Pages

Friday, 28 January 2011

Lagu Umno Diubah Suai - Mesti Dengar...Hahaha...!

Kuat bohong ...
Ini lagi terbaru yang dinyanyikan secara 'live' mengikut rentak lagi Parti Umno yang diubah suaikan skripnya bagi melambangkan hakikat sebenar parti serta kepimpinan Umno.

Sesiapa yang tak mendengarnya sungguh anda berada dalam kerugian.....lekas klik di bawah untuk mendengar 2 versi lagu tersebut.

1. Lagu Umno 1 - Tipu Rakyat

2. Lagu Umno 2 - Kentut

Thursday, 27 January 2011

Chinese voters could cut BN’s big win

Calon Pas

LABIS, Jan 27 — Barisan Nasional’s (BN) hope of retaining Tenang by a majority of at least 5,000 votes has been made difficult as the DAP’s campaign for the January 30 by-election has begun to gain momentum, particularly among the Chinese.

The Malaysian Insider understands that Umno campaigners, who are confident of winning the majority of the Malay votes, have started blaming MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek for his alleged failure to curb the DAP’s rising influence since nomination day.

“I think they have underestimated the influence Lim Kit Siang and Lim Guan Eng have over the Chinese community. They are the crowd pullers here and unlike PAS, DAP ceramahs are only attended by locals,” said an Umno official who spoke on condition of anonymity.

Kit Siang and his son, Penang Chief Minister Guan Eng, spent one day each in the constituency, addressing two well-attended rallies in the Labis Tengah polling district.

Both rallies, held on Monday and Tuesday night respectively, attracted at least 300 local residents, a huge number by Tenang campaign standard.

The DAP is now confident that PAS candidate Normala Sudirman would win at least 60 per cent of the Tenang Chinese votes especially as most of them will return for next week’s Chinese New Year holidays. In Election 2008, PAS obtained 58 per cent of the Chinese votes.

“Currently, we have about 60 to 65 per cent, we are targeting to increase by over 70 per cent, it is still very difficult because in some areas we are not very strong yet,” said Johor DAP chairman Dr Boo Cheng Hau.

The DAP’s estimation is almost similar to projections by Umno campaigners who estimated that the Chinese support level has not gone beyond 30 per cent since the start of the campaign period last Saturday, leading to some in Umno demanding to have more say on how the campaign should be run in Chinese areas.

“The problem is we can’t even have frank discussions with the component party on the situation in Chinese areas,” said another Umno official.

“Without strong support from the Chinese areas, it will be difficult for us to get a 5,000-vote majority,” he added.

The MCA has been under pressure to regain the lost Chinese support in a constituency perceived to be the stronghold of Dr Chua to prove its relevance in BN. The party won only 15 of the 31 parliamentary seats it contested in Election 2008.

In 2004, BN won the seat with a majority of more than 5,517 votes but it was reduced to 2,492 votes in Election 2008, which was largely attributed to the shift of Chinese support to the opposition.

Tenang has about 14,500 voters, with the Malays making up about 49 per cent while the Indian voters make up 12 per cent, leaving the Chinese with 39 per cent.

There are three Chinese-majority polling districts in the Tenang constituency — Labis Tengah, Labis Timur and Labis — where in 2008 PAS secured 50 to 67 per cent of the votes.

Monday, 24 January 2011

Satu Lagi Projek Derhaka BN Pada Institusi Raja-Raja Berjaya - Ingat Tarikh Hari Ini !

Kemunculan "SuperAt" dinanti-nantikan oleh seluruh
rakyat Malaysia untuk menyelamatkan situasi cemar
institusi raja-raja di Selangor.
Memang dah dijangkakan undian untuk mengubah perlembagaan negeri Selangor hari ini gagal mendapatkan undian 2/3 sebagaimana yang disyaratkan. Semua wakil PR bersetuju mengembalikan hak Sultan dan memberikan peranan yang lebih kepada Ketua Agama Negeri Selangor tersebut dalam pentadbiran negerinya.

Malangnya kumpulan yang sering menuduh PR kurang ajar dan derhaka kepada institusi raja-raja rupanya tak pernah ikhlas dalam mendaulatkan institusi tersebut. Mereka hari ini membuktikan mereka sebulat suara menentang peranan Sultan dalam perlantikan 3 jawatan penting negeri Selangor.


Aneh pula kali ini PERKASA tak muncul-muncul membawa sepanduk kuning dan kain rentang membantah perlakuan derhaka pada Sultan Selangor. Masih ada masa lagi untuk Perkasa menunjukkan mereka konsisten dengan perjuangan mereka. Sama-samalah kita nantikan ketua Perkasa super Ketuanan Melayu "SuperAt"...muncul membawa bendera serta kerisnya.

Baca di sini laporan asal.

Nota:
Kalau kat kampung saya kawan kami yang bernama Ibrahim kami panggil dengan nama kampungnya sebagai At. Sebab itulah Super Ibrahim di ringkaskan menjadi "SuperAt" supaya bunyi lebih sedap.

Badrul "Ponteng" Jadi Wartawan - Hadir Sidang Tergempar DUN Tapi Kena Duduk Kat Bilik Media !

Mat ponteng jadi wartawan hari ini !
Selama berbulan-bulan beliau ponteng tidak menghadiri persidangan dewan undangan negeri bagi menjalankan tugasnya sebawai wakil DUM kawasannya dengan berbagai alasan. Tetapi hari ini untuk persidangan khas bagi meminda perlembagaan dia tersipu-sipu malu nak masuk juga bersidang.

Speaker yang bertegas mengistiharkan kekosongan kerusinya sudah tentu tidak membenarkan dia masuk untuk bersidang sekali, nak buat apa, dah terlewat...akhirnya dia masuk juga melihat persidangan tetapi di kerusi dalam bilik khas yang biasanya di sediakan untuk media.


SHAH ALAM, 24 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, muncul semasa Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) khas bagi meminda Undang-undang Tubuh Selangor.
Beliau bagaimanapun tidak dibenarkan masuk dan hanya menonton dari bilik yang dikhaskan untuk media.
Adun Pelabuhan Klang itu tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu pada kira-kira jam 9.30 pagi.
Kehadiran beliau telah diserbu pemberita dan jurugambar, menyebabkannya agak terkejut.
“Wah, banyak peminat ni,” katanya berseloroh.
Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.
Selepas terus didesak pemberita, Badrul memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DNS.
Apabila DNS mula bersidang jam 10 pagi, kerusi Adun Pelabuhan Klang itu, yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker, duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan. /Malaysiakini 

BN Ligat Beli Undi Di Tenang, Penduduk Dapat Durian Runtuh - Tengok Apa Mereka Buat !

Kalau ada penduduk yang paling beruntung sekarang di Malaysia, tak ada yang dapat menandingi penduduk Tenang.

Betul kata peribahasa Perancis yang berbunyi, 'le malheur des un ast le bonheur des autre'. Kemalangan seseorang adalah kebahagiaan untuk orang lain. Kematian seorang ahli keluarga kini menjadi kebahagian satu penduduk kampung.

Semua penduduk seluruh kampung sekarang sentiasa berkumpul di kedai-kedai kopi bagi memerah otak mereka mencari idea bagaimana mahu mendapatkan duit atau habuan sempena PRK di Tenang.

Mereka perlu segera menjana berbagai idea agar pembeli-pembeli undi dan perasuah pilihan raya menaburkan sebanyak mungkin duit di sana sebelum semua ini berakhir pada hari pengundian nanti.


Senarai durian runtuh yang dapat dikesan setakat ini untuk membeli sebanyak nama undi penduduk;

  1. Sampul berisi RM2000, hampers bernilai RM50, sepasang kain 3 ela di berikan kepada lebih 100 penduduk di satu majlis yang diadakan di dewan majlis daerah Labis. Majlis dihadiri oleh MP Labis Chua Tee Yong dan juga salah seorang Exco negeri Johor, Tan Kok Hong. Para hadirin di seru mengundi calon BN.
  2. Orang ramai yang membenarkan rumah mereka di pasang bendera serta mempamerkan banner bergambar besar Perdana Menteri DS Najib di sekitar halaman rumah mereka  menerima tunai sebanyak RM1,000 setiap orang.
  3. Penduduk yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan di beri bantuan segera sebanyak RM450 seorang. Para ibubapa yang mempunyai anak-anak mereka belajar di pusat pendidikan kanak-kanak atau taska di hubungi untuk tujuan tersebut.
  4. DS Najib mengumumkan Tenang mendapat peruntukan sebanyak RM1.31 juta untuk kerja-kerja baik pulih dan kasi cantik semua masjid dan surau juga sekolah agama di 3 penempatan Felda di sana.
  5. Shafie Apdal pula umum menghadiahkan  rumah percuma sebanyak 20 unit kepada orang asli di 2 penempatan mereka.
  6. Chua Soi Lek pula tidak ketinggalan walau tiada jawatan menteri mengumumkan akan memberikan court bola keranjang kepada pekan baru Tenang.
  7. Noh Omar rancak menganjurkan berbagai program di bawah kementeriannya termasuk melancarkan program usahawan muda di Tenang baru-baru ini.
Kata Noh Omar dan juga kata semua menteri dan juga semua orang BN, itu semua tak ada kena mengena dengan PRK Tenang ia adalah aktiviti kerajaan yang memang sering dijalankan diseluruh negara. Bole pecaya ka...?

Habis semua jentera agensi kerajaan dipergunakan sebaik dan semaksimum mungkin bagi mencapai hasrat menang besar mereka.


Sunday, 23 January 2011

Wanita Umno Labis Buat Laporan Polis Mereka Sokong Azahar ! Lucu Tak?

Percayalaaaaaah.!...(lagu Siti Norhaliza)
Haslinda Salleh, ketua wanita Umno
Labis
Akibat dari tak tahan dengan gossip politik yang dah merebak ke seluruh Malaysia menyatakan bahawa wanita Umno Labis tidak merestui calon yang telah dipilih, ketua wanita Labis mengambil jalan penyelesaian paling maksimum dengan melaporkan pada Polis yang mereka sokong Azahar.

Memang sempoi habis wanita Labis ni, mereka sampai mengadu kepada pasukan Polis agar Polis percaya serta membuat siasatan membuktikan bahawa mereka sememangnya setia pada pimpinan parti.

Kenapa sampai nak laporkan pada pasukan Polis kalau benar mereka sokong Azahar, bila masa mengundi nanti pangkah sajalah, apa masalahnya....? Ini merupakan satu cerita lawak wanita Umno kelas pertama.

Laporan dari bernama di sini.