Pages

Saturday, 21 May 2011

DAP Lancar Roketkini.com Bagi Mendekati orang Melayu

Roketkini.com akan dilancarkan Isnin ini, 23/5/11
DAP akan melancarkan portal web mereka Isnin ini yang disediakan dalam bahasa Malaysia bagi menarik kaum Melayu mendekati parti tersebut.

Banyak maklumat mengenai DAP tidak sampai kepada orang Melayu terutamanya orang kampung selama ini. Apa yang orang kampung tahu hanyalah, DAP bekerjasama dengan Pas dan PKR. Apa yang DAP buat dan bagaimana falsafah parti mereka tiada yang ambil peduli.

Bagi mereka yang menyokong Pas, mereka ikut sahaja turut sama menyokong DAP kerana Parti yang mereka sokong adalah kawan kepada DAP.

Tetapi apabila didakyah bahawa DAP itu parti hanya untuk kaum Cina dan mereka sebenarnya mahu menghilangkan kuasa orang melayu maka ada juga sebilangan orang melayu yang termakan dengan dakyah tersebut dan mula beralih kepada BN. Penolakan orang melayu kepada DAP bertambah menjadi-jadi apabila mereka dituduh sebagai membenci Islam.

Mungkin selama ini DAP mengharapkan PAS atau PKR untuk menolong mereka mendekati orang Melayu dan menerangkan bahawa DAP bukanlah sebagaimana yang didakyah oleh media semasa. Namun nampaknya itu semua tidak berlaku dan akhirnya DAP tidak boleh mengharapkan PAs atau PKR buat kerja untuk mereka.

Jalan penyelesaian yang paling mudah adalah dengan menjadikan DAP sebuah parti berbilang bangsa dan tidak didominasi oleh satu bangsa sahaja. Mungkin itulah strategi jangka panjang mereka untuk terus relevan dalam pesada politik tanah air.

Muhyiddin Risau BN Akan Hilang Kuasa Pada PRU ke 13 Nanti !

TPM giat meronda seluruh negara bagi memantapkan jentera pilihan raya Umno untuk menghadapi PRU-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa saja dari sekarang.

Dia risaukan BN akan kehilangan kuasa pada PRU kali ini. Gua tak sanggup bayangkan! begitulah lebih kurang maksud kata-katanya.

Umno nampaknya bekerja keras luar biasa bagi memastikan kemenangan besar mereka. Mereka mahu menang besar. Macam mana dengan persediaan PR?

Baca laporannya dengan klik di bawah ini.

Friday, 20 May 2011

100 Pemuda Umno Berkumpul Sokong Lidah Rasmi Mereka !

Utusan dengan Umno tidak dapat dipisahkan. Apa saja Umno nak buat akan dilobi oleh Utusan bermati-matian walau apapun yang akan terjadi. Hari ini utusan mengapi-apikan sentimen agama dan menuduh DAP, musuh ketat Umno atau lebih tepat lagi BN menjadi dalang dibelakang semua itu. Semua itu semata-mata mahu melonjakkan parti yang disokong Utusan.

Pada 2 Mac 1967 Utusan pernah dibakar oleh 1000 orang para pencinta bahasa di depan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana Utusan menyokong Umno (Tunku Abdul Rahman) yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.


Orang melayu bangun menentang Utusan pada waktu itu yang dianggap sebagai pencacai Umno yang nampak macam mahu mengagung-agungkan bahasa penjajah. Bukan saja Utusan malah gambar Tunku juga dibakar dan jurugambar utusan Hussein Nor waktu itu juga nyaris-nyaris dilontar ke dalam api.

Usman Awang menulis sajak khas bertajuk Keranda 152 untuk menterjemahkan pengkhianatan Utusan tersebut:

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen
Sepuluh tahun nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu

Utusan juga pernah di dapati bersalah pada 18 jun 1971 atas tuduhan menghasut penutupan sekolah-sekolah cina dan tamil. Ketua pengarangnya pada waktu itu Melan Abdullah di denda RM500 dan penyuntingnya Abdul Samad didenda RM1,000. Semua itu berlaku apabila utusan membodek Musa Hitam

Memang Utusan sampai bila-bila akan jadi lidah pencacai Umno maka patutlah sangat Umno juga sanggup bermatian menyokong mereka.

(Untuk maklumat sila rujuk buku Zainuddin Maidin, Semua Itu Sudah berlalu.)

TG Haji Hadi Kekal Presiden Pas Memberi Petanda UG Menjadi Kenyataan ?- BERNAMA

Pengekalan Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang sebagai presiden Pas tanpa dicabar oleh sesiapa dilihat oleh para penganalisis politik sebagai satu tanda mekarnya agenda pengabungan Umno dan juga Pas.

Benarkah begitu atau hanya satu lagi usaha mengkucar kacirkan ikatan pakatan rakyat? sama-samalah kita tunggu dan lihat selepas muktamar pada jun ini. Jika ada apa-apa perubahan ianya sudah tentu sebelum berlansungnya PRU-13 nanti.


Thursday, 19 May 2011

Masuk Penjara Atau Tidak Anwar Tetap Ketua Pembangkang - Lim Guan Eng

Siapa agaknya yang layak menggantikan Anwar bila tiba
masanya ?
Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan yang Anwar tetap jadi ketua pembangkang samada beliau didapati bersalah atau tidak dalam kes terbarunya yang dituduh mendatangi Saiful.

Pakatan Rakyat masih belum memikirkan siapa yang bakal menggantikan Anwar setakat ini. Terfikir juga dalam kepala siapa agaknya yang boleh atau layak menggantikan ketua pembangkang.

Dia mestilah seorang yang berpengetahuan luas dalam hal ehwal ekonomi, antarabangsa, dan mampu berhujah mematahkan lawan dalam sebarang pengucapan.


Kalau dalam bab mematahkan hujah lawan, tak ada orang yang sehebat Arwah Ustaz Fadzil Noor dalam setiap perbahasan di Parlimen. Selain itu arwah juga amat bijak menyusun organisasi parti yang mana ketika zamannya Pas berada di kemuncak yang paling hebat.

Mungkin menteri besar Kedah sekarang ada ciri-ciri degil dan tegas macam arwah, tetapi dia tidak ada di parlimen. Tuan Guru haji Hadi pula lebih cekap membahaskan isu fatwa yang menyentuh hal ehwal hukum agama, memang dia seorang "savant" yang hebat, tapi tak pasti pulak dalam pengurusan negara secara realitinya Tuan Guru mampu menandingi Anwar.

Setakat ini Pakatan Rakyat nampaknya seperti ketandusan pemimpin yang mampu mengembeling semua parti dalam PR sebaik Anwar. Tidak hairanlah serangan terhadap Anwar tak henti-henti bagi melemahkan ikatan pembangkang.

Namun ada baiknya Anwar sentiasa diserang, sekurang-kurangnya ia membuatkan pembangkang sedar dan bersedia mengadakan pimpinan pelapis yang mampu mengambil alih pimpinan peringkat tertinggi bila tiba masanya nanti.

Berita asal kat sini.

PAS Tetap Menjadi Pilihan Rakyat Di Kedah Pada PRU-13 Nanti

Pengurusan yang baik di kedah oleh MB
Majoriti rakyat Kedah akan memihak kepada Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang akan datang ini. Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi yakin Pas akan dapat mempertahankan penguasaan mereka memandangkan 80% daripada janji-janji mereka pada rakyat Kedah telah tertunai.

Banyak yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pas Kedah untuk rakyat dan banyak hutang kepada kerajaan persekutuan juga telah dibayar oleh mereka walaupun mereka baru memerintah di kedah. Terbukti kenyataan pemimpin BN bahawa hanya BN sahaja yang mampu memerintah adalah satu kepercayaan khurafat yang menyesatkan.

Antara Yang Menarik Dalam Sesi Chat Anwar Ibrahim Di Yahoo.


Kemungkinan dipenjarakan?
Anwar Ibrahim: No reason to for me to be jailed based on facts and law. For now, reformasi!



Kenapa Anwar bahaya?

Anwar Ibrahim: 

Unfortunate for UMNO leaders to resort to dirty politics and pornography. I'm deemed to be dangerous because of my commitment to reform and combat corruption and cronyism.



Comment From David  
Give me one good reason why should I vote for you in the next election?






Anwar Ibrahim: 

For freedom and justice. Enough of racism and corruption.



Betulkah PR makin lemah?



Anwar Ibrahim: 

mainstream media propaganda. The reality on the ground is still promising. Example: Sarawak elections.


Ramai orang-orang lama PKR dah cabut, komen?

Anwar Ibrahim: 

beberapa orang dibeli UMNO. Majoriti yang punyai daya tahan, daya juang dan maruah masih kekal dengan perjuangan. Tenaga baru muncul, lebih wibawa dan dibuktikan dalam PRU yang lalu.


kembali kpd Umno jika ditawar jadi PM?

Anwar Ibrahim: 

Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah.


komen tentang PERKASA

Anwar Ibrahim: 

Insult to the intelligence of Malaysians with their racist tirade. It's also an UMNO ploy to create mischief and racial tension.


Perlaksanaan Hudud?




Anwar Ibrahim: 

We must understand what is the higher objectives of the Syariah (maqasid syariah). Our priority is security, freedom and justice for all Malaysians.



Comment From Dr MiM  

DSAI, what is the rational of avoiding a simple 'show your omega watch' to the press and public? Logically, this simple move will ease your moral issues?


Anwar Ibrahim: 

What is the issue? First, Eskay claimed that it was given by a Saudi prince. Then, it was bought in taiwan in 2004 (when I was in jail). Why is there the need for me to explain?



Comment From wasif  

Buku apa-tulisan siapa yg paling bnyak mmpengaruhi pemikiran DSAI?:)


Anwar Ibrahim: 

Al-Quran, kitab hadith, karya-karya besar termasuk Shakespeare, Tagore, Iqbal.



Comment From ily  

Sdr memang menjadi sasaran serangan. Mengapa sdr tidak berhati-hati alam memilih pegawai saudara atau sahabat sejak serangan liwat kali pertama


Anwar Ibrahim: 

Saya tidak mudah menghukum orang. Saya lebih bersifat memaaf dan tidak mencurigai. Jika Saiful yang dimaksudkan, beliau telah dipilih oleh staf lain dan hanya pekerja sementara.



Comment From om  

in your opinion, who is the man in the video. pls answer honestly.

Anwar Ibrahim: 
I have some suspects; big stomach and saggy breasts. ha ha


Komen tentang Mahathir

Anwar Ibrahim: 

Dr. M kuat disiplin dan kerja. Sosok keras dan tidak sedia menerima kritikan.



Comment From Nik Abdul  

Datuk Seri: How is your opinion when expert form South Korea & US confirm that individual from sex tape seems like your face? Do you think that is conspiracy too?


Anwar Ibrahim: 

Typical example how smart guys like you can be duped by UMNO media. Which expert? Why can't they be transparent?



Comment From PK  

Adakah betul dakwaan yang mengatakan Dato seri bersetuju dengan fahaman pluralisme dan bersetuju dengan tindakan Lina joy untuk keluar Islam ats nama kebebasan beragama??


Anwar Ibrahim: 

Percubaan juak UMNO untuk memfitnah termasuk menteri agama. Syeikh Yusuf Qardawi sedia jadi saksi seandainya saya didakwa dalam isu ini. Kita tidak menggalakkan atau meremehkan soal aqidah tetapi kita juga tidak boleh memaksa.


Ahmad Maslan Suruh Anwar bawa Pakar Sendiri Nilai Ketulinan Video Seks !

Ketua penerangan Umno Ahmad Maslan cabar Anwar Ibrahim bawa pakarnya sendiri bagi menyelidiki ketulinan video seks yang didedahkan oleh Eskay. Dia juga mencabar Anwar untuk menyaman Eskay sebagai pembohong ketika bersumpah di Masjid Sentul tempoh hari menyatakan pelakon tersebut adalah Anwar.

Apa pulak nak nak bawa-bawa pakar sendiri ni?, kalau dah pakar korea dan amerika kata video tu tulin, ambil pakai sajalah yang ianya tulin. Cuma pelakon tu siapa sebenarnya samada Anwar atau pelandok dua serupa nak cek macam mana lagi?, takkan nak ambil DNA dari video tu dan minta DNA Anwar untuk bandingkannya pulak?

Satu lagi nak saman buat apa, Eskay sendiri dalam kenyataan akhbarnya selepas bersumpah bagai tahu bahawa bukan dia yang kata itu Anwar, tapi wartawan....pening! pening! elok cari modal lainlah pulak serang ketua pembangkang ni, dah sampai peringkat celaru ni!

Wednesday, 18 May 2011

Bukan Kerja Polis Dedah Mat Boroi Dalam Video Seks - KPN

Ketua Polis Negara menempelak Taukeh Parti KITA yang memandai membuat andaian bahawa imej Polis akan tercemar jika tidak mendedahkan siapa pelakon video yang paling laris di negara kita baru-baru ini.

Polis siasat kes tersebut di bawah seksyen 292, memiliki dan mengedar bahan lucah katanya, dan pihak polis tidak terikat untuk mendedah siapa pelakonnya. Kalau nak dedah semua pelakon filem-filem seks banyaklah pula kerja polis tak habis-habis setiap kali merampas kedai menjual vcd lucah yang tak pernah habis-habis.

Lagipun matlamat pengedar video lucah terkenal itu sudah tercapai, mencetuskan keraguan kepada rakyat sampai rakyat dah mula meloya dengan permainan politik kotor tersebut.

Kerajaan Kita Bijak Menguruskan Ekonomi ?

Mampuih pi kat rakyat, siapa suruh depa undi kita!
Inflasi menghimpit rakyat Malaysia dari tahun ke tahun dan para pemimpin masih berbangga dengan berkata hanya BN yang mampu mengurukan negara lalu rakyatpun terutamanya Melayu dengan rela dan bangga bagi undi kata BN.

Golongan yang palin terasa sekali dalam kes inflasi yang menyusutkan nilai duit kita adalah orang Melayu yang rata-rata makan gaji. Gaji tak naik, anak bertambah, komitmen bertambah harga barang pulak tak henti naik dan yang lebih teruk lagi barang-barang tersebut merupakan keperluan asas kita.


Kenaikan harga barangan:

  1. Makanan meningkat 4.7%
  2. Daging meningkat 7.6%
  3. Susu & Telur naik 7.9%
  4. Sayuran naik 11.4%
  5. Manisan naik 10.9%
  6. Buah-buahan naik 6.8%
  7. Makanan laut naik 3.8%
  8. Ismail Sabri pulak dengan selamba bagi amaran minyak Ron95 kemungkinan besar akan naik lagi....berapa percent pulak entahlah.
Ya memang hanya BN yang mampu memelintah....!

Tuesday, 17 May 2011

Pas Adalah Komplot Komunis, Tak Layak Kritik Perkasa - Bangang Punya Tuduhan !!!

Gambar biadab yang disiarkan !
Betapa mendidih dan geram membaca tulisan Anis Binti Amri yang saya salinkan dibawah. Sungguh dia menulis ikut nafsu dan tidak berlandaskan akal yang waras dalam mengkritik kenyataan Husam kepada Ibrahim Ali.

Dalam kes mahu melaksanakna negara Islam atau hukum hudud yang ditolak oleh Karpal, kalau Pas sertai Umno atau BN pun mereka tetap akan menolaknya dengan alasan yang sama iaitu tidak diizinkan oleh perlembagaan, Jadi sama saja kalau bekerjasama dengan BN atau PR.

Baca kat bawah ni:


PAS Are Communist Accomplice And Not Fit To Criticise Perkasa



Datuk Husam Musa should look himself in the mirror before criticising Datuk Ibrahim Ali.  Datuk Ibrahim Ali has more balls than Husam in standing up for the Muslims.

Husam Musa should just shut the fuck up.  Don't act holier-than thou when PAS can be intimidated by Karpal Singh to drop the Muslim country agenda propagated by PAS before PAS join the Satanic pact of PAS,  PKR and DAP.

Husam Musa had the gall to say Islam does not allow a jihad or crusade to be launched against something uncertain and slanderous.

PAS is conspiring with DAP by supporting Allah's name to be used by Christians.  That too is an obvious proof that PAS is conspiring to propagate Christian as the official religion for Malaysia and will defend DAP in whatever way they can.

We know too well that the agenda to make Christianity the official religion of the country is the truth and nothing but the truth that is being denied by traitors of this country.

PAS,  PKR and DAP are the traitors of this country and also the Satanic pact who will worship Satan so that they would get Satan's help to seize the power from the rightful leader.

The communists had done it before independence and after independence.  PAS had also helped the communists before independence and after independence.  PAS had also been the responsible party in the Memali incident and also the Al-Maunah who tried to seize the power of the leaders of this country by stealing weapons from the army.

Don't say that Perkasa is not fit to raise the issue of jihad as any responsible Muslim who cared about Islam has a right to do that.

Perkasa is a million times better than PAS which had been like a cow to be ridden by DAPigs.  PAS will sell Islam to DAP because they are not actually the Muslim leaders,  but actually politicians using Islam as a stepping stone for their political career.

Therefore,  I just want to say,  FUCK OFF PAS,  PKR and DAP.  Extremists in PAS is well suited with gays in PKR and communists in DAP because birds of a feather flock together!

By  :  Anis Binti Amri

Peluang Untuk "Chat" Bersama Anwar Ibrahim Khamis Ini Secara Live Di Yahoo!!!

Peluang untuk semua pengguna Yahoo berinteraksi secara live dengan ketua pembangkang pada hari khamis ini 19 May 2011, pukul 1130 pagi.

Sesi soal jawab bersama Anwar Ibrahim itu akan berlansung selama sejam. Semua yang ada soalan terbuku dihati jangan lupa mengikutinya hari khamis nanti.

Soalan boleh ditanya dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris dan mestilah padat tetapi ringkas.

Yahoo menganjurkan sesi ini bagi membolehkan semua orang terutamanya rakyat biasa berinteraksi dengan seorang ahli politik yang paling hebat pernah dilahirkan di negara kita.

Hebat dan tidak dapat ditandingi oleh orang lain bagaimana ia memecut naik kepuncak kejayaan dalam masa yang singkat sejak masuk Umno pada 1982 sehinggalah ia menjunam jatuh juga seperti komet pada tahun 1998.

Walaupun jatuh dengan teruk, masuk keluar penjara, naik turun mahkamah dan diselaputi dengan berbagai tuduhan tak henti-henti, dia kembali mengorak langkah memimpin satu Tsunami politik yang tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini.

Ternyata samada anda musuh atau kawan, kehebatan Anwar tidak dapat dinafikan.

Baca maklumat tentang chatting bersama Anwar di bawah ini:

Monday, 16 May 2011

Saiful Bukhari Tersenyum Lega !

Klik kat sini : SH

Saiful Bukhari yang menuduh diliwat oleh Anwar Ibrahim tulis dalam twitter yang dia bersyukur kesnya melekat untuk disambung perbicaraannya.

"Syukur dgn keputusan pada hari ini. Diharap peringkat perbicaraan seterusnya berjalan dengan lancar. Akan terus doa, istiqamah & sabar". Begitulah katanya....

Belum habis lagilah brother...!!!

Kenapa Anwar Perlu Bela Diri


Kenapa Anwar perlu bela diri?,

1. SAIFUL MEMANG ADA BERSAMA DENGAN ANWAR KETIKA TERTUDUH DITUDUH MELAKUKAN KESALAHAN.
2. KERANA ADA PELUANG UNTUK AKSI LIWAT TERSEBUT BERLAKU PADA WAKTU TERSEBUT.
3. KERANA SAIFUL ADA KREDIBILITI (MUNGKIN HAKIM MAKSUDKAN RUPA PARAS SAIFUL JAMBU DAN MENGIURKAN)

Apa yang kita perlu belajar dari kes ini:

  1. Jangan berduaan bersama lelaki jambu jika anda ahli politik pembangkang.

Berita Top! - Anwar Diarah Bela Diri !!!

Mungkin belum selesai kes Saiful, akan ada lagi 99 kes lain
menyusul ...?

Anwar Ibrahim diarah bela diri dalam tuduhan kes liwatnya yang merobek rembong Saiful. Hakim membuat keputusan ada kes dalam pertuduhan tersebut dan memutuskan Anwar perlu membela dirinya.

Nampaknya Datuk Seri Najib sedang tersenyum lebar dengan keputusan tersebut yang bakal membawa satu lagi perjalanan panjang hikayat kisah sodomi di negara kita. Sekurang-kurangnya sempat untuk selesai PRU-13 dalam keadaan Anwar terumbang ambing dan tercalar teruk imejnya di mata rakyat Malaysia.

Ibrahim Ali Lebih Kurang Sama Dengan Osama Laden - Hishammudin Hussein

Dia hanya bertanding di kawasan yang majoriti Melayu saja.
Sebab itu kena tunjuk dia tarak kasi chance lansung pada
Cina. Itulah taktik dia guna utk pastikan kemenangannya
sentiasa terjamin. Pentingkan diri sendiri dia ni.
Kalau Osama Laden tidak mewakili umat Islam keseluruhannya, begitu juga Ibrahim Ali tidak mewakili keseluruhan umat Islam serta Melayau di negara kita. Begitulah komen Hishammudin Hussein terhadap laungan Ibrahim Ali mahu melancarkan jihad melawan para pendakwah Kristian. Baca kat sini.

Ada kekawan yang puji Ibrahim Ali kerana kata mereka dia seorang yang konsisten dalam perjuangan Melayunya. Saya melihat Ibrahim Ali ini hanya bermain politik untuk kepentingan dirinya sahaja.

Dia tahu tempat dia berpolitik dan bertanding di Kelantan sana majoriti besarnya adalah orang Melayu. Hanya ada beberapa kerat saja orang Cina dan undi orang selain Melayu padanya lansung tidak penting untuk memastikan dia menang dalam sebarang pertandingan.


Oleh sebab itulah dia cakap besar dan menunjukkan kehebatannya memperjuangkan Melayu sehingga tidak lansung memperdulikan sentimen bangsa lain atau agama lain. Orang lain pun ada semangat berjuang juga, tapi tak payahlah nak laung-laung tunjuk kat orang. Orang lainpun sentiasa bersedia untuk berjihad, tapi taklah sampai asah pedang depan orang ramai.

Namun Ibrahim Ali terpaksa buat begitu semata-mata untuk menunjukkan pada kawasan melayu ramai tempat berkubunya bahawa dia hanya berjuang untuk orang melayu untuk pastikan kemenangannya. Pandai politik Ibrahim Ali ni.

BERNAMA - Umno The Only Party Committed To Fighting For The Malays

Itu kata ketua pemuda Umno. Dia tuduh tak ada parti lain selain Umno yang berjuang untuk Melayu keseluruhannya, Umno tak pilih bulu dalam perjuangannya katanya lagi.

Saya masih ingat lagi kempen Umno di selangor dulu bertemakan "zero pembangkang". Antara resolusi mereka ketika itu adalah haramkan anugerah sebarang projek kerajaan pada Melayu pembangkang, apa Melayu yang sokong pembangkang itu bukan Melayu ka???.

Sebenarnya perjuangan yang betul adalah untuk Islam, sesebuah parti perlu memperjuangkan Islam tak kira apa bangsa mereka. Apabila manusia itu memperjuangkan Islam maka secara lansung dia memperjuangkan keadilan untuk semua manusia dan juga lain-lain makhluk atas mukabumi ini. Hidup perjuangan Islam!

Sunday, 15 May 2011

Jangan Beri Pakatan Rakyat Rakyat Menang Majoriti Besar - Dr Asri !

Kalau nak beri kemenangan kepada PR, pastikan ianya bukan kemenangan besar, kerana kemenangan besar hanya akan membuatkan penguasa menjadi rakus dan lupa diri tanpa memperdulikan bebanan rakyat.

Begitulah ulasan Dr Asri terhadap PRU-13 yang boleh berlaku pada bila-bila masa saja dari sekarang. Samada BN atau PR yang akan menguasai negara, jangan kasi mereka belasah habis semua kerusi parlimen dengan kemenangan yang besar.

Sokong dengan kenyataan Dr Asri. Rakyat hendaklah pastikan kemenangan Pakatan Rakyat menguasai parlimen dengan "simple majority". Baca sini