jujur dan tak amanah, tetapi masih pakai lencana bersih, cekap, amanah. Janganlah diharamkan tema tu.

Baca sini

Karpal Mahu Saman Pas kedah - Biarkan Dia Saman Dan Kita Lawan Di Mahkamah !!!

Tarik balik larangan berhibur di Kedah pada bulan Ramada ini atau kita jumpa di Mahkamah. Ini adalah hal prinsip, kata Karpal. Pas Kedah tidak boleh melarang orang bukan Islam melakukan apa yang ditegah oleh agama Islam. Jika Pas berterusan begini ia akan membantut usaha PR menuju ke Putrajaya, kata Karpal lagi.

Karpal buat hal lagi dengan menggunakan perlembagaan bagi menghalalkannya mencabar segala usaha orang Islam menghormati bulan ramadan. Setiap kali isu orang Islam berbangkit dia akan menggunakan perlembagaan yang menjanjikan kebebasan orang bukan Islam melakukan apa yang mereka suka walaupun ia bertentangan dengan nila-nilai murni universal.

Tiada sesiapa pernah bangkitkan hak orang Islam yang termaktub dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan dan hak umat Islam memuliakan bulan ramadan.

Ini merupakan satu peluang baik bagi menegakkan kebenaran bahawa ada ruang dalam perlembagaan yang menjamin umat Islam mewujudkan suasana yang lebih kondusif untuk mereka beribadat terutamanya dalam bulan yang penuh berkat bulan Ramadan.

Jangan ikut telunjuknya dan kumpulkan peguam yang bijak dalam hal ehwal perlembagaan bagi menentang Singa Benggali itu agar dia terus diam buat selama-lamanya dari menggunakan perlembagaan bagi menghalang apa saja hasrat umat Islam memperkasakan umatnya.

Kementerian Akan Buat Kajian kenapa Rakyat Turun Sertai Bersih 2.0 - Rais

Oleh kerana berasa pelik dan hairan dengan kehadiran ramai orang menyertai perhimpunan Bersih 2.0, kementerian Rais Yatim akan melakukan bancian bagi mengkaji sebab utama rakyat turun padang walaupun setelah diugut dan diancam oleh pihak berkuasa.

Rais yakin yang ramai telah dibayar wang untuk turut sama serta perhimpunan tersebut tanpa menyedari apa yang mereka lakukan. Ramai pula yang sertainya hasil daripada terikut-ikut dengan kawan-kawan.

Rais juga risau katanya perhimpunan Bersih itu dilihat seperti orang Melayu bergaduh dengan Melayu sedangkan orang bukan Melayu bertepuk tangan.


Ini sudah tentu satu lagi usaha untuk melakukan pembohongan kepada rakyat. Pertama sekali dengan inisiatif kementerian bagi melakukan survey, maka akan adalah budget bagi melaksanakan program tersebut, akan ada segolongan yang akan buat duit.

Keduanya survey itu akan mempamerkan bahawa rakyat yang turun benar-benar mendapat sogokan wang bagi membahayakan diri mereka dan mereka turun semata-mata atas dasar ikut-ikutan.

Akhirnya survey akan membuat rumusan Bersih sebenarnya adalah lakonan semata-mata dan tidak menggambarkan perasaan rakyat yang mahukan pilihan raya yang telus dan adil.

Mungkin 2 orang yang wajib disoal selidik dalam bancian tersebut adalah Marina Mahathir dan A. Samad Said. Mungkin Marina akan jawab dia telah dibayar tinggi untuk menyertai Bersih 2.0 sedangkan dia tak tahu menahu kenapa perhimpunan di adakah. Begitu juga bagi A Samada Said.

Semalam ketika menghadiri hari sukan sekolah anak-anak, saya berbual dengan salah seorang bapa yang turut sama hadir. Dia nampaknya beria memberikan ceramah pada saya betapa bodohnya orang Melayu yang menyertai Bersih.

Ada juga yang berkepiah dan tua masih mahu sertai perhimpunan. Kenapa mereka mahu ikut orang bukan Melayu soalnya. Dia risau orang Melayu asyik bergaduh. Dari apa yang dia cakap ternyata dia memang sokong kuat Umno kerana apa yang dihujahkannya semuanya adalah doktrin Umno.

Saya hanya mendengar ceramahnya sehingga akhirnya dia berkata pada saya, kalau dapat seorang RM10,000 tak apalah juga, berbaloi turun.

Saya terus menyampuk dengan berkata itu budaya Umno, apa saja dibuat demi duit, tiada maruah dan tiada pegangan untuk diperjuangkan, ada duit semua boleh jalan. Mendengar jawapan itu barui dia sedar yang dia bercakap dengan silap orang, lalu beredar.

Nampaknya orang Umno ingat semua orang Melayu itu macam mereka, segala apa saja urusan boleh dibeli dengan duit.