Pages

Friday, 30 April 2010

Datuk Dr. Awang Adek Hussin - Selalu Lompat Awal Dan Berlebihan Pulak!

Mamat yang tersebut di atas ni selalu sangat saya lihat melompat awal dan lebih-lebih pulak tu !. Dalam isu tuduhan seorang blogger yang mendakwa ia menerima peruntukan sebanyak RM4 juta untuk menjalankan aktiviti perang saraf, Awang Adek melompat terlalu awal dan berlebihan, sedangkan betulkah dakwaan blogger tersebut mendapat peruntukan dari kerajaan Kelantan yang menggunakan wang rakyat?.

Panjang lebar dia bersyarah menghamput kerajaan negeri kelantan, agaknya dia marah benar apabila dia kalah dalam PRU lalu di mana dia di war-warkan bakal menjadi MB Kelantan, tapi malang tak menjadi kenyataan!, kalah teruk pulak tu!. 

Baca laporan utusan di bawah: 



Pengkhianatan kepada rakyat Kelantan

KUALA LUMPUR 29 April - Tindakan Pas Kelantan yang dipercayai menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada seorang penulis blog bagi tujuan memfitnah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat negeri itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, wang tersebut sepatutnya digunakan bagi tujuan kesejahteraan rakyat dan bukannya dibelanjakan untuk kepentingan politik Pas kerana masih terlalu ramai rakyat Kelantan yang miskin dan memerlukan bantuan.
"Apakah wang RM4 juta itu merupakan peruntukan yang sepatutnya disalurkan bagi membantu rakyat miskin tetapi akhirnya digunakan bagi menabur fitnah untuk menjatuhkan pemimpin Barisan Nasional (BN).
"Pada saya, adalah lebih baik wang itu digunakan bagi meningkatkan bekalan air bersih di negeri ini kerana masalah keperluan asas itu sehingga kini masih gagal diselesaikan walaupun Pas sudah memerintah Kelantan sejak 20 tahun lalu.
"Inilah pengkhianatan Pas terhadap rakyat Kelantan yang mengharapkan kesejahteraan mereka tetapi dana yang ada digunakan pula bagi tujuan lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendedahan itu membuktikan Pas hanya mempergunakan imej Islam untuk kepentingan politik.
Katanya, kesanggupan Pas Kelantan membelanjakan wang dalam jumlah yang besar untuk tujuan memburukkan pemimpin negara jelas terkeluar daripada landasan Islam.
"Selama ini, Pas memperlihatkan dirinya sebagai sebuah parti Islam yang bebas daripada penyebaran fitnah tetapi dengan pendedahan ini ternyata Islam hanya pada imej.
"Mereka jelas melakukan kemungkaran dan saya yakin akan lebih banyak pendedahan mengenai kepincangan Pas akan didedahkan individu yang pernah bersama parti itu sebelum ini,'' katanya.
Sehubungan itu, beliau menuntut satu siasatan rapi dijalankan pihak berkuasa bagi mengenal pasti daripada mana sumber peruntukan itu diperolehi bagi menggerakkan operasi perang saraf tersebut.

Operasi Gerak Saraf Dalam Politik - Hebat Pak Lah!

Kalau ada di kalangan mereka dari pengamal politik yang mendakwa bahawa kerja gerak saraf dalam politik tak berlaku, tak patut berlaku dan mereka tak pernah terlibat lansung dengan aktiviti tersebut, saya rasa mamat tersebut benar-benar tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak pernah hidup dalam dunia akhir zaman ini.

Dia mungkin mahu mendakwa bahawa dia merupakan seorang wali atau keturunan wali songgo yang sentiasa bersuluk 3 bulan sekali dan mempunyai amalan kerohanian yang tinggi untuk membolehkan dia terus memegang tampok kekuasaan dan pemerintahan.

Saya hormat kepada bekas Perdana Menteri kita sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang relaks dan tenang mengaku bahawa itu perkara biasa yang sentiasa berlaku dalam mainan politik semasa. Baca komennya di sini.


Berlainan pula dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beberapa kerat pemimpin lain yang nampaknya amat terkejut dan tidak menyangka terdapatnya gerakan seumpama itu dan tidak mempercayai ada orang tergamak melakukannya, memang mereka ini bertarah wali dan amat berhingus sekali dalam ilmu politik. Ataukah mereka sebenarnya "hipokrit"?.

Baca laporan dari Utusan di bawah mengenai komen As-Sheikh Mustapa Mohamed;


Operasi gerak saraf perbuatan sangat keji - Mustapa

KOTA BHARU 29 April - Tindakan pihak tertentu menyalurkan dana lebih RM4 juta untuk melakukan Operasi Gerak Saraf bagi tujuan melemahkan kepimpinan negara dan memastikan Pas terus memerintah di negeri ini adalah perbuatan yang sangat keji.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, pendedahan mengenai operasi itu mengesahkan beberapa laporan yang beliau terima sebelum ini tentang wujud beberapa gerakan terancang untuk menjatuhkan kerajaan.
Sehubungan itu, beliau yang turut menyifatkan perbuatan tersebut sebagai suatu 'jenayah' menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan berkenaan terutama sekali sumber dana bagi membiayai operasi tersebut.
"Kita dukacita kerana melalui gerakan ini pelbagai fitnah telah ditaburkan dan ini satu dakwaan yang cukup serius. Ini adalah kerja yang sangat keji dan merupakan satu jenayah terhadap kita," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas pendedahan seorang penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini.
Mustapa berkata, kerajaan negeri perlu memberi penjelasan kepada rakyat negeri ini mengenai perkara itu terutama sekali membabitkan jumlah wang yang terlalu banyak.
"Kita mahu kerajaan negeri beri penerangan kepada rakyat Kelantan sumber wang RM4 juta itu diperolehi, adakah wang rakyat digunakan atau wang balak atau individu atau derma daripada mana-mana pihak.
"Rakyat Kelantan berhak mengetahui sumber untuk membiayai gerakan ini. Ini bukannya RM1,000 atau RM2,000 tetapi bernilai RM4 juta," tegas beliau.
Mustapa turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan kerana fitnah yang dibuat melalui gerakan itu berjaya mempengaruhi rakyat negeri ini untuk membenci BN.
Tegasnya, siasatan tersebut juga perlu menyeluruh yang melibatkan beberapa dakwaan sebelum ini mengenai kecurangan kerajaan negeri dalam menguruskan balak di negeri ini yang turut dilaporkan oleh beberapa blog.
"Kita mahu disiasat sumber duit itu, nampak kerajaan negeri memang mengelak dan tidak beri penerangan. Blog ini jelas dengan buktinya, kalau dapat balak, perlu menyumbang kepada pihak tertentu.
"Ini amat tidak meyakinkan dan kita harap SPRM dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya," tegas beliau.

Zaid Mahu Dedahkan Pemimpin Umno Yang Terlibat Dengan Aktiviti Tidak Bermoral

Zaid IbrahimSemalam Zaid dilaporkan mahu mendedahkan mereka dari kalangan UMNO yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral yang diketahuinya.

Ia mendapat berbagai reaksi dari para pimpinan UMNO yang kebanyakannya menasihatkan agar Zaid melihat ke hadapan dan menumpukan perjuangan politiknya daripada cuba bertindak seperti membalas dendam atas kekalahannya dalam PRK baru-baru ini.

Kita tak perlu terkejut dengan tindakan Zaid yang mahu berbuat begitu kerana semasa kempen PRK baru-baru ini teruk segala keterlanjurannya telah dilondehkan oleh para pimpinan UMNO yang memang mengenali Zaid telah lama dulu ketika sama-sama menjadi penyokong dan ahli kuat UMNO.

Sebagai seorang peguam yang berpengalaman, Zaid tentu tahu segala pendedahannya memerlukan bukti yang kukuh agar dia tidak diseret ke muka pengadilan kerana membuat tuduhan tidak berasas.

Mungkin ini menakutkan sesetengah pemimpin UMNO yang terasa pedas apabila tergigit cili, dan kita amat berharap Zaid dapat melondehkan segala kepincangan para pemimpin yang berada di atas sekarang ini sehingga semua pemimpin yang tidak bermoral dapat dijatuhkan secara bergolek dan tidak dapat bangun semula sehinggalah mereka bertaubat.


Tak kira siapa mereka, dari mana parti mereka, rakyat perlu tahu siapa yang tidak layak untuk menjadi pemimpin agar mereka tersebut dapat ditolak.

Peranan mendedahkan para pemimpin yang tidak bermoral ini perlu diambil serius oleh semua orang. Rakamkan segala bukti apabila ia berlaku didepan mata dan dedahkan secepat mungkin kepada semua rakyat. Kita ada berbagai alat untuk melakukan semua ini sekarang dalam teknologi yang serba canggih ini.

Laporan dari Malay Mail Semalam di bawah;


Zaid to expose Umno personalities indulging in vice

Thursday, April 29th, 2010 10:58:00

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat's (PKR) Datuk Zaid Ibrahim (pic) has lost his temperament after defeat in the Hulu Selangor parliamentary by-election, said former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Yesterday, Zaid told reporters he would expose names of Umno personalities who indulged in immoral activities — such as boozing, womanising and gambling — just as they had exposed his past during the by-election campaign.
Zaid is also now seeking to annul the Hulu Selangor results, alleging the Election Commission (EC) had been biased.
“What Zaid's doing now is called ‘gutter politics’, the type of dirty politics that he and his colleagues in PKR had condemned all this while,” Dr Khir told The Malay Mail.
“There’s no difference between what he’s doing now and what he claims to fight against. Clearly, Zaid has lost his rationale.”
While disagreeing with Zaid’s moves, he said the PKR supreme council member was free to do whatever he wanted.
“This is a democratic nation, so he can choose to do what he feels fit,” said Dr Khir, who is also the Opposition leader in the Selangor State Assembly.
“However, I think he should just move forward from his defeat in Hulu Selangor and not resort to this ‘gutter politics’, exposing bad deeds of others and whatnot.
“The Hulu Selangor defeat should be used as a stepping stone for himself and Pakatan Rakyat to move forward. But Zaid is moving backwards.
“This is quite unbecoming of someone who has had years of experience as a politician and is a prominent figure in Malaysian politics.”
Hulu Selangor Umno division committee member Datuk Zainal Abidin Sakom echoed this view.
"Zaid should not be practising this type of ‘negative politics’," said Zainal
“What he should be doing is planning how to convince the rakyat why he should have been the one elected.
“In fact, he should go out and thank the Hulu Selangor folk. Despite the fact he is an outsider and that he is new with PKR, he still gathered 22,000 votes, which is quite a huge number.”
Meanwhile, Kedah Gerakan Youth chief Tan Keng Liang challenged Zaid to provide the names and evidence of the allegations within seven days.
“His proposed campaign would unfairly smear the names of all BN leaders and ministers indefinitely. Till now, he has not provided any concrete evidence to back his allegations.”
Tan said Zaid’s failure to respond to his challenge would hurt PKR’s credibility. “It will also mark the repeated trend of PKR leaders making unfounded allegations and statements, including Datuk Seri Anwar Ibrahim’s previous purported takeover of the federal government on Sept 16, 2008,” added Tan

Tuesday, 27 April 2010

Syabas PR, Tahniah BN - PRK P094

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan PRK di Hulu Selangor baru-baru ini walaupun kemenangan tersebut bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan oleh para pemimpin BN.

Kita perlu mengucapkan syabas kepada PR yang sebenarnya masih kuat dan mendapat sokongan yang hampir sama dengan BN daripada rakyat Hulu Selangor. PRK in memberikan gambaran awal situasi yang bakal negara kita hadapi dalam PRU ke 13 akan datang.

Jika boleh kita ramalkan, PRU ke 13 nanti, BN akan tetap mendapat saingan yang hebat dari PR dan sudah hampir pasti BN tidak akan mampu memenangi majoriti lebih daripada 2/3 sebagaimana yang telah dialaminya semasa PRU ke 12 lalu. PR perlu memperkuatkan strategi dan taktik mereka bagi mematahkan segala teknik licik yang diguna pakai oleh BN.


Dalam saingan kempen yang amat berat sebelah yang dihadapi oleh PR, mereka masih mampu mengembeleng undian dari rakyat yang memihak kepada mereka sebanyak 23,273 undian berbanding BN yang mendapat undian sebanyak 24,997 undian. Jika di tolak undian pos sebanyak 600 yang dimenangi oleh BN, perbezaan undian hanyalah sebanyak 1,625 sahaja.

Jumlah kemenangan BN di atas bukan satu kedudukan yang selesa yang boleh dibanggakan oleh BN. Begitu juga sebaliknya kepada PR ia merupakan satu harapan bahawa perjuangan mereka masih kuat diterima oelh rakyat.

Satu perkara yang perlu kita ambil perhatian dan boleh kita banggakan adalah suasana kemuafakatan perlbagai bangsa yang ditunjukkan oleh kedua belah pihak samada dari PR atau dari BN yang mempamerkan kerjasama antara bangsa  yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Ia menggambarkan perjuangan falsafah politik yang berbeza dan bukanlah falsafah perjuangan etnik.

Jika rakyat mula memahami bahawa persaingan antara PR dan BN adalah falsafah bagaimana negara perlu diuruskan, pilihan raya negara kita akan menjadi satu landasan persaingan yang sihat kearah membina negara Malaysia yang lebih maju.

Tak sabar rasanya menunggu kedatangan PRU ke 13 nanti.