Pages

Saturday, 26 March 2011

Kes Video Seks Menyelamatkan Kesuraman Anwar - Tahniah Datuk Eskay

Sebelum munculnya kisah video seks yang meletakkan Anwar sebagai pelakunya, PKR kelihatan agak suram, hubungan dengan PAS pula nampak macam biasa-biasa, dengan DAP macam biasalah mereka sibuk buat kerja.

Tiba-tiba Trio Datuk T muncul dengan satu isu baru, kononnya mahu check mate pemimpin pembangkang tersebut, yang akhirnya ternyata mereka masuk perangkap Dato Eskay, seorang businessman tercicir dan sedang menjunam mencari pelampung untuk timbul.


Rakyat terus meluat dan seorang tua kampung, Pak Mat yang selama ini amat relaks dan tak pernah menunjukkan sentimennya samada PAS atau UMNO tiba-tiba melenting dan terus menyampah dengan tuduhan terbaru tersebut. "Celaka Umno, dah tak ada kerja lain ka?" ayat Pak Mat sejak munculnya kisah jijik video seks tersebut.

Seperti biasa Anwar menggunakan kemahirannya untuk 'hijack' isu-isu sebegitu untuk kepentingan politik dan popularitinya. Anwar kelihatan bertenaga kembali. Dalam satu majlis semalam di kediamannya, majlis yang direncana untuk 250 orang menjadi kelam kabut apabila seramai lebih dari 400 orang terjun untuk mendengar suara Anwar.

Orang ramai mula menyerbu apa saja program Anwar dan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Tuan Guru haji Hadi di katakan orang yang paling tidak selesa dengan kejadian terbaru ini. Dia amat berkecuali selama ini apabila menyentuh isu PKR, tapi kali ini ramai yang terkejut apabila selasa lalu dia mencelah soalan wartawan.

Wartawan bertanya samada Anwar sanggup bersumpah dengan isu terbaru tersebut. Mengejutkan semua orang yang ada di situ apabila Haji Hadi tiba-tiba mencelah meminta izin Anwar untuk menjawab soalan tersebut. Tuan Guru tiba-tiba menjadi amat simpati dengan Anwar, menjadi akrab dan bersedia membela pemimpin pembangkang malang tersebut.

Tuan Guru baru-baru ini dalam satu ceramah di Taman medan menghentam Umno dengan begitu bertenaga sekali selama 20 minit tidah henti. Dia menyatakan kemarahannya yang amat sangat dengan politik kotor yang berlaku di negara kita. Ceramah yang dijangka hanya akan dihadiri oleh 3 ribu lebih orang saja di serbu lebih dari 5 ribu orang. Luar jangkaan !, kata penganjur.

Walau apapun, tahniah Dato Eskay kerana berjaya memperbodohkan Tan Sri Abdul Rahim TC, jerat dah mengena. Yang sedang terkangkang dan menepuk dahi seminit sekali adalah RTC. Dia memalitkan tahi kepada Umno sekali. Umnno tak pasal-pasal terpaksa menepis semua tahik yang terpalit. Tapi baunya sedah melekat!!!

Thursday, 24 March 2011

Zaid Ibrahim Tengok Filem Seks !

"Saya dah tengok filem tu dan lebih layak untuk buat komen berbanding dengan rakyat Malaysia lain yang belum menontonnya". Begitulah kata Zaid Ibrahim di sini,

Keseluruhannya Zaid bercakap macam musuh PKR juga sepertimana YB Zul Kulim, cuma lebih bertatasusila, bertamadun dan terpelajar berbanding Lebai Kulim tu, patutlah Zaid dapat membina empayar firma guaman terbesar di Malaysia, kalau nak harap YB Zul, setakat firma guaman kat pekan Kulimpun belum tentu hidup lagi.


Lucu juga bila Zaid sarankan kita gunakan kepakaran dari luar seperti FBI, Scotland yard, Mossad, Polis berkuda kanada dan semua pakar yang ujud dari luar untuk membuktikan bahawa video atau rakaman tersebut ori dan buka rekaan.

Tak ada siapapun kata video itu palsu, setakat nak buat rakaman aksi alakonan 20 minit sekarang ini banyak kamera kompak yang boleh kita pakai. Tapi kalau nak buat rakaman filem lucah atau aksi seks ranjang ada sedikit masalah, iaitu untuk mencari pelakon yang rela, kalau jalang dari luar negara agak senang sikit, tapi ada bayarannya.

Dan yang paling payah adalah untuk meyakinkan seseorang yang popular, yang semua orang kenal untuk berlakon adengan seks di depan perakam video dan juga dengan kehadiran orang lain. Cuba suruh Awie atau Jamal Abdillah jadi pelakon dengan bayaran jutaa ringgit, saya yakin mereka cukup waras untuk menolaknya, ia akan membunuh karier seni mereka.

Bayangkan pulak untuk orang seperti Anwar yang integritinya jauh lebih diperlukan untuk karier politiknya akan sanggup membiarkan orang lain melihat dan merakam ia beraksi!. itu kerja gila, biarlah apa orang nak kata saya memang lebih percaya ia kerja orang tak cerdik yang menyangka rakyat Malaysia lebih bodoh dan tidak dapat berfikir seperti mereka.

Cukuplah desakan untuk buktikan samada Anwar yang berlakon dalam video itu atau tidak, buang masa, rosakkan masyarakat, kerja gila dan lansung tidak membantu negara mencapai negara maju. Tangkap saja 3 hero utama yang menggelarkan diri mereka Datuk T (macam cerita lawak P Ramlee pulak), yang kini nampaknya cuba berkecimpung dalam industri porno pulak.

Jangan biarkan mereka bebas, tangkap dan bhukum mereka sebelum mereka mula memasarkan semua hasil seni porno mereka ke dunia maya.

Wednesday, 23 March 2011

Dia Pelakon Seks Tu ! - Komen Orang Pada Datuk Shazryl Eskay Abdullah

Laporan malay mail yang bertajuk "Sex Video Man Identifies Himself" hari ini kat sini, menarik perhatian apabila ada orang komen kat bawah artikel tu begini:


In pix above, i think it's obvious to everyone that shazry eskay bears a STRIKING RESEMBLANCE to DSAI. maybe he's the one in the video!

Submitted by Anonymous on Wednesday, March 23rd, 2011.



Cuba Tengok gandingan gambar di bawah ada sama tak?:

Sekali pandang nampak memang ada persamaan!

Lekeh Sangat Kah PAS !

Cita-cita perlu tinggi!, biar apa orang nak kata. Tapi jangan
setakat cita-cita saja, cara juga mesti betul dan berkesan
Satu saranan daripada blog ibnuhasyim.com agar Pakatan Pembangkang diterajui oleh PAS berikutan situasi Ketua Pembangkang yang dibelengu dengan terlalu banyak isu tuduhan skandal demi skandal yang tak habis-habis.

Nampaknya Anwar Ibrahim terpaksa berhempas pulas korbankan banyak masanya untuk membersihkan diri dari terus terpalit dengan leparan berbagai kekotorannya. Itulah padahnya kalau dah pernah masuk "tong taik", walau dah keluar sekalipun orang masih nampak banyak taik terpalit di seluruh badannya. Susah nak buang bau taik yang sekian lama terpalit sejak tahun 1982 lagi di mana Anwar isyihar masuk UMNO.


Walaupun Pas dah lama berkecimpung dalam arena politik tanah air, namun keupayaannya menerajui negara masih samar. kalau dilihat dari segi kewujudannya di seluruh pelusuk tanah air saja nampak tidak meyakinkan, lihat saja di Sabah dan Sarawak. Ini satu cabaran hebat untuk difikirkan oleh semua ahli Pas termasuk semua kepimpinan tertinggi Pas.

Cuba baca komen dibawah apabila ibnuhasyim.com cadangkan agar Nik Aziz bersedia menjadi PM pakatan rakyat:


Anonymous said...




Tok sah dok berangan lah pas....silap haribulan kelatan pulak jatuh ketangan BN dlm PRU 13.....so tok sah dok pk sapa nak jadi PM paatan...kena pk mcm mana nak pertahankan kelatan, kedah dan selangor yg makin guyah.....nik aziz pun dah kuar masuk spital ...so tok sah dok pk pasal nak jadi PM....teringat kata hj hadi...angan angan mat jenin pas la tu.....kalau tenang, kerdau, galas, bagan pinang dan manek urai pun pas semput....jgn citer nak ambik msia.....semoga dijauhkan....amin


Anonymous said...




typical PAS minded, soooo naieve!!!! baik fokus nak kekalkan kuasa kat negeri2 yg dah sah2 akan kembali pada BN. bodo punya Pak Janggoat PAS! kalau PR menang, dah sah2 DAP yg akan conquer semua jawatan utama termasuklah jawatan PM (nak2 si ungker Lim tu). PAS boleh la tinjau2 bharap jawatan menteri hal ehwal agama macam kat Penang tu...


Oit Pak Janggoat, apesal ko langsung tak sentuh pasal Kerajaan DAP-PKR Penang buat konsert jemput Ning Baizura untuk perbodohkan umat Melayu-Islam??? Hipokrit ke apa ko ni??? kesian aku nengok muslimat PAS kena perbodoh ngan EXCO agama Penang kata ada majlis makan2... 



Nilah akibatnya bila parti politik yg mengaku Gerakan Islam meninggalkan Islam. PADAN MUKA!!!

Ir Shaik Hussein Mydin Dilantik jadi Ketua Pemuda UMNO P Pinang

Ketua Pemuda Umno Penang, yang sihat tu.
Tahniah kepada Ir Shaik Hussein Mydin yang telah dilantik sebagi ketua pemuda Umno Pulau Pinang. Ketuanya Khairy Jamaludin memberitahu penstrukturan tersebut adalah sebagai persediaan menghadapi PRU-13. Nampaknya memang dah dekat PRU-13 ni.

Ir Shaik Hussein Mydin ni memang hebat, seorang jurutera profesional dan juga seorang ahli perniagaan. Saya ada lihat namanya tersenarai sebagai salah seorang pemilik syarikat kawalan keselamatan CAREMAN SECURITY (M) SDN BHD, yang modal berbayarnya RM1 juta, tentu banyak projek kawalan keselamatan lepas ni!. Dia juga ada melibatkan diri dalam industri air, namanya ada berdaftar sebagai consultant dalam SPAN.


Lihat perbezaan antara pemimpin Pas dengan Umno. Jika Pas, ketua yang dilantik pasti gambaran seorang ustaz yang hebat berceramah muncul. Bagi Umno pula apabila seorang ketua dilantik, pasti gambaran seorang businessman yang muncul.

Mana satu yang lebih baik agak-agaknya ? Dilema juga jadi orang politik ni. Berpolitik kalau tak ada duit susah sikit nak bergerak, apabila berniaga untuk cari duit pulak orang nampak ambil kesempatan buat duit melalui politik. Bagaimana kita perlu mengubah semua ini agar nampak cantik?.

Bagaimana Pas perlu selesaikan semua masalah curiga masyarakat terhadap ahli perniagaan yang aktif dalam politik. Mungkin kita perlu merangka agar semua pemimpin hanya perlu berkorban 100% politik tanpa melibatkan diri dalam perniagaan.

Bagi merungkai masalah kewangan pulak kita perlu membina rangkaian usahawan sebanyak mungkin yang mempunyai struktur organisasinya tersendiri yang duduk sebagai kumpulan sokongan di bawah organisasi politik yang disokongnya.

Bagi parti Umno semua itu sudah ada, cuma saya tak pasti bagi parti Pas dah wujud rangkaian ahli-ahli perniagaan yang berstruktur dan juga syarikat kepunyaan parti yang hebat dan bertaraf dunia. kalau dulu Pas ada kohilal, tapi malangnya ia tak dapat bertahan lama, sekarang tinggal kenangan dan dibalut dengan seribu satu macam masalah. Macam mana masyarakat nak yakin dengan keupayaan Pas dalam memnbina ekonomi rakyat!.

Tuesday, 22 March 2011

Pemimpin & Seks - Bekas Presiden Israel Dihukum Penjara !

Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav di jatuhkan hukuman penjara 7 tahun setelah di dapati bersalah merogol dan juga mencabul pembantunya dan juga 2 orang pekerjanya. Baca sini.

Banyak kes pemimpin-pemimpin terlibat dalam kes salah laku seks di seluruh dunia. Kat negara kita juga banyak kes pemimpin yang naik turun kerana skandal seks.

Ketua pembangkang juga terpalit diseret dengan berbagai tuduhan salah laku seks semenjak dia diterajang keluar dari Kerajaan BN.


Banyak pemimpin pembangkang juga tak lepas dari tuduhan serta fitnah seks. Mat Sabu pernah dituduh berkhalwat. Ada adun Pas yang dituduh berzina dengan bini orang.

Banyak ketua cawangan dan bahagian juga pembantu menteri-menteri kantoi dengan tuduhan seks. Ada yang selamat dan ada juga yang tak selamat.

PM kita juga digossipkan dengan banyak skandal seks, tapi tak pernah terbukti atau tak pernah lekat semua kes tersebut.

Setakat ini, Tuan Guru Nik Aziz tak pernah ada sebarang gossip tentang salah laku seks. Haji Hadi juga begitu. nampaknya orang takada ruang nak cucuk fitnah pada mereka.

Itulah kelebihan menjunjung Islam dan tak pernah putus asa dari memperjuangkannya. Bukan hanya berani mengeluarkan fatwa dan mengecam maksiat, malah kehidupan mereka sendiri tak ada perhiasan dunia yang boleh mendatangkan fitnah.

Apa yang musuh-musuh dapat tuduh hanyalah berkisar daripada fatwa-fatwa yang cuba di selewengkan orang untuk menjatuhkan kredibiliti mereka. Setakat itulah saja yang mereka mampu, tapi apabila diajak berdebat semua kecut tak berani, hanya berani menyalak di balik dinding.

saya setuju kata blog Ibnuhasyim.com, tiba masanya Pakatan Rakyat dipimpin oleh orang seperti Nik Aziz.

Monday, 21 March 2011

Kegemaran Ganjil YB Ahli Parlimen Kulim !

Jangout ada makna ni !!!
Macam-macam perangai ganjil manusia atas muka bumi ni. Kadang-kadang kita tertipu dengan jawatan serta kelayakan seseorang itu. Biasanya apabila melihat Yang Berhormat, kita terus rasa nak hormat. Bila kita jumpa lawyer kita akan respect ketekunannya belajar sehingga mendapat title tersebut. Apatah lagi jika orang yang kita jumpa itu mempunyai kedua-dua benda yang disebutkan di atas.

Tapi siapa sangka, orang yang kita hormat itu rupa-rupanya suka mengendap kambing mengawan. Siap ada kolek si gambar lagi!. Patutlah ulasan politik serta teori konsprasinya macam budak-budak, lucu dan menimbulkan rasa simpati pada penulis apabila terbaca tulisannya.


Saya harap, ini merupakan kali pertama dan terakhir dia menjadi wakil rakyat. Hanya orang tak cukup akal yang akan mengambilnya untuk bertanding mewakili rakyat. Malu tengok dia yang berkepiah dan berjangout dan sering dilihat kononnya memperjuangkan kebenaran.

Nota: Patutlah dia suka sebut Pak Jangout, rupa-rupanya dia minat tengok bapak kambing mengawan !!!

Kalau nak tengok koleksi gambar kambing mengawan YB tu, sila klik kat sini. Tapi awas janga baca tulisannya, takut anda meloya dan mual termuntah nanti. 

Nak Tahu Kenapa Pas Merudum ???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdqiHCiKcBmFYTHEKIw0pSWL0Id1lfGJrLGSrI9f1gchhpUmBDDtfosQ17D3M0HT1XcjrS6sh6bTltzmX0JO-eIUUcqGGhl-T7KjSZXcLxOYczV3r48P1AynOkiXIjh939SrJo4iFkgI_b/s1600/menerjang+badai-rasmi2.JPG
Inipun sama juga, orang lain semua salah, dia saja yang betul!
Jangan melawan, nanti aku tengking!
Dr Mujahid cuba membawa pemikiran bagaimana menyediakan Pas untuk semua orang. Ust. Ridhwan Mohd Nor dan mereka yang seumpama dengannya pula mahu mengekalkan Pas hanya untuk ahli Pas, dan mereka tidak membawa apa-apa pemikiranpun, hanya ulang cetak dan ulang tayang benda yang telah dihidangkan sejak dulu saja.

Kehebatan Ust. Ridhwan menghafal sejarah memang tak dapat dinafikan. Sambil pejam mata saja (dia selalu buat begitu bila mengeluarkan fakta-fakta sejarah) Ust akan menghamburkan semua peristiwa-peristiwa yang tercatit dalam sejarah.


Walau bagaimanapun keupayaan menghafal semua benda tidak bermakna mampu merungkaikan masalah besar masyarakat dan juga organisasi. Tidak bermakna mereka yang pakar dalam sejarah mesti juga bijak sebagai seorang ahli fikir dan mampu mengeluarkan idea-idea yang hebat.

Maka gesaan Dr Mujahid agar Pas hentikan dakyah meracun para ahlinya dari salah faham perlu dilakukan dengan kadar segera. Para ahli Pas perlu segera di sedarkan bahawa keupayaan seseorang ulama itu menghafal segala hukum, segala hadith, segala kitab dan lain-lain bukan bermakna dia juga seorang pemimpin yang berinovasi, bukan bermakna dia mampu melihat dan membaca pergerakan masyarakat dengan hebat, bukan bermakna dia mampu menjadi ahli politik yang hebat.

Jika keupayaan menghafal menjadi ukuran, maka sudah tentu VCD atau Tumbdrive lebih hebat dari ramai manusia, benda itu boleh dimuatkan dengan berjuta-juta maklumat. Jika kita ulang dan ulang teknik yang sama dengan harapan untuk mendapatkan hasil yang berbeza, fikiran kita sebenarnya tidak waras.


Baca laporan di bawah ini:


Buku ' Menerjang Badai ' tulisan Ust. Ridhwan Mohd Nor difensif , tidak menjawab persoalan


Buku ‘Menerjang Badai’ yang diforumkan di Kelantan dilihat seakan difensif ketika menjawab beberapa persoalan mengenai buku kontroversi Dr Mujahid Yusof Rawa, iaitu ‘Menuju PAS Baru’.

Wakil Jabatan Urusetia Penerangan PAS Kelantan memberitahu, Ustaz Ridhwan Mohd Nor dilaporkan langsung tidak menjawab soalan moderator mengenai ‘Teori Lekuk’ yang dikemukakan oleh Dr Mujahid.

sambung baca katsini.

Sunday, 20 March 2011

PAS Tengah Merudum ?

PAS Perlis yang agak sunyi dari media dan glamour, tiba-tiba buat kejutan dengan tersergamnya bangunan sendiri yang menjadi mercu tanda PAS Negeri itu.


Kawan saya banyak yang datang menegur sapa, sambil sinis perli. 'PAS Perlis semua kaya-kaya dari orang PAS Pulau Pinang, sebab tu, Perlis boleh buat bangunan yang hebat sendiri' .


Tersebar luas yang PAS, kebelakangan ini merosot dari mendapat sumbangan dari ahlinya sendiri. Ada kata tak telus, ada kata duit derma ke PAS tiris ke individu yang berlakon dengan serban jubah?? Banyak sangat isu yang menghilang keyakinan orang menyumbang.


Ada seorang kawan lama telepon saya. Dia telepon dari German, bertanya khabar PAS. Dia yang duduk German, dapat gambaran PAS sedang merudum sokongan. Adakah orang dah hilang keyakinan atau give up sejak Muktamar lepas dan perkembangan yang tidak berubah? soal dia.


Apa yang dia hukum itu berdasarkan jumlah pembeli HARAKAH yang menurun amat ketara, Pilihanraya kecil yang terus menurun sokongan pengundi kepada PAS. Derma dan kehadiran Ceramah yang amat rendah kebelakangan ini juga memberikan isyarat kepada merosotnya sokongan terhadap Pas.  Dia kata, dia dapat lihat dari tulisan dan gambar-gambar di internet yang jelas dan nyata.



Pelancaran Bangunan Baru PAS di Sepang satu masa dulu, amat membanggakan ahli, sekarang tinggal kenangan, sejak Dato Husam Musa tiada dalam senarai terpenting PAS. Kelantan juga sekarang dilihat sedang menurun sokongan rakyat, sejak Dato Husam tidak menjaga team yang menasihat Tuan Guru Nik Aziz, kenyataan akbar MB Kelantan tidak setajam dulu lagi .



Mungkin 'give up' ahli PAS ini diluahkan di Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kubang Kerian , Kawasan YDPnya Dato Husam Musa, yang telah mencalonkan M Sabu ke jawatan Timbalan Presiden PAS.


Kalau suasana ini tidak berubah dengan sesuatu tindakan yang menambah keyakinan ahli dan rakyat Malaysia, sehingga Muktamar ini, PAS akan berada di kedudukan amat meruncing dari segi keyakinan rakyat Malaysia....

Artikel dibedal dari sini.