Pages

Saturday, 18 December 2010

Tak Perlu PRU Untuk Kuasai 2/3 Kerusi Parlimen - BN Hebat

Inilah yang BN mahu dan mereka berjaya buktikan bahawa mereka memang amat berpengalaman dalam menguasai pemerintahan negara.

Setelah gagal menguasai majoriti 2/3 kerusi parlimen negara melalui Pilihan Raya Umum, mereka masih dapat mencatur permainan dan memerangkap pembangkang yang membawa kepada penguasaan kembali 2/3 kerusi parlimen negara.

Banyak yang PR perlu pelajari daripada BN jika PR mahu menawan Putrajaya. Jangan biarkan penat lelah usaha berkempen pada PRU menjadi sia-sia dipermainkan oleh BN.

Lihat laporan Malay Malil di sini.

Thursday, 16 December 2010

Nik Aziz Tak Faham Konsep Kejadian Perbezaan Kaum - Kassim Ahmad

Tulisan terbaru Kassim Ahmad menyentuh tentang Pengajian Sejarah menuduh Tuan Guru Nik Aziz tak faham konsep kejadian manusia yang lahir dalam berbagai jenis kaum. Beliau juga menuduh ramai orang yang tak faham sebagaimana dia faham, sedangkan ianya adalah sesuatu yang mudah.

Kassim Ahmad juga mengajak kita meninggalkan konsep dua parti dalam satu negara yang dipelopori oleh barat yang baginya tidak membawa apa-apa kelebihan dan ia hanya membuktikan bahawa pemikiran kita masih dibelenggu oleh cara pemikiran penjajah.

Beliau mencadangkan kita berbalah dalam kesatuan parti bukannya berbalah melalui perbezaan parti...ikuti tulisannya di sini.

Tuesday, 14 December 2010

MP Sri Lanka DiBeri Pelajaran Yoga Hilangkan Tekanan

Ilmu Yoga ditawarkan kepada semua ahli parlimen Sri Lanka untuk melahirkan disiplin, keupayaan mengawal tingkah laku dan juga mengawal diri ketika tertekan.

Dalam keadaan tertekan dan kehidupan yang penuh dengan jadual yang ketat membuatkan ahli parlimen tidak mempuinyai kesempatan untuk beriadah atau bersenam.

Sesi Yoga akan diberikan sebelum bermulanya setiap persidangan. Lihat di sini.

Keadaan yang sama dihadapi oleh ahli parlimen kita di Malaysia. Ilmu yang sesuai diberikan kepada semua ahli parlimen kita mungkin ilmu tasauf.

Ahli parlimen kita juga memerlukan suntikan nasihat dan kata peransang bagi mengawal disiplin, emosi dan juga tekanan mereka.

Monday, 13 December 2010

Buku Teks Sejarah DiUbah Mengikut Selera Politik

Ranjit dilabel sebagai "anti national" kerana menegur
kesalahan fakta sejarah buku teks.
Apabila kerajaan buat keputusan untuk mewajibkan matapelajaran sejarah, semua pelajar mahu tak mahu terpaksa menghafal dan mentelaah segala buku teks yang disediakan oleh kerajaan.

Kementerian pelajaran sedang giat mengemaskini segala buku teks sejarah untuk disajikan kepada para pelajar yang mana pelajaran sejarah akan menjadi wajib pada tahun 2013.

Kita tidak sepatutnya membiarkan ada kepentingan politik masuk campur dalam menentukan fakta mana yang perlu kekal dan fakta mana yang perlu dibakul sampahkan.


Kerja menyediakan buku teks untuk tatapan pelajar sepatutnya dikawal selia oleh badan yang tidak berkepentingan politik agar tiada penyelewengan sejarah disumbat kepada para pelajar kita.

Kini nampaknya ada unsur-unsur buku teks sejarah direncanakan agar ianya memihak 100% kepada kerajaan yang memerintah sahaja. Lihat komen 2 orang ilmuan terhadap isu tersebut di sini.

Saya ada mendengar seorang ilmuan barat pernah berkata jika penilaian sejarah mengikuti disiplin orang islam dalam menapis kesahihan riwayat sesebuah fakta, maka semua sejarah dunia yang ada sekarang ini terpaksa dibakul sampahkan, yang tinggal hanyalah Al-Quran dan Hadith-Hadith sahih sahaja.

Sunday, 12 December 2010

Kucing Suka Ikan, Nak Tangkap Kucing Letak Umpan Ikan !

Liabiliti kepada PR...???
Petikan sebahagian daripada laporan dalam The Sydney Morning Herald yang menyiarkan maklumat daripada wikileaks tentang ketua pembangkang,

 ''The Australians said that Singapore's intelligences services and [Singaporean elder statesman] Lee Kuan Yew have told ONA in their exchanges that opposition leader Anwar 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted'.''

Mungkin sebab itu PM Australia tak mau jumpa Anwar Ibrahim hari tu.

Sudah tentu Anwar akan menolak mentah-mentah laporan tersebut dan manyatakan bahawa itu adalah satu komplot antarabangsa yang diketuai oleh pihak tertentu dalam usaha menjatuhkannya. Semua media pro BN sedang memainkan isu ini dengan begitu teratur sekali yang sedikit sebanyak bakal mengelirukan rakyat.

Walau apa sekalipun kejadiannya, benar atau tak benar, Anwar terlalu banyak membawa bebanan yang ditanggungnya sekarang ini dan orang terlalu mensinonimkan PR dengan Anwar. Sebut PR nampak Anwar, sebut Anwar nampak PR Sudah tiba masanya seseorang daripada Pas menerajui PR. Tak adakah sesiapakah yang berkaliber dari Pas yang mampu ke depan?.

Baca laporan penuh di sini.