Ini kenyataan Ibrahim Ali dalam freemalaysia today “The Carlsberg label is green and it matches the PAS' official colour,” . Dia menyindir warna logo Pas yang sama dengan logo Carlsberg.
Memang Ibrahim suka menimbulkan provokasi dan bersikap kebudak-budakan yang lansung tidak matang, ringkasnya memang jenis pemimpin yang tak boleh dipakai !.
Lihat di sini utk berita lanjut.
Pages
▼
Saturday, 9 October 2010
Wednesday, 6 October 2010
Silap Pilih Ahli Majlis - Rosak Imej Parti, Rosak Pemerintah
| Hutan semak dalam kawasan taman Zon 13 Puchong |
Bagaimana kita boleh rumuskan tugasan sebagai seorang ahli majlis?. Secara ringkasnya ahli majlis adalah orang tengah yang bertindak sebagai wakil kepada masyarakatnya bagi menyalurkan rintihan dan masalah mereka.
Secara tak lansung, ahli majlis melalui lantikan parti yang memerintah juga menjadi duta kepada parti agar masyarakat dapat melihat sendiri keberkesanan serta kemampuan parti yang sedang memerintah sesebuah negeri.
| Hutan jadi pusat buang sampah. Salah satu sebab kes denggi tinggi di kawasan ini. |
Seorang ahli majlis yang cemerlang, dikenali dan dihormati serta disukai masyarakat yang diwakilinya mampu membantu memakmurkan masyarakat dan sekali gus dapat menarik sokongan mereka terhadap parti yang sedang memerintah.
Sebaliknya ahli majlis yang tidak di kenali masyarakat yang diwakilinya, tidak cemerlang bekerja akan membuatkan masyarakat tidak terurus dan sudah tentu parti yang diwakilinya akan dibenci dan ditolak.
Cukup sekadar itu untuk saya gambarkan betapa pentingnya ahli majlis kepada masyarakat terutama kepada parti. Maka orang yang hendak dipilih mestilah benar-benar layak dan mampu bekerja, berkhidmat kepada masyarakat atas semangat perjuangan tanpa mengharapkan balasan.
Ada banyak jenis balasan yang boleh kita tafsirkan, harta benda, kuasa dan juga kemegahan pangkat adalah termasuk dalam makna ganjaran. Jika yang tersebut itu kita cari, tak ada faedahnya menjadi ahli majlis kerana ia bakal merosakkan imej parti serta imej pemerintah.
Salah satu kriteria yang penting sebagai ahli majlis ialah mempunyai masa yang mencukupi bagi memantau masyarakatnya serta bertindak menyelesaikan segala masalah dengan berkesan. Sudah tentu mereka yang makan gaji dengan bekerja di syarikat swasta atau kerajaan tidak layak atas faktor waktu dan juga amanah makan gaji.
Sebagai contoh bagaimana kita tafsirkan seorang ahli majlis yang saya senaraikan dibawah, adakah dia mampu melaksanakan tugasnya dengan cemerlang dengan profilnya seperti berikut:
Nama: Sapiyan bin Mohd Din
Pekerjaan: Executive di MAB (Malaysian Airport Berhad)
Jawatan Politik: 1. Ketua Penerangan PAS Puchong
2. Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Puchong
Lantikan Politik: 1. Ahli Majlis MPSJ Zon 13
2. Pengerusi JKP Zon 13
Jawatan Masjid: 1. Timbalan Nazir Masjid As- Salam
2. Pengerusi Biro Pembangunan Masjid As-Salam
| Rumah di Puchong Intan ini bertukar jadi Kuil ! Ada banyak lagi rumah lain yang jadi kuil. |
Ada lagi jawatan yang tidak disenaraikan kerana dengan apa yang ada di atas sudah cukup untuk saudara kita di atas memerlukan lebih daripada 72 jam sehari bagi melaksanakan semua tanggungjawabnya. Itu belum masuk lagi kerjanya sebagai ayah dan juga suami.
Kalau saya jadi majikannya saya akan memberikan dia 2 pilihan samada kerja atau berhenti, kerana sudah tentu dia tidak akan mampu menanggung amanah perlantikan sekali gus beramanah terhadap majikannya. Tambahan pulak dia merupakan ahli Pas, bukankah orang Pas amat arif dalam hal amanah serta hukum hakamnya.
| Mungkin tokong tepi jalan ini tak cukup lagi ? |
Maka tidak hairanlah, tak ramai dari kalangan penduduk zon 13 yang tidak mengenalinya dan banyak rungutan aduan yang tidak ada tindakan. Banyak yang boleh dilakukan di kawasan tersebut dengan lebih baik lagi jika orang lain yang lebih fokus menggantikannya, atau jika dia berhenti saja dari makan gaji menjadi bos kepada dirinya sendiri.
Agak malang bagi Pas Puchong kerana mensia-siakan peluang menonjolkan parti. Ini hanya membenarkan persepsi orang ramai selama ini bahawa Pas tidak berkemampuan dari segi pengurusan dan pentadbiran negara dan masyarakat berbanding Umno, memang orang Pas dari segi jujur serta lurus lebih baik dari Umno, tapi kalau lurus bendul tak pandai pengurusan nak buat apa?.
| Siapapun tak berani ceroboh sampai jadi hutan ! |
Harap pihak kepimpinan PR mengambil isu ini dengan serius.
Monday, 4 October 2010
Calon UMNO Di Galas - Perangkap Untuk Tengku Razaleigh Hamzah
Sebelum ini Datuk Nik Abdul Aziz menyuarakan rasa tidak wajar apabila Umno mahu meletakkan Ku Li sebagai calon di Galas. Banyak juga pandangan dari pelbagai pihak yang menganggap itu satu tindakan penghinaan Umno terhadap Ku Li yang semua orang di Malaysia dan juga luar negara mengenalinya.
Seperti laporan dari SinChew di sini, amat menarik apabila penulis bertanya samada kita pernah melihat bagaimana rupa bentuk "business card" Ku Li?, ya saya juga tak pernah tengok, anda nak tahu?...
Pada kad perniagaannya hanya tertera "Tengku Razaleigh Hamzah", tiada lagi lain-lain perkataan, kerana apa?, kerana memang tak perlupun nak tulis apa-apa pada kad perniagaan Ku Li, semua orang dah tahu kerana dia berkhidmat dan berpolitik dah terlalu lama macam-macam sumbangan dia telah beri pada negara, pernah hampir-hampir jadi presiden Umno pun.
Eloklah Umno pilih calon yang lain demi untuk bersopan dan berbudibahasa sikit dengan veteran Umno Ku Li tersebut, janganlah sebab Ku Li dilihat lantang mengkritik kerajaan dan juga bersetuju dengan usaha Pas mendapatkan Hak royalti minyak maka dia nak dimalukan.
Walau apapun, Ku Li masih belum memberikan apa-apa jawapannya, sudah tentu sebagai orang lama yang penuh pengalaman dia dapat memcium taktik-taktik kotor budak-budak mentah dalam parti Umno.
