Nik Abduh dinobatkan sebagai pemenang mengalahkan Azman Shapawi, Mohd Firdaus Jaafar dan Suhaizan Kaiat. Masing-masing mendapat 260, 94, 193 dan 107 undi.
Mungkin orang hormat pada ayah saya sebab itu mereka pilih saya, komennya selepas kemenangan. Tahniah kita ucapkan pada Nik Abduh.
Laporan Bernama
Pages
▼
Thursday, 2 June 2011
Biar Anak Tak makan Sampai Mati - Dihukum Penjara 15 Tahun
Pasangan Jill Hull, 28 dan Gary West, 30 dijatuhkan humuman penjara 15 tahun kerana didapati bersalah membiarkan anak kecil berumur 11 minggu mereka kelaparan sehingga meninggal dunia.
Dalam bedah siasat bayi itu didapati tidak ada lansung makanan di dalam sistem badannya. Berat ketika ia ditemui mati lebih ringan daripada berat ketika ia dilahirkan.
Pasangan tersebut dikatakan pasangan ibubapa pemalas sehingga anakpun tidak di beri makan.
Kalau di negara barat kes seumpama itu sudah riuh rendah. Tapi kalau mereka datang ke negara kita, mereka akan lebih terkejut dengan berita bayi dicampak keluar dari flat, dibuang ke dalam longkang, dicampak ke sungai dan lain-lain.
Rakyat kita lagi hebat!
Wednesday, 1 June 2011
Geng Terengganu Terlalu Kuat Dalam Pas !
![]() |
| Tuan Ibrahim bakal menjadi jagoh harapan "Geng Terengganu" menggantikan Nasha |
Tambahan terkini: Nampaknya geng terengganu tidak dapat menungkah arus perubahan yang melanda Pas. Tinggal pemuda Pas sahaja yang masih setia dengan geng terengganu. Baguslah begitu mereka boleh jadi enjin 'check & balance' dalam sama-sama memperkasakan Pas.
Cakap-cakap kedai kopi mengenai wujudnya "geng Terengganu" kini bukan lagi menjadi rahsia. Semua mereka yang celik politik Pas sudah mengetahuinya bahawa merekalah selama ini yang mencatur segala strategi siapa yang perlu naik dan siapa yang perlu turun.
Cakap-cakap kedai kopi mengenai wujudnya "geng Terengganu" kini bukan lagi menjadi rahsia. Semua mereka yang celik politik Pas sudah mengetahuinya bahawa merekalah selama ini yang mencatur segala strategi siapa yang perlu naik dan siapa yang perlu turun.
Tidak ada sesiapa yang mampu memadamkan kekuatan mereka berpolitik dalam hal ehwal mengatur struktur organisasi Pas.
Golongan mereka yang mahu melihat Pas melonjak ke atas dengan lebih bergaya agar disokong oleh semua bangsa dari segenap lapisan dilabelkan sebagai golongan Erdogan atau golongan profesional.
Baru-baru ini dalam satu forum di dewan perhimpunan peniaga cina selangor golongan erdogan dicabar agar lebih tegas bangun menyatakan pendirian mereka dan berterus terang, tapi nampaknya tiada seorangpun dari mereka yang berani mengambil tindakan kamekaze seperti itu. Semua orang tahu mereka yang melawan arus 'geng terengganu' bakal dipetisejukkan.
Contoh yang paling ketara boleh dilihat kepada apa yang terjadi kepada Dr Mujahid yang kini dipulau dan tidak mendapat tempat di hati 'geng terengganu' akibat tulisan bukunya 'menuju Pas baru.
Tarif Letrik naik Tak Beri kesan pada Rakyat Satu Pembohongan Besar !!!
Kenaikan tarif tenaga elektrik hanya akan membebankan rakyat samada golongan berpendapatan rendah atau menengah. Begitulah ulasan hampir semua persatuan pengguna di Malaysia.
Ini ternyata bertentangan dengan kenyataan para menteri yang menjamin kenaikan tersebut tidak akan memberi kesan kepada majoriti rakyat.
Ramai yang bersetuju bahawa ada alternatif lain bagi mengurangkan kos bebanan yang ditanggung rakyat dan salurkan bebanan tersebut pada syarikat-syarikat korporat seperti mana yang dibuat oleh semua negara-negara maju dan besar seperti Amerika dan Eropah.
Cogan kat 'rakyat diutamakan' hanyalah satu pembohongan besar seperti mana cogan-kata lain-lain sebelum ini.
CEO TNB menjelaskan bahawa kenaikan tidak dapat dielakkan bagi memastikan TNB tetap untung. Semua orang tahu bagaimana skim gaji para pegawai TNB yang amat mewah dan bagaimana mereka yang punyai saham TNB merupakan mereka yang kaya raya, bukan semua orang ada peluang miliki saham TNB.
Dalam Ilmu Kira-Kira Politik, 1=2 !
Kenapa setiap kali ada ahli Pas masuk Umno atau ahli Umno masuk Pas, semua orang akan canangkan riuh sekampung?. Awat kalu buat diam-diam tak boleh ka?
Sebabnya adalah untuk menakut-nakutkan parti lawan bahawa satu pukulan yang hebat sedang berlaku. Ia juga dapat memberikan kesan psikologi kepada orang ramai bahawa parti yang ditinggalkan itu tidak bagus dan parti yang dimasuki itu bagus.
Setiap kali ada ahli sesebuah parti menukar masuk menjadi ahli parti lawan, ia memberikan maksud parti itu perlu berusaha 2 kali ganda bagi menggantikan ahlinya yang telah hilang.
Dalam kes ahli Pas yang masuk Umno di Changkat Ibol baru-baru ini seramai 118 orang, Pas perlu menggantikannya dengan 236 orang bagi mengembalikan jumlah undiaan yang hilang.
Mari lihat contoh mudah berikut:
- Katakan ada 50 ahli Pas dan 50 ahli Umno dan satu ahli Pas telah masuk Umno.
- Sekarang jumlah undi Pas akan menjadi 49 manakala jumlah undi Umno akan menjadi 51.
- Untuk menjadikan jumlah undi seimbang semula, Pas perlu menambah 2 orang dari luar bagi menjadikan jumlah undiannya 51. Maka barulah seimbang kembali seperti asal iaitu Pas 51 dan Umno 51.
- Jadi dalam ilmu kira-kira Politik, satu sebenarnya adalah sama dengan dua.
Manusia akan beralih dari daging ayam/lembu kepada serangga suatu masa nanti - Saintis Belanda !
Ramai dari kalangan kita tak tergamak untuk makan serangga, tetapi di Thailand atau Vietnam ia merupakan makanan mewah yang biasa dihidangkan di restoran atau dijual di tepi-tepi jalan.
Di Hanoi, ada sebuah restoran yang hanya menyediakan segala jenis makanan dari pada serangga. Ada macam-macan menus yang semuanya berasaskan serangga. kalajengking goreng, belalang, ulat pokok kelapa, telur semut dan lain-lain lagi.
Seorang saintis dari belanda meramalkan bahawa manusia akan beralih cara pemakanannya dari pada daging binatang peliharaan kepada serangga sebagai sumber protein demi menjaga alam sekitar.
Setakat mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan lagi. Klik pada artikel di bawah ini untuk maklumat lanjut.
Tuesday, 31 May 2011
Pening Dengan Fatwa, Terus Masuk Umno !
![]() |
| Amboi, terus tukar kopiah ! |
Beberapa ahli Pas di Changkat Ibol, Bukit Gantang diberitakan pening kepala dengan apa yang merka katakan fatwa raih undi Pas.
Dulu kala Pas keluarkan fatwa tak boleh undi orang bukan Islam menjadi ketua, tapi sekarang Pas kata orang bukan Islam boleh menjadi calon pilihan raya.
Akibat pening dan tak ada masa untuk mendalami ilmu atau bertanya pada mereka yang lebih arif dan menggunakan akal bagi menjernihkan maklumat maka mereka ambil jalan mudah dengan menyokong Umno.
Umno kata mereka lebih mudah polisinya, ada undi ada projek, ada projek ada undi. Kan mudah begitu?
Noh Omar Suruh Pembangkang Gembira Dengan Penyebaran Video Seks - Lansung Tidak Bertanggungjawab !!!
![]() |
| Pemimpin tidak bertanggung jawab perlu dijatuhkan !!! |
Noh Omar mengejek soalan samada Umno terlibat menyebarkan video seks pada masyarakat secara besar-besaran dengan berkata pemimpin pembangkang sepatutnya rasa seronok dengan sebaran tersebut kerana ia membuatkan orang ramai marah kepada Umno.
Apa tahap bebal punya menteri ni!, bukan masalah siapa untung atau siapa rugi. Sepatutnya semua orang dari segenap lapisan terutamanya para pemimpin tak kira Umno atau Pas atau BN atau PR patut mengecam kerja gila seumpama itu.
Ia hanya merosakkan masyarakat kita menjadi lucah dan bengap terutamanya golongan muda yang memang terdedah dan teruja dengan segala jenis adengan seks tak kita siapa pelakonnya. Yang menjadi tumpuan pada penonton video seks bukalah pelakonnya tetapi adengan seks tersebut yang mampu menegangkan urat darah dan menaikkan nafsu.
nampaknya Noh Omar tak layak jadi pemimpin, dia lansung tidak berpandangan jauh, tidak risau dengan kerosakan akhlak rakyat negaranya. Pemimpin macam ni lansung tidak mesra alam pada anak-anak kita, mereka tak kisah samada negara kita bakal menjadi negara seks bebas atau tidak. Moga semua pemimpin yang berfikiran cetek dan tidak berfikiran jauh ke depan seperti itu tidak akan dapat bertahan lama dalam tapuk pemerintahan negara kita.
Umatku, umatku!...kata-kata nabi yang patut kita renungkan!!!!
Monday, 30 May 2011
Pasangan Teoh Berjaya Selamatkan Anjing Pembunuh Mereka - Nyawa Manusia Lebih Murah Dari Nyawa Anjing, Celaka !
Dalam kes pembunuhan seorang rakyat Poland di Pulau Pinang oleh anjing ganas kepunyaan sepasang tauke kebuh buah durian mahkamah hanya mendenda RM8,000 kepada pasangan Teoh.
Seronok melihat nyawa melayang sedangkan tuan punya anjing hanya didenda RM8,000. Dan lebih malang lagi hari ini pasangan Teoh berjaya menyelamatkan anjing mereka daripada dibunuh esok kerana menunggu rayuan mereka di mahkamah tinggi.
Ramai tuan punya kebun serta hartanah di negara kita yang menggunakan anjing bagi menjaga hartanah mereka. Ramai juga dari kalangan mereka yang kaya di kawasan taman membela anjing yang dilepaskan bebas di kawasan pagar rumah mereka.
Kadang-kadang anjing tersebut dilepaskan dan banyak kejadian kanak-kanak menjadi mangsa terkaman anjing yang memang dilatih untuk mencederakan semua orang kecuali tuannya.
Apabila ada anjing ganas seperti itu yang di apa-apakan oleh penduduk atau pihak berkuasa, manusia yang berjuang hak asasi anjing di negara kita dan juga luar negara bangun menyalak dengan hebat menuntut tindakan keras diambil kepada mereka yang mencederakan anjing.
Sebenarnya orang yang patut dikenakan tindakan keras adalah tuan punya anjing yang sombong, kedekut, busuk hati, yang meletakkan anjing bagi menyerang sesiapa saja melainkan tuannya. Bagi tuan anjing seumpama ini, semua orang yang menghampiri tanah mereka adalah musuh.
Lain kali jika ada lagi orang yang diserang atau dibunuh anjing, elok tangkap tuan punya anjing terlebih dahulu dan kenakan tuduhan membunuh tak berniat, baru setimpal.
Anjing tak ada salah apa-apa, mereka tak ada akal, sebaliknya tuan punya anjing yang tidak menggunakan akal belasah mereka, baru mereka ada akal.
Sunday, 29 May 2011
Ibrahim Ali, Politikus Paling Hodoh - Anwar Ibrahim
Itu komen Anwar dalam sesi ramah mesra dengan golongan profesional di Petaling Jaya. Buruk dengan hodoh sama saja.
Baca sini.
Baca sini.
Penerimaan masyarakat dunia terhadap homoseks semakin tinggi ! dunia makin celaru.
Penerimaan masyarakat terhadap golongan homoseks telah meningkat di seluruh dunia. Demikian menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh University of Chicago.
Banyak negara mula longgar penolakannya mereka terhadap spesis Kaum Nabi Lut ini kecuali negara Russia dan kebanyakan negara-negara bekas Soviet Union. 5 negara yang paling mesra gay adalah Belanda, Denmark, Norway, Switzerland dan Belgium.
Fenomena ini terjadi apabila kita bersikap lembut dan menganggap kaum gay ini adalah normal dan perlu diterima sebagai manusia normal. Apabila ada usaha-usaha membetulkan kecelaruan otak mereka dilakukan akan ada saja pihak sesat yang bangun menentang dan kita akur dengan penentangan tersebut dan terkial-kial menurut tentangan mereka.
Ada sekali saya ditanya oleh seorang kawan apa pendapat saya dengan keadaanya yang tinggal bersama pengamal homoseks serumah. Dia rasa mereka ok dan tidak mengganggu dirinya, mereka buat hal masing-masing dan keadaan aman tenteram.
Saya cadangkan agar dia meninggalkan saja golongan tersebut dan jangan tinggal bersama jika kita tidak ada kekuatan merubah mereka. Walaupun kita rasa kuat dan yakin tidak terpengaruh dengan tabiat mereka, namun secara tidak kita sedari kita sedang mengubah persepsi dan pemikiran kita terhadap golongan tersebut.
Akibatnya apabila kita berumah tangga dan anak kita cenderung jadi begitu kita akan berlembut dan merasa tidak apa. Kita telah merosakkan pemikiran seluruh keturunan kita. Cegahlah kemungkaran dengan tangan, kalau tak mampu dengan perkataan, kalau masih tak mampu bencilah kemungkaran tersebut.
Kalau kebencian pun tak ada, kita sebenarnya sedang melakukan kemungkaran.
Lagi kes Bawa Lari Pengundi Jadi Isu, Tapi Umno/BN Pulak Yang Tuduh !
Kebiasaannya pihak pembangkanglah yang menjerit-jerit pada SPR kononnya berlaku perpindahan pengundi secara besar-besaran bagi menjamin kemenangan BN pada kawasan-kawasan tertentu.
Kini terbalik kod apabila Umno/BN juga sudah mula mengadu perkara yang sama kononnya berlaku perpindahan pengundi dari bahagian pulau kepada tanah besar di Pulau Pinang bagi menjamin kemenangan PR di sana.
Kalau tak ada angin sudah takkan pohon bergoyang. Nampaknya pokok benar-benar bergoyang daripada kedua-dua belah pihak, sudah pasti memang benar-benar ada angin. Ternyata aktiviti bawak pelari pengundi ke sana-sini memang sudah menjadi salah satu cara strategi memeastikan kemenangan.
Setakat bawak lari pengundi boleh dikira ok lagi, tapi jika ada aktiviti bawak lari warga negara asing dari negara luar dan didaftarkan sebagai warga negara dan bertukar menjadi status pengundi sudah dikira melampau.
Negara kita biarlah rakyat kita yang menentukan siapa yang lebih layak memerintah atau menjadi wakil kita. Lagipun kita dah lama tinggal di sini dan lebih memehami apa keperluan kita.
Bukannya tak boleh meramaikan warga negara Malaysia dengan membawa warga luar, tapi biarlah mereka yang terdiri daripada manusia yang berkualiti yang banyak manafaatnya pada negara dan rakyat, bukannya membawa para penyangak dan penyumbang kepada masalah sosial negara.








