Pages

Saturday, 22 January 2011

Senarai Isu Yang Ditiupkan Di PRK Tenang

Antara kerja utama pimpinan parti-parti yang bertanding dalam setiap pilihan raya kecil adalah menangkis segala isu yang dihembus kepada khalayak umum bagi mempengaruhi para pengundi atas pagar yang kebiasaannya membuat keputusan untuk memangkah calon pilihan pada saat-saat terakhir.

Perlu diingat hampir semua manusia biasa akan membuat keputusan di saat akhir berdasarkan persepsi daripada laporan yang terakhir yang mereka terima. Jika sesuatu isu itu mampu dimainkan sehingga ke saat terakhir dan melekat tanpa digugat oleh isu lain pada saat memangkah, maka ia akan berjaya mempengaruhi minda pemangkah.

Mari kita lihat setakat ini apakah isu yang telah dimainkan dalam PRK kali ini di Tenang bagi menyerang calon Pas di sana...

  1. Calon Pas tidak bersalam dengan pengundi kalau salampun akan pakai sarung tangan. Calon Pas tidak akan melawat tokong Cina atau Hindu kerana Pas adalah parti ekstrim. Ini akan menimbulkan prasangka buruk kaum bukan Islam dan memandang rendah kepada calon Pas.
  2. Undi calon Pas bermakna undang-undang hudud akan ditegakkan. Ini akan menakutkan pengundi Cina.
  3. Undi Pas akan menyebabkan Malaysia menjadi negara Islam ala-ala Taliban yang akan menjalankan undang-undang Islam. Ini menakutkan pengundi bukan Islam.
  4.  Pakatan Rakyat lebih membantu Melayu dan menganaktirikan orang cina, contoh ketara PR Selangor hanya memberikan 15 biasiswa kepada orang cina daripada 1,572 yang dikeluarkan. Juga Pulau Pinang memberikan kontrak lebih banyak pada orang Melayu. Ini sekali lagi menaikkan kemarahan orang Cina.
  5. Pas tak mampu bawa kemajuan. BN terbukti keupayaan membangunkan negara.
  6. Pas sentiasa keluarkan fatwa dari dulu sampai sekarang dan banyak fatwa mereka dilanggar oleh mereka sendiri dengan fatwa yang baru.
 setakat ini yang saya sempat congak...kalau ada lain-lain isu yang pembaca dengar boleh komen untuk kita senaraikan....TK

Pangkah Umno "Haram" - Datuk Seri Mohd Nizar

Timbalan Perdana Menteri hari dilaporkan mengamok apabila mendapat tahu bekas MB Perak dalam ceramahnya di Tenang mengeluarkan 'fatwa' haram bagi sesiapa yang mengundi Umno dalam PRK yang bakal diadakan di sana. Nampaknya pening juga TPM nak jawab fatwa dari Nizar ini !

Laporannya di sini

Friday, 21 January 2011

BN Yakin Akan Kalah Di Selangor PRU-13 Akan Datang

Jika kuasa perlantikan SU kerajaan negeri kembali kepada sultan dan juga menteri besar tiada apa yang perlu dirisaukan oleh BN jika mereka yakin mereka akan menang dan menguasai semula kerajaan negeri Selangor pada PRU 13 nanti, jadi mereka sepatutnya tidak perlu merasa risau untuk bersetuju dengan pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh PR.

Malangnya mereka nampaknya tidak yak,in akan menang pada PRU 13 nanti maka sebulat suara mahu menolak dan tidak bersetuju dengan perubahan yang mahu diadakan.

Ternyata sebenarnya mereka secara lansung tidak yakin dapat menguasai negeri Selangor dalam masa terdekat ini. Nampaknya pemerintahan PR di Selangor semakin kuat walaupun diasak dari pelbagai sudut. Syabas PR Selangor.

Umno Selangor Tolak Usaha Utk Kembalikan Kuasa Raja

Minta maaf, kami tak akan sokong kuasa melantik SU kerajaan
negeri diberi pada Sultan....no..no..no...
Dalam mereka riuh mendaulatkan kekuasaan Raja-Raja Melayu dan menuduh semua orang lain derhaka selain mereka, tiba-tiba apabila kerajaan PR Selangor mahu mengembalikan kuasa melantik setiausaha negeri kepada Sultan setelah mereka cabul dahulu tidak pulak mereka mahu sokong.

Ternyata selama ini laungan untuk mendaulatkan ketuanan Melayu dan Kuasa Raja-Raja hanyalah taktik murahan politik mereka apabila kesempitan. Mereka hanya mahu mempergunakan raja-raja untuk kepentingan politik sempit mereka.

Baca laporan Sinar di sini.

Thursday, 20 January 2011

Kerusi ADUN Port Klang Kosong - Tunggu SPR Nak Kata Apa !

Ponteng persidangan 6 bulan, kini dah jadi Umno
Speaker dah umumkan kekosongan kerusi DUN Port Klang. Tunggu SPR lah pulak nak umumkan kekosongan kerusi tersebut dan menguruskan satu lagi PRK.

Jangan nanti sampai pada SPR, mereka buat macam kat perak dulu yang menolak pengumuman speaker dan umum kerusi tak kosong. Lagipun Badrul Hisyam Abdullah dah masuk Umno, semua orang Umno akan dipelihara sedaya upaya oleh SPR. Kita tunggu apa reaksi SPR...


Ketua pembangkang baru hari ini buat kenyataan menempelak pengumuman speaker. Nampaknya mereka tak mahu kerusi tersebut kosong kerana penjawat kerusi tersebut dah jadi ahli Umno. Baca kat sini apa kata Satim Diman.

Seperti yang dijangkakan, tuan punya badan hari ini menafikan dia ponteng 6 bulan sebab suka-suka. Dia ada surat doktor yang menunjukkan dia cuti sakit. Sakit apa sampai 6 bulan tidak pula dinyatakan. Baca penafiannya di sini

Baca sini maklumat asal.

Monday, 17 January 2011

Blogger Umno Pandai Buat Cerita Karut - Blogger PR Wajib baca Ni !

Tergolek lucu saya apabila membaca tulisan PAPA GOMO tentang kononnya perjumpaan para bloggers PR bersama dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan adalah untuk menerima satu amanat baru berserta wang sebanyak RM2 juta daripada Husam.

Begitu kemas sekali imaginasi penulis tersebut yang menyenaraikan segala strategi terancang sebagai tugasan para bloggers PR dengan agenda utamanya adalah untuk memburuk-burukkan Isteri PM (Tak payah buat kerja terancang untuk memburukkan yang memang dah buruk - UMNO sendiri ada yang perlekeh dia).

Seronoknya para blogger PR dapat duit malam itu daripada Husam ???. Memang benar sangkaan saya selama ini bahawa para blogger Umno khasnya dan orang Umno umumnya memang memandang tinggi kepada keupayaan Husam dan juga keupayaan PAS pada umumnya. Kelibat serta aktiviti Husam menggerunkan mereka sehingga yang tiada dilihat ada pada pandangan mereka.

Mungkin mereka ingat semua orang kemaruk duit macam kebanyakan orang Umno kot !. Yang pastinya blogger yang rekacipta cerita di atas memang kemaruk duit, cuba tengok header blognya. Baca cerita donggeng itu di sini.