Pages

Saturday, 25 June 2011

Patutkah Anwar Ibrahim Letak Jawatan ?

Berikutan pendedahan dari kamar mahkamah dalam kes perbicaraan Trio Bersaudara baru-baru ini yang melaporkan bahawa pakar dari Amerika menyatakan bahawa 99.999999% pelakon lelaki bersama jalang cina adalah MIRIP Anwar Ibrahim maka semua MP Bebas menggesa Ketua Pembangkang tersebut meletakkan jawatannya dan bersara dari arena politik.

Persoalannya adakah Anwar patut letak jawatan?

Kalau dahulu dia dituduh liwat sampai 3 orang ketika memegang jawatan TPM, itupun dia tak letak jawatan sampai disingkirkan dengan kejam....inikan pulak hanya kes video.

Jawapannya ringkas saja...IKUT SUKA DIALAH NAK LETAK JAWATAN KE TIDAK HANGPA PEDULI APA???

Betulkah Sistem Pilihanraya Kita Bersih ?

Alasan SPR dan lain-lain yang pro kerajaan untuk mengatakan bahawa sistem pilihan raya di negara kita adalah amat bersih telus dan prihatin:

  1. Kalau tak bersih kenapa pembangkang boleh nafikan kemenangan 2/3 kerusi parlimen BN dalam PRU-12 sebelum ini?
  2. Kalau tak bersih kenapa pembangkang boleh sapu 5 negeri jatuh ke tangan mereka?
  3. Semua pilihan raya di negara lain seperti Amerika, Australia, dan lain-lain juga ada kecacatan dalam pilihan raya mereka.
  4. Parti AK di Turki hanya menang 50% dari kerusi walaupun mereka amat popular di negara mereka.
Nota: Dua alasan terakhir adalah ulasan yang diberikan khas oleh YB Zul Noordin Kulim.


Agaknya dengan meninjau semua alasan kat atas tu adakah ia menjawab soalan-soalan berikut:


  1. Adakah senarai pengundi yang ada pada SPR adalah senarai yang up-to-date dan dikemas kini dan tiada lagi nama mereka yang meninggal dunia, tiada lagi 2 atau 3 nama yang sama mengundi di tempat yang berbeza.
  2. Adakah undi Pos itu telus dan boleh dipercayai oleh mereka yang waras.
  3. Apa susah sangatkah mengadakan proses calit dakwat pada jari pengundi selepas dia menunaikan tanjung jawabnya agar tak ada mangkuk yang pergi pangkah di 3 tempat mengundi yang berbeza.
  4. Apa tak bolehkah atau susah sangatkah SPR nak bagi kempen sekurang-kurangnya 21 hari sebelum hari mengundi.
  5. Kenapa tak bagi laluan yang saksama terhadap media utama negara ketika setiap kali pilihan raya? dahlah SPR pendekkan tempoh berkempen, pembangkang pulak tenggelam terus daripada media arus perdana di seluruh negara sedangkan media berpesta berkempen utk kerajaan tanpa batasan dan kekangan.
  6. Kenapa SPR tak pernah komen atau ambil tindakan terhadap cara BN mempergunakan jentera kerajaan, kewangan kerajaan khas untuk melobi pengundi. Itu belum kira lagi saguhati berupa wang dan barangan kepada rakyat yang sumbernya entah dari mana datangnya.
Tiada sesiapa dapat menafikan bahawa jika semua yang di atas dilaksanakan belum tentu pembangkang boleh menang dan menguasai Malaysia, namun sekurang-kurangnya kita puas bertanding di lapangan yang sama rata dan kita yakin itu merupakan pilihan rakyat.


Pasangan Bercerai Berlaku Setiap 15 Minit Di Malaysia !!!

Institusi keluarga sedang dilanda masalah kronik di negara kita. Laporan menunjukkan terdapat satu kes perceraian berlaku setiap 15 minit. Apakah majoriti kes perceraian berpunca daripada masalah seks?

Berita yang agak melegakan adalah kajian menunjukkan bahawa 98% daripada remaja menolak seks sebelum berkahwin. Kajian dilakukan pada 2 negara iaitu Malaysia dan juga Indonesia.

Dalam satu kaji selidik lain, sebanyak 69% daripada wanita negara kita percaya wanita perlu memakai tudung manakala di Indonesia pula hanya 38% wanita merasakan wanita perlu memakai tudung.

Dalam kes poligami, 72.7% daripada kaum wanita negara kita menolak poligami manakala di Indonesia pula sebanyak 86.5% menolak poligami. Wanita negara kita nampaknya lebih banyak yang menerima poligami, namun jumlahnya masih terlalu sedikit. Memang itu lumrah manusia terutamanya wanita.

Semua kajian di atas dibuat berikutan isu penubuhan kelab isteri taat yang mencetuskan perbahasan hangat di negara kita. Malah kelab tersebut telah menjalar luas ke negara-negara lain dengan begitu aktif sekali. Baca laporannya di sini.

Friday, 24 June 2011

Sex, Lies and Videotape in Malaysia

Three who exposed Anwar video – if it was him – are  happy to plead guilty



Three men known collectively as “Datuk T” pleaded guilty Friday in a Kuala Lumpur magistrate’s court to screening a videotape in March allegedly featuring Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim having sex with a Chinese prostitute earlier this year.
The three are former Malacca Chief Minister Abdul Rahim Thamby Chik, a stalwart of the United Malays National Organization, Shazryl Eskay Abdullah, formerly a close friend of and fundraiser for Anwar, and Shuib Lazim, former treasurer of the Malay supremacy NGO Perkasa, which is closely aligned with former Prime Minister Mahathir Mohamad.   The three said they had made the video to demonstrate that Anwar wasn’t qualified to be prime minister.
The three are Datuks, a minor honorific about equivalent to the British title of squire and the lowest level in the country’s list of titles bestowed on businessmen and others.  They entered the courtroom wearing broad smiles and waving to the crowd.
Anwar, his family, his political party Parti Keadilan Rakyat and the opposition coalition Pakatan Rakyat have continued to insist that a stunt double made the film, which was shown to reporters under mysterious circumstances at a prestigious hotel.  They have been demanding that charges of distributing pornography be lodged against the three over the video, which has since pretty much gone viral across Malaysia.
That strategy may have backfired, since it allowed the three, who appeared in court Friday, to deliver what they said was an analysis by experts from Dartmouth College in the United States that the video was authentic. Thamby Chik’s lawyer Muhammad Shafee Abdullah later told reporters that the experts said it was “99.99 percent certain” that the man in the video was Anwar......continue reading...

ANALISA PILIHANRAYA TURKI DAN DISKUSI BEDAH PEMIKIRAN RACID GHANNOUCHI

Tarikh : Sabtu, 25 Julai 2011
Masa : 10.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Dewan Masjid UIA Petaling Jaya

Panelis :
YB Dr. Zulkifli Ahmad 
(Ahli Parlimen Kuala Selangor)
(Idea-idea Asas Ghannouchi dan Relevensi Pemikirannya Dalam Konteks Masyarakat Malaysia)

Zulkifli Sulong 
(Wartawan Harakah)
(Analisis Kemenangan AKP dalam PRU Turki)

Semua dijemput hadir

Thursday, 23 June 2011

Serah Memo Pada Agong Kerja Sia-Sia - Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Agong hamyalah satu simbol, simbol dalam perlembagaan dan tidak ada apa-apa kuasa eksekutif dan tidak ada apa-apa peranan dalam penguatkuasaan, semua itu ada pada Perdana Menteri. kalau mahu serahkan apa-apa memorandum adalal lebih sesuai serahkan pada PM. Demikian kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi ketika ditanya komennya tentang Bersih 2.0

Katanya lagi kalau adapun kuasa atau peranan agong, ia adalah dalam lingkungan hal ehwal Bumiputera dan Islam. Itupun katanya lebih elok dan sesuai serahkan bantahan seumpama itu kepada kuasa eksekutif iaitu PM.

Tetapi kalau ada sesiapa perlekeh kuasa agong atau kuasa raja-raja, maka bala akan menimpanya apabila tindakan diambil oleh penguatkuasa.

Adoi rasanya macam terawang-awang tentang falsafah perlembagaan beraja ni, raja adalah seseorang yang amat berkuasa dan dalam masa yang sama tak boleh buat apa-apa....sikit punya pening, lebih mudah baca hikayat Mahabrata, walaupun tidak berpijak dibumi nyata masih ada kepala ekor ujung pangkalnya.

SIS Dapat Anegerah "Casa Asia Award 2011"

Pengasas Sister in Islam, Zainah Anwar
NGO, Sister in Islam menerima anugerah di atas atas kehebatannya mempromosikan dialog, perbincangan dan berusaha memahamkan masyarakat matlamat mereka untuk meletakkan wanita sama taraf dengan lelaki.

Mereka banyak mempersoalkan undang-undang syariah yang dianggap mendiskriminasikan kaum wanita. Salah satu contoh ketara adalah dalam kes kartika yang dihukum rotan oleh mahkamah syariah dianggap mereka sebagai tidak adil.

Baru-baru ini juga mereka menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap kelab isteri taat yang bagi mereka merupakan salah satu kegagalan masyarakat meletakkan kaum wanita pada martabat yang sepatutnya.

SIS merupakan satu pertubuhan yang dianggotai oleh wanita berkarier tinggi seperti peguam, doktor, aktivis masyarakat, wartawan dan lain-lain. Mereka memang rajin dan ligat dalam memperjuangkan apa yang dikatakan mereka sebagai hak wanita.

Dengan anugerah tersebut akan bertambah yakinlah mereka untuk meneruskan perjuangan mereka dengan lebih gigih sehingga kaum wanita disama tarafkan dengan kaum lelaki. Mungkin mereka mahu kes seperti Amina Wadud menjadi imam solat jumaat menjadi perkara biasa di Malaysia!

Tuesday, 21 June 2011

Hackers Seluruh Dunia Bergabung Serang Semua Kerajaan, Bank & Korporat Keparat !

Kalau sebelum ini kerajaan Malaysia di serang oleh kumpulan yang menamakan mereka "anonymous" kerana Malaysia dilihat cuba menyekat kebebasan alam cyber yang menimbulkan kemarahan mereka, kini satu lagi kumpulan yang bernama "Lulzsec" telah bergabung dan menyeru semua para penggodam seluruh dunia menyertai mereka dalam operasi yang dinamakan " AntiSec".

Matlamatnya mudah sahaja iaitu menjahanamkan semua kerajaan, bank dan korporat yang berselindung di sebalik jawatan mereka untuk melakukan segala kemunafikan, korupsi dan seribu satu lagi pembohongan semata-mata untuk membuncitkan tembolok mereka.

Segala transaksi yang disekat kerana menghalang kebocoran maklumat pendedahan jenayah kolar p[utih mereka akan diserang oleh gabungan semua penggodam. Segala kesalahan akan didedahkan oleh kumpulan tersebut agar seluruh dunia dapat menyaksikan wajah sebenar para penjenayah peringkat tinggi.

Baca surat seruan daripada mereka di bawah:


Salutations Lulz Lizards,
As we're aware, the government and whitehat security terrorists across the world continue to dominate and control our Internet ocean. Sitting pretty on cargo bays full of corrupt booty, they think it's acceptable to condition and enslave all vessels in sight. Our Lulz Lizard battle fleet is now declaring immediate and unremitting war on the freedom-snatching moderators of 2011.
Welcome to Operation Anti-Security (#AntiSec) - we encourage any vessel, large or small, to open fire on any government or agency that crosses their path. We fully endorse the flaunting of the word "AntiSec" on any government website defacement or physical graffiti art. We encourage you to spread the word of AntiSec far and wide, for it will be remembered. To increase efforts, we are now teaming up with the Anonymous collective and all affiliated battleships.
Whether you're sailing with us or against us, whether you hold past grudges or a burning desire to sink our lone ship, we invite you to join the rebellion. Together we can defend ourselves so that our privacy is not overrun by profiteering gluttons. Your hat can be white, gray or black, your skin and race are not important. If you're aware of the corruption, expose it now, in the name of Anti-Security.
Top priority is to steal and leak any classified government information, including email spools and documentation. Prime targets are banks and other high-ranking establishments. If they try to censor our progress, we will obliterate the censor with cannonfire anointed with lizard blood.
It's now or never. Come aboard, we're expecting you...
History begins today.
Lulz Security

Monday, 20 June 2011

Kalau Ibrahim Ali Mati Dalam Perhimpinan Bersih, Adakah Dia Syahid ?

Taukeh Perkasa kali ini benar-benar mahu menunjukkan bahawa dia mempunyai sokongan orang Melayu yang paling ramai di Malaysia. Bagi mewakili orang Melayu yang katanya akan kebuluran dan kesusahan akibat diganggu perhimpunan Bersih 2.0 bula depan.

Memandangkan segala ugutan dan acahan Perkasa lansung tidak dihiraukan, maka dia tidak ada pilihan melainkan turun berarak dan bertembung untuk bertempur dengan pasukan Bersih. Kali ini dia benar-benar mahu tuinjuk bahawa Perkasa amat kuat dan Ibrahim Ali terutamanya ada kuasa Perkasa dan sanggup mati demi Melayu.

Masalahnya adalah, satu kumpulan sekurang-kurangnya seramai 300,000 orang yang akan bertembung dengan satu kumpulan lagi yang mungkin paling ramaipun dalam lingkungan 300 orang sahaja bakal mencetuskan satu persaingan yang amat berat sebelah. 300 orang merupakan satu jumlah yang paling banyak mampu dikumpulkan oleh Ibrahim Ali. Jesteru itu kita boleh mengjangkakan apa yang bakal berlaku padanya. Jika jadi begitu bolehkah kita katakan dia syahid?

  1. Mengikut Datuk Noh Gadut, disebabkan Ibrahim Ali tak pasal-pasal nak turun bertempur dengan perhimpunan bersih pada demo tersebut menjadikan ia boleh mendatangkan bahaya. Kalau tak ada Perkasa, ia hanyalah satu perhimpunan aman. Ibrahim Ali sengaja mencampakkan dirinya dalam mara bahaya yang lebih banyak mendatangkan mudharat daripada merokok maka sudah tentulah hukumnya adalah HARAM.
  2. Perkasa berjuang atas nama Melayu bukanlah atas nama Islam. Oleh kerana dalam definisi perlembagaan Melayu itu beragama Islam maka ia hanyalah faktor kedua yang datang selepas Melayu. Jikalau Melayu didefinisikan sebagai beragama Animisme yang menyembah pokok, busut dan tahyul, maka sudah tentu secara tidak lansung Perkasa akan mempertahankan Animisme pulak. Jadi apa saja tindakan Perkasa tak ada kena mengena dengan agama.
  3. Berdasarkan 2 faktor di atas ternyatalah kalau dia terpijak dan mati lumat dalam pertembungan tersebut statusnya hanyalah "mati katak" sahaja. Rasa macam sesuai sangan perkataan katak itu dengannya.
Kalau ada sesiapa yang kenal dia eloklah nasihatkan untuk duduk diam-diam atau melaung dari jauh saja sambil lari apabila diperhatikan orang ramai, lebih selamat.

Kenapa Orang Melayu Mesti Sokong Pas !

  1. Samada orang Melayu mahu berubah atau tidak mahu berubah, hakikatnya penguasaan BN adalah lemah dan semakin lemah sekarang dan dalam masa mendatang. BN bukan lagi menjadi kuasa dominan di negara Malaysia.
  2. Berdasarkan trend sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini, jika trend berterusan bermakna PR akan menambah lagi kerusinya sebanyak 27 kerusi lagi di Parlimen menjadikan semuanya 109. Jumlah ini hanya kurang 5 kerusi sahaja untuk memerintah negara.
  3. Jika ini terjadi kerajaan atau pembangkang daripada PR akan didominasi oleh bukan Melayu dalam kerusi-kerusi yang dimenangi di Parlimen manakala BN akan di dominasi oleh Melayu sedangkan mereka tak kuat.
  4. Pas melihat perkembanganm tersebut dan melakukan perubahan drastik dengan membuat pertukaran strategi dalam pemilihan serta arah tuju kepimpinan parti tersebut bagi memastikan sokongan Melayu bertambah kepada parti Pas. Ini adalah untuk mengimbangi jumlah kerusi yang dimenangi oleh pakatan dan seterusnya jika pakatan menang satu kerajaan yang seimbang dan kuat akan terbentuk di Parlimen.
  5. Ringkasnya orang Melayu perlu undi Pas dan meninggalkan Umno sebagai parti harapan mereka untuk menerajui negara Malaysia. Pas sudah berubah, lebih berpijak di bumi nyata dan realistik. Pas bukan lagi Taliban Nusantara. Pas punyai ramai pemimpin pelapis yang hebat-hebat berbanding Umno yang sudah ketandusan Pemimpin sekarang dan yang paling pentingnya adalah para pemimpin Pas jauh lebih ikhlas dan rendah diri daripada Umno.

Kerajaan Perak Lulus Tanah 60 Hektar Pada Syarikat Tidak Aktif

Pelik bin ajaib apabila sebuah syarikat tidak aktif yang hanya mempunyai modal RM100 di anugerahkan sebidag tanah seluas 60 hektar bagi memajukan projek gas asli yang bernilai RM5.8 Billion !

Agak-agaknya bagaimana sebuah syarikat yang tidak aktif, tidak mempunyai rekod di SSM dan hanya ada RM100 modal berbayar mampu membangunkan projek yang bernilai berbillion-billion ringgit tersebut.

Baru-baru ini exco kanan Kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman mengumumkan bahawa kerajaan berjaya menarik pelaburan bagi mengusahakan projek pengeluaran gas bernilai RM5.8 billion.

Sudah tentu ada yang akan jadi jutawan segera apabila syarikatnya dianugerahkan sebidang tanah seluas 60 hektar. Tanah seluas itu boleh dicagarkan pada mana-mana bank untuk mendapatkan wang modal buat berniaga dan perniagaanpun sudah ada, diberikan sendiri oleh kerajaan negeri Perak.

Hahaha macam nilah hero-hero businessman kita dibina melambung naik menjadi jutawan dan kemudiannya mereka ini juga akan sering diundang untuk berucap pada para usahawan atau bakal usahawan, lalu terhamburlah nasihat yang penuh sardis agar para usahawan membina jiwa kental , menambah ilmu, jujur, sanggup gagal, kuat bersaing, sabar 50 kali sabar, dan seribu satu macam lagi nasihat peringkat tinggi.....

Dan para usahawan lain pun kagum padanya dan berkata dalam hati...patutlah dia berjaya!

Maklumat diambil dari Sinarharian, 19 jun 2011 m/s 19

Bersih 2.0 Akan Dibatalkan - Anwar

Kalau nak batalkan perhimpunan Bersih memang boleh, asalkan Perdana menteri mahu janji untuk mengadakan pilihan raya yang telus dan bersih dari sebarang penipuan dan penyelewengan, kata Anwar Ibrahim.

Kalau Najib janji untuk adakan PRU-13 yang bersih termasuk membersihkan senarai daftar pengundi, Anwar sendiri akan "mengarahkan" Ambiga untuk membatalkan perhimpunan tersebut.

Dari ayat di atas nampak jelas Ambiga berada di bawah telunjuk Anwar Ibrahim yang boleh memberikan arahan samada untuk meneruskan atau membatalkan perhimpunan Bersih yang bakal diadakan bulan depan.

Patutlah BN marah dengan perhimpunan Bersih, mereka berkata himpunan bersih telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Walaupun Ambiga menafikan bahawa mereka dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan arau musluhat peribadi mereka, namun nampaknya kenyataan Anwar menunjukkan sebaliknya.

Tertanya-tanya jugak kalau Mat sabu yang menelefon Ambiga untuk membatalkan Bersih 2.0 agak-agaknya Ambiga akan ikut ke tidak...?

Laporan asal kat sini.