Pages

Friday, 10 June 2011

Amah Dikurung Macam Hamba Buat Kerja Tanpa Gaji 16 Tahun

Seorang majikan Arab Saudi mengurung amahnya dari Sri Lanka selama 16 tahun tanpa diberikan sebarang gaji. Amah malang tersebut dihalang dari pulang ke tanah airnya dan tidak diperbaharui visanya selama 16 tahun.

Budaya melayan manusia seperti hamba abdi masih wujud lagi di tanah arab. Islam menyediakan sistem yang cantik bagi membebaskan perhambaan dengan meletakkan syarat membayar kifarat atau denda dengan membebaskan hamba abdi. Tuan punya hamba yang meniduri hamba sahayanya akan emlahirkan anak yang bebas merdeka, ini juga satu cara pembebasan keturunan hamba.


Hasil daripada percaturan sistem pembebasan perhambaan tersebut maka bangsa berketurunan hamba pupus. Mereka menjadi manusia merdeka sebagaimana manusia lain yang dilahirkan bebas merdeka. Malangnya ada juga manusia yang kejam tidak berhati perut menjadikan manusia lain yang sepatutnya bebas merdeka sebagai hamba.

Suspek penyebab amah mati kebuluran
Kes yang sama juga berlaku di negara kita di mana baru-baru ini seorang amah dari negara jiran dikurung tanpa makanan sehingga mati kebuluran. Kes ini nampaknya lebih kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Sedangkan anjing yang kurus kering kelaparan kita rasa bersimpati, inikan pula manusia yang punyai perasaan. Baca kat sini

Manusia seperti itu ternyata lebih kejam daripada binatang dan patut dikenakan hukuman yang berat.

Thursday, 9 June 2011

Seks Memang Penting, Siapa Nafikannya Pembohong Besar !

Presiden kelab isteri taat, Dr Rohaya Mohamad
Satu Malaysia gempar apabila kelab isteri taat ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn Bhd, yang sebelum ini juga mengejutkan orang ramai dengan penubuhan kelab polygami.

Salah satu promosi atau penekanan yang diketengahkan oleh kelab isteri taat adalah tentang kepuasan hubungan seks suami isteri.

Dari situ maka ramailah yang melenting samada lelaki maupun perempuan membantah persepsi ahli kelab yang menganggap isteri sebagai alat seks kepada golongan suami.

Antara yang melenting seperti biasa adalah para penggiat sister in Islam, puteri Umno, wanita Umno dan juga Datuk Dr Mashitah, timbalan menteri di jabatan perdana menteri. Baca sini.


Kenapa kita perlu marah pada mereka yang bercita-cita menjadi seorang isteri yang taat? dan amat pelik sekali apabila isteri yang berusaha mahu memuaskan nafsu seks suaminya ditempelak dengan hebat dengan berbagai alasan. Dimana salahnya menghidangkan layanan seks yang hebat pada suami, lebih-lebih lagi pada pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga.

Jika kita lihat secara ikhlas, bermulanya perkahwinan adalah berkisar kepada keinginan seks. Keinginan seks terbentuk secara semula jadi kepada semua manusia terutamanya pada golongan lelaki.

Kalaulah Allah tidak jadikan keinginan seks tersebut alamat sunyilah muka bumi dari makhluk yang bernama manusia. Manusia membiak beranak-pinak memenuhi muka bumi hasil daripada wujudnya keinginan seks tersebut.

Sebagai seorang muslim, salah satu daripada sebab ia berkahwin adalah kerana desakan melepaskan keinginan seks yang wujud secara fitrah. Keinginan itu mahu disalurkan secara halal yang dibenarkan oleh syarak. Itu proses normal apabila kita meningkat dewasa.

Lanjutan daripada perkahwinan tersebut maka dapatlah nafsu seks disalurkan secara bersih dan halal yang mana dengan izin Tuhan lahirlah zuriat berupa anak-anak menjadi waris kepada pasangan yang berkahwin.

Dengan terbentuknya keluarga, maka lahirlah perasaan kasih sayang dan rasa tanggung jawab bagi memelihara anak-anak sebaik mungkin. Bermula dari situ dunia perkahwinan menjadi lebih luas kepada pasangan suami isteri.

Selain daripada seks, perkahwinan kini menuntut kepada kesabaran mencari nafkah hidup, kesabaran mendidik, menyediakan tempat perlindungan dan lain-lain seumpama dengannya. Ini bermakna dunia rumah tangga berkembang kepada hal-ehwal selain seks pada peringkat kedua berumah tangga.

Kalaulah ada sesiapa yang menafikan bahawa seks itu tidak penting pada pasangan yang berumah tangga pada peringkat awal terutamanya pada kaum lelaki, sungguh orang itu hipokrit dan mati pucuk.

Janganlah kita nafikan kepentingan seks pada kaum lelaki. Satu dunia tahu perkataan yang paling teratas menduduki senarai perkataan carian di enjin pencarian internet adalah perkataan "seks". Baik di negara kita, mahupun di negara barat. Baik negara umat Islam mahupun di negara bukan umat Islam.

Alasan lelaki berpeleseran dan melanggan pelacur walaupun isterinya taat bukanlah alasan untuk menolak hasrat para isteri yang berusaha menjadi isteri yang taat.

Bacalah sejarah dunia dari dulu sampai sekarang, manusia naik dan turun tewas dan menang, mati dan hidup tak pernah sunyi daripada cerita seks. Seks, seks, seks, memang penting dan menjadi trade mark manusia sejak zaman purba sampai sekarang. Hanya mereka yang hipokrit dan control hensem saja yang menafikannya.

Amalkan seks secara sihat dan dibenarkan syarak, nescaya hidup anda lebih bermakna !!!

FIFA Haramkan Pakaian Tutup Aurat Pasukan Bola Wanita Iran !

Pakaian menutup aurat tidak diizinkan oleh FIFA !
Harapan untuk bermain dalam sukan olimpik di London 2012 akan datang ini tinggal kenangan bagi pasukan bolasepak wanita Iran apabila FIFA memutuskan pakaian menutup aurat pemain wanita Iran melanggar etika atau kod pemakaian yang dibenarkan oleh FIFA.

Pada jumaat lepas perlawanan penting pusingan ke-2 antara Iran dan Jordan dibatalkan oleh pengadil atas alasan pasukan wanita Iran datang bermain dengan pakaian menutup aurat. Mereka datang berpakaian sukan lengkap dengan track suit, berlengan panjang, dan menutup kepala dari rambut sehingga ke leher.


FIFA menggariskan undang-undang yang melarang sebarang manifestasi dalam apa saja bentuk yang boleh menggambarkan pegangan agama, politik, perniagaan atau kepercayaan peribadi dalam permainan atau peralatan atau kelengkapan pasukan.

Bagi FIFA, tiada agama dalam permainan bolasepak. Permainan bolasepak perlu bebas dari kepercayaan agama dan cara hidup. Mungkin mereka mahu menekankan bahawa permainan bolasepak itu sendiri adalah satu agama atau anutan manusia.

FIFA nampaknya berjaya menjadikan bolasepak itu satu anutan baru bagi manusia. Lihatlah betapa fanatiknya peminat bolasepak. Lihat saja pertandingan piala dunia, satu dunia berjaga, bercuti demi menyaksikan pertandingan tersebut.

Lihat bagaimana tebalnya sokongan pasukan liga perdana inggeris di negara kita, ada yang betul-betul fanatik dengan pasukan pilihan mereka. Mereka yang berkopiah dan berserban juga tidak ketinggalan menggilai permainan bolasepak.

Minatlah bolasepak sekadar aktiviti sukan bagi menyihatkan tubuh badan saja. Ini bermakna anda perlu melibatkan diri dalam permainan tersebut dengan menyertai permainan. Menyokong pasukan-pasukan tertentu dalam pertandingan adalah untuk menjalinkan semangat bersaing sesama kita secara positif.

Janganlah sampai anda sendiri tidak pernah bersukan, perut boroi, stamina zero, nafas pendek, kuat makan dan langkah kaku, tetapi menyokong pasukan MU (atau lain-lainnya) sehingga ke tahap berani mati. Itu namanya kerja sia-sia dan lansung tidak berfaedah.

Baca maklumat asalnya di sini.

Mahathir Dengan Karpal Sama Saja !

Tun M tulis dalam blog dia bahawa perubahan Pas yang mula mengambil pendekatan dalam perlaksanaan Islam secara sederhana hanya menguntungkan Karpal. baca kenyataannya di bawah:

" Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan. " baca sini

Sedangkan apabila Pas Kelantan mahu kuatkuasakan hudud dahulu dialah orang yang bertanggung jawab menggagalkan perlaksanaannya dengan mengugut Kelantan untuk mengambil tindakan jika Pas meneruskan usahanya tersebut. Sekarang dia tuduh Karpal yang menang dalam percaturan Pas.

Hakikatnya dia dan Karpal sama saja dalam hal menentang perlaksanaan undang-undang syariaah.

Tuesday, 7 June 2011

Ramai Yang Meracau Dengan Barisan Baru Kepimpinan Pas

Media-media propaganda Umno masih lagi sibuk membicarakan perubahan besar yang berlaku pada parti yang paling mereka takuti, Pas.

Walaupun muktamar Pas sudah beberapa hari berlalu dan pemilihan berjalan dengan lancar dan hebat sekali, mereka masih tak henti mengulas dan memperlihatkan rasa terkejut mereka.

Antara perkara yang paling melucukan adalah reaksi Umno yang merasa kecewa kononnya Pas sudah meninggalkan perjuangan Islam mereka.

Mereka meluahkan harapan mereka agar Pas lebih memperkatakan tentang perjuangan Islam sebagaimana yang berlaku sebelum ini. Mereka mahu Pas hanya memperkatakan bagaimana mahu menjadikan negara Malaysia sebuah negara Islam. Bagi mereka hanya dengan berbuat begitu barulah Pas menjadi Pas.


Apabila Pas bercakap tentang kerjasama dengan Pakatan, berusaha menjadikan negara Malaysia sebuah negara kebajikan, negara yang lebih adil, negara yang lebih telus dan seumpama dengannya, itu bukanlah daripada ajaran Islam.

Ketika Pas bercakap tentang undang-undang Islam, undang-undang hudud dan lain-lain pada masa dahulu, mereka jugalah yang menyindir bahawa apa yang Pas cakapkan selama ini adalah 'undang-undang Islam Pas', 'undang-undang hudud Pas' dan segalanya yang Pas cakapkan mengenai Islam selama ini dilabelkan sebagai 'Islam Pas'.

Mereka lansung tidak mengiktiraf Islam yang Pas perkatakan selama ini sebagai Islam yang diterima oleh mereka. Malah mereka mendakwa apa yang mereka buat itulah, Islam sebenar-benarnya.

Yang paling menyeronokkan sekali adalah kenyataan Mukhriz hari ini yang menyebut barisan baru kepimpinan Pas kali ini memberikan kelebihan kepada Umno untuk menang.

Katanya barisan yang ada sekarang ternyata adalah sama sahaja dengan barisan kepimpinan Umno, jadi dalam pilihan raya nanti sudah tentu rakyat akan memilih Umno kerana antara Umno dan Pas sama sahaja.

Nampaknya Mukhriz lansung tidak memerhatikan bagaimana berbezanya antara pemimpin Pas dengan pemimpin Umno selama ini. Bezanya umpama langit dengan bumi lebih-lebih lagi dalam hal amal ibadah mereka, dalam budaya berucap mereka, dalam budaya pergaulan mereka dan juga dalam budaya pergaulan mereka.

Mungkin memang betul ada satu persamaan antara pemimpin Pas dengan pemimpin Umno sebagaimana yang diperkata oleh Mukhriz. Mereka semua amat komited cuba melaksanakan kerja-kerja mereka sebaik mungkin. Kesungguhan itulah yang meyamakan mereka.

Tetapi  pemimpin Pas bersungguh melaksanakan amanah agar mendapat keredhaan Allah, manakala pemimpin Umno bersungguh melaksanakan tugas mereka bagi mengekalkan kekayaan dan cara hidup mewah mereka.

5 Kawasan Di Melaka Tidak Mesra Perokok ! Arak Bila Pula ?

Kalau anda seorang perokok, pastikan anda tidak berada lama di 5 kawasan di Melaka di bawah:

1. Bandar Hilir
2. Taman Melaka Raya
3. MITC, Ayer Keroh
4. Alor Gajah
5. Jasin

Kedai-kedai mamak yang ada kat sana mungkin bakal kekurangan orang hasil daripada usaha baru kerajaan Melaka menjadikan tempat-tempat tersebut sebagai kawasan larangan merokok.

Terdapat juga kawasan-kawasan bar dan pub di sana yang bakal kesunyian dan aman damai dari asap rokok. Mereka tentulah lebih damai dengan hanya mabuk minum arak sahaja tanpa di ganggu kepulan asap rokok.

Alangkah indah jika usaha mengharamkan minum arak di kelima-lima kawasan di atas dikuat kuasakan serentak dengan larangan merokok. Bukankah minum arak lebih hebat kesan buruknya samada kepada peminum atau kepada saudara mara atau kawan-kawan peminum serta orang ramai.


Monday, 6 June 2011

Tan Sri Muhyiddin Tidak Prihatin - Tak Kenang Jasa !

Keluarga Mangsa Rakyat Kelantan Nahas Helikopter Di Lapangan Terbang Sibu

Pagi ini Puan Suriani binti Shafie (38) dengan rasa berat dan sayu akan bertolak sekeluarga ke Kota Bharu berkereta meninggalkan rumah yang amat bersejarah bagi dirinya dan al-Marhum suaminya Suhaimi bin Ghazali (38) dan anak-anak menyemai kasih di sini sejak lebih dari sedekad lepas. Terhenti beliau sejenak berdiri di ruang tamu di mana tempat keluarga bersama beristirihat dan bercakap. 

Matanya pula menjeling ke meja makan di mana mereka berenam sering makan bersama dan terlihat pada potret suaminya yang masih tergantung di dinding, lantas air matanya tergenang dan mengalir di pipinya mengenangkan kemesraan sekeluarga dan kini kontradik dengan duka selepas suaminya meninggal (11 April) nahas helikopter selepas mengangkut pegawai-pegawai yang mengiringi Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam pilihanraya Sarawak 16 April 2011 lepas. Sejak itu keceriaan keluarga bertukar duka selepas anak-anak ketiadaan bapa.

Pada asalnya Puan Suriani mau bertahan dan mau terus tinggal di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Kajang Utama bersama anak-anak, Mohd. Salman bin Suhaimi (13), Mohd Hilmi (9), Jasmin Salsabila (7) dan Iskandar (4). Puan Suriani bercadang menyambung kembali kerja dari cuti panjang beliau sebagai jururawat bagi menanggung keluarga, Kerja arwah suaminya tidak berpencen. Urusan pampasan dan insuran suaminya masih tidak selesai. Syarikat Sabah Air semacam lepas tangan selepas memberi sedikit sagu hati selepas nahas. Permohonan tambang menambang membawa pulang barang-barang ke Kota Bharu tidak dapat dibiayai oleh Sabah Air. Bahkan tuntutan tambang menambang selepas nahas kerana mengurus dan mengikuti jenazah suaminya di bawa pulang ke Kota Bharu yang dijanji oleh Sabah Air untuk di bayar tidak dibayar.. Kata Puan Suriani, `Simpati dan heboh hanya beberapa hari dari nahas, selepas itu senyap , kita orang kecil hingga kini tiada apa-apa pembelaan.``

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pegawai-pegawainya diangkut arwah suaminya, tidak langsung memberi perhatian terhadap kami orang-orang kecil. Kalau kita orang besar, sudah tentulah pembelaan dan pampasan dan jaminan hidup anak-anak diberi perhatian.``
Pada wajahnya berarak mendung duka. Bila ditanya, mengapakah tidak terus tinggal di rumah sendiri di Kajang Utama ?``


Menurutnya dengan perbelanjaan dan keperluan hidup yang tinggi dan tiada jaminan sumber kewangan, beliau bimbang tidak mampu tinggal di sini,`` katanya. Tambah beliau ``Kami buat keputusan sekeluarga untuk pulang ke kampong buat sementara tinggal dengan ibu terlebih dahulu di Pengkalan Chepa sebelum mendapat rumah sewa di sana.``

Bila ditanya bagaimana dengan rumah di Kajang Utama ini, adakah akan dijual ?
``Tidak,`` jawabnya, ``Akan disewakan untuk menjadi sumber kewangan diurus kenalan di samping saya akan bekerja kembali sebagai jururawat di Kota Bharu,`` tambahnya.

Sebenarnya, kami dari Lajnah Kebajikan Adun Bangi, pernah datang menziarah keluarga Puan Suryani selepas beliau pulang dari mengurus jenazah suami di Kota Bharu sebulan lepas. Dalam hati kami menjangka antara faktor beliau mau pulang ke Kota Bharu, kerana lebih dekat dengan kuburan suaminya yang dikasihi. Dua hari lepas, selepas mendengar beliau dan keluarga akan bertolak ke Kota Bharu hari ini, sekali lagi kami dari Lajnah Kebajikan dan AJK di Kajang Utama beramai-ramai datang menziarah dan menyampaikan bantuan. Kajang Utama adalah di bawah Dun Bangi. Atas rasa tanggungjawab dan simpati kami datang menziarah lagi.

Kami menjangka perpindahan Puan Suryani tidak semudah dijangkakan. Dengan keadaan masih tiada pekerjaan, pampasan belum berselesaian dan diri dan anak-anak perlu dtanggung, khususnya bagi pengajian anak-anak, banyak ujian yang akan dihadapi oleh Puan Suryani. Mengapa pihak Kerajaan, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memberi perhatian terhadap pekerja yang telah berkhidmat membawa pegawai-pegawainya pada pilihanraya di Sarawak dulu. Bahkan sebagai raklyat Malaysia, khidmatnya harus dihargai kerajaan dan pembelaan yang wajar patut diberi, khususnya oleh seorang Timbalan Perdana Menteri yang seharusnya bersifat prihatin.

Pagi itu walaupun hati Puan Suryani masih berbelahbagi, dirinya yang sebak sayu bagai diarak rindu, tetapi sebahagian hatinya masih melekat di sini membimbing anak-anak masuk ke dalam kenderaan, melambai tangan pada jiran dan yang datang. Dia bagai membawa anak-anaknya merempuh gelombang hidup yang sudah tentulah tidak tenang dan berhadapan banyak ujian.

Sekian. 

dipetik dari sini drshafie.blogspot.com


Al-fatihah disedekahkan kepada allahyarham Suhaimi bin Ghazali