Pages

Friday, 1 April 2011

1-India Mesti Sokong Sekolah Tamil, Palanivel - Menuju Negara Celaru !!!

1-India, Sekolah Tamil Diutamakan, bahasa
Tamil dikukuhkan
Presiden MIC hari ini mewnggesa semua orang India tak kira status mereka kaya atau pertengahan atau miskin mesti sokong dan hantar semua anak-anak mereka ke sekolah Tamil.

Kerajaan kini menggalakkan lagi pembangunan sekolah Tamil di seluruh Malaysia dengan memberikan peruntukan bagi pembinaan sekolah-sekolah Tamil.

Ini akan mengukuhkan lagi asas perkauman dan kebudayaan kaum India serta mengukuhlan agama mereka. Jika lebih ramai kaum India bersekolah di sekolah tamil akan mengukuhkan lagi bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Tamil.

Ini satu lagi kecelaruan 1-Malaysia yang digembar-gemburkan oleh PM kita. Apa makna laungkan 1 malaysia jika kita terus menerus memisahkan ikatan pergaulan rakyat negara kita sejak di bangku sekolah lagi.


Anak Cina sekolah cina, anak India sekolah india dan anak melayu sekolah kebangsaan, apa punya satu Malaysia ini? cakap lain buat lain 1-Malaysia tak jelas, kabur dan tak sesuai dengan apa yang diamalkan di negara kita.

Cuba bayangkan jika semua orang India masuk sekolah tamil? makin jauhlah ikatan antara berbagai bangsa di negara kita sementara ikatan satu bangsa tertentu makin kuat, bukankah ia menambahkan masalah perkauman di negara kita.

Ke mana arah para pemimpin kita mahu bawa dalam konteks melahirkan satu negara bangsa...kita bakal melihat pembentukan satu negara unik di mana semua bangsa menuntut hak sama rata dan dalam masa yang sama tidak bersedia duduk sebumbung. Apa punya celaru!!!

Thursday, 31 March 2011

Penerbangan Terus Kota Bharu / China - Husam Musa

Tengok macam mana hebatnya tadbir urus Husam Musa di negeri Kelantan. Macam-macam dia buat sedikit demi sedikit dengan penuh kesabaran untuk membangunkan negeri Kelantan.

Hari ini Kelantan bersetuju untuk memeterai kerjasama antara kerajaan negeri Kelantan dengan syarikat penerbangan swasta untuk mengadakan penerbangan terus dari Kota bharu ke dua destinasi di negara China iaitu Chengdu dan Shichuan.

Dengan adanya penerbangan terus itu penumpang akan dapat menjimatkan masa selama 1 jam. Menjadikan masa yang diambil untuk kesana adalah hanya selama 3 setengah jam sahaja daripada 4 setengah jam jika melalui KLIA.


Baca laporan asalnya di sini.

Ada dengar orang cerita tentang seorang veteran Pas dari Gombak yang melenting dan lebih sanggup untuk ambil Yahudi jadi presiden Pas, kalau nak ambil Husam jadi presiden kena langkah mayat dia dulu.

Begitu bencinya dia pada Husam. Benci kerana katanya geng-geng Husamlah yang telah menyelewengkan perjuangan Pas daripada Islam sebenar.

Kalau begitulah pemikirannya, nampak sangat orang yang menolak itu sesat dan jahil dalam mempertimbangkan antara yang penting dengan yang lebih penting.

Kalau Yahudi dia sanggup sokong yang terang-terang musuh Islam, atas alasan apa pulak dia mahu menolak Husam melainkan ada dendam dan ikut emosi tanpa guna akal dalam tempurung kepalanya. Orang begitu sebenarnya merupakan perosak masyarakat dan membazirkan kemuliaan akal yang Allah anugerahkan padanya.

Husam Memang Hebat, Layak Jadi Perdana Menteri !

Lihat kehebatan Husam Musa menawan para pemimpin dari negara China di bawah. PAS perlu menaikkan orang seperti Husam yang mampu menerajui Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Anwar Ibrahim.

Bagaimana Husam Musa Menawan Pemerintah China

Bagaimana anda menilai kehebatan seseorang pemimpin atau peniaga ? Antara ciri seorang pemimpin yang hebat adalah seorang yang mampu mencairkan hati orang yang berurusan dengannya.
Saya teringat sewaktu saya menyertai delegasi Kerajaan Negeri Kelantan ke China tempoh hari. Saya berada dalam semua mesyuarat yang diadakan secara berasinganan dengan Gabenor Xinjiang, Timbalan Gabenor Xinjiang, Canselor beberapa Universiti, pertemuan dengan pimpinan Islam China dan mesyuarat dengan Dewan Perniagaan CCPIT (China Council for The Promotion of International Trade)
Dari mesyuarat-mesyuarat ini saya belajar bagaimana Husam Musa yang mengetuai delegasi ini berbicara dengan pemerintah-pemerintah ini. Taktik yang digunakan adalah sangat bijak dan berkesan.
Senario pertama
Sewaktu kami bermesyuarat dengan timbalan gabenor wilayah autonomi Xinjiang, mesyuarat dimulakan dengan tuan rumah memulakan ucapan.  baca seterusnya

Jijiknya Politik Malaysia - Tulisan Anak Bapa

Bila agaknya jasa pembangkang akan dihargai. Mungkin
apabila pembangkang berhenti menyerang pemerintah.
Artikel ini diambil dari blog ini


Jijiknya Politik Malaysia


Kerajaan UMNO/BN sentiasa mendabik dada bahawa Malaysia sentiasa mendapat pujian sebagai antara negara termaju di Asia Tenggara kerana prasarananya yang hebat dan canggih. Dan sememangnya diakui bahawa kita memiliki kemudahan yang setanding dengan negara maju yang lain. Terima kasih kepada duit minyak yang disumbangkan oleh Petronas selama ini.

Tetapi kehebatan sesuatu tamadun itu bukanlah dinilai semata-mata daripada kemampuan kerajaan menyediakan kemudahan fizikal. Jika itu ukurannya tentu kerajaan Fir’aun lebih hebat kerana piramidnya yang masih tertegak sehingga hari ini merupakan antara mercu tanda ajaib dunia yang tidak ada tolok bandingnya.



Malangnya Fir’aun lebih dikenali sebagai pemerintah yang zalim dan jahat, yang berterusan mengabdi dan menindas rakyat demi memuaskan kehendak nafsunya. Keangkuhannya sehingga ke tahap mengaku sebagai tuhan yang paling tinggi adalah jenayah yang paling besar yang tergamak dilakukan oleh seorang manusia.

Anak Bapa telah banyak menulis tentang jenayah UMNO dan BN kepada rakyat Malaysia. Segala pembangunan yang mereka wujudkan di Malaysia adalah merupakan tanggungjawab mana-mana kerajaan yang memerintah tak kira UMNO atau PR atau sesiapa saja. Jika UMNO saja yang pandai membuat pembangunan maka tentulah Singapura tak ada jalan dan elektrik, Thailand tak ada bekalan air dan Amerika tak ada lapangan terbang sebab negara-negara ini tidak diperintah oleh kerajaan UMNO dan BN.

Malah pembangunan yang ada ini pun dibangunkan atas korupsi dan penyelewengan pimpinan UMNO dan BN. Skandal demi skandal yang telah dan akan didedahkan dari masa ke semasa yang jelas terang lagi bersuluh membuktikan bagaimana mereka menyeleweng ratusan ribu juta duit negara.

Revolusi rakyat sedang bertiup kencang melanda Timur Tengah dan Utara Afrika dan tsunaminya berjaya menenggelamkan diktator Mesir, Tunisia dan tidak lama lagi Yaman dan Libya dan banyak lagi. UMNO dah mula panik kerana ciri yang ada pada ledakan rakyat dan diktator ini mirip kepada suasana yang ada di Malaysia.

UMNO semakin resah kerana kuasa mereka semakin terhakis. Pelbagai helah temasuk cara kotor mereka gunakan demi menjamin kesinambungan hayat mereka. Anwar Ibrahim dilihat sebagai satu-satunya individu yang mampu membawa kebangkitan rakyat dan menyatukan parti-parti pembangkang.

Anwar perlu dihancurkan atas apa cara sekali pun. Tak cukup dengan ugutan dan kecaman, beliau diaibkan dengan kes liwat I dan II dan kini pula dengan skandal seks! UMNO tidak percaya kepada Allah swt. Jika mereka percaya tentu mereka tak akan buat apa yang sedang mereka buat.

Bagi UMNO yang penting mereka terus berkuasa, cara dan kaedahnya tidak penting. Negara dan rakyat akan terdedah kepada bahaya jika terus memberi sokongan kepada UMNO. Mereka akan lakukan APA SAJA demi kelangsungan kuasa mereka. Rakyat perlu bertindak segera dengan menurunkan mereka.

Anak Bapa: Terharu melihat keberanian rakyat Arab ……

Wednesday, 30 March 2011

"Datuk T" Tidak Bermoral - NGO Lain-Lain Agama Desak Kerajaan Ambil Tindakan Tegas

Lagi berita tentangan terhadap video seks yang dirpomosikan oleh Datuk T. Kali ini ia disuarakan oleh majlis antara agama yang diketuai oleh Dr Thomas Philips. Mereka menyifatkan Datuk T sebagai "unscrupulous and disgruntled". 

Buat malu kata orang saja !. Baca laporannya di sini.

Monday, 28 March 2011

PKR Hidup Disebabkan dan Hanya Untuk Anwar - Daim Zainuddin

(PKR) + (PR) - (Anwar) = 'Nil'
Kerana Anwar PKR ditubuhkan, untuk Anwar juga PKR ditubuhkan dan kini kerana Anwar PKR masih ada, apa akan terjadi pada PKR andaikata tiada Anwar.

Daim Zainuddin memberikan komen panjang lebar tentang hubungan Anwar dengan kewujudan PKR khasnya dan juga Pakatan Rakyat umumnya. Baca laporannya di sini.

Hari ini juga seramai 200 orang sami di Pulau Pinang istiharkan keluar dari PKR kerana hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim, tengok sini. Banyak lagi orang-orang lama yang keluar dari PKR kerana sebab yang sama.

Bila cakap saja tentang kekecewaan orang kepada PKR, sudah pasti kekecewaan itu menjurus kepada Anwar Ibrahim. Bila cakap tentang orang masuk PKR, kemasukan itu kerana nak sokong Anwar Ibrahim.

Nampak ada logiknya ulasan Daim di atas, semuanya berkisar tentang Anwar Ibrahim. Patutlah BN hanya memberikan perhatian penuhnya hanya terhadap Anwar Ibrahim, jika dia dilenyapkan dari dunia politik Malaysia, maka semua ikatan persaingan akan terlerai.


Ikatan 3 parti dalam PKR, ikatan 3 bangsa yang masuk dan sokong PKR, ikatan sokongan ahli PAS pada PKR, semuanya akan terurai.

Kata Daim lagi, Anwar ni seorang makhluk yang sepanjang sejarah hidup politiknya sentiasa memakai berbagai wajah dan rupa, macam cerita 'the mask', topeng akan ditukar bergantung kepada kesesuaian keadaan untuk mencapai matlamat politiknya.

Saya setuju amat dengan kenyataan Daim dari segi kebergantungan yang terlalu banyak kepada kehebatan Anwar Ibrahim, habis tenggelam semua orang lain, seolah-olah tak ada orang lain yang lebih layak menerajui pakatan rakyat. Teringin juga nak tengok dia berundur jauh-jauh dari politik negara kita dan ketika itu boleh kita lihat apa akan terjadi pada Pakatan Rakyat, masih hidup atau terus mampus.

Bukan bermakna setuju dengan Daim bahawa semua orang kena sokong BN, minta maaf sajalah, walau apa sekalipun terjadi negara kita tetap memerlukan pembangkang agar sentiasa wujud pesaingan yang sihat, agar tauke yang menang tak hilang akal untuk buat sesuka hati.

Bagi peminat serta penyokong setia pembangkang terutamanya ahli Pas, kita perlu setia dengan aliran kita, biar siapa yang mengendalikan parti selagi perlembagaan parti tidak berubah maka parti itulah yang kita sokong. Berusahalah menaikkan orang yang berupaya merealisasikan matlamat serta perlembagaan parti.

Sunday, 27 March 2011

Dr Asri Ajak Berhimpun Bantah Politik Lucah - JOM!!!

Polis, FRU jom turun sekali !
Dr Asri mengajak seluruh rakyat Malaysia turun ke Jalan Raya bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap politik gila babi, kotor, bebal, biadab, bodoh, sekentoi, chewi, mangkaq, bengap, lembab, sundal, jebong, darai, ponen dan semua yang seumpama dengannya, yang suka mendedahkan aib orang lain tentang perilaku seks. Hentikan politik selak kain orang. Baca kat sini.

Saya 100% sokong, habaq mai bila nak turun !!! kita bantah politik sekentoi macam tu. Caya Dr Asri !!!