Pages

Friday, 14 May 2010

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong Keluar PKR

Sebagaimana yang dijangkakan akhirnya Wee Choo Keong keluar juga walaupun dia menafikan akan keluar dari parti ketika ditanya sebelum ini oleh para wartawan apabila dia menyerang golongan yang dikatakan sebagai "little napolean" dalam PKR.

Semasa ditemuramah dia menyatakan terus terang salah seorang dari kumpulan itu adalah Tian Chua yang dia menuduh cuba menjatuhkan mereka yang tidak sebulu dalam PKR.

Mungkin selepas ini S Manikavasegam atau Mike pula akan mengumumkan keluar parti walaupun dia menafikan khabar angin tersebut dengan berkata dia sayangkan PKR dan mahu memastikan tidak melindungi ahli atau pemimpin yang korup dan bermasalah.

Biasanya cakap-cakap penafian ahli politik ni tak boleh diambil kira, dalam sepuluh nak percaya satupun susah sikit. Kita tunggu....

Racist !

Presiden Perkasa Ibrahim Ali menyelar Presiden MCA sebagai racist kerana menegur perhimpunan "Melayu Bangkit" yang mahu dianjurkan di Terengganu kebetulan jatuh pada hari sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 May.

Ini sebahagian dari komennya:

"What is wrong with that? If the event intends to unite the Malays because they are the majority in the country, why not?" he asked, adding that “dark episodes” are commemorated in other countries as well in order to serve as a deterrent.
"Some countries commemorate the Nazi massacre, Israel's invasion of Palestine or the Serb's attack against Yugoslavia. They commemorate the dates so that such things do not happen again," he said.

Kalau nak mengingati sejarah hitam negara agar tidak berulang, kenapa satu bangsa sahaja yang nak berhimpun? bagaimana dengan bangsa Cina, India dan lain-lain? Kenapa tak ajak bersama-sama berhimpun dan menyumbang pembentangan kertas kerja?
Mengingati masa lampau sebagai pengajaran untuk masa depan negara perlu disertai oleh semua warga Malaysia tak kira bangsa dan agama.
Melihat pertembungan Presiden Perkasa dengan Presiden MCA, teringat saya di kampung dulu ketika Arwah Chat Gila dan Arwah Chop Mat Rebiah sama-sam duduk di perhentian bas depan sekolah Kebangsaan Penanti.
Chop Mat Rebiah kata pada Chat Gila: "Hang gila"
Chat Gila jawab balik pada Chop: "Hang la gila"
Chop kata balik: "Hang yang gila"
Begitulah saling tuduh menuduh sampai letih. Sebenarnya ialah kedua-duanya gila.

Tuesday, 11 May 2010

PR Selangor: Dulu Tuduh BN Songlap Duit Pasir, Sekarang Kena Batang Hidung Sendiri

Antara isu yang ramai orang dok cerita di kedai kopi tentang pentadbiran BN di Selangor dulu adalah berlakunya penyelewengan dalam projek korek, ambil dan jual hasil pasir yang terdapat banyak di sekitar sungai-sungai di negeri Selangor.

Saya selalu dengar bagaimana orang-orang tertentu yang baik dengan bekas MB dulu tiba-tiba menjadi-jadi kekayaannya hasil dari projek jual pasir.

Hasil daripada kisah yang memang dah diketahui umum itu, PR sebaik sahaja berjaya mentadbir Selangor menubuhkan satu syarikat yang dinamakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi menguruskan hasil pasir serta galian di Selangor secara bersepadu. Ia ditubuhkan atas dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor.


Kini nampaknya terdapat tuduhan berserta bukti bahawa KSSB yang sepatutnya merakyatkan ekonomi itu telah meranapkan ekonomi rakyat dengan berlakunya aktiviti rasuah serta penyelewengan dengan amat meriah sekali. Isu ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen KaparS. Manikavasagam.

Baca laporan terkini isu KSSB dengan klik di sini.

Begitulah manusia, senang tengok kelemahan orang apabila diri sendiri tidak di uji. Sekali kena uji dengan peluang di depan mata, terus kelabu berpinau. Telus serta kejujuran entah kemana.

Harap MB Selangor tidak cuba-cuba nak tutup bangkai yang mula telah mengeluarkan bau ini sehingga mengganggu tuan rumah sendiri. Keluarkan segera dan tanam terus bangkai-bangkai itu agar rumah kembali normal tidak busuk lagi.

Itulah kelebihan pembangkang, dia akan terus bangkang walaupun sama-sam kawan dia jika tak betul. Hidup pembangkang!!!.

S Manikavasagam tidak keseorangan dalam membetulkan penyelewengan yang berlaku di KSSB, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Hasil Judi Untuk Pembangunan Sukan Negara - Awang Adek

Petikan dari Bernama, 6 May 2010:

"Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini."

Patutlah bidang sukan negara kita tak kemana, dok pakai hasil judi!. Awang Adek dah minta fatwa pada penasihat agama kerajaan kah?.

Katanya lagi juga dipetik dari bernama, 6 May 2010:

"Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa."

Alasan untuk membenarkan perjudian berlesen kerana, kalau tak bagipun orang tetap akan berjudi juga adalah satu alasan yang amat mengarut dan penuh tipudaya syaitan. Samalah jika keluarkan lesen pelacuran kalau tak bagi lesenpun orang akan melacur juga, atau keluarkan lesen merompak, kalau tak keluarkanpun orang akan merompak juga.




Benda haram tidak patut diberikan nilai wang ringgit, mengeluarkan lesen tu samalah dengan memberi nilai kepada perkara larangan, kerana apabila sesuatu yang haram itu dinilaikan dengan wang ringgit, hilanglah naluri rasa bersalah kerana telah ditebus dengan wang.

Kerajaan patut haramkan saja, jika berlaku juga pertaruhan, tangkap sajalah!. Tetapi bukan senang nak bersabar melihat duit lalu depan mata kan !.