Pages

Saturday, 5 June 2010

Kami Tak Kisah Pun! - Pemuda UMNO

Timbalan ketua pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, menjawab tuduhan pembangkang yang mengatakan pemuda UMNO kecewa apabila rombakan kecil kabinet tidak memasukkan nama ketua mereka dalam senarai ahli kabinet baru. Baca di sini laporan dari bernama.

Timbalan kepada Khairy tersebut menegaskan mereka sedikitpun tak terasa atau kecewa pada Najib yang tidak melantik Khairy sebagai menteri atau timbalan ketua menteri malah tak kisahpun. Samalah juga dengan berkata, memang padan muka ketua kami tak terlantik, kami memang tak suka kat dia.

Kalau tanya Khairy tentu dia jawab dia tak kecewa lansung dan akan menumpukan pada kerja parti saja. Tetapi tak payahlah nak bohong, dalam hati tentu menyumpah dan sedih kerana Presiden UMNO tak suka kat dia atau tak mengakui keupayaannya menyumbang untuk kerja pentadbiran negara.

Nampaknya jalan ke depan makin samar-samar untuk Khairy.

Wednesday, 2 June 2010

Bekas Menteri 10% Dilantik Duta Ke Filipina

Datuk Seri Dr Ibrahim Saad dilantik sebagai Duta Malaysia ke Filipina hari ini. Orang Bulit Mertajam ini dulu dikenali sebagai menteri 10%, entah betul atau tidak tak tahulah, tetapi begitulah yang semua orang kampung saya menggelarkannya.

Klik di sini untuk berita dari bernama.

Walaupun kerjaya politiknya telah malap, namun kerajaan masih mengakui keupayaannya melaksanakan tugas untuk negara. Tahniah kita ucapkan. Harap jangan orang Filipina menyambung gelaran duta 10% pula di sana.

Agak beruntung juga menjadi orang politik, terutamanya sebelah pihak kerajaan memerintah, kebajikan mereka tak pernah diabaikan.