Pages

Saturday, 31 December 2011

Khalifah Akan Muncul Pada 2014 - Sheikh Yassin Al_'Ajlouni

Seorang Ulama Jordan hari ini mendakwa bahawa Khalifah akan muncul pada tahun 2014 bagi membebaskan bumi Palestine dan membina semula Masjidil Aqsa dengan lebih indah. Beliau yang dimaksudkan sebagai bakal menjadi Khalifah umat Islam adalah anak kepada Raja Jordan sekarang iaitu King Abdullah.

Mungkin Anwar Ibrahim bukan Al-Mehdi yang dinantikan tetapi sebaliknya merupakan pemuda dari Khurasan yang bakal menjadi tentera Al-Mehdi menewaskan Yahudi di Bumi Palestine. Walaubagaimanapun Anwar perlu melepaskan dirinya dahulu daripada dipenjarakan pada 9 januari 2012 nanti dan seterusnya memimpin Pakatan Rakyat menakhluki Malaysia daripada cengkaman Dajjal. Selepas itu barulah boleh menyertai tentera Al-Mehdi di Palestin. kalau tidak tak payah mimpilah.

Tengok kenyataan Ulama Jordan tersebut di sini.



Yassin Al-’Ajlouni:

" I bring glad tidings to the Islamic nation: The days of the establishment of the Caliphate are near – the Caliphate that will reside in Jerusalem, and the Caliph who will conquer Palestine. “So when the second warning came to pass, we permitted your enemies to disfigure your faces, and to enter your Temple, as they had entered it before, and to destroy all that fell into their power.” This is the Caliph to whom allegiance will be pledged in Palestine, after he conquers the Arab Peninsula and Persia. I think – although Allah knows best – that the [Caliph] is among us. We see him with our own eyes. He is Abdullah, who reigns over Jordan at present. The man will be guided by Allah to this great conquest, and Allah willing, in 1446 AH [2024 CE], we will witness the rebuilding of the Al-Aqsa of the Al-Aqsa Mosque in the most beautiful manner. The armies that will conquer Palestine will all agree to have Abdullah as their Caliph. This will be a Hashemite Caliphate, but not the way we want it – it will not be in keeping with the path of the Prophet. Such a Caliphate will be established, Allah willing, by Muhammad, whom we believe to be the son of Abdullah II, the current king of Jordan – but Allah knows best. Allah willing, I will fill you in with more details on this matter...."

Apa Jadi Kalau Kiamat Berlaku Pada 2012?

Samada manusia mempercayai Tuhan atau tidak mempercayai Tuhan fakta bahawa dunia akan mengalami kehancuran tidak dapat dinafikan. Bezanya cuma mereka yang masih berdegil kewujudan hari kemudian selepas kiamat masih mencari jalan untuk melepaskan diri apabila berlaku huru hara kiamat nanti.

Mereka cari jalan bagaimana manusia dapat menyelamatkan dirinya apabila bumi menemui kehancuran dengan berangan-angan mencipta kapal angkasa yang mampu menerobos angkasa menuju ke destinasi yang tidak diketahui. Setidaknya itulah yang sering digambarkan dalam filem-filem barat apabila menggambarkan saat-saat kehancuran dunia.

Semalam saya berbual dengan seorang teman tentang betapa cepatnya setahun berlalu. Baru sebentar sahaja rasanya menyambut tahun baru 2011 dulu dan kini timbul pula 2012. Kami berbincang tentang ramalan segelintir orang yang kononnya kiamat berlaku pada tahun 2012.

Teman saya spontan menjawab kalau benar sudah tentu ia sesuatu yang amat melegakan. Saya terkejut dan bertanya kenapa. Jawabnya selamba "selesai semua masalah hutang aku". "Bukan aku sengaja tak mau bayar dah kiamat nak buat macam mana", sambungnya.

Teman saya itu punyai hutang berjuta ringgit dan beberapa kes saman yang masih belum selesai. Kini dia bertungkus lumus berusaha melepaskan dirinya daripada kekangan hidup dan setakat ini nampaknya nak lepas persediaan anak-anaknya ke sekolah pun sukar. "Sekurang-kurangnya aku tahu anak-anak aku yang kecil-kecil tu masuk syurga"...ayat akhir teman saya. Saya terdiam memikirkan apa yang dia cakap tadi.

Hari ini pula saya mendapat berita salah seorang kenalan saya Haji Abdul Rahman meninggal dunia beberapa hari lalu secara mengejut. Beliau dalam perjalanan naik lif untuk ke satu mesyuarat dan tiba-tiba mengadu sakit dada. Dia kemudiannya rebah dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital.

Haji Abdul Rahman merupakan seorang pegawai pencen. Beliau bersara daripada menjawat jawatan pengarah jabatan buroh di sebelah utara tanah air beberapa tahun lalu. Sejak bersara dia menjadi semakin ligat mengejar berbagai projek bernilai berjuta-juta ringgit.

Kalau berbual dengannya, semua projeknya bernilai tak kurang dari 10 juta. Kurang daripada itu jangan cakap, katanya. Kalau nak diikutkan apa yang dia ada sebenarnya semua sudah cukup, tapi keinginan menjadi jutawan tidak mampu dilepaskan daripada igauannya membuatkan dia seperti lipas kudung mencari peluang.

Baru 3 minggu sudah saya minum dengannya di sebuah kedai di Shah Alam. Beliau sedang sibuk menguruskan satu transaksi menjual minyak. Beliau telah mendapatkan kelulusan membeli minyak daripada Petronas untuk dibekalkan kepada syarikat yang berminat di luar negara. Kini beliau sedang berusaha mendapatkan pinjaman berbillion ringgit daripada pihak bank.

Selain daripada itu beliau juga sibuk mengatur dan mengemaskini satu syarikat 'public listed' yang baru diambil alihnya. Syarikat itu terlibat dalam industri perladangan dan wang bagi mengambil alih syarikat itu juga adalah hasil pinjaman dari beberapa bank yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Sebelum meninggalkan saya hari itu, dia sempat tersenyum dan berbisik pada saya, "aku ni berlagak saja sebenarnya, duit tak adapun dalam poket tapi bercakap tentang berjuta-juta ringgit....hahaha" dia ketawa lalu meninggalkan saya menaiki kereta Merz s calssnya. Itulah kali akhir saya melihat dan berbual dengannya. Berita kematiannya hari ini membuatkan saya berfikir panjang...sekurang-kurangnya semua kerjanya telah selesai dan tak pelu kelam kabut lagi.

Apa yang berlaku dalam masa-masa terakhir di ambang berakhirnya tahun 2011 ini membuatkan saya terfikir apakah agaknya yang terjadi kalau kiamat berlaku pada tahun 2012:
  1. Yang paling utama sekali adalah, masa sudah tidak ada makna lagi.
  2. Bagi mereka yang sedang dibebani dengan seribu satu masalah hutang, kes mahkamah, dikejar along, perniagaan yang tak menjadi dan lain-lain seumpamanya tentu merasakan kiamat merupakan penyelamat.
  3. Bagi mereka yang mempunyai wang ratusan juta ringgit, wanita-wanita teman sekatil dan bersuka ria yang cantik, hartanah yang bertimbun, pangkat dan kemashyuran tentu merasa amat rugi dan kesal dengan apa yang berlaku, mereka impikan hari yang lebih panjang bagi menikmati apa yang dimiliki. Kiamat menjadi satu musibah pada mereka.
  4. Bagi Pakatan Rakyat sudah tentu kemenangan PRU-13 yang baru dikecapi pada 2012 menjadi tidak bermakna. Penat mereka berusaha bertungkus lumus memperkuatkan parti dan berusaha sepenuh hati menumbangkan BN, akhirnya tak sempat memerintah apabila kiamat melanda.
  5. Bagi BN pula yang baru menerima kekalahan tersenyum lebar dan insaf apabila mereka telah tersedar dari mimpi tepat pada masanya. Tentu ramai yang berkata nasib baik kau bertaubat sebelum kiamat. Rupanya ujian jatuh terduduk membuatkan kita kembali tersedar. Terima kasih pada Pakatan Rakyat kerana menyedarkan kita, barangkali itu kata mereka.
  6. Bagi rakyat bawahan pula yang nak dikatakan senang tidak juga nak dikatakan susah tidak juga akibatnya mereka buat ambil tak penting dengan segala apa yang berlaku atas alasan mencari hidup yang aman akhirnya akan menyesal juga apabila terpaksa menerima huruhara kiamat dan musnah tanpa ada satu pegangan yang diperjuangkan. Kalau dulu aku lawan kebathilan sampai jadi abu kan bagus, barangkali itu kata mereka.
  7. Yang paling penting sekali adalah semua sedar bahawa apa saja perjuangan yang mereka tegakkan selama ini tidak ada apa-apa makna lagi. Jika mahukan harta, harta tidak menyelamatkan mereka lagi, kuasa juga tak mampu menyelamatkan mereka. Semuanya hancur dengan membawa tangan yang kosong. Kecualilah mereka yang membawa keihklasan dalam apa saja usaha mereka dihadapkan semata-mata mencapai keredhoan Tuhan, mereka lah yang akan menerima kehancuran sambil tersenyum samada menang atau kalah. Kiamat atau tidak kiamat pada tahun 2012 sama saja pada mereka. 

Kes Masjid Jadi Tempat Pembuangan Kepala Babi - Bergambar

Semalam kecoh di Johor apabila sembila kepala babi ditemui oleh jemaah Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru. Ramai yang kesal dengan sikap pembuang sampah yang menjadikan Masjid sebagai pusat pembuangan kepala babi.

Lepas ini Papagomo akan mengeluarkan satu laporan esklusif konspirasi Pas menggunakan kepala babi sebagai salah satu teknik meraih undi menjelang pilihanraya umum ke 13 yang bakal menjelang tak lama lagi. Dia sering menggunakan isu sebegini bagi memfitnah parti Islam mana-mana saja sebelum ini. Lihat kolek si gambar siasatan polis terhadap kes kepala babi di bawah (kredit kepada pemunya gambar di sini)













Lelaki Kahwin 4 Jauh Lebih Kreatif Daripada Lelaki Biasa !

Salih Yaakub tidak dinafikan memang kreatif !
Apakah kelebihan yang ada pada lelaki yang punyai 4 isteri. Tentu ada sesuatu yang menarik dan mengkagumkan pada lelaki seperti itu berbanding dengan lelaki biasa yang hanya setia pada seorang wanita yang bernama isteri sejak dia mula berkahwin sehingga ke penghujung hayatnya.

Sebenarnya memang lelaki yang berkahwin lebih daripada satu mempunyai kelebihan istimewa. Ini dibuktikan oleh satu kajian yang dilakukan oleh Newcastle University yang membuktikan bahawa lelaki yang kreatif mempunyai lebih daripada satu pasangan seks. Lebih ramai pasangan seksnya maka lebih tinggi kreativiti seseorang lelaki tersebut.


Satu perkara yang amat ketara yang ada pada lelaki kahwin ramai adalah daya tarikan yang ada padanya yang mampu membuatkan ramai orang meminatinya. Biasanya dia bukan saja menarik minat kaum berlawanan jenisnya sahaja, malah rakan lelakinya juga biasanya selesa dan berasa berharga mempunyai kawan lelaki yang kahwin ramai.

Oleh itu kepada para isteri yang suaminya mempunyai hanya seorang isteri, iaitu dia sahaja, sepatutnya merasa bosan dengan suaminya yang kebiasannya adalah kurang kreatif. Untuk menyelesaikan masalah tersebut maka galakkanlah suami anda untuk menanam cita-cita berkahwin lebih daripada satu dan galakkan dia melakukannya, semuanya demi kreativiti.

HIDUP POLiGAMi!!! Kalau tak percaya dengan tulisan saya baca kat sini.

Menurut data jabatan perangkaan negara jumlah umat Islam yang berpoligami tidak sampai 5%. Data ini sepatutnya merisaukan kita kerana kita memerlukan lebih ramai umat Islam yang tinggi kreativitinya. Jika jumlah umat Islam yang kreatif ramai berbanding yang berpoligami, ada kemungkinan ramai yang mempunyai lebih dari satu pasangan seks secara tidak berdaftar.

Bagi mereka yang takutkan dosa, sudah tentu mereka telah berkahiwn di luar negara seperti di sempadan Thai. Ini  bermakna mereka mempunyai lebih daripada satu pasangan yang tidak di dedahkan kepada umum terutamanya kepada isteri nombor satu.

Dari segi kreativiti politik, semua orang tahu Umno amat kreatif dalam memperdaya rakyat Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang dengan membuatkan ramai orang Melayu percaya kalau tak ada Umno alamat habis lingkup bangsa Melayu. Ramai daripada kalangan pemimpin Umno tertinggi amat berdaya saing dalam kreativiti mencipta segala kepercayaan ini.

Semua itu membawa kepada rasa syak wasangka bahawa pemimpin Umno ramai yang mempunyai lebih daripada satu pasangan seks. Lebih ramai pasangan seks mereka maka lebih ramai daya kreativiti mereka. Jadi kita perlu menyiasat sama ada ada kegiatan seks tidak berdaftar berlaku di kalangan orang politik Unno terutamanya saf-saf kepimpinan tinggi mereka.

Walau apapun kita tidak perlu menghalang kaum lelaki mempunyai lebih daripada satu pasangan seks mereka, ini seolah-olah cuba membantutkan daya kreativiti mereka sedangkan negara amat memerlukan rakyatnya berdaya saing tinggi dengan keupayaan mengeluarkan idea-idea yang amat kreatif. Lagi ramai rakyat kita yang kreatif lebih maju jadinya negara kita dalam segala lapangan.

Usaha sekumpulan pejuang hak asasi wanita juga perlu diberikan perhatian agar mereka tidak berterusan membantutkan kaum lelaki mempunyai lebih daripada satu pasangan, sedangkan Islam membenarkannya ditambah lagi dengan kajian yang menunjukkan lelaki banyak pasangan adalah kreatif.

Jesteru itu satu kumpulan kerja khas bagi menggalakkan kaum lelaki berkahwin lebih banyak perlu diadakan segera oleh pemimpin negara kita. Kelab Isteri taat boleh dijadikan penggerak kumulan tersebut dan ramaikan lagi ahli kelab tersebut yang mana mereka juga merupakan ahli kelab poligami.

Kerajaan perlu memberikan dana khas kepada kelab isteri taat serta kelab poligami bagi memperomosikan usaha menggalakkan para suami berkahwin lebih daripada satu. Satu sasaran perlu diletakkan oleh kerajaan Malaysia agar sekurang-kurangnya 30% daripada kaum lelaki di negara kita berkahwin lebih daripada satu dan kalau boleh biar semuanya berkahwin empat, maka lebih ramai rakyat negara kita yang kreatif.

Kepada rakyat yang bukan Islam pula, mereka perlu terbuka untuk membenarkan undang-undang sivil membuka peluang kaum lelaki berkahiwn lebih daripada satu. Ini sekali gus menyelesaikan masalah orang Cina atau India yang kreatif mempunyai pasangan gelap atau mistress.

Ramai dikalangan ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya mempunyai perempuan simpanan dan ia dilakukan secara sorok-sorok. Oleh itu apa salahnya membenarkannya dan jadikan ia sesuatu yang dibolehkan.

Rasanya cukup setakat itu saja andaian mengarut saya dalam hal ini. Mungkin dengan tulisan ini dapat membuka minda para wanita yang telah dimadu agar merasa bangga bahawa suami mereka adalah segelintir kecil lelaki yang dilahirkan kreatif dalam hidup mereka dan terutamanya isteri saya sudah pasti tidak akan marah malah berbangga jika selepas ini saya mula berkahiwn satu lagi dan satu lagi dan satu lagi...semuanya kerana saya amat kreatif. He he!

Friday, 30 December 2011

Pasti An-Nur Menang Anugerah Terbaik Di Malaysia (Bergambar)

Dalam perhimpunan Umno lalu ada perwakilan Umno yang memuji bagaimana Pas memajukan PASTI berbanding Tadika yang diuruskan Kemas. Memang dalam bab kejayaan Pas mewujudkan rangkaian Pasti mereka di seluruh pelosok negara adalah sesuatu yang amat mengkagumkan yang tidak sesiapa boleh menafikannya.

Ini merupakan salah satu bukti betapa usaha yang gigih diselitkan dengan keikhlasan mampu menghasilkan perkara yang hebat. Majoriti Pasti adalah merupakan usaha gigih para ahli Pas di segenap cawangan Pas di seluruh pelosok ceruk rantau negara dan majoritinya memulakannya dengan modal yang amat daif hasil daripada sumbangan para ahli Pas.

Apakah matlamat kewujudan Pasti adalah untuk merosakkan minda kanak-kanak agar menjadi fanatik Pas apabila besar nanti? sudah tentu tidak sama sekali, lihat saja sylabus pelajaran yang mereka ada dan tidak ada satupun sylabus tentang perlembagaan Parti pas.


Apa yang ada adalah sistem pelajaran yang bersesuaian dengan kehendak pelajaran sekolah di negara kita. Anak-anak Pasti dibelai agar mereka bersedia menghadapi persekolahan rendah apabila mencapai umur 7 tahun dengan kebolehan ilmu yang mencukupi untuk mereka mengira, menulis dan membaca dan yang paling penting sekali adalah pendedahan kepada ilmu kefahaman Islam sejak dari kecil agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Salah satu Pasti yang patut diberikan perhatian dan pujia adalah Pasti An-Nur yang diuruskan oleh Pas Cawangan Puchong Intan. pasti ini sering saya tulis isunya kerana mengalami beberapa kontroversi antara Pas cawangan dengan Pemuda Kawasan.

Apa yang jelas adalah Pemuda Kawasan nampaknya tidak tahu menilai mana satu Intan mana satu kaca. Pnegurus Pasti An-Nur yang hebat sengaja mahu disingkirkan atas faktor perselihan politik sempit dan tidak terbuka. Saya yakin ini bukan gambaran sebenar sayap Pemuda Pas, sebaliknya hanyalah sikap tidak matang dan tergelincir Pemuda Pas Kawasan Puchong yang kebetulan diterajui oleh ketua yang tidak berkaliber.

Kehebatan pengurusan Pasti An-Nur terserlah lagi baru-baru ini apabila dinobatkan sebagai sebuah Pasti terbaik dalam pertandingan 3R di seluruh negara. Apa lagi yang mampu kita katakan kepada seluruh pihak pengurusan Pasti tersebut melainkan ucapan Tahniah setinggi-tingginya terutamanya kepada Pengurus Pasti An-Nur yang begitu gigih menjalankan amanah walaupun lansung tidak dihargai oleh Pemuda Pas Kawasannya sendiri.

Lagi koleksi gambar di sini

Thursday, 29 December 2011

Tahukah Anda Rakyat Negara Mana Buat Pencarian Perkataan SEKS Paling Tinggi Di Dunia ?

Semua orang tahu betapa hebatnya perkataan SEKS di dalam dunia cyber. Ia merupakan perkataan yang paling diminati oleh para pelayar di internet. SEKS yang dimaksudkan di sini adalah pencarian yang berunsurkan lucah atau porno.

Salah satu punca kenapa perkataan tersebut amat laku adalah kerana memang manusia tak dapat dipisahkan daripada seks. Naluri itu terlekat bersemadi di sanubari setiap makhluk yang bernama manusia. Tanpa wujudnya nalusi seks, alamat keturunan manusia tidak akan beranak-pinak.

Dengan dunia internet yang pada zahirnya seseorang itu merasakan bahawa tiada sesiapa memerhatikannya, maka naluri itu akan diluahkan tanpa ada rasa segan silu atas desakan perasaan ingin tahu yang kuat, lagipun ianya sesuatu yang menyeronokkan nafsu.


Kerana seks juga negara kita dibanjiri dengan mayat bayi yang baru dilahirkan oleh remaja yang tidak bersedia menerimanya. Dorongan seks mengatasi pertimbangan akal terhadap kesan yang bakal mendatang akibat terlanjur. Pergaulan bebas tidak terbatas menyemarakkan lagi aktiviti melepaskan nafsu serakah sehingga terkeluar anak.....seks ternyata bukan lagi perkara rahsia walaupun masyarakat kita masih berlakon yang ianya bukan perkara utama.

Mungkin atas sebab popularitinya maka Google sepanjang tahun mengeluarkan senarai carian perkataan seks oleh pengguna internet di seluruh dunia. Mereka mengesan daripada mana carian itu datang dan sepanjang tahun 2011, carian perkataan seks paling tinggi datangnya daripada negara Pakistan ! sebuah negara Islam ! ( moga ini hanya satu mimpi). Ini carta negara paling top mencari perkataan seks:

  1. Pakistan
  2. Vietnam
  3. India
  4. Mesir
Pakistan mengekalkan kejuaraannya menduduki tempat pertama pada tahun 2011 setelah menjuarainya pada tahun sebelum itu.




Wednesday, 28 December 2011

Lambang Kesetiaan Seorang Isteri - Gambar Menceritakan Segalanya

Rasanya tak payah nak terangkan...lihat gambar dan anda tentu dapat memahaminya....

Tuesday, 27 December 2011

Siapa Dia Warga Malaysia Yang Jauh Lebih Kaya Dari Queen of England?

  • Dia dan keluarganya dikatakan mempunyai kepentingan di lebih dari 330 buah syarikat di Malaysia
  • Dia juga dikatakan mempunyai kepentingan di 80 buah syarikat di 25 buah negara di dunia.
  • Kekayaannya yang dikira dalam syarikat berdaftar sahaja bernilai lebih daripada RM4.6 billion. Itu masih belum kira yang tidak dapat dikesan.
  • Dia lebih kaya daripada Queen of England yang mempunyai nilai kekayaan hanya RM2.45 billion
Kalau nak tahu siapa dia manusia bertuah tersebut sila baca laporannya di sini. Laporan mengenainya disiarkan diluar negara. Mungkin mereka cemburu dengan cara orang tersebut mengaut kekayaan atau mungkin orang tersebut layak disoal bagaimana dia membuat kekayaannya.

Tengok senarai syarikat dia di sini. Nak disenaraikan terlalu panjang...

Monday, 26 December 2011

Scan Penyakit Dengan Rasa Denyutan Nadi

Dah lama rasa tak selesa dengan keadaan badan yang sentiasa berangin. Yang paling merimaskan sekali apabila rasa nak sendawa tapi tak boleh sendawa. Tersekat-sekat di dada tak boleh mengeluarkan angin dari dalam. 

Kebetulan balik kampung baru-baru ini ada masa untuk berjumpa dengan 'bomoh scan'. Itu nama yang kami gelar pada tukang urut tersebut kerana dia mampu mengenal pasti apa masalah yang dihadapi oleh orang dengan hanya scan denyutan nadi orang orang tersebut.

Saya pergi mengurut keseluruhan badan di rumah bomoh scan yang terletak di Permatang Tok Jaya untuk menghilangkan masalah angin yang menjadi-jadi di seluruh badan.

Seperti biasa dia akan memeriksa nadi pada kaki untuk melihat kalau-kalau ada masalah penyakit. Setelah menekan ibu jari kaki saya dia buat kesimpulan saya sihat, seperti 'muda remaja' katanya. Tak ada masalah kencing manis, jantung atau darah tinggi.

Sambil dia mengurut dari kaki naik ke atas dia akan memeriksa semua nadi yang ada. Tiba di bahagian kaki kanan, dia memeriksa nadi yang terletak di antara pelipat kaki dan mula mengesan yang saya ada masalah pada perut. Kawasan ini bengkak katanya, sebab itu saya sering sendawa tak lepas.

Kemudia dia memeriksa pada bahagian atas pergelegangan peha di bawah perut. Situ juga bengkak katanya di sebelah kanan. Di sebelah kiri semuanya ok. Kawasan sebelah kiri menandakan keadaan usus saya ok manakala keadaan bengkak sebelah kanan menandakan saya ada masalah pada perut bahagian abdomen.

Selepas itu dia menekan pusat untuk merasakan nadi di situ. Tak ada nadi katanya. Dia mula mencari-cari nadi yang sepatutnya berada di bahagian pusat badan saya dan akhirnya bertemu di sebelah kanan atas sedikit daripada pusat. 

Sah memang perut saya bengkak. sebab itu nadi lari dari tempatnya, terang bomoh scan pada saya. Dia mula mengurut pada bahagian abdomen saya bagi membetulkan keadaan perut saya yang katang bengkak dan lari sebelah.

Lama dia mengurut bahagian tersebut. Sesekali ada kedenganran bunyi seperti gelembung angin yang pecah dari dalam perut. 'Banyak sangat angin dalam perut hang' kata bomoh scan. 'Kalau nak bagi pulih betul-betul dan buang segala toksik yang berselerak pada urat-urat darah hang ni kena makan ubat, harganya RM150.

Saya KIV dulu beli ubat tersebut. Tak ada modal lagi kata saya, nanti mai urut sekali lagi saya cuba. Selepas mengurut saya pulang ke rumah dan mula mengalami cirit-birit sejak dari hari sabtu, ahad sampai ke hari ini masih tak lega.

Saya telefon pada kawan yang membawa saya mengurut dengan bomoh scan. Dia menggunakan khidmat bomoh itu bagi memulihkan masalah gastrik. Saya tanya samada dia ada mengalami masalh cirit-birit selepas mengurut bagi membuang angin.

Dia kata tak ada. Tapi dia juga mengalami masalah cirit-birit seperti saya hari itu. Berkemungkinan di sebabkan minuman di kedai yang kami singgah sebelum pergi ke rumah bomoh scan. Dia makan nasi minum teh dan saya hanya minum air kopi-o. Jadi kami rumuskan air bancuhan kedai tersebut berkemungkinan kotor dan tidak cukup masak menyebabkan kami keracunan.

Begitulah sedikit cerita hujung minggu yang panjang kali ini. Malas nak update blog sekarang ini. Terlebih lagi mals nak update isu-isu politik yang sentiasa panas dengan berbagai isu di negara kita. Mungkin kena tukar cerita macam ini pula yang memaparkan kisah-kisah seharian masyarakat kita.


Saturday, 24 December 2011

Hasan & Mustafa Ali Saling Londeh Kain

Setiap kali ada pertikaian terbuka antara orang-orang penting Pas para peminat setia Parti Islam tersebut akan berkata itulah amalan sihat orang Pas yang mengamalkan prinsip demokrasi telus yang menerima perbezaan pendapat.

Dalam kes pertikaman lidah dari jarak jauh secara remote control antara Hasan Ali dan juga Mustafa Ali media massa dengan penuh minat menayangkan pertikaian mereka dengan gaya yang amat menyerlah sekali.

Melihat kenyataan Hasan Ali tadi dalam berita saya hanya dapat bayangkan aksi selak kain antara sesama mereka. Mustafa selak kain Hasan manakala Hasan Ali pulak dengan rakus terus menyelak sama kain Mustafa.

Persoalannya siapa sebenarnya yang mahu merujuk semula dengan jandanya. Janda Pas sejak PRU-12 lalu nampaknya mula melaram berusaha memikat Parti yang bercita-cita menjadi champion kepada umat Melayu atau Islam khasnya. Adakah Hasan Ali atau Mustafa Ali yang menjadi agen perhubungan Kerajaan Perpaduang?.

Barangkali kedua-duanya sama-sama terlibat. Yang seorang menjadi ajen di Selangor dan seorang lagi menjadi ajen Pusat. Sama ada benar atau tidak, apa yang nak dimalukan terus terang sajalah dan lihat apa keputusan akar umbi terhadap mereka.

Janganlah cuba main sorok-sorok berlagak seperti manusia bijak yang sentiasa membuat keputusan betul atau lebih tepat lagi jangan nak ambil jalan selamat sehingga lidah berbelit-belit dan mengelupur melepaskan taik yang melekat pada orang yang sekadar menjadi pak turut.

Thursday, 22 December 2011

Bagaimana Perang Mengubah Aura Wajah Anda - Gambar

Seorang jurugambar merakamkan wajah-wajah mereka yang dihantar menyertai perang di Afganistan sebelum berangkat, ketika berada di sana dan selepas pulang dari Afganistan. Dia ingin melihat samada ada perubahan pada wajah pemuda-pemuda yang terpaksa pergi berperang di sana.

Kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa mereka tidak berubah setelah pulang daripada peperangan. Ketika sesi ambil gambar selepas pulang, mereka kelihatan masih mampu bersenda gurau ketika ditanya apa perasaan mereka. 

Memang nampak seperti tiada apa-apa perubahan jika sekali pandang. Namun setelah diletakkan ketiga-tiga gambar itu bersama dan bandingkan perubahan yang ada, ternyata dari renungan mata mereka sahaja kita dapat perhatikan ada sesuatu yang terbuku disimpan jauh disudut hati mereka.

Menarik untuk anda saksikan sendiri bagaimana perubahan tersebut. Renungkan betul-betul pada mata mereka terutamanya gambar yang diambil selepas pulang dari perang....lihat di bawah:






Anda boleh lihat banyak lagi gambar di sini

Chef Wan, Anak Muallaf Yang Berjaya Dalam Dunia Masakan

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail merupakan anak kepada seorang muallaf berbangsa cina yang berkahwin dengan seorang anggota tentera.

Ibunya Noraini Abdullah merupakan seorang Cina yang masuk islam dan amat gigih membantu ayahnya yang tidak mempunyai pendapatan mencukupi untuk membesarkan anak-anak mereka seramai 7 orang.

Memandangkan Chef Wang merupakan anak sulong maka dia juga terpaksa membantu keluarga. Ibunya mula membuat kuih dan menjualnya bagi menambah pendapatan dan disitulah Chef Wan didedahkan dengan dunia masakan.


Ibunya pernah didiskriminasikan oleh keluarga ayahnya sendiri kerana beliau merupakan seorang berbangsa Cina sehinggakan ada di antara mereka tidak lalau makan masakan ibunya semata-mata dia Cina. Tetapi itu semua tidak menghalang dia berusaha.

Mungkin sifat gigih tersebut menjalar kepada Chef Wan yang membuatkan beliau menjadi salah seorang celebriti paling terkenal di negara kita.

Beliau juga terkenal diluar negara dan baru-baru ini dianugerahkan hadiah khas kementerian pelancongan atas sumbangannya memperkenalkan Malaysia pada luar negara.


Saifuddin Abdullah Digesa Letak Jawatan - Silap Haribulan Jatuh Tersungkur

Ada rupa Ibrahim Ali, mamat ni!
Saya ada buat posting sebelum ini mengenai YB Saifuddin Abdullah ini di bawah tajuk betulkah dia ni orang Umno?. Bagi saya Saifuddin merupakan generasi baru dalam kepimpinan Umno yang dapat melihat keperluan untuk merubah cara berfikir orang melayu dan Umno terutamanya.

Tetapi kebiasannya orang seperti Saifuddin ini walaupun mempunyai pemikiran yang hebat dan berkarisma sebagai seorang pemimpin, dia adalah tidak serasi dengan pemikiran orang Umno yang masih terbelenggu dengan konsep feudal.

Orang Umno mewariskan sifat hubungan di antara pemerintah dengan yang diperintah sebagai satu ikatan suci yang tidak boleh dicabar. Ketua yang memerintah adalah ketua yang disembah selagi dia menjadi ketua walau dengan apa cara sekalipun.

Sikap mendewa-dewakan pemimpin merupakan budaya orang kita sejak dahulu kala. Lihat saja setiap kali persidangan Umno dan apabila ditanya komen para perwakilan yang menghadiri apa pendapat mereka dengan ucaptama presiden, sudah pasti terhambur air liur memuji-muji apa sahaja yang diucapkan.


Pernah pada ketika Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan dahulu, ramai yang memujinya sebagai menteri kewangan terbaik pernah dilahirkan di malaysia setiapmkali ia membentangkan bajet negara. Semakin ganas pujian itu semakin hebat pemuji akan diberikan persalinan.

Sebagaimana yang saya duga, Saifuddin kini mendapat desakan agar meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kerana dikatakan tidak sealiran dengan Najib serta tidak mengipas Najib.

Kumpulan Pro Mahasiswa hari ini berdemo dan melaungkan sayang Najib, cinta Najib, berambus Saifuddin. Mereka marah kerana suara mereka tidak diberikan perhatian oleh Saifuddin sebalik suara mereka yang kalah diberikan perhatian oleh Saifuddin.

Mungkin Saifuddin masih tidak mengerti bahawa dalam konsep feudal, mereka yang menentang hukumannya adalah dipancung manakala mereka yang mengipas diberikan anugerah 7 persalinan...berikanlah persalinan segera kepada pro mahasiswa dan pancung saja semua yang mederhaka...jika Saifuddin tak buat begitu akan ada satu lagi arus deras yang bakal menolaknya jatuh tergolek ke bawah pentah Majlis Tertinggi Umno.

Wednesday, 21 December 2011

Pemuda Bertindak Tanam Hidup-Hidup Tunang Kerana Bosan Dengannya !

Wanita ini membosankan sehingga ditanam
hidup-hidup?
Apa yang anda buat apabila anda sudah bosan dengan teman wanita anda? perkara yang paling mudah sekali adalah dengan meninggalkan teman wanita anda itu dan carilah yang lain dan biarkan teman wanita anda cari pengganti yang lebih baik daripada anda.

Tetapi itu bukanlah pilihan bagi seorang pemuda di Britain. Dia bertindak tanam hidup-hidup tunangnya di sebuah hutan setelah memasukkan tunangnya itu ke dalam sebuah kotak. Nasib baik tunangnya masih mampu menyelamatkan dirinya dengan melepaskan ikatan dan mula mengorek keluar dari lubang.

Mari kita senaraikan perkara yang boleh dibuat apabila kita sudah bosan dengan teman wanita:

  1. Ikat dan tanam dia hidup-hidup.
  2. Tinggalkan dia dan cari teman hidup lain.
  3. Teruskan perhubungan dan dalam masa yang sama mula cari seorang lagi teman wanita untuk dikahwini.
  4. Bincang dengan teman wanita anda agar mengubah dirinya menjadi orang lain.
  5. Tukar keadaan diri dan cara anda berfikir dan menerima teman wanita anda seadanya dan buat keputusan untuk bergembira.
  6. Jangan buat apa-apa dan biarkan ianya berlalu begitu saja.
  7. Jadikan teman hidup anda sebagai teman bergaduh untuk melepaskan geram.
  8. Buat perkara-parkara yang teman anda tidak suka agar dia terus meninggalkan anda.
Mungkin ada banyak lagi yang boleh kita buat tetapi sebenarnya ada lima cara terbaik yang mampu menyelamatkan rumah tangga kita, ianya adalah:
  1. Sabar
  2. Sabar
  3. Sabar
  4. Sabar
  5. Sabar
Amalkannya, insya-Allah anda selamat.

Sumber

Penggunaan Dakwat Kekal - Perkasa Tak Mahu Keluar Mengundi

Setiausaha agong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali, membuat kenyataan tidak akan keluar mengundi jika SPR meneruskan rancangan mereka untuk menggunakan dakwat kekal sebagai salah satu prosedur dalam pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Dia juga mendakwa bahawa semua orang Melayu tidak akan keluar mengundi terutamanya ahli-ahli Perkasa. Perkasa juga menuduh bahawa pihak yang menggesa penggunaan dakwat kekal bertujuan untuk memastikan bahawa orang Melayu dan Islam tidak akan keluar mengundi.

Ini menurut mereka akan merugikan orang Melayu dan Islam itu sendiri apabila mereka tidak keluar mengundi dan keputusan pilihanraya berada di tangan orang bukan Melayu dan juga bukan Islam.


Jika sebelum ini presiden Perkasa Ibrahim Ali menolak penggunaan dakwat kekal atas alasan ia menghalang orang Islam daripada berwuduk, kini mereka menggunakan alasan bahawa mereka merasa malu kerana negara kita menggunakan cara yang kolot dan terkebelakang dalam pilihanraya.

Alasan ini amat pelik kerana mereka tidak pula menyatakan kepada siapa mereka malu? adakah kepada penduduk negara kita sendiri atau kepada negara lain di luar sana. Kalau nak malu pada penduduk negara kita sendiri nampaknya ia amat melucukan kerana selama ini mereka tidak pula malu untuk mengapi-apikan isu perkauman dalam semua hal.

Kalau mereka malu kepada orang luar daripada lain negara, mereka tidak pula pernah menjadi wakil dalam mana-mana persidangan antara bangsa dan tidak adapun yang sudi menjemput kaum yang ekstrim yang kerjanya asyik mencabar orang kehulu dan kehilir.

Daripada kenyataan mereka selama ini, nampak terang mereka merupakan orang-orang yang bakal memangkah calon Barisan Nasional atau Umno terutamanya. jadi jika mereka semua tidak keluar mengundi nampaknya kerugian berada di pihak Umno. Apakah Umno akan berbuat sesuatu bagi memastikan orang-orang Perkasa keluar mengundi.

Kalau dilihat dari segi kekuatan mereka, saya tidak rasa Umno menganggap Perkasa itu penting. mereka hanyalah sebuah kumpulan yang sekadar bertindak memerihakan suasana negara sahaja tanpa ada apa-apa sumbangan yang membina ke arah memperkasakan negara Malaysia, malah semua tindakan mereka hanyalah menyerlahkan sikap terkebelakang mereka sahaja.

Orang Melayu tidak akan maju hanya dengan kuat bertempik dan orang Melayu yang sentiasa merasakan diri mereka tergugat sebenarnya hanya menzahirkan diri mereka yang tidak ada apa-apa kelebihan dari semua sudut. Perkasa selama ini hanya mahu meneruskan agar orang Melayu terus diberikan tongkat untuk bersaing di dalam negara sendiri. Sampai bila nak jalan sendiri.

Walau apapun semuanya adalah belum pasti kerana SPR masih lagi menunggu keputusan majlis fatwa samada penggunaan dakwat 'halal' atau tidak untuk digunakan dalam pilihanraya. Dakwt yang bakal digunakan nanti mengandungi 4% bahan 'Silver Nitrate' yang akan menyerap ke dalam kulit pengundi bagi memastikan ianya kekal dan tahan untuk beberapa waktu yang diperlukan. Semakin tinggi kandungan peratusan bahan itu semakin lama ia akan kekal.

Kita tunggu keputusan majlis fatwa nanti. Jika keputusan adalah positif dan dakwat kekal bakal digunakan saya yakin Perkasa akan turun juga mengundi. Selama ini mereka tak pernah mampu buat apa yang mereka cakapkan!

Monday, 19 December 2011

Lihat Bagaimana Warga Kampung Medan Belasah Warga Afrika Buat Lauk - Awas Ganas 18SG



Warga Afrika yang dirakamkan sedang dibelasah teruk oleh orang ramai itu dikatakan ditangkap oleh orang ramai atas cubaan merompak dan menyamun dengan menggunakan senjata. Mereka melakukan rompakan secara berkumpulan. Hanya seramai 3 orang warga Afrika tersebut yang berjaya ditangkap oleh orang ramai. Kejadian dikatakan berlaku di Kampung Medan.

Melaui video kelihatan orang ramai memijak-mijak memukul dengan berbagai alat dan ada juga yang menendang dan menekan dada warga Afrika tersebut dengan kaki. Ada yang lebih terror lagi apabila menyapu muka serta mulut warga Afrika itu yang berdarah dengan kakinya. Ringkasnya mereka memukul bersambung-sambungan sesekali rancak dan sesekali rehat.

Nasib baik Warga Afrika tidak melawan, kalau dia menunjukkan reaksi melawan, sudah tnetu lebih teruk lagi dia akan dibelasah dan berkemungkinan besar maut di tangan orang ramai.

Mereka yang berada di situ dan menyaksikan bagaimana warga Afrika melakukan cubaan merompak sudah tentu akan merasa berang dan menaruh dendam pada kumpulan tersebut dan apabila kumpulan itu tertangkap maka tidak hairanlah semua lupa diri membelasah bagi melepaskan geram.

Tetapi bagi mereka yang hanya melihat sekerat jalan dan tidak menyaksikan adengan meromppak yang dilakukan warga Afrika tersebut sudah pasti akan merasakan ianya agak brutal dan kejam tindakan orang ramai memperlakukan seorang manusia yang sedang terbaring tidak bermaya sebegitu.

Terlebih lagi jika ia disaksikan oleh bangsa yang sama dengan pemuda yang sedang dibelasah itu akan menimbulkan kemarahan mereka terhadap penduduk negara kita. Begitu juga perasaan kita apabila melihat orang kita dibelasah oleh orang lain dari bangsa lain, sudah pasti kita akan menaruh dendam.

Secara teorinya elok kita berkas pesalah dan dibawa kemuka pengadilan untuk diadili dan jika didapati bersalah pihak yang berkuasa akan menjatuhkan hukuman yang setimpalnya terhadap para pesalah. Itu hanyalah teori, bukan mudah untuk menahan diri apabila melihat peluang berada di depan mata melepaskan geram pada warga Afrika. Tambahan pula mereka semakin ramai dan biadab di negara kita.

Kredit kepada  Budak Kampung Online 

Kejutan: Sabah & Sarawak Tuntut Kemerdekaan Keluar Dari Malaysia?

Apa akan jadi jika Sabah dan Sarawak menarik diri keluar daripada menjadi sebahagian daripada negara Malaysia seperti mana Singapura pada tahun 1965 dahulu. Jika kedua-dua negeri itu keluar Malaysia sudah pasti kehilangan banyak sumber alam yang selama ini mengkayakan ramai orang tertentu dan paling utama sekali Barisan Nasional akan kehilangan deposit simpanan tetapnya dalam menguasai kerusi Parlimen negara kita.

Saya ada mendapat email laporan yang ditulis di dalam Free Malaysia Today berkenaan usaha beberapa aktivis di Sabah dan Sarawak yang mendapatkan pertolongan daripada Pengerusi Hindu Ringht Action Force berpusat di London, P Waytha Moorthy bagi memfailkan permohonan mereka kepada PBB untuk memerdekakan Sabah dan Sarawak dari terus dibuli oleh Semenanjung.

Malangnya setelah saya klik kepada link asal artikel tersebut di FMT, ianya telah dibuang dan tidak disiarkan lagi. Setakat mana kebenaran laporan tersebut tidak dapat dipastikan tetapi ianya adalah sesuatu yang menarik untuk diberikan perhatian kerana ia bakal merubah landskap politik Malaysia dengan begitu besar sekali jika benar-benar usaha tersebut dilakukan.

Samada mereka berjaya atau tidak tidak ada sesiapa yang dapat menekanya. Sudah pasti ada ramai juga kumpulan lain yang bermati-matian mempertahankan gabungan Sabah, Sarawak dan Semenanjung atau alasan serta kepentingan tertentu.

Baca salinan yang saya dapat di bawah:

Push for Sabah, S'wak's independence:  Next stop UN
By Athi Shankar

GEORGE TOWN: A group of prominent politicians and social activists from East Malaysia are seriously contemplating pulling out Sabah and Sarawak from the Federation of Malaysia.

They are planning to take up their case to the United Nations to hold a referendum on the status of the Borneo states as independent nations.

They no longer want their states to be under the clutches of the Umno-led Putrajaya administration.

The group has already sought legal advice from the international community to explore all orderly and democratic means to legally declare Sabah and Sarawak as separate sovereign states.

Sources said the group was keen to avoid any civil unrest, bloodshed and armed conflict with the central government, features usually associated with separatist movements.

“They want to resolve the pressing issue by peaceful and civilised means,” said the source.

It’s learnt that about seven representatives from the group met London-based Hindu Rights Action Force (Hindraf) chairman P Waytha Moorthy in Indonesia early this week to discuss the matter.

Sources close to the group said the activists sought Waytha Moorthy’s help to facilitate their imminent representation in the UN.

It’s learnt that Waytha Moorthy had agreed to assist them, with the help of several influential international organisations. Waytha Moorthy recently facilitated a group of activists to air their grouses and grievances against the federal government at the UK Parliament.

'Systematic looting and plundering'

The group of activists are deeply perturbed by the federal government’s alleged violations of the states’ rights, interests and benefits for more than four decades since the formation of the Federation of Malaysia in 1963.

“The group is angry over the systematic looting and plundering of the states’ wealth by Umno and its cronies,” said a source.Sabah, Sarawak, Malaya and Singapore formerly joined Malaysia in 1963. However, Singapore left the Federation in 1965.

The Sabah and Sarawak activists believe that just like Singapore, their states too can pull out from Malaysia. Sabah and Sarawak are two natural resources rich provinces in Malaysia, with massive wealth potentials in oil reserves and forestry.

However, Sabahans and Sarawakians are convinced that they have remained poor due to the federal government's “manipulation and usurpation” of their power to self-determine their own affairs.

Unhappy over petro dollars

They are crying foul over the mere five percent royalty cut received for their own oil, while the Putrajaya administration “steals” 95 percent of petro dollars.

“People from both Sabah and Sarawak realise that they are being short-changed. They know there has been daylight robbery of their god-given richness,” said a source.

Another contentious issue is the existence of an estimated 1.7 million illegal immigrants as rightful citizens in Sabah.

Sabahans termed the illegal immigrants, mostly Filipino and Indonesian Muslims, as former premier Dr Mahathir Mohamad’s legacy.

“The government since under Mahathir has systematically brought in these aliens and granted them citizenships. These aliens are now legal MyKad holders in Sabah. It’s absolutely outrageous and ludicrous,” said the source.

The illegal immigrant issue in Sarawak is not as disturbing as in Sabah although it is equally damaging.

'Raping of forest wealth'

The major issue in Sarawak is the “raping of state forest wealth” by the Umno-backed Taib Mahmud’s government at the expense of the indigenous population.

The natives are also disgruntled by the usurpation of their customary land rights by the authorities despite a recent apex court ruling against it. Sabahans and Sarawakians are also said to be peeved with the “Malay-nisation and Islamisation” process of their states’ bureaucracy and political systems.

Activists claimed that the federal government had appointed native Muslims to helm various ministerial portfolios and government departments to hasten and fasten this process.

“These Muslim leaders and bureaucratic heads are puppets dancing to the tune played by their masters in Putrajaya,” said the source.

Source : http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/sabah-and-sarawak/4128-push-for-sabah-swak-independence-next-stop-un

Saturday, 17 December 2011

Beberapa Fakta Tentang Maher Zain


Tanya siapa saja orang muda muslim di negara kita samada mereka kenal atau tidak Maher Zain, sudah tentu jawapannya lebih kepada 'ya'. Maher Zain merupakan satu contoh muslim yang mengambil faedah daripada kebangkitan arab yang sedang melanda dunia Islam di mana majoriti umat Islam muda sekarang tidak mahu membuat pilihan samada memilih Islam atau kemodenan. Mereka mahukan kedua-duanya. Berikut beberapa fakta mengenai Maher Zain:

  1. Dia merupakan warga Sweden kelahiran Lubnan serta mempunyai darah Marocco.
  2. Mula merakamkan album di Amerika bersama penerbit-penerbit yang hebat dan terkenal tetapi merasakan kehilangan sesuatu dalam dunia seninya. Tema barat terlalu banyak disogokkan dengan 'cinta' dan 'hati yang terluka'.
  3. Mula beralih arah dengan memilih teman dari kalangan muslim di Sweden dan akhirnya mula berjinak pergi ke Masjid. Sejak itu dia mula mengamalkan Islam dengan lebih serius.
  4. Bermula dari situ dia mula menghadapi dilema antara mengamalkan Islam atau meneruskan kegiatan seninya dan akhirnya mengambil pendekatan meneruskan seni yang berunsurkan mesej Islam.
  5. Merakamkan genre music barunya pada tahun 2009 dengan menerbitkan album bertajuk 'Thank You Allah'.
  6. Rekod tersebut ternyata tidak mengecewakannya apabila menjadi antara rekod jualan paling laris di Amazon.com dalam world music.
  7. Jualan album Maher Zain di negara kita mencapai rekod paling hebat dekat ini.
  8. Di negara jiran Indonesia Maher Zain terlalu terkenal sehingga meninggalkan Justin Beiber terkapai-kapai.
  9. Menghadapi dilema apabila segolongan Muslim mengecamnya kerana menggunakan musik keterlaluan dalam mesej Islamnya tetapi mengambil pendirian pendapat mereka yang membenarkannya asalkan ianya positif dan bersih dari perkara yang merosakkan. Lagipun perkara musik merupakan percanggahan daripada 2 pendapat.
  10. Album videonya bertajuk Insya'Allah dan The Chosen One mencecah tontonan melebihi 25 juta kali.
  11. Menaruh harapan agar kejayaannya menjadi contoh kepada artis lain untuk menjadikan seni dalam memperjuangkan Islam ke seluruh dunia dan mampu meredakan masalah Islamofobia yang melanda barat.
Ini satu lagi contoh untuk para artis kita yang mendapat hidayah agar tidak terus meninggalkan kelebihan mereka dalam dunia seni sebaliknya gunakan ia dengan lebih bermakna untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam. Gunakan seni sebagai wadah bagi meniupkan semangat Islam dan mempertinggikan semangat juang umat Islam. Jangan terjongket-jongket terjerit-jerit sampai membuatkan orang lalai dan hilang akal sudahlah. Sumber

Friday, 16 December 2011

Pelajar Melayu Lelaki Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh Di Dublin - Gambar

Ariff pernah dilaporkan hilang sebelum ini.
Kecoh berita ini disiarkan dalam kebanyakkan blog pro Umno yang memaparkan cerita pelajar Melayu Ariff Alfian Rosli yang pada mulanya ditaja oleh Petronas untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di UK. Beliau kemudiannya tidak menamatkan pengajiannya dalam masa yang diberi iaitu pada tahun 2008. Selepas itu dia dilaporkan hilang oleh ibubapanya dan tub tub ! tersiar beritanya berkahwin dengan seorang lelaki mat saleh bernama Jonathan di Dublin.

Kesian ibu bapanya. Lebih-lebih lagi ibunya yang mengandungkan dia dan melahirkan serta membesarkan budak itu sehingga muncul sebagai pelajar terbaik di SMK Wangsa maju Seksyen 5. Semakin pandai dia menimba ilmu semakin celaru pemikirannya, entah apa yang tak kena.


Amat zalim apabila ada blogger Umno yang mendakwa bahawa kejadian ini tentu disukai oleh PKR, PAS dan DAP yang mana sudah pasti ia merupakan satu fitnah yang keterlaluan. Jika kita berterusan mempermainkan penyakit yang telah melanda bangsa kita sebegini sampai bilapun kita tidak akan dapat mengubatinya sedangkan hakikatnya penyakit ini sudah ada wujud sejak zaman dahulu kala lagi dan kini ia mula merebak bangsa kita.

Sebagai manusia yang memegang kepercayaan kepada ajaran agama Islam, sudah pasti kita menolaknya dan dalam masa yang sama berusaha mencari pendekatan bagaimana merawat gejala penyakit ini. Cuma mungkin masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza.