Pages

Saturday, 2 October 2010

Buku Haram - "The March to Putrajaya — Malaysia’s New Era Is At Hand" Oleh Kim Quek

Kim Quek duduk dua dari kiri
Khamis lalu Kementerian Dalam Negeri telah memberikan fatwa mereka terhadap kedudukan buku terbaru oleh penulis Kim Quek yang bertajuk seperti di atas.

Alasan yang diberikan adalah buku tersebut boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian awam. Ia tidak sesuai untuk bacaan umum kerana mengandungi spekulasi dan tuduhan tidak berasas terhadap pimpinan negara. Jika dibenarkan juga ia bakal mengganggu ketenteraman awam.


Kim Quek marah dan menafikan segala alasan yang diberikan oleh KDN dalam kenyataan rasminya di sini.  Kata Kim Quek tidak ada satu ayatpun dalam bukunya yang menghasut agar rakyat menolak perlembagaan dan segala tulisan berkenaan penyelewengan dan korupsi pemimpin adalah sesuatu yang diketahui umum, jika ia tidak benar sama sekali dia memperlawa para pimpinan tersebut mengambil tindakan undang-undang.

Ada kebenarannya alasan yang telah diberikan oleh KDN tersebut terhadap bahayanya pengaruh buku itu. Terutamanya jika segala yang diceritakan oleh penulis terhadap kebobrokan para pemimpin itu adalah kebenaran, maka sudah pasti rakyat marah.

Maka kebencian awam terhadap para pemimpin sudah tentu mendidih lalu satu tindakan susulan akan diambil tetapi bukan dengan menimbulkan huru hara, tak cukup dengan sebuah buku untuk menimbulkan keganasa dan huru hara.

Sebaliknya rakyat akan menggunakan kuasa keramat mereka bagi menolak para pemimpin yang dipercayai korup tersebut.

Itulah sebenarnya kenyataan yang diulang-ulang oleh KDN, takkan Kim Quek tak faham kot?, lagipun alasan yang paling besar sekali untuk mengharamkan buku itu adalah Kim Quek itu merupakan orang Anwar Ibrahim, ketua pembangkang negara.

Apa nak susah sangat Kim Quek!!! pergi ke luar negara, buat E-book dan juallah On-Line, lagi senang dan lebih laku, sayapun nak beli satu. Harap beliau menerima mesej saya.

Friday, 1 October 2010

Terkini Dari EIU: Kecoh Laporan Muhyiddin Akan Tentang Najib Utk Jadi Presiden UMNO

Heboh kini orang cakap pasal TPM bakal menentang PM dalam pemilihan calon UMNO akan datang. Ia datang dari laporan Economist Intelligence Unit yang memberikan ulasan kemungkinan pertandingan tersebut sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Adakah semua ada kena mengena dengan tekanan daripada mantan PM Tun Mahathir dan para penyokongnya yang namlaknya tidak bersetuju dengan reformasi ekonomi yang cuba diperkenalkan oleh Najib?


PRU-13 semakin hampir, suspen semakin meningkat, nampaknya demam politik tak akan berkesudahan di negara kita sejak PRU-12 lalu. Nampak semacam memberi laluan mudah untuk satu pakatan baru datang bagi menggantikan BN.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat, jangan sampai negara kita jadi porak peranda dan tercicir dari peta dunia sudahlah!!!

Baca laporan di sini.
Juga ada di sini
Atau di sini

Khir Toyo Beli Apartmen Mewah Di Mekah Guna Duit PNSB

Laporan dari Selangor Kini edisi kedua bulan September mendedahkan mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo telah membeli hartanah di Mekah melalui Permodalan Negeri Selangor Berhad dan meletakkan namanya sebagai pemilik. Hartanah tersebut merupakan 12 buah apartmen mewah yang dibeli dengan harga RM17.5 juta dibeli pada tahun 2007. 

Ada dua kesalahan yang dilakukan oleh mantan MB Selangor itu, pertama membeli sebanyak 12 unit apartmen mewah sedangkan lembaga pengarah meluluskan hanya sebanyak 5 unit sahaja.

Kedua meletakkan namanya sebagai pemilik hartanah tersebut sedangkan kerajaan Saudi membenarkan pemilik hartanah daripada syarikat yang dipunyai oleh orang islam yang memang ada syarikat seumpama itu di bawah kerajaan negeri.

Khir Toyo memberikan alasan bahawa ia meletakkan namanya atas sebab syarat kerajaan Saudi yang meletakkan pembeli mestilah seorang muslim.

Tak ada pula alasan kenapa dia beli 12 unit sedangkan yang diluluskan hanya 5 unit, walaubagaimanapun 7 unit lagi telah dijual kepada individu yang tidak diketahui.

Walau apapun alasannya samada ada penyelewengan atau tidak, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh mantan MB Selangor itu kerana tak ada MB yang akan kekal selama-lamanya memerintah atau mengepalai sesebah negeri.

Harap Dr Mohamad Khir Toyo bekerjasama dengan pimpinan kerajaan negeri sekarang bagi mengembalikan hak milik hartanah itu kepada PNSB. Bukan senang nak tengok semua semasa kita dok ada di atas, terlalu banyak yang perlu diberikan perhatian.

Jesteru perlunya jentera bawahan yang jujur dan amanah serta ahli dalam bidang yang diuruskannya, jika tidak habis hancur duit rakyat. Harap MB sekarang mengambil iktibar dalam memilih jentera pengurusannya.

Berita yang sama dari Blog Anwar Ibrahim di sini.
lagi berita dari blog lain klik sini

Tuesday, 28 September 2010

Muhyiddin Akui Kes Liwat Anwar Memburukkan Imej Malaysia

Lanjutan dari komen pengasas Virgin Group, Richard Branson yang berpendapat Malaysia sepatutnya lebih bergaya tanpa kes liwat Anwar Ibrahim, TPM menyatakan setuju dengan komen tersebut dan beliau sendiri berharap kes itu tidak ujud di negara kita. Rujuk di sini.

Ada dua makna yang berbeza dari komen Richard Branson dan juga ulasan Muhyiddin. Richard Branson adalah seorang yang berfahaman bebas terutamanya dalam hal kebebasan seks.

Nama syarikatnya Virgin adalah cetusan dari perbincangan antara rakan-rakan aktivis mereka ketika remaja terutamanya wanita yang mencadangkan nama Virgin bagi mengekalnya dalam bentuk syarikat oelh kerana kesemua mereka telah lama kehilangan dara (virgin) hasil dari pergaulan bebas seks sesama mereka. (rujuk buku tulisan Richard Branson).

Apa yang dimaksudkan oleh Richard Branson adalah sepatutnya Malaysia tidak meletakkan kes liwat sebagai satu kesalahan sepertimana barat maka tidak timbul lagi kes liwat sebagai sesuatu yang mengaibkan.


Muhyiddin pula mungkin bermaksud seorang pemimpin tinggi seperti Anwar tak sepatutnya meliwat atau mungkin Saiful tak sepatutnya membiarkan dirinya diliwat, atau mungkin dia berkata tak ada cara lain untuk menjatuhkan Anwar melainkan dengan tuduhan liwat.

Kalau nak bebaskan Malaysia dari dihitamkan isu tersebut, maka kerajaan perlu menghakimi kes itu dengan penuh ketelusan, adil dan saksama berlandaskan logik undang-undang yang boleh diterima oleh semua masyarakat baik dalam atau luar negara.