Pages

Saturday, 18 June 2011

Utusan Malaysia Haram Di Kelantan Dari Sebarang Liputan !!!

Kerajaan negeri Kelantan hari ini mengumumkan pengharaman kepada Utusan Malaysia daripada membuat sebarang liputan acara yang melibatkan Menteri besar dan juga semua persidangan DUN Kelantan.

Sebelum ini Utusan malaysia turut diharamkan membuat liputan di Pulau Pinang kerana sikap mereka yang suka mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum.

Kini di kelantan mereka diharamkan kerana penyiaran kartun yang menghina agama. Semua liputan diharamkan di kelantan selagi mereka tidak memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.

Apalah biulnya perangai editor Utusan Malaysia yang ada sekarang ini nampaknya lebih teruk daripada Datuk Zam dulu. Nampak sangat mereka punya agenda peribadi untuk golongan tertentu daripada sikap mereka yang saling bertentangan.

Kalau di Pulau Pinang mereka melaungkan jeritan pendekar mereka kerana kononnya mempertahankan Islam tapi kini mereka juga yang mempersenda-sendakan agama yang kononnya mereka pertahankan.

Pelancongan "Gay" Bernilai EUR 3.2 Billion ! - Masalah Sosial Ini Sudah Terlalu Besar Untuk Disekat

Perarakan Gay di Tel Aviv
Semua orang setuju bahawa arak memang mendatangkan banyak kerosakan. Judi juga satu aktiviti yang banyak mendatangkan keburukan. Kedua-duanga diharamkan dalam Islam.

Tetapi untuk menjatuhkan industri arak dan judi dengan mengharamkannya adalah sesuatu yang hampir mustahil. Negara kita sendiri yang mengumumkan pada dunia bahawa Malaysia sebuah negara Islam tidak dapat menghalang kegiatan judi dan arak daripada menjadi salah sebuah industri yang diiktiraf.

Kenapa kita menjadi lemah dan tidak ada kekuatan untuk menghapuskan industri arak dan juga judi jika semua akui keburukannya? jawapannya adalah disebabkan oleh kepentingan ekonomi terhadap kedua-dua industri tersebut.


Kita boleh rumuskan bahawa apabila sesuatu yang mendatangkan keburukan berjaya membina kekuatan dan kepentingan ekonomi kepada sesebuah negara dan umumnya dunia, maka dunia samada secara rela atau tidak rela akan memberikan laluan kepada kegiatan tersebut diiktiraf sebagai sah.

Begitulah juga yang sedang berlaku kepada kegiatan gay atau homoseksual sekarang ini. Sebagaimana tajuk di atas, industri pelancongan gay sahaja bernila EUR 3.2 billion sekarang ini. Kaum gay merupakan golongan yang kuat berbelanja dan mereka gemarkan barangan mewah dan berjenama.

Kalau kita perhatikan banyak agen-egen pelancongan sekarang ini menyediakan pakage khidmat pelancongan khas untuk para gay di seluruh dunia. Expo Pelancongan Gay sekarang ini merupakan aktiviti tahunan yang banyak dianjurkan di seluruh dunia. Tel Aviv merupakan bandaraya yang menjadi pusat kepada industri pelancongan gay dunia sekarang ini.

Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai nilai pasaran perniagaan untuk kaum gay sekarang boleh klik di sini. Lihat di google betapa meriahnya promosi pelancongan gay di dunia maya kat sini.

Nampaknya arus kerosakan manusia sudah terlalu kuat untuk dibendung, perkara yang haram dan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia sudah diiktiraf dunia, sampai bila kah agaknya kita, anak isteri kita, keluarga kita, saudara mara kita dan seterusnya keturunan kita mampu bertahan? Moga Allah selamat dan pelihara kita.

Wednesday, 15 June 2011

Mat Sabu - Antara 'Ok' dan 'Tak Ok'

Kalau Mat sabu boleh tegur orang lain yang dianggapnya tersesat jalan, namun apabila ada orang lain pula tegur Mat Sabu kerana dianggap terlebih cakap ada pula peminat setia Mat Sabu dan penyokong tegarnya yang panas telinga tak tahan dan tak sanggup orang tegur 'idola' mereka.

Apa salahnya menegur, kalau kita tak buat salah ambil saja teguran itu untuk masa mendatang, kalau salah cubalah berubah, tak payahlah nak maki-maki kata orang bodoh atau bangang dan sebagainya macam mana ada orang-orang tertentu yang suka maki-maki orang di atas pentas.


mari kita lihat beberapa kenyataan Mat sabu yang 'Ok':

  1. Pas tak sesekali bekerjasama dengan Umno.
  2. Haji Hadi boleh ganti Anwar Ibrahim.
  3. Skandal seks, tak apa, kisah lama.
  4. Perkasakan majlis syura ulama.
  5. Belum tentu PR boleh menang sekali lagi di Selangor.
  6. Perubahan struktur kepimpinan Pas adalah persediaan untuk PRU.
kenyataan Mat Sabu yang 'Tak Ok':
  1. Yakin menang kalau bertanding sekarang di Bukit Bintang. Nampak yakin terlebih dan cakap besarpun ada.
  2. Mahu ubah kawasan pertandingan untuk lawan tempat yang ramai bukan melayu kerana orang bukan melayu telah ramai yang sokong Pas. Sedarlah sikit orang cina sokong Pas sebab DAP atau PKR geng Pas, kalau Pas sendiri-sendiri belum tentu orang cina nak bagi kat Pas. Jangan lah nak perasan sangat.
  3. Tidak ada strategi untuk mengembalikan sokongan orang melayu pada Pas, Mat Sabu asyik seronok highlight orang cina sokong Pas.
  4. Kenyataannya agar mencontohi Pulau Pinang juga seperti asyik memuji-muji DAP, dah masih berkisar dalam usaha nak tawan hati orang cina untuk sokong Pas, kerajaan pimpinan orang Melayu di kedah dan Kelantan lekeh!. Kalau nak perlekehkan sangat Kelantan dan Kedah perlekehkan di dalam mesyuarat Pas secara tertutup berserta dengan fact&figure, bukankah dia orang no 2 Pas?
  5.  Orang Pas berebut beratur untuk dapatkan jawatan Datuk. Kerana kita tak sudi di beri jawatan Datuk janganlah kita anggap orang lain lekeh, sebenarnya bagi tahu kat orang yang kita menolak untuk jawatan datuk menunjukkan kita besar diri dan rasa lebih hebat dari orang lain. Baca sini
  6. Mungkin akan ada lagi kenyataan demi kenyataan tak ok Mat sabu....atau mungkin tak ada dah...wallahu'alam.

Tuesday, 14 June 2011

Mat Sabu Masih Tak Sedar Dia Timbalan Presiden - Bangunkan Dia Segera !!!

Mat Sabu perlu ingat bahawa dia adalah orang nombor dua parti selepas presiden, semua kenyataan yang keluar dari mulutnya didengari, diperhatikan dan diambil pakai sebagai kata-kata keramat pemimpin Pas.

Kalau dulu dia hanyalah orang kecil dalam kepimpinan Pas, dia boleh buat lawak bodoh dan berseloroh ikut suka hati dia dan semua orang anggap itu modal pelaris ceramah politik Mat Sabu.

Namun kini semua itu tidak boleh diamalkan lagi oleh Mat Sabu. Berkemungkinan besar Mat Sabu masih menganggap dia sedang bermimpi bahawa dia orang no 2 parti, dan dia masioh tertunggu-tunggu bila dia akan dikejutkan!

Baguslah kalau Mat Sabu berterusan buat kesilapan demi kesilapan dalam masa awalnya agar ramai yang perasan kesilapan tersebut dan segera sedarkan Mat Sabu.

Banyak kenyataannya seperti menawan Bukit Bintang agak keterlaluan dan tidak mencerminkan sebagai pimpinan tinggi Pas, dia seperti terburu-buru membuat sebarang kenyataan tanpa menimbangkan kesan di sebalik kenyataan tersebut.

Nah sekarang dah ada yang mula menyanggah keceluparannya, bangunlah Mat Sabu banyakkan kerja dan kuranglah berkata-kata. Antara sebab manusia ramai masuk neraka adalah kerana mulutnya.

Lebih banyak kita bercakap lebih banyaklah kita berkemungkinan buat dosa, sebab itulah ada antara sahabat yang memasukkan batu ke dalam mulut mereka, ini menggambarkan betapa takutnya mereka terhadap keterlanjuraqn berkata=kata.

Tuduhan Tun M Dan 3 Raja Lawak Bebas Yang Pas Tinggalkan Aspirasi Negara Islam Tidak Berasas - Pak Sako

PAS tolak negara Islam atau tidak?

Perwakilan PAS telah memilih ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS pusat yang baru untuk penggal 2011-2013. Majoriti pasukan ini terdiri daripada golongan profesional (jurutera, doktor dan sebagainya). Mereka merupakan ahli-ahli PAS yang bukan berkelulusan agama atau berpangkatkan ulama.
Ekoran ini, sesetengah pihak mendakwa bahawa parti PAS sudah menggadaikan agama Islam. Mereka kononnya kecewa bahawa PAS telah mengkhianati cita-cita parti untuk membentuk sebuah negara Islam kerana PAS mengenengahkan konsep ‘negara berkebajikan’.
Paling ketara melemparkan kritikan ini tanpa sebarang bukti ialah Ibrahim Ali, presiden Perkasa dan Mahathir Mohamad, maskot persatuan tersebut.
Seperti kedua-dua pemimpin tersebut, rakyat Malaysia pun mungkin keliru tentang kedudukan PAS berhubung cita-cita melaksanakan negara Islam.
Rencana ini bertujuan menjawab soalan “sama ada PAS sudah benar-benar menyeleweng dari dasar Islam dan matlamat negara Islam, atau sebaliknya”.

A.  Adakah perlembagaan PAS menolak Islam dan cita-cita menubuhkan negara Islam?
PAS tidak boleh lari daripada asas dan matlamat parti seperti yang terkandung di dalam perlembagaan parti. Oleh itu kita perlu meninjau dan memahami sedikit kandungan perlembagaan PAS.
“Dasar”, “tujuan-tujuan” dan “usaha-usaha” PAS adalah tersenarai seperti di dalam Fasal-fasal 3 hingga 6 perlembagaannya. Fasal-fasal inilah yang merangkumi asas dan matlamat PAS. Jika diteliti, ketiga-tiga perkara ini tidak berubah; semuanya tetap sama seperti dahulu.
Misalnya, dasar PAS masih tercatat sebagai ‘Islam’. Tidak pun dipinda kepada ‘Kebajikan’ ataupun ‘Melayu’. Dua tujuan parti PAS masih ialah perjuangan untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang menurut nilai-nilai hidup Islam, serta mempertahankan kesucian Islam.
Usaha-usaha parti pula menghuraikan langkah-langkah yang akan diambil oleh PAS untuk mencapai tujuan-tujuan parti. Di antara usaha-usaha utama PAS ialah untuk mendakwah kepada semua “umat manusia” (dengan menitikberatkan bukan Muslim), menjadikan Islam “sebagai panduan berpolitik dan bernegara”, dan “memperkenalkan nilai-nilai keIslaman” dalam usaha menegakkan keadilan dan membawa kemajuan ke dalam semua bidang termasuk “pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, sosial, serta pelajaran dan pendidikan”. Menurut Fasal 7 yang berhubung Hukum dan Kekuasaan pula, hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran dan Sunnah, dan kekuasaan PAS yang dipegang oleh muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut.
Secara ringkasnya, kesemua yang disebutkan di atas merupakan rangka dan rancangan-rancangan penting dalam membentuk sebuah negara Islam.
Jalan untuk meminda atau membatalkan dasar, tujuan-tujuan dan usaha-usaha PAS bukanlah mudah. Menurut Fasal 86, cadangan pindaan perlu dikemukakan oleh ahli parti kepada setiausaha agung parti, dan jika terima, persetujuan dua pertiga (66.7%) suara yang hadir di dalam muktamar tahunan PAS diperlukan untuk meluluskan sebarang pindaan. Hasrat mana-mana ahli profesional jawatankuasa kerja pusat untuk membatalkan mana-mana fasal perlembagaan PAS yang berkenaan dengan Islam pasti akan dimatikan oleh perwakilan PAS. Tambahan, masa depan politik ahli profesional itu bersama-sama dengan puak profesional secara amnya juga mungkin terkubur.
B. Majlis syura ulama lebih berkuasa daripada jawatankuasa kerja pusat
Majlis syura ulama PAS ialah badan yang tertinggi di dalam hierarki kuasa PAS. Jawatankuasa kerja pusat, termasuk presiden dan timbalan presidennya, terletak pada peringkat yang kedua. Pada peringkat seterusnya ialah Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat (wanita).
Berbeza daripada jawatankuasa kerja pusat, majlis syura lazimnya diwakili 100% oleh para ulama (Fasal 8(3)). Puak profesional tidak berpeluang untuk menguasai badan ini, apatah lagi menganggotainya.
Ahli-ahli majlis syura dipilih dan dilantik tidak lebih daripada lima orang oleh majlis syura ulama sendiri; empat orang oleh jawatankuasa kerja ulama pusat; empat lagi oleh jawatankuasa kerja pusat; dan dua masing-masing oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS (Fasal 8(4)).
Perhatikan bahawa pemilihan ahli-ahli majlis syura bukan melalui pertandingan demokratik sepertimana ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dipilih oleh ahli-ahli PAS di muktamar. Namun majlis syuralah yang mengawal halatuju jawatankuasa kerja pusat dan PAS seluruhnya. Juga, lebih daripada 50% daripada ulama di dalam majlis syura dipilih oleh golongan ulama sendiri (sembilan ahli daripada 17 ahlinya dipilih oleh majlis syura dan jawatankuasa ulama pusat). Dominasi golongan ulama cukup kuat di dalam PAS walaupun jika jawatankuasa kerja PAS pusat dikuasai 100% oleh puak profesional.
Penguasaan kepimpinan ulama diperkukuhkan lagi oleh peranan majlis syura. Antara tugas utama majlis syura ulama ialah untuk ‘menjamin’ kekuasaan PAS tidak terkeluar daripada mematuhi hukum tertinggi iaitu Al-Quran dan Sunnah, dan muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum itu (Fasal 8(1a)).
Majlis syura juga bertanggungjawab mengeluarkan perintah supaya dasar Islam PAS dan peruntukan yang berkenaan dengannya (seperti tujuan-tujuan dan usaha-usaha parti) “dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS”, dan majlis syura perlu ‘mengawasi’ supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam perlembagaan “dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS” (Fasal 8(1b)).
Dalam erti kata lain, majlis syura tidak akan membenarkan jawatankuasa kerja pusat menyimpang daripada dasar dan tujuan-tujuan parti seperti penubuhan negara Islam walaupun sejengkal. Dengan itu, soal puak profesional menidakkan atau melawan matlamat negara Islam tidak timbul sama sekali. Mereka perlu melangkah mayat majlis syura dahulu.
Mampukah Nik Aziz menutup mata kepada peminggiran matlamat negara Islam? Tidak mungkin. Menurut perlembagaan PAS Fasal 9(1c), tugas Mursyidul Am ialah untuk “mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS”.
Apakah pendirian Mat Sabu – yang memenangi kerusi timbalan presiden PAS baru-baru ini – mengenai hal ini? Mengikut temuramah akhbar, beliau “terus mendokong konsep kepimpinan ulama” dan berpendapat bahawa “Majlis syura perlu diperkukuhkan agar PAS tidak terkeluar daripada dasar perjuangan Islam”. Jelas bahawa Mat Sabu bukan ancaman kepada aspirasi negara Islam.
C. Kesimpulan
1. Nik Aziz, Ppresiden PAS Abdul Hadi Awang, timbalan presidennya Mat Sabu atau mana-mana ahli jawatankuasa kerja PAS pusat tidak pernah menolak atau menafikan harapan PAS untuk menubuhkan satu negara Islam suatu hari kelak.
2. Konsep ‘negara berkebajikan’ yang diwar-warkan PAS ialah satu dasar sosio-ekonomi semata-mata yang tidak bercanggah dengan ataupun membatalkan matlamat utama mewujudkan sebuah negara Islam.
3. Ibrahim Ali, Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain tidak perlu gelisah tentang halatuju PAS. Ini selagi majlis syura PAS yang menjadi nadi cita-cita negara Islam masih wujud dan tidak dibubarkan. Jawatankuasa kerja pusat hanya melaksanakan kehendak parti dan wajib mematuhi semangat perlembagaan parti.
4. Konsep ‘negara berkebajikan’ dan pemilihan puak profesional ke dalam jawatankuasa kerja pusat lebih merupakan satu strategi PAS untuk memancing undi kelompok bukan Muslim dan Muslim golongan sederhana yang was-was terhadap ‘pengIslaman’ Malaysia yang radikal atau menyeluruh.
5. PAS amat sedar bahawa negara Islam perlu dilaksanakan dengan lembut dan perlahan agar tidak ditentang masyarakat Malaysia yang tidak mendokong sebuah negara Malaysia yang berlandaskan Islam teokratik (yang tidak sejajar dengan semangat perlembagaan persekutuan Malaysia).
6. Tidak ada konflik langsung di antara golongan profesional dengan fahaman ‘kepimpinan ulama’. Bezanya hanya dari segi pendekatan, iaitu sebahagian daripada golongan ulama lebih cenderung berpakat dengan Umno untuk mendapatkan kuasa manakala puak profesional berpegang bahawa PAS perlu menolak pinangan Umno dan mengalahkan Umno untuk merampas tampuk kuasa.
7. Para pemimpin Umno yang kononnya melahirkan rasa dukacita terhadap slogan ‘negara berkebajikan’ PAS sebenarnya takut dengan pendekatan golongan profesional yang lebih agresif dan menolak usaha ‘perpaduan’ Melayu-Islam yang dipelopori Umno. Mereka berasa bimbang hilang undi jika penyokong Melayu atau bumiputera Umno lebih teruja dengan PAS yang ‘berimej lembut’ dan Pakatan Rakyat secara amnya.

Monday, 13 June 2011

Ibrahim Ali Mahu Mengamok Dalam Himpunan Bersih 2.0 - Dia Mahu Syahid Berjihad ?

Agak pelik melihat 3 raja lawak dari kumpulan ahli parlimen bebas seperti Ibrahim Ali, Zahrain dan juga Zulkifli Noordin yang bersungguh-sungguh menyanggah hasrat beberapa NGO termasuk beberapa pimpinan pembangkang untuk berarak dalam Bersih 2.0

Orang lain taklah seberapa sangat, kalau adapun tak ada menyebut atau munyerang parti-parti pembangkang yang terlibat. Tetapi mereka bertiga siap buat roadshow berceramah dan menuduh Pas cuba merampas kuasa perarakan Bersih 2.0.

Bagi Ibrahim Ali pula selepas habis suara dan jeritannya tidak lansung mendapat layanan kecuali pihak media yang seronok mencuit ketiaknya agar sentiasa melatah, dia kini mengancam untuk mengamok jika Bersih 2.0 diteruskan.

Satu pemikiran yang bercelaru ditunjukkan oleh Ibrahim Ali yang nampaknya rasa tercabar dengan kumpulan Bersih 2.0 apabila mengugut akan bertempur bersama pasukan penyokongnya bagi menghapuskan mereka yang berarak aman pada 9 Julai nanti.

Alasan utama mengapa Ibrahim Ali membantah Bersih 2.0 adalah kerana katanya perarakan tersebut boleh mencetuskan huru hara dan kacau bilau, ini memberikan imej yang buruk pada negara.

Atas alasan itu, maka Perkasa akan turut sama turun untuk bertembung dengan Bersih dan bertempur bagi menggagalkan perhimpunan. Tidakkah itu namanya pemikiran celaru, apabila dia sendiri berazam untuk mencetuskan apa yang cuba dipadamnya?.

Sunday, 12 June 2011

Jawatan Setiausaha Agong Pas Kekal - Cikgu Pa Sambung Lagi Satu Penggal

Mesyuarat pertama Pas selepas muktamar hari ini sebulat suara mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai SU untuk satu lagi penggal. Presiden nampaknya masih mahu mengekalkan cikgu Pa walaupun cakap-cakap belakang mengatakan cikgu Pa perlu disingkirkan bagi memastikan irama kerajaan perpaduan terus terkubur.

Namun terdapat 5 pertukaran PJ bagi 4 negeri iaitu Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Terengganu. Berita gembira buat semua peyokong perubahan di Selangor yang menyaksikan Datuk Dr Hassan Ali telah digantikan oleh Dr Abd Rani Osman. Di Terengganu pula Datuk Harun taib digantikan oleh Mohd Abdul Wahid Endut.


Ustaz Idris Ahmad digantikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Ketua Penerangan. Walau macam manapun Ustaz Idris di serap masuk ke jawatan kerja pusat. Kebiasannya mereka yang dilantik sebagai ketua penerangan akan berjaya melonjak ke jawatan yang lebih tinggi apabila bertanding dalam muktamar pemilihan, tapi ini tidak berlaku pada Ustaz Idris menunjukkan dia tidak pandai (atau tak mahu) menggunakan kedudukannya sebaiknya.

Hassan Ali
Tentang Mustafa Ali yang dimarah oleh sesetengah orang Pas kerana menganggap ia kepala kerajaan perpaduan, saya berpendapat ia hanya melaksanakan ketaatannya pada presiden sebaik mungkin. Apa saja isyarat yang diberikan oleh presiden akan dilaksanakan oleh SU sebaik mungkin bagi menjayakannya. Cuma malangnya presiden sendiri tidak tegas dengan hasratnya membuatkan cikgu Pa yang menjadi sasaran.

Harap sekali ini segala keputusan yang telah dibuat dalam muktamar dipegang dan diikat rapi oleh semua pemimpin dan Presiden perlu memastikan kemaraan tidak lagi membelok ke kiri atau ke kanan. Saya percaya Cikgu Pa mempunyai keupayaan sebagai pelaksana yang amat cekap dan berkesan asalkan hala tuju mendapat sokongan padu dari semua pihak.

Baca kat sini atau di sini untuk maklumat lanjut.

Mujahid Paling Sesuai Untuk Jawatan Setiausaha Agong PAS !

Perubahan yang berlaku dalam muktamar Pas baru-baru ini hanya membuktikan apa yang ditulis oleh Dr Mujahid dalam buku kontroversinya "Menuju Pas Baru" memang berlaku.

Dr Mujahid pernah menegaskan antara sebab ia mengetengahkan teori 3 lekuk perkembangan Pas dalam memperkasakan parti adalah agar Pas bersedia menangani perubahan yang bakal berlaku hasil daripada desakan keperluan semasa.

Apa yang diterangkan oleh Dr Mujahid melalui pengamatannya dalam evolusi sejarah pas menunjukkan peningkatan Pas berlaku hasil daripada konflik atau tekanan yang menuntut kepada perubahan. Setiap tempoh kecemerlangan sesuatu strategi itu akan mencapai kemuncak dalam lingkungan 20 tahun.


Apabila kemuncak sudah dicapai, adalah sukar untuk melonjak lebih atas dari itu kerana ia merupakan permulaan kepada penurunan. Oleh itu untuk memastikan kemuncak yang lebih tinggi dapat dicapai maka satu lekuk baru perlu berlaku.

Samada suka atau tidak suka, Pas sebagai sebuah Parti politik yang lama dan matang tidak dapat menghalang perubahan tersebut dari berlaku. Oleh itu perkara bijak yang perlu Pas lakukan bagi menangani perubahan tersebut adalah dengan bersedia untuk menguruskannya agar faedah yang maksimum dapat diceduk.

Memang tepat sekali apabila Mujahid ditanya apa pendapatnya terhadap perubahan struktur kepimpinan serta ucapan Presiden dalam muktamar baru-baru ini ia menjawab, itulah yang telah ditulisnya dalam buku "menuju Pas baru".

Dalam buku tersebut Mujahid merangka beberapa langkah perlaksanaan bagi menangani perubahan pemerkasaan Pas. Boleh rujuk bukunya untuk maklumat lanjut.

Memandangkan Mujahid telah lebih awal memikirkan usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi menangani perubahan yang bakal berlaku, tidak ada orang lain yang lebih layak untuk menjawat jawatan SU melainkan orang yang memang telah bersedia lebih awal merangka strategi implimentasi pemantapan parti. Sudah tentu ianya tidak lain dan tidak bukan adalah Dr Mujahid.

Mujahid telah berjaya membuktikan keupayaannya menggerakkkan DHPP sehingga menjadi salah satu sayap Parti, tidak mustahil pengalaman tersebut dapat digunakan ke peringkat yang lebih besar lagi. Wallahu'alam.