Pages

Saturday, 28 May 2011

Panjang Umur Tun Mahathir

Tun Mahathir keluar dari IJN hari ini pada pukul 5 petang tadi. Dia akan berehat dan menjalankan fisioterapi dan bersenam di rumah.

Memang panjang umur bekas Perdana Menteri kita ini. Moga dia rajin solat berjemaah di masjid atau surau apabila dah cergas semula nanti.

Kenapa Mat Sabu Dapat Pencalonan Banyak

Meja undi terbalik apabila Tuan Ibrahim umum bertanding!
Banyak berita melaporkan bahawa Mat Sabu mendapat jumlah pencalonan sebanyak 70. Jumlah ini sekali pandang menunjukkan dia meruipakan calon pilihan yang bakal menggugat kedudukan Nasha menjawat kerusi orang nombor dua Pas. Kenapa agaknya Mat Sabu belasah begitu banyak pencalonan berbanding orang lain. Ini antara andaiannya:

  1. Mat Sabu awal-awal lagi dan umum yang dia nak bertanding merebut kerusi no 2 parti.
  2. Penyandang timbalan presiden sekarang walaupun dah lama menjawat kedudukan tersebut dilihat tidak memainkan peranan yang besar dalam mengukuhkan parti.
  3. Tuan Ibrahim Tuan Man awal-awal umum yang dia tidak berminat nak bertanding jawatan no 2 tersebut.
  4. Husam Musa juga umum selepas Bukit Bintang mencalonkannya tak berminat lawan kerusi no 2 parti.
  5. Ramai dari kalangan akar umbi parti merasakan bahawa struktur kuasa eksekutif parti perlu berubah dengan memberikan peluang pada mereka yang bukan berstatus "ustaz".
  6. Orang-orang besar lain yang bukan berstatus ustaz ramai yang memberikan laluan kepada Mat Sabu (Selepas Tuan Ibrahim Tuan Man declare awal dia tak mau bertanding).
  7. Oleh kerana sejak awal hanya kelihatan 2 orang sahaja yang akan bertanding iaitu Nasha dan Mat Sabu, maka mereka yang tidak lagi merasakan nasha mampu membuat pembaharuan memberikan pencalonan mereka kepada Mat Sabu.
  8. Banyak yang terpaksa memilih Mat Sabu walaupun pada haikatnya mereka lebih gemar mencalonkan Tuan Ibrahim.
  9. Bagi mereka yang berfahaman bahawa orang nombor 2 mesti Ustaz, dengan rasa serba salah terpaksa memberikan juga pencalonan pada Nasha. Sebab itu Nasha dapat pencalonan yang tak kurang juga tingginya.
  10. Bagi mereka yang lebih mementingkan 'performance', tanpa mengira ustaz atau non-ustaz dengan tidak berbelah bagi mencalonkan Mat Sabu.
Tiba-tiba Tuan Ibrahim Tuan Man buat 'U-Turn', apabila dia mengumumkan mahu bertanding kerusi nombor 2 tersebut. (Ada spekulasi mengatakan rombongan pendokong fahaman pemimpin wajib seorang Ustaz/ulama menghantar satu kabilah memujuk Tuan Ibrahim Tuan Man masuk bertanding apabila melihat Nasha macam tak kuat kedudukannya)

Dari semua andaian di atas bermakna akan ada sebilangan undi akan beralih dari Nasha kepada Tuan Ibrahim, dan juga akan ada sebilangan undi akan beralih dar Mat Sabu kepada Tuan Ibrahim.

Melalui sifir mudah dan ringkas di atas, berkemungkinan Tuan Ibrahim kan menang besar menewaskan Mat Sabu dan Nasha mungkin akan mendapat undi yang terendah daripada semua.

Friday, 27 May 2011

Kenapa Tidak Boleh Percaya Pada Makanan Kesihatan 'Direct Selling'

Salah satu cara nak kaya cepat adalah dengan menubuhkan sebuah syarikat direct selling. Sebuah syarikat direct selling yang mahu berjaya perlulah mempunyai satu produk yang hebat bagi menarik orang ramai membelinya.

Produk hebat yang membuatkan pelanggan meyebarkannya dari mulut ke telinga sambung menyambung amat mudah dicipta melalui barangan kuat seks.

Untuk mendapatkan kelulusan daripada kementerian yang berkenaan amat mudah, masukkan dahulu segala resepi yang diizinkan untuk mendapatkan kelulusan, setelah lulus, pasarkan produk yang telah diubah suai dengan memasukkan barangan terlarang bagi merangsang kekuatan seks.


Dadah atau bahan terlarang mudah saja untuk diseludup dari pasar gelap atau dari negara jiran, jadi tak timbul masalah untuk bekalan pembuatan.

Ramai orang Malaysia sekarang amat mementingkan kesihatan. Tubuh badan mahu tip-top, tenaga dan stamina mahu kuat, tapi malas bersenam dan mengawal pemakanan. Kalau ada syarikat yang menghulurkan barangan yang menjanjikan semua itu sudah tentu laris. Ini membuka lubang rezeki pada pengaut untung

Jumlah orang kena kencing manis dan darah tinggi amat menggalakkan sekarang ini, terutamanya apabila umur mula meningkat ke 40-an. Menyesal sudah tiada gunanya, tapi gaya hidup pantang diubah, makan belasah ikut nafsu seperti biasa.

Tambahan pula ada produk pemakanan yang didakwa mampu mengawal kesan penyakit tersebut, ramai yang terus beli tanpa fikir panjang. Nak buat macammana, nak kekal sihat kononnya. Ini satu lagi peluang besar bagi si pengaut untung. maka bersepahlah syarikat direct marketing dengan produk makanan tambahan yang hebat-hebat.

Baca laporan serbuan produk tipu kat sini.

Sebenarnya tak perlu semua itu. Apa yang kita semua perlukan hanyalah rajin berjalan kaki sekurang-kurang 3 kali seminggu setengah jam setiap kali. Makanlah sayuran berbagai warna setiap hari pagi petang dan malam. Makanlah banyak buah-buahan. Kurangkan makan karbohidrat seperti nasi dan seumpamanya.

Yang paling penting sekali makan hanya bila lapar dan berhentilah sebelum kenyang. Anda jimat beribu ringgit dan jiwa anda akan lebih tenang. tak percaya cubalah.

Thursday, 26 May 2011

Kalau Label Ulama/Profesional Ciptaan Umno-BN, Maka Ramailah Agen Umno-BN Dalam Pas !

Kata Tuan Guru Nik Aziz, tidak wujud persaingan antara dua kumpulan dalam Pas iaitu ulama dan profesional. Ia hanyalah istilah yang dihidupkan oleh Umno-BN bagi memecah belahkan ahli Pas.

Jika benar kata-kata Tok Guru tersebut maka nampaknya banyaklah ahli Pas cawangan dan juga kawasan di seluruh negara yang menjadi agen Umno-BN dalam memecah belahkan ahli-ahli Pas.

Dalam urusan pemilihan YDP kawasan Puchong umpamanya baru-baru ini, ahli-ahli Pas sendiri berkempen agar ahli Pas memilih ulama sebagai ketua bagi meneruskan kegemilangan tradisi 'kepimpinan ulama' dalam Pas.

Memilih orang lain yang latarbelakangnya bukan beraliran agama bermakna meminggirkan konsep kepimpinan ulama. Begitu jugalah yang terjadi dalam proses pemilihan ketua pemuda mereka, slogan yang sama juga dilaungkan. Mereka siap mengejek dan merendahkan kumpulan yang satu lagi.

Ramai yang tidak sedar dalam pertandingan peringkat kawasan dan lebih-lebih lagi peringkat cawangan, orang yang mereka labelkan sebagai ulama tersebut hanyalah sekadar ustaz yang mengajar di sekolah rendah agama.

Mereka benar-benar keliru antara jenama ustaz dengan jenama ulama. Atau mungkin mereka tahu namun sebagaimana kata Tok Guru ianya adalah mainan Umno-BN, mereka sebenarnya agen Umno-BN yang merayap masuk ke dalam Pas. Mereka sedang memainkan isu tersebut bagi memecahkan belahkan Parti.

Harap semua ahli Pas berhati-hati dengan agen-agen Umno-BN yang giat berkempen memisahkan golongan Ulama dan profesional dalam setiap kalai datangnya musim pemilihan.

Ashraf Mahu Tukar Jadi Aleesha - Minta Kebenaran Mahkamah

Semua bahan reproduktif lelakinya telah dibuang dalam tong sampah dan faraj palsu ditebuk bagi menjadikannya secara fizikal seorang perempuan. Semua itu dilakukannya di Thailand pada tahun 2008.

Kini dia mencabar mahkamah agar memberikan kebenaraan dia menukar identitinya daripada seorang lelaki kepada seorang perenpuan yang sah.

Alasannya adalah doktor telah menesahkannya sebagai seorang perempuan samada secara fizikal maupun secara emosi.

Sebenarnya dia lupa bahawa doktor lansung tidak mengesahkannya sebagai perempuan secara biologi.....setakat ini tak ada lagi undang-undang bagi menangani isu penukaran jantina di negara kita.

Wednesday, 25 May 2011

Dibuang keahlian gym sebab seksi dan kuat menjerit ! pelik tetapi benar.

Loke
Ini cerita lawak yang pertama kali saya dengar dari sebuah gym berbayar terkenal di seluruh dunia. Ia berlaku di negara kita di mana ibu kepada 2 orang anak telah ditamatkan "membership"nya daripada kelab tersebut atas alasan berpakaian terlalu seksi dan kuat menjarit ketika bersenam.

Syarikat gym itu terpaksa berbuat begitu kerana takut kehilangan lebih ramai pelanggannya yang lain. Ramai pelanggan yang mengadu tentang pakaian wanita tersebut dan terganggu dengan suaranya yang suka menjerit ketika bersenam. Ada juga pelanggan yang menulis surat aduan rasmi sipa ditanda tangani beberapa pelanggan yang lain tentang hal tersebut.

Hairan bin ajaib dengan apa yang berlaku di atas, cuba pergi lihat di dalam gym yang banyak bersepah di seluruh pusat bandar bagaimana amoi-amoi berpakaia ketika mereka bersenam. Sejak dulu lagi pakaian amoi-amoi kenakan ketika bersenam amat mengiurkan lelaki sasa yang dahaga, tapi tak ada dengar lagi yang kena buang.

Dalam hal menjerit, biasalah bila angkat besi, kebanyakan orang akan buat sedikit jeritan untuk kepuasan.

Sebenarnya saya yakin mereka tak tahan lihat makcik tersebut tak berapa comel tetapi berpakaian seksi. Bila kita tak comel, apa saja yang kita buat serba tak kena hatta cara kita pegang sudu dan garfu pun akan ada orang komplain.

Cuba kalau yang berpakaian seksi tersebut rupanya seperti Jessica Alba, sudah tentu pengurusan gym itu akan di belasah andaikata menamatkan membership Jessica Alba.

Manusia memang begitu sikapnya, diskriminasi terhadap rupa paras berlaku di mana-mana. Ini juga satu pengajaran kepada kaum wanita yang rasa dirinya tak cantik atau jelik agar jangan gunakan alasan itu untuk tidak menutup aurat dan berpakaian sopan, kerana anda mendedahkan diri anda kepada bahaya akibat orang lain meluat.

Pengajarannya adalah, tutup aurat tetap ada kelebihan samada pada yang comel bergetah ataupun yang hodoh. Kalau comel boleh elak orang naik atas kita, kalau hodoh untuk elak orang buat aniaya terhadap kita.

Tuesday, 24 May 2011

Betulkah Felda Pinjam KWSP RM6 bilion?, Anak tuntut penjelasan!!!

Mazlan - Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)
Felda perlu menjawab tuduhan ini, samada benar ia meminjam duit KWSP sampai RM6 billion !!!

Woi! banyak jumlah tu!!! depa buat apa dengan duit tu takkan buat iklan yang dok berlegar-legar dalam radio sekarang ni!..."FELDA, THE ONLY ONE IN THE WORLD"

Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan jumlah rizab Felda yang merosot dari RM4.08 billion pada 2004 hanya berbaki RM1.35 billion pada tahun 2009.

Felda perlukan satu pengurusan baru yang lebih mantap dan telus sebagai sebuah organisasi perniagaan, bukannya dengan meletakkan para pelahap politikus yang korup sebagai kepala pimpinannya.

Baca ceritanya dengan klik di bawah ini.

Monday, 23 May 2011

Pilihlah Aku ! - Mat Sabu

Pilihlah aku....! (Broery Marantika)
Mat Sabu mengesahkan ia akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden Pas. Pencalonan yang diterimanya amat menggalakkan. Dikatakan ia menerima 70 pencalonan berbanding 40 sahaja yang diterima penyandang jawatan tersebut sekarang Ustaz Nasha.

Walaupun jumlah pencalonan dirahsiakan tapi nampaknya rahsia itu menjadikan satu peluru kepada Mat Sabu untuk para peminatnya bubuh jumlah pencalonan yang dia dapat ikut sedap rasa.

Mat Sabu telah berkali-kali menyatakan dia amat bersedia untuk menjawat jawatan tersebut walau apapun halangannya. Ketika ditanya samada dia akan meneruskan jika Tuan Ibrahim Tuan man bertanding sama, dia dengan yakin menegaskan siapa saja yang masuk tidak akan memadamkan hasratnya untuk bertanding.

Kenapa Mat Sabu perlu dipilih?

  1. Mat Sabu mahu membantu presiden.
  2. Membantu pakatan rakyat menjalinkan hubungan yang lebih erat terutamanya antara Pas dan 'bukan melayu'.
  3. Merapatkan jurang antara Pencinta Islam dengan 'bukan Islam.
Kalau dilihat senario Pas sekarang, sebenarnya Pas tidak ada masalah dengan pengundi bukan Islam. Orang Cina terutamanya penyokong DAP sedikitpun tidak ragu-ragu untuk memberikan undi pada Pas di mana-mana pertandingan.

Yang menjadi masalah besar kepada Pas sekarang adalah undi orang Melayu. Jika Pas berjaya meningkatkan undi orang Melayu, kemungkinan Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU yang akan datang amat cerah sekali. Tapi malangnya undi orang melayu telah banyak beralih kepada Umno.

Oleh itu Mat Sabu perlu memikirkan semula perancangannya jika menang menjadi timbalan presiden. Dia perlu melihat bagaimana mahu menambahkan undi orang Melayu pada Pas dengan meyakinkan orang Malayu bahawa kerjasama antara Pas dengan DAP serta PKR adalah kerjasama yang bijak dan betul.

Mat Sabu going for deputy post