Pages

Saturday, 16 July 2011

Kebodohan Kera-jaan Menghadapi Bersih Bakal Undang Campur Tangan Amerika

Tak akan ada rakyat Malaysia yang suka jika negara bertuah ini dikacau oleh kuasa asing. Kita dah Merdeka dari cengkaman British, yang menjadi tuan kepada tanah melayu suatu masa dulu melalui perbincangan aman.

Tanah Air kita dikembalikan kepada pemerintah boneka yang banyak menjaga kepentingan perniagaan syarikat-syarikat dan budaya penjajah. Sedikit demi sedikit kita mengambil alih semua itu dan menukarkannya menjadi hak kita. Kita mula membina acuan kita sendiri dan berakhir dengan satu pemerintahan yang lebih tidak terbuka berbanding dengan 'tuan' kita suatu masa dulu.


Mungkin sebahagian daripada kita merasakan acuan demokrasi yang kita bentuk boleh dibanggakan kerana kita sudah lebih hebat dari bekas penjajah kita sendiri, tapi sebenarnya ia adalah satu kebodohan. Kebodohan yang bakal mengundang berbagai campurtangan kuasa luar dalam cara kita mentadbir negara kita.

Barangkali kerajaan kita akan buat satu lagi rumusan mudah dengan meletakkan semua kesalahan pada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Seperti biasa apabila ada saja campur tangan negara luar seperti Amerika dan konco-konconya, semuanya akan dilonggokkan pada pembangkang....kebodohan sendiri tidak pernah diakui.

Baca berita di bawah, desakan 4 organisasi antara bangsa  kepada setiausaha negara Amerika, Hillary Clinton agar Amerika mencela dan mengambil tindakan terhadap Malaysia kerana melanggar hak asasi kebebasan manusia bersuara. Ambiga bukanlah orang asing bagi Hillary yang pernah memberikan anugerah pada Ambiga suatu masa dulu.

Friday, 15 July 2011

Permintaan Malaysia Agar Polis British Halang Demo Sambut Najib Ditolak

Permintaan kerajaan Malaysia agar pihak berkuasa Britain mengharamkan perhimpunan demo menyambut kehadiran Najib di sana ditolak mentah-mentah.

Bagi pihak berkuasa British, negara mereka menghargai kebebasan bersuara dan ia bukanlah merupakan satu kesalahan.

Mungkin pihak polis Malaysia boleh pergi ke sana dan beli seberkas senjata dan tunjukkan pada pihak berkuasa polis British bahawa para pendemo merbahaya dan perlu dikurung...tengok mereka akan percaya atau tidak.

Atau YB Zul Kulim perlu turun sekali dengan rombongan Najib dan mulakan ayat terkenalnya..."saya ada maklumat mereka membawa berbagai senjata termasuklah bom api bagi melumpuhkan ekonomi Britain"...

Dalam temuramah CNN, Najib sekali lagi menggunakan logik hebat taraf dunia apabila ditanya komennya terhadap pilihanraya negara yang tidak bersih..."bagaimana tak adil jika pembangkang boleh menang 5 daripada 13 negeri?"... baca sini

Saya rasa soalan yang paling sesuai Najib tanya adalah bagaimana mungkin pembangkang belasah 5 negeri dan pembangkang nafikan kemenangan 2/3 BN walaupun sistem pilihanraya begitu berat sebelah dan kerajaan salah guna semua kemudahan jentera kerajaan yang ada.

Tentu ramai yang boleh jawab soalan ini termasuklah SPRM, bahawa semua berpunca daripada terlalu ramai rakyat yang menyebelahi pembangkang dan menolak BN sehingga pembohongan dan penipuan tidak cukup untuk membendung kemaraan pembangkang.

Menyertai Revolusi Tuntutan Agama - Fatwa Persidangan Ulama

Seramai 200 ulama bersidang di Istanbul baru-baru ini menyatakan sokongan mereka pada revolusi rakyat di Syria. Mereka menganggap revolusi tersebut merupakan satu tuntutan agama yang wajib disokong oleh umat Islam.

Persidangan ulama itu juga mengecam Iran dan juga Hizbullah di Lubnan yang memberikan sokongan pada pemerintahan Assad di Syria. Lihat sini.

Islam merangkupi segala aspek kehidupan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para ulama membincangkan segala perkara termasuklah permasalah politik.

Ada dikalangan ulama dalam mempertahankan sesuatu regim pemerintahan akan menggunakan ayat terkenal "rakyat wajib taat pada pemerintah". Tetapi perlu diingatkan bahawa tugas pemerintah adalah bagi menegakkan keadilan kepada masyarakat. Jika tiada keadilan sudah pasti tidak ada ketaatan.

Dalam hal Syria, kekejaman pemerintah yang menggunakan kekerasan terhadap rakyat adalah sesuatu yang tidak adil. Setakat ini sejumlah 1,400 orang meninggal dunia dan beribu-ribu lagi diberkas oleh regim Assad.

Bagaimana pula di negara kita?, ada 2 pendapat yang berbeza:

  1. Turun berdemo adalah haram.
  2. Turun berdemo dibenarkan
Sebenarnya saya rasa majoriti rakyat tak pernah memperdulikan apa ulama nak kata. Kata-kata ulama adalah umpama tuang air di daun keladi. Sebaliknya kata-kata Siti Nurhaliza, Pak Lawak 'lu pikir la sendiri', dan ramai lagi artis-artis glamour lain lebih mendapat perhatian rakyat.

Jadi kata-kata para artis yang diikut rakyat adalah, pergi jahanam dengan perjuangan politik dan keadilan, kita berhibur dan berhibur, dan berhibur dan berhibur dan berhibur...........

Wednesday, 13 July 2011

Basikal Jepun Lama Laris Di seluruh Dunia Sekarang !

Sekarang susah nak tengok orang kita naik basikal. Yang sering kita lihat menaiki basikan adalah orang luar seperti pekerja Indonesia atau bangladesh. Itupun sekarang ini dah ramai pekerja asing ini yang mula naik motorsikal.

Namun nampaknya dunia mula menghargai basikal sebagai salah satu pengankutan yang mesra alam. Sekarang ini basikal buatan jepun yang pernah dipakai oleh postmen jepun dahulu menjadi barang laris di pasaran di seluruh dunia. Permintaannya amat tinggi sekarang oleh kerana basikal buatan jepun terkenal dengan rekabentuknya yang praktikal dan mudah.

Satu lagi basikal yang menarik untuk kita naiki adalah basikal tua yang orang kampung dulu-dulu buat angkat barang terutamanya angkat padi. mari kita hidupkan semula budaya berbasikal.

DAP juga ada turun - Karpal

Karpal hari ini menafikan tuduhan kononnya DAP tidak menunjukkan komitmen yang tinggi dalam perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari. Tapi dia juga mengaku yang majoriti peserta adalah Pas dan PKR.

Memang kita tidak sepatutnya berbalah tentang siapa yang turun dan siapa yang tak turun, siapa yang ramai dan siapa yang sedikit. Kita menuntut hak rakyat. Ok setuju dengan bab itu.

Yang saya cuma nak tonjolkan adalah betapa kalau kerja-kerja turun atas jalan tu menderu orang Pas yang turun dan berjuang sebaik mungkin. Tapi bila berbincang atas meja permintaan Pas di pandang remeh dan tidak diambil perhatian.

Contoh dalam kes arak sudah terang dan nyata. Bila exco Pas nak haram arak, apa exco DAP buat, mereka melenting dan menjadi hero berlawan sampai habis dan akhirnya exco Pas tunduk.....hoi hang pa tak kesian kata dak akar umbi....?

Satu lagi dalam kes undang-undang syariah, hangpa tentang terang-terang dan tidak bagi laluan lansung hang pa garang pulak masa tu....bila ajak turun atas jalan ramai pula yang kecut !!! Pemimpin Pas sebenarnya mempunyai alasan yang kuat untuk dominan dalam PR.

Nota: Bukan nak cari gaduh tapi nak perelok.

Bila turun jalan hang takut, bila bincang dalam bilik hangpa lah hero....!!!

Satu Lagi Cerita Malu Ibrahim Ali

eleh! bini aku tak bagi keluar, nak
buat cam mana !!!
Apalah malangnya Ibrahim Ali. Hilang terus kredebilitinya sebagai pahlawan terbilang Melayu Perkasa. Kali ini dia diejek dalam surat khabar Cina My Sinchew yang membandingkan bagaimana seorang tua wanita verumur 65 tahun dengan selamba menyertai Bersih dengan naik bas dari rumahnya siap dengan berpakaian kuning.

Alahai malunya kalau aku jadi Ibrahim, dipandang rendah, hina dan diperlekehkan oleh semua orang sekarang ini. Dan sudah tentu orang Cina yang digertaknya dulu agar bersedia menyimpan bekalan makanan di rumah kerana Ibrahim Ali nak mengamok terlebih layak memperlekehkannya......mana nak letak muka...elok lari keluar negara sebentar bagi meredakan keadaan.

Kes Kematian Baharuddin, Mana Bohong Mana Benar ?

No 2 dari kiri itu bukan Baharuddin.
Dalam kes kematian yang berlaku pada trajedi Bersih 2.0, kebenaran yang tidak boleh dinafikan adalah saudara Baharuddin Ahmad, 56 tahun telah benar-benar meninggal dunia ketika terjatuh melarikan diri daripada kekejaman pihak polis.

Semasa kejadian, orang ramai yang meminta pertolongan dari pihak polis agar segera menghantarnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan tidak mendapat layanan segera. Orang ramai cuba menyedarkannya terpaksa menunggu selama satu setengah jam sebelum van tiba bagi membawanya ke hospital.


Namun cerita di sebalik kejadian telah bercampur aduk dan pengedaran gambar dan rakaman video orang lain yang dikatakan sebagai Baharuddin berlegar didunia maya. Gambar seorang lelaki yang diceritakan sebagai Baharuddin dikatakan adalah orang lain yang sebenarnya bernama Suhardi, seorang bekas pengikut Al-Arqam. Memang ada blog yang telah menyiarkan ralat kesilapan tersebut dan telah memohon maaf kepada keluarga si mati.

Namun gambar serta rakaman Suhardi yang dikatakan sebagai Baharuddin tetap berlegar-legar dan masih digunakan sebagai jalan cerita bagaimana kematian Baharuddin. Termasuklah saya sendiri yang menyiarkan rakaman video di sini yang baru saya sedari sebagai salah orang. Saya mohon maaf pada semua.

Apa yang boleh kita rumuskan dalam kes ini adalah jangan mudah percaya pada semua berita di dalam dunia cyber. Berbagai kepalsuan dan kebenaran telah bercampur aduk. Ini berikutan ramai penulis bebas telah bertukar menjadi pemberita tidak bertauliah melalui penulisan blog yang tumbuh macam cendawan selepas hujan.

Berita-berita sensasi kebanyakannya didapati dari dunia maya juga di mana penulisan dari blog disambut menyambut oleh blog lain tanpa terlebih dahulu menyiasat kebenarannya. Asalkan blog yang diambil beritanya itu adalah dari kem yang sama maka ia akan terus dijadikan berita sensasi.

Kebenaran yang bercampur aduk dengan kepalsuan akhirnya digunakan pula oleh pihak lain yang memang terkenal dengan serong dan jahat bagi menjadikan sesuatu berita yang pada asalnya benar menajadi palsu.

Amaran kepada rakyat Malaysia,,,,jangan terus percaya dengan segala penulisan blog terutamanya penulisan yang menyentuh kejadian semasa. KIV dahulu sebelum mengambilnya sebagai benar...siasatlah sehingga anda puas hati. Dalam dunia sekarang orang yang anda perlu percaya adalah diri anda sendiri.

Walau bagaimanapun cerita orang dapat RM200 untuk sertai Bersih 2.0 itu memang cerita bohong yang tak masuk akal. Bayangkan jika seribu orang diberikan RM200, dah jadi RM200,000 woi banyak tu. Bersih tak ada duit banyak tu, Umno saja yang ada duit malah lebih banyak dari itu.

Tuesday, 12 July 2011

50,000? Talak Hailan Punya, Gua Bole Kumpul Lagi Ramai - Chua Soi Lek

Presiden MCA ketawa terbahak-bahak mengejek soalan yang ditanyakan padanya berkenaan 50,000 orang yang turun dalam perhimpunan Bersih baru-baru ini.

Jumlah sebegitu senang-senang saja kalau saya mahu kumpul. Tapi ia mestilah mempunyai tujuan atau matlamat yang konkrit.

Katanya perhimpunan Bersih tidak mempunyai matlamat, ia tidak ada asas yang konkrit. Mana ada sistem pilihanraya kita tidak adil?, soalnya.

Beliau juga mengecam yangBersih Bermotifkan politik dan bukan perhimpunan berkecuali. Baginya tak ada orang cina yang sokong Bersih.

Siapa kata Bersih tak ada kena mengena dengan politik? lembab betul ketua MCA ni, cuma ia tidak digerakkan oleh parti politik, ia digerakkan oleh NGO.

Dia juga menuduh Bersih menghancurkan kestabilan negara dengan menghalau pelancong dan pelabur serta merosakkan perniagaan.

Bukan Bersih yang buat itu semua tapi Najib, Hishammuddin dan Polis yang buat semua itu, mereka sudah tentu ada pilihan untuk mengelakkan semua itu berlaku tapi mereka pilih pendekatan menakut-nakut orang ramai kerana mahu Bersih dilihat jahat...tapi malangnya tindakan mereka membuatkan dunia melihat mereka yang jahat....

Pengalaman Lt Col (R) Aw Yong Tian Teck Menyertai bersih

Ikuti cerita uncle Aw Yong Tian Teck, seoran pesara tentera yang turut sama menyertai perhimpunan Bersih bersama-sama majoriti orang Melayu di bawah.

Bagi Uncle Yong ia merupakan satu pengalaman hebat yang membuatkan dia tersenyum bangga dan puas. itulah kali pertama ia merasakan dia amat berbangga dengan negaranya dan sanggup membuat apa saja demi membaiki negara tercinta ke arah yang lebih baik.

Menarik juga komennya terhadap akhlak umat Melayu/Islam yang tidak memandang kulit dalam menghulurkan pertolongan kepada semua rakan seperjuangan.

Saya tertarik membaca pujiannya kepada keazaman dan ketabahan para pendemo yang walaupun dalam cabaran getir dituduh jahat, masih mengekalkan sifat berhemah, lemah lembut dan prihatin dan saling membantu dalam senyuman.

Bagaimana pihak tertentu boleh menuduh mereka yang seperti itu sebagai penjahat yang hanya mahu merosakkan harta benda awam, apalah lagi merosakkan keamanan negara.

Ternyata kita mampu bersama walaupun berbeza bangsa dan agama. Uncle sendiri mengaku pendemo dipenuhi oleh orangMelayu dan yang paling penting sekali mereka adalah Melayu yang yakin dengan tuntutan mereka kepada negara yang lebih baik dan mereka tetap berhemah dan lemah lembut dalam tekanan.

Harap dengan cerita Uncle Yong ini akan lebih ramai lagi orang Cina yang akan turut sama memberikan komitmen tinggi untuk sama-sama sertai perhimpunan aman menyatakan pandangan mereka.


Kenapa Kami Tak Ikut Demo Bersih 2.0 - Hindraf

P Uthayakumar - Hindraf
Ini jawapan kenapa orang India Hindraf tak ikut perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini:

  1. Sebab kami tidak lansung dijemput menyertai Bersih sepertimana NGO- lain yang dijemput.
  2. Kerana kami orang India yang susah melarat.
  3. Oleh kerana kami susah melarat, ia menjadi satu bebanan kepada Pakatan Rakyat maupun BN
Sedih jugak mendengar keluhan mereka yang bertungkus lumus mendapatkan hak mereka bagi mengeluarkan diri mereka daripada kesusahan. Mereka kecewa apabila dilabelkan sebagai Perkasa versi orang India.

Walau apapun, mereka masih tetap dengan agenda mereka dan meneruskan perjuangan mereka walaupun terpaksa berjalan solo. Jika mereka dijemput untuk menyertai Berish yang akan datang mereka juga mahu menyertainya kerana mereka juga mempunyai hasrat yang sama iaitu mahu menjatuhkan BN.

Terdapat 1 juta undi dari orang india dalam setiap pilihan raya umum, ia juga satu jumlah yang agak penting. Tapi itu tidak sepatutnya dijadikan sebab untuk masyarakat melihat keluhan mereka dan mengeluarkan mereka daripada kesusahan.

Mana-mana saja masyarakat, golongan susah, miskin dan papa jika tidak diberikan perhatian akan mendatangkan masalah yang besar kepada keseluruhan masyarakat. Jangan sampai kita biarkan mereka keciciran dan di kesampingkan dari agenda pembangunan kita. Mereka yang susah dan memerlukan wajib dibantu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Mai Tengok Video Bagaimana Polis Menghapuskan Peserta Perhimpunan Aman !

Walau sekeras manapun kepimpinan Najib menafikan kebrutalan mereka menangani para peserta demo aman Bersih 2.0 dengan mengguna dan memerah habis segala media yang mereka ada, ia tidak dapat memadamkan beribu-ribu rakaman yang menjadi bukti keganasan mereka.

Kerajaan boleh memperbodohkan orang-orang kampung yang tinggal di ulu kampung, tapi seluruh dunia tidak dapat ditipu. Bangkai gajah tak mampu ditutup dengan selembar kain pelikat.

Memang betul petua orang bijak pandai, kalau  nak menyelamatkan orang yang kelemasan, bagi dia pengsan dulu sebelum terjun, kalau orang yang datang nak selamatkan dia akan turut sama diheret tenggelam ke dasar air. Tindakan kerajaan mengerahkan segala kuasa yang ada secara tidak bijak menggambarkan orang yang sedang dalam kelemasan. Tengok rakaman yang amat menarik kebrutalan mereka hari sabtu lepas.

Yang paling sedihnya tengok bagaimana saat-saat akhir arwah Baharuddin yang turun dengan hasrat menyumbang untuk reformasi sistem pilihanraya berakhir dengan ....sumber

Kumpulan Anti-Bersih Ugut Tolak Kepimpinan Najib

Satu kumpulan anti-bersih yang bermula dengan Rahmat Azim Abd Aziz, 39 tahun membuat petisyen dan meraya untuk mendapatkan 1 juta sokongan dari rakyat agar Najib melucutkan kerakyatan penggerak Bersih termasuklah Ambiga dan Anwar Ibrahim.

Jika Najib tidak melaksanakan desakan mereka, kepimpinan Najib akan ditolak oleh mereka dan mereka juga mengugut untuk memberontak bagi mempertahankan negara. Setakat ini baru ada 173 sokongan setelah ia dilancar selepas bersih 2.0 hari Sabtu lalu.

Ada rupa nak buat huru hara ka?
Desakan mereka memang bertepatan agar kepimpinan Najib ditolak kerana tidak bijak mengendalikan permintaan rakyat yang mahu berhimpunan secara aman. Sepatutnya Najib perlu gentleman membenarkan usaha melakukan reformasi kepada sistem pilihanraya dan sama-sama berusaha melakukannya.

Sebaliknya Najib melakukan pembohongan demi pembohongan sehingga mencetuskan kacau bilau, mencederakan orang ramai, merosakkan perniagaan orang yang sepatutnya amat baik pada hari sabtu lalu. Najib dan konco-konconya dan yang paling patut dipersalahkan adalah Hisammuddin dan KPN yang menyebabkan semua ini berlaku sehingga ramai yang cedera dan satu nyawa melayang.

Najib juga telah menjatuhkan martabat negara di mata dunia yang selama ini menganggap Malaysia amat terbuka dan ke depan dalam membaiki sistem demokrasi negara. Apa saja yang negatif berlaku akibat dari bersih adalah 110% terletak pada kepimpinan Najib.

Kumpulan Anti-Bersih sepatutnya tidak perlu mengugut Najib untuk tidak menyokongnya, terus tolak sahaja kepimpinan Najib tanpa perlu meminta lucut kerakyatan Ambiga dan Anwar. Mereka tidak bersalah sejak awal. 

Monday, 11 July 2011

Kenapa Cina & India Tak Turun Perhimpunan Bersih !

Bukan tak ada orang Cina, tapi terlalu sedikit berbanding
Melayu. Mana pergi semua cina DAP? adakah takut atau
tak mahu kotorkan baju?
Mungkin soalan di atas berlegar di dalam kepala mereka yang turut turun sama pada hari sabtu lepas samada menyertai ataupun memerhati perhimpunan Bersih 2.0. Terutamanya mereka yang berbangsa Melayu seperti saya sudah tentu soalan tersebut masih lagi terbuku dalam benak fikiran.

Mungkin kerana ia satu persolan yang sensitif maka tak ada yang menyuarakannya takut-takut kalau rakan pembangkang daripada bangsa selain Melayu akan terasa hati.

Sepanjang kejadian lari sana-dan lari sini, berarak sana dan berarak sini, saya sentiasa memerhatikan pola taburan bangsa antara Melayu, Cina dan juga India dan ternyata di mana-mana sahaja saya boleh congak kaum Melayu memenuhi 80% daripada jumlah keseluruhan peserta.


Tadi semasa ditemu bual oleh TV3, Zahrain ada menyebut isu kaum Cina yang tak turun semasa demo tempoh hari, Katanya kaum Cina adalah kaum berniaga dan mereka tak suka kerja-kerja yang boleh mengganggu perniagaan mereka. Dalam semua ulasan Zahrain tadi hanya fakta bahawa melayu paling ramai turun demo saya setuju, ulasan lain hanya sesuai di bakul sampahkan.

Memang saya tertanya-tanya kenapa begitu jauh jumlah orang cina atau india yang turun berbanding orang melayu. Adakah ini sesuatu yang negatif atau sesuatu yang positif.

Kalau dilihat daripada komen-komen Malaysiakini, dan lain-lain berita dalam bahasa inggeris, kita boleh rasakan kaum cina memang tidak berpuas hati dengan kerajaan. Mereka amat kuat menyokong perubahan dan usaha mendesak kerajaan agar lebih telus dan adil.

Yang paling ketara sekali kita lihat adalah kesanggupan orang cina terutamanya memberikan undi mereka pada pembangkang. Dari segi ini ternyata kaum cina lebih ramai yang menyokong PR daripada kaum melayu.

Saya mengjangkakan sudah tentu kaum Cina dan India sekurang-kurangnya sama banyak atau lebih ramai dari keum melayu tetapi ternyata meleset. Dan sebenarnya saya memang tak puas hati dengan DAP dalam hal ini. Mereka cakap memang pandai tapi bila dalam hal-hal demo merekalah yang kecut dulu ghaib tak nampak bayang.

Adakah orang Melayu sahaja yang perlu memberikan komitmen tinggi dalam aktiviti-aktiviti seperti itu dan orang lain hanya selesa melihat dari jauh menjadi juru ulas selepas selesai semua kejadian?

Apa agaknya persepsi bangsa lain terhadap kita yang tidak pernah serik turun ke jalan dan sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menyokong aktiviti seperti itu. 

Rakyat Mahu Najib Blah !!!

Sumber gambar sini
Selepas Bersih 2 berjalan, rakyat nampaknya tidak mudah tertipu dengan laporan berita palsu yang disiarkan oleh media-media utama lidah rasmi kerajaan.

Semua laporan palsu tersebut hanya menyatakan betapa kerajaan berada dipihak yang benar dan Bersih berada dipihak yang salah sehingga ada yang dilabelkan sebagai mahu menghidupkan fahaman komunis.

Permintaan bersih dengan penuh diplomasi, tiada tekanan, penuh kesabaran dipermain-mainkan oleh Najib, Pihak polis dan Hishammuddin.

Minta berhimpun secara aman tidak diberikan, disuruh berhimpun dalam stadium, bila setuju untuk ke dalam stadium, dipermainkan lagi dengan tidak mengeluarkan permit.

Kemudia disuruh keluar dari bandaraya pada minit terakhir yang mereka sendiri tahu mustahil dan tidak dapat dilakukan oleh Bersih...akhirnya dengan gelak ketawa mereka siarkan seluruh negara betapa Bersih adalah kimpulan jahat, derhaka pada raja, kacau peniaga, mahu kotorkan imej kerajaan, menyerang polis, membawa senjata, membawa bom, membawa kanak-kanak...dan berbagai 1001 lagi benda jahat yang dilabelkan pada bersih dan semua mereka yang mengikutinya.

Saya yakin mereka embuat semua itu dalam keadaan tertawa terbahak-bahak kerana rasa puas mempermainkan Bersih dan mereka puas memperbodohkan rakyat.

Selepas saja bersih, usaha mengumpulkan persetujuan orang ramai seramai 100,000 orang untuk bersetuju bahawa Najid jahat dan perlu blah dilancarkan dan dalam masa tak sampai 2 hari saja jumlah tersebut telah dicapai.

Kini jumlah tersebut akan dijadikan 1 juta untuk menarik perhatian najib bahawa rakyat sedar bahawa dia pembohong dan semua media pembohong dan Hishammuddin juga kuat pembohong.....Najib, KPN, Hishamuddin, Muhyiddin dll boleh blah!

Sunday, 10 July 2011

Kami Mempertahankan Istana Negara Dan Stadium merdeka Dari Dicemari - Abdul Azeez

sumber gambar sini
Patriot akan tetap mempertahankan kedaulatan negara daripada pengkhianat. Itu kata Abdul Azeez salah seorang pemimpin kanan kumpulan haram Patriot.

Abdul Azeez juga menegaskan mereka bersedia mempertahankan Istana Negara dan Stadium Merdeka daripada disentuh oleh mereka yang kotor (TPM labelkan Bersih sebagai Kotor). Itulah sebabnya mereka mengumpulkan terlalu ramai pemuda (jumlah tak dapat dikira semalam kerana terlalu ramai) bagi mempertahankan Yang di-Pertuan Agong daripada diserang oleh puak pengganas.

Jika ada mana-mana pihak yang berani dan kurang ajar yang mahu mencabar kedaulatan negara, awas ! kami tidak akan segan-segan untuk mengumpulkan lagi ratusan ribu para pemuda yang akan menjadi perisai mempertahan negara.

Abdul Azeez dikhabarkan menggeletar marah dan terpaksa dipegang oleh lebih sepuluh tukang kipasnya ketika memberi amaran terhadap mereka yang cuba mencabar negara. Kesemua yang memegangnya terpaksa menyabarkan Azeez dan menyuruhnya beristigfar dan bawa bersabar.

Tadi di berita utama TV3 Abdul Azeez menceritakan betapa kecewanya dia apabila kesemua yang hadir dalam perhimpunan bersih semalam sebenarnya telah diupah oleh pihak pembangkang sebanyak RM200 seorang. Dia punya bukti dengan kenyataannya itu.

Abdul Azeez nampaknya sedang berusaha keras menonjolkan dirinya kepada PM. Dia benar-benar berusaha mempertahankan BN (Bukan negara) dan kedaulatan Umno (Bukannya Raja).

Walaupun ternyata mereka hanya berjaya mengumpulkan tak lebih 500 orang semalam mereka masih lagi berlagak ugut nak kumpul ratusan ribu pemuda, memang dasar tebal muka sungguh dia ni.

Sebenarnya yang paling dikesalkan sekali ialah apabila dia percaya dengan pembohongan kononnya semua yang datang dibayar RM200, kalau dia tahu tentu dia akan tawar lebih sikit, begitulah agaknya sangkaannya.

Kenapa Dakwat Kekal Tak Boleh Digunakan Dalam Pilihanraya - SPRM



Kenapa Bersih mendesak penggunaan dakwat kekal dalam Pilihanraya adalah kerana untuk memastikan bahawa tidak ada undi 2 kali berlaku bagi setiap individu yang layak mengundi. Jelas dan nyata tujuan tersebut dan amat mudah untuk difahami.

SPRM menjawab tak boleh kerana tidak ada dalam perlembagaan yang membolehkan kita menghalang seseorang individu yang ada dakwat pada jarinya dari menjalankan tanggung jawabnya mengundi.

Contohnya jika seseorang termandi dakwat dan datang mengundi sedangkan dia belum lagi mengundi macam mana kita nak buat?

Jika ada seseorang yang dengan tidak sengaja tercelup jarinya dalam dakwat datang untuk mengundi, macam mana nak buat?

Tidak ada dakwat kekal dalam dunia ini, setiap dakwat sudah pasti ada bahan yang mampu melenturkannya, jadi pi mai pi mai sama jugak, orang masih boleh datang mengundi 2 kali.

Jika memang ada wujud seorang sahaja yang boleh datang tampil ke depan dan membuktikan bahawa dia mengundi 2 kali, barulah SPRM akan mengaku memang kes undi lebih dari sekali memang wujud.

Berdasarkan semua itu, desakan penggunaan dakwat untuk pilihan raya tidak masuk akal dan tidak dapat dijalankan di negara kita.

Perlu ada satu cara lain yang lebih canggih yang sempurna mutlak, tidak ada cacat celanya, sahih dan yang termoden di atas muka bumi ini, di reka khas bagi mengatasi masalah tersebut...dan ia adalah penggunaan biometrik.

SPRM sedang berusaha mengaplikasikan penggunaannya dan ia mungkin memakan masa sedikit, sabarlah kedatangannya dalam tempoh lebih kurang 240 tahun lagi akan siaplah sistem tersebut, itupun kalau tak ada apa-apa halangan.

Sebenarnya alasannya mudah saja, "tak mau"...maka bermula dengan tak mau, carilah 1.1 juta alasan bagi mengukuhkan alasan 'tak mau' tersebut.

Tetapi kalau kata 'mau', maka bermulalah usaha bagi mencari jawapan macam mana nak jayakannya.

Pembangkang Pesong niat Bersih - Hishammuddin

Bersih dah berlalu semalam dengan penagkapan seramai 1,401 orang termasuk Ambiga dan juga beberapa pemimpin pembangkang. Media pro kerajaan menonjolkan betapa Bersih sebenarnya adalah agenda pembangkang dan bukanlah satu pergerakan bebas yang mahu menuntut pembaharuan kepada sistem demokrasi. Buktinya adalah apabila ramai dikalangan pemimpin pembangkang yang menyertai perhimpunan tersebut dan ramai juga yang tertangkap termasuklah Tuan Guru Haji Hadi, presiden Pas.

Kalau ada sesiapa yang mendakwa Bersih tak ada kena mengena dengan politik, memang dia tak cukup waras. Kalau ada orang yang hairan kenapa pembangkang terutamanya Pas menyokong dan menyertai Bersih sudah tentu orang tersebut selama ini bersuluk di dalam hutan.

Memanglah Bersih ada kena mengena dengan politik. Tuntutan reformasi terhadap sistem pilihanraya adalah agenda politik. SPRM yang ada di negara kita adalah badan yang menguruskan aktiviti politik, bagi mengatur pilihanraya antara Parti-Parti yang bertanding. Memang bersih muncul kerana Politik, apa yang nak dihairankan.

Bersih tidak akan wujud dan negara tidak memerlukan SPRM jika sistem perlantikan pemerintah di negara kita bukan melalui pertandingan pilihanraya atau jika negara kita hanya ada satu parti sahaja iaiatu parti kerajaan dan tidak wujud parti pembangkang.

Jika tidak ada pembangkang, buatlah apa sahaja yang kerajaan suka buatlah apa saja sistem perlantikan pemerintah yang mereka suka, nak lambung duit ka, nak ooo-som ka, atau apa-apa saja yang terlintas dihati mereka, tak akan ada yang membantah. Tetapi semua itu adalah mustahil kerana manusia bukanlah makhluk keras seperti seketul batu. Tiada daya melawan, tiada upaya membantah.

Maka mahu tak mahu tetap akan wujud pembangkang yang sentiasa berusaha mencabar kerajaan yang berkuasa. Maka wujudlah pertandingan yang memerlukan satu pihak ketiga yang bertindak sebagai orang tengah. Apabila orang tengah merangka undang-undang pertandingan maka amat penting peraturan yang dirangka itu adalah adil dan saksama bagi kedua-dua belah pihak.

Adat masuk bertanding sudah tentu bermatlamatkan kemenangan, kalau tak ada niat nak menang tak payah bertanding. Sebab itu segala ruang yang boleh menyebabkan kekalahan perlu dilihat dikaji dan ditutup bagi memastikan kemenangan dan sudut yang paling utama yang perlu dilihat adalah peraturan pertandingan yang tidak berat sebelah. Mengapa perlu menghabiskan tenaga berlebihan dalam pertandingan yang berat sebelah.

Menang dalam sesebuah pilihanraya menjanjikan kuasa memerintah, itulah piala kemenangan yang dijanjikan dan itulah yang menjadi rebutan, jadi apabila pihak pembangkang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kuasa bukanlah sesuatu yang pelik dan tidak bermaruah, itu perkara biasa. Adalah amat menghairankan apabila ada orang yang melabelkan Pas sebagai gila kuasa kerana bersungguh-sungguh berusaha mahu menang pilihanraya.

Memang Bersih adalah agenda pembangkang yang sedang berusaha membaiki sistem pilihanraya yang dilihat berat sebelah agar setiap pertandingan yang bakal berlansung pada masa depan menjanjikan pertandingan yang saksama kepada semua pihak. Ia adalah agenda jangka panjang bagi menyediakan landasan yang lebih sempurna untuk anak-cucu rakyat Malaysia.

Cerita Sedih Ibrahim Ali Dan Perkasa-nya !

Bom kuat !!!
Mari bersimpati dengan Ibrahim Ali dengan kumpulan Perkasanya kerana kononnya kesemua 50 buah bas yang bergerak menuju ke pusat bandar dari seluruh negara rosak dan tak dapat meneruskan perjalanan mereka.

Sebab itu kawasan Tasik Titiwangsa tak ada orang kecuali beberapa orang anggota polis dan juga mereka yang datang berjogging. Ketua Perkasa sendiri tak nampak batang hidung, alasannya adalah kerana namanya tersenarai dalam mereka yang dilarang masuk bandar.

Pemuda Umno baguih sikit dari kumpulan Perkasa nampaknya. Harap-harap selepas ini tak payahlah media perdulikan apa saja aktiviti dan kenyataan yang Perkasa buat terutamanya Ibrahim Ali. Malu...malu !!!

Baca sini.