Pages

Saturday, 22 May 2010

PBT Cemerlang, PR Gemilang !

Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri Selangor Darul Ehsan sejak Mac, 2008. Pengambil alihan tersebut membawa banyak perubahan kepada cara perlaksanaan pengurusan sumber negeri yang seterusnya hasil daripada itu di salurkan semula kepada rakyat.

Sebagaimana roda yang sudah amat sesuai dengan bentuk bulatnya dan tidak perlu direka kepada bentuk lain, begitulah juga struktur pentadbiran yang telah terbina sejak berpuluh tahun BN memerintah negeri Selangor, tak perlu direka kepada satu bentuk yang lain.

Apa yang perlu diperbaiki cuma cara menggerak dan melaksanakan jentera yang telah ada secara lebih telus dan meminimumkan keciciran agar faedahnya dapat menyeluruh sehingga kepada semua peringkat rakyat.

Adalah sesuatu yang patut dipuji bagaimana PR merombak semua pengurusan dan pentadbiran PBT yang ada di negeri Selangor. Hasil rombakan menampakkan perubahan yang ketara terutamanya dari segi pendapatan setiap PBT yang ada di Selangor.


Terdapat sebanyak 12 PBT di seluruh Selangor dan PR berjaya merubah dengan jayanya perkara-perkara berikut:

  1. Kutipan Kewangan
  2. Pengurusan Kewangan
  3. Kelulusan Lesen
  4. Penyediaan serta penyelenggaraan kemudahan Awam.
Ke empat-empat perkara di atas berjalan lancar dan berjaya dimantapkan apabila kerajaan PR mula memastikan bahawa segala keputusan PBT tidak disabotaj atau dikekang oleh ahli politik. Ini dapat berlaku apabila ADUN tidak lagi diberikan peranan memegang jawatan sebagai Ahli Majlis.

Sebaliknya jawatan Ahli Majlis dipegang oleh para profesional yang mahir dalam bidang masing-masing serta para aktivis masyarakat yang berkumpul sebagai satu kumpulan bagi membuat keputusan terhadap kepentingan masyarakat.

Di bawah PR tiada lagi duit kopi perlu dikeluarkan dalam urusan mendapatkan kelulusan serta lesen, kerana mensyuarat untuk hal-hal itu diadakan sebanyak 2 minggu sekali di mana lesen dapat diluluskan secepat mungkin tanpa ada penundaan. Ini mengelakkan 'duit kopi' sebagai habuan mempercepatkan kelulusan.

Projek-projek juga disalurkan secara telus tanpa ada campur tangan ahli politik kerana mereka tidak lagi mempunyai atau memegang apa-apa jawatan dalam ahli majlis.

Contoh hasil yang paling ketara dapat ditunjukkan pada keupayaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya yang dapat mengumpulkan dana sebanyak RM191 juta setelah baru setahun setengah memerintah, sedangkan selama 50 tahun BN memerintah jumlah dana yang berjaya dikumpul hanya setakat RM60 juta.

Banyak usaha-usaha pembaikan seperti masalah banjir dapat diselesaikan setelah dana yang banyak dapat dikumpulkan bagi disalurkan dalam membiayai projek tersebut contohnya di kawasan batu tiga yang sebelum ini merupakan zon banjir yang amat mengerikan.

Banyak kawasan yang dikenali sebagai zon kotor di Selangor ini seperti di Sri Muda, Shah Alam atau di Puchong telah bertukar menjadi zon bersih.

Yang menariknya semua kawasan yang terbabit secara tiba-tiba menjadi bersih melalui usaha mudah dengan hanya meletakkan satu papan hebahan besar di setiap kawasan kotor memberitahu orang ramai, "Anda sedang berada di zon bersih", berserta dengan logo PBT di setiap kawasannya.

Tiada budget besar-besaran serta kempen mewah yang dilancarkan dalam usaha tersebut. Sesiapa saja yang memberikan idea itu saya tabik hormat, apatah lagi pemimpin yang berani melaksanakan idea mudah itu, anda memang hebat.

Cuma kerajaan PR perlu menggandakan sedikit usaha marketing atau pemasaran segala kejayaan mereka bagi menolak tohmahan serta usaha pihak yang dengki dengan segala kejayaan itu. Bukan apa jika rakyat termakan dengan maklumat yang tak betul itu, yang akan rugi kemudian hari adalah rakyat sendiri.

Jadi saya syorkan PR jangan kemut serta kedekut memasarkan segala perubahan serta kejayaan mereka agar rakyat sedar dan dapat membandingkan hasil dahulu dengan hasil sekarang.

Wednesday, 19 May 2010

Kementerian Kecewa Dengan Sambutan Dingin Pelajar Terhadap "Speakers' Corner"

Bernama melaporkan di sini bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah kecewa tiada apa-apa aktiviti berlaku di tempat "Speakers' Corner" yang diadakan di setiap universiti setelah 4 bulan pelancarannya.

Apa yang nak disesalkan kepada pelajar, sesalkanlah pada para pemimpin yang telah membunuh bakat serta benih berpidato meluahkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan para pelajar selama ini hasil dari akta mengarut AUKU yang melarang aktiviti politik serta penggabungan aktivis pelajar pelajar.

Sedangkan jika tidak dilarangpun, berpidato atau bercakap dikhalayak ramai merupakan satu perkara yang amat ditakuti oleh manusia lebih dari mati, inikan pula jika dilarang!. banyak insan pejuang serta pemimpin yang berbakat sejak dari tahun  1971 sehingga kini telah kita sia-siakan termasuklah saya yang membesar dalam tempoh tersebut.


Ayam kalau dah biasa letak dalam kurungan sejak kecil sampai besar, jika dilepaskan ke padang akan biul dan terpinga-pinga tak dapat menyesuaikan diri. Kita hanya banyak menghasilkan pelajar yang terbelenggu dengan mengejar pencapaian akedemik, kita mengurung minda pelajar seperti memasukkan jin afrit ke dalam botol, lebih gemar melihat dan mendengan dari terlibat.

Malah yang lebih teruk lagi lebih ramai yang buat tak perduli dengan apa yang berlaku. Sehingga ada satu kumpulan pelajar sebelum ini yang berdemo menggesa kerajaan mengekalkan akta tersebut tanpa apa-apa pindaan. Seolah ayam terlepas dari kurungan yang berpiket merayu tuannya memasukkan mereka semula ke dalam kurungan.

Sebahagian manusia mempunyai keupayaan menyesuaikan diri, tapi memakan masa dan tempohnya tiada siapa yang tahu, mungkin cepat mungkin lama mungkin tak boleh lansung. Padan muka rakyat Malaysia!!!

Monday, 17 May 2010

Tahniah Wong Ho Leng ! - DAP Rampas Kerusi Parlimen Sibu

DAP menambahkan jumlah kerusinya di parlimen satu lagi, sah dia merupakan pembangkang terbesar di parlimen. DAP menang majoriti 398 undi, tapi kalau tolak undi pos yang saya tak percaya sangat ketelusannya, DAP menang majoriti 2,721 undi.

Seperti biasa, apabila BN kalah, SPR akan nampak resah, mundar-mandir tak tergamak nak umum keputusan takut kawan baiknya marah atau sedang nego macammana nak bagi menang juga. Apa nak buat, kawan rapat katakan, begitulah adat berkawan sakit sama dirasai.


Dalam masa yang sama PKR semakin hari semakin berkurangan jumlah kerusinya di parlimen. Mungkin elok tukar ketua pembangkang kepada Lim Kit Siang, lagipun Anwar Ibrahim tak habis-habis dilanda pertuduhan liwat lepas satu, datang satu lagi. Begitu juga rakan-rakan PKRnya tak henti-henti keluar berpaling tadah atau membelakanginya.

Tertarik saya dengan komen Awang Selamat semalam di Utusan mencadangkan agar PKR bergabung saja dengan DAP, tak perlu ada PKR. Mungkin LimKit Siang boleh beri laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi penasihat parti.

Bagi ahli PKR yang tak mahu sertai DAP, masuk saja parti PAS atau kalau tak mahu jugak pulanglah ke lubuk asal mereka masuk dengan menyertai UMNO kembali.