Pages

Thursday, 22 April 2010

Mohamad Khir Toyo Simpati Pada Pas - PRK Hulu Selangor

Bekas Menteri Besar Selangor dilaporkan bersedih, kesal dan bergenang air mata apabila melihat jentera pilihanraya Pas yang bertungkus lumus bekerja meraih undi di Hulu Selangor.

Diberitakan dia amat bersedih begitu kerana dapat merasakan segala apa yang jentera Pas alami adalah sebijik macam Umno alami yang mana jentera Umno bertungkus lumus berkempen untuk MIC.

Datuk Seri Muhamad Khir Toyo juga dilaporkan berkata Pas tak sepatutnya menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP sebagaimana Umno menjadi kuda tunggangan MIC dan MCA.

Media melaporkan bahawa jentera PKR yang sepatutnya mengetuai kempen meraih undi di sana telah lumpuh, sebagaimana lumpuhnya jentera MIC sedangkan wakil masing-masing yang bertanding dalam PRK itu.

Baca laporan utusan di bawah untuk lebih lanjut;



Pas ambil alih jentera pembangkang

HULU SELANGOR 21 April - Dalam keadaan tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tidak sampai lima hari sahaja lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dilanda kemelut.
Terbaru, difahamkan jentera pilihan rayanya lumpuh berikutan kemelut dalaman yang melanda parti itu.
Berikutan itu Utusan Malaysia diberitahu, jentera pilihan raya Pas yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa mengambil alih operasi bagi membantu calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Menurut satu sumber, langkah itu terpaksa dilakukan, setelah PKR mendapati jentera pilihan raya parti berkenaan tidak bergerak sepenuhnya sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu.
"Apa yang berlaku sudah diduga kerana sebahagian besar jentera pilihan raya PKR sama sekali tidak bergerak sebagai protes terhadap tindakan pucuk pimpinan parti memilih Zaid sebagai calon," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pilihan raya kecil Ahad ini, Zaid akan berhadapan dengan calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan.
Tindakan pakatan pembangkang menyerahkan kepada Pas untuk mengendalikan operasi kempen pilihan raya tersebut sememangnya sudah dijangkakan. Ia kerana PKR mempunyai jentera paling lemah berbanding Pas dan DAP.
Malahan tinjauan Utusan Malaysia mendapati berbanding beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, jentera pembangkang sememangnya dilihat tidak agresif berkempen. Keadaan itu turut mendapat perhatian media yang membuat liputan di sini.
Sementara itu, Utusan Malaysia turut diberitahu, selain membantah pemilihan calon, PKR juga berhadapan dengan perasaan tidak yakin di kalangan ahli-ahli di peringkat akar umbi untuk mereka mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor.
"Berikutan itu bagi menyelamatkan keadaan dan memandangkan masa yang semakin suntuk, PKR terpaksa menyerahkan kepada Pas untuk mengendalikan operasi dalam usaha meraih undi," kata sumber itu.
Difahamkan juga, ada pula sebahagian ahli PKR keberatan untuk melakukan kempen terutama kempen rumah ke rumah kerana sukar menjawab kenapa Zaid yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dipilih bertanding di Hulu Selangor, selain daripada latar belakang beliau.
Ketika diminta mengulas perkembangan ini, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo berkata, beliau kesal Pas bersedia menerima tugasan berkenaan keran ia menggambarkan Pas hanyalah kuda tunggangan kepada PKR dan DAP.
"Pas sepatutnya bertanya kenapa selepas ada masalah baru PKR hendak meminta pertolongan, sedangkan ketika hendak memilih Zaid sebagai calon, pandangan dan sensitiviti Pas tidak pula diambil kira," katanya.

Wednesday, 21 April 2010

Kalau Benar Anwar Pengkhianat, Buktikan Dan Tangkap Sajalah !

TPM mengulangi sekali lagi kenyataannya melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara dalam ceramahnya di Hulu YaM Bharu semalam.

Sebab apa Anwar dilabel pengkhianat?

1. Rakus mahu menjadi Perdana Menteri.
2. Memburukkan institusi-institusi yang telah wujud sekian lama di Malaysia sejak 52 tahun dulu.
3. Meceritakan keadaan politik dan pemerintahan yang berlaku di Malaysia di luar negara.
4. Berusaha menjatuhkan kerajaan yang sah sekarang iaitu kerajaan BN.
    Naijahnya adalah apabila seseorang rakyat Malaysia berusaha mahu menjadi PM dia adalah pengkhianat, apabila rakyat Malaysia mengkritik institusi yang ada di Malaysia dia juga pengkhianat, apabila rakyat Malaysia menceritakan situasi pemerintahan Malaysia pada orang luar dia adalah pengkhianat, dan apabila rakyat Malaysia berjuang serta berusaha menyertai parti lain selain dari BN dan berkempen untuk menang pilihanraya atau menjatuhkan BN dia adalah pengkhianat.

    Begitulah pegangan TPM kita, aduhai malangnya kepada semua rakyat Malaysia dari parti pembangkang anda semua adalah para pengkhianat negara???

    Hukuman kepada para pengkhianat negara adalah amat berat sekali, kalau dulu-dulu dihukum bunuh, kenapa tak hukum saja para pengkhianat semua jika benar mereka pengkhianat?

    Rakyat Malaysia sendiri ramai yang berakal untuk menilai siapa sebenarnya pengkhianat...


    TPM ulangi Anwar pengkhianat

    HULU SELANGOR 20 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi ketegasannya dengan melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara.
    Beliau berkata, label itu adalah satu fakta kerana rakyat sendiri dapat melihat bagaimana Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.
    Katanya, selain sanggup memburukkan institusi-institusi yang telah wujud sejak negara mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu, Anwar juga menjelajah dari benua ke benua untuk memburukkan negara sendiri tanpa rasa segan dan silu.
    “Dia kata nak saman saya kerana label dia sebagai pengkhianat, saya tunggu juga tapi sampai sekarang pun tak dapat-dapat (saman).
    “Saya tak takut dan sekali lagi saya mengulangi Anwar adalah seorang pengkhianat negara,” katanya semasa berceramah di Hulu Yam Bharu di sini malam ini.
    Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Raja Zainal Abidin; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas; calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan dan bekas Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat.
    Pada majlis itu juga, Dr. Halili turut menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.
    Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri mengajak rakyat supaya menilai kenapa semakin ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya di kalangan pengasas parti itu dan rakan karib Anwar keluar daripada parti tersebut.
    Katanya, kebanyakan daripada bekas pemimpin PKR telah dan mengakui bahawa mereka sebenarnya hanya dipergunakan bagi mencapai cita-cita politik Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
    Muhyiddin turut membidas Anwar kerana bijak mengambil peluang dengan mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi yang dihadapi apabila bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat oleh beliau.
    Kata Muhyiddin pada mulanya, Anwar mendakwa dia dizalimi dan membuat satu dakwaan baru bahawa rakyat turut menjadi mangsa kezaliman kerajaan.
    “Apakah benar kita menzalimi rakyat? Kalau betul kerajaan yang ada sekarang zalim pada rakyat tidak mungkin sejak 52 tahun yang lalu BN tetap dipilih oleh rakyat,” jelasnya.
    Sementara itu, Dr. Halili dalam nada sebak menceritakan bagaimana bapanya tidak mengetahui tindakannya untuk keluar parti.
    Kata beliau, bapanya, Rahmat Buyong, 87, hanya mengetahui tindakan itu melalui media dan menghubunginya.
    ‘‘Kebiasaannya saya yang menghubungi dia tetapi kali ini dia telefon saya dan memuji tindakan kembali kepada UMNO selepas 10 tahun berada dalam PKR,” katanya.

    UMNO Admits Of Producing A Failed Product - Mustapa Mohamed

    Read below a statement from Kelantan UMNO Chief declaring that Zaid is a failed product produced by UMNO which indirectly indicate UMNO is not capable of generating a good politician.

    It could be because of that Zaid have decided to turn his back from UMNO and be a PKR member which have a better platform in developing a better politician for the peoples of Malaysia.

    Voters must give Zaid a chance to prove his decision is right and PR is a new hope for people of Hulu Selangor.


    Hulu Selangor by-election: Zaid 'a rejected product'

    2010/04/20
    HULU SELANGOR: Kelantan Umno chief Datuk Seri Mustapa Mohamed today labelled Datuk Zaid Ibrahim, the Parti Keadilan Rakyat (PKR) candidate for the Hulu Selangor parliamentary by-election, as a reject who had failed to fulfil his responsibility as the Kota Baru member of parliament.


    "When he was the MP (member of parliament) for Kota Baharu he failed the Barisan Nasional by not fulfilling his responsibility as an elected representative. We feel that he is not suitable to lead a constituency at all based on his work rate," the International Trade and Industry Minister told Bernama.

    Speaking at the BN command centre at Bukit Sentosa here, Mustapa said Zaid's claim that he would champion the people's problems and solve issues did not hold water because when he had the opportunity to do this, he had failed.

    The Hulu Selangor parliamentary by-election would see a straight fight between BN's P. Kamalanathan and Zaid.

    Zaid, a former Minister in the Prime Minister's Department, was once with the ruling coalition and had won the Kota Baru parliamentary seat in 2004. He was however dropped as a BN candidate in the 2008 general election.

    "We feel that he is not capable of championing the issues brought up by the people of Selangor. He does not have credibility nor the capability to solve issues faced by the rakyat. 
    "This is because he does not understand problems faced by the kampung folks what more those estates and rural areas. We, on the other hand, have put forth a candidate who had integrity and morals to be a member of parliament," he added.

    He said Kamalanathan, the BN candidate, was almost a local, hailing from Rawang, which was just a stone's throw away from Hulu Selangor and understood the people's problems since he was from the grassroots.

    "Zaid failed in Kelantan. There have been many complaints about him during his tenure as an MP. He is a rejected product while our man is the best product for the people of Hulu Selangor," said the Minister. - BERNAMA 

    Tuesday, 20 April 2010

    Penduduk Hulu Selangor - Siapa Kata PR Tak Buat Apa?

    Kalau kita baca, dengar, nonton dalam media semasa yang di kuasai BN, kita sering disogokkan dengan berita yang PR tak buat apa-apa kerja untuk membangunkan negeri Selangor.

    Semasa kenyataan akhbar aksi berpaling tadah Dr Halili, beliau memberi kenyataan bohongnya yang menuduh PR lansung tak menyumbang ketika memerintah kawasannya kat Hulu Selangor sana yang mana ia menjadi salah satu sebab dia masuk UMNO dan keluar dari PKR.

    Ni ha!, apa dia?, cuba baca laporan dari harakah di bawah. Nampak sangat Dr. Halili tak pernah balik kampung dan tak ambil tau pasal perkembangan daerah dia, betul sebagaimana kata ahli PKR di sana yang dia muncul masa hari penting saja tunjuk muka nak nama.

    Bijak sungguh PR tak pilih dia, pimpinan dah tahu kebobrokannya rupanya. Pangkahlah PKR, menangkan PR agar Selangor lebih maju dan telus!!!



    Anwar rasmi tuaian pertama ladang pisang terbesar hari ini
    Harakahdaily   
    SHAH ALAM, 20 April: Penasihat Ekonomi Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim akan merasmikan dan meraikan hasil tuaian pertama Ladang Pisang Dole Sebiro yang merupakan ladang pisang terbesar di Malaysia petang ini.

    Majlis ini akan diadakan di Laman 9, PKNS Bernam Jaya, Hulu Selangor petang ini.

    Ia akan menghimpunkan pekerja-pekerja Ladang Dole serta rakyat tempatan yang dijangkakan seramai 2,000 orang akan hadir, kata satu kenyataan dari Pejabat Penasihat Eknomi Selangor.

    Dole Inc merupakan syarikat pengeluar pisang dan buah-buahan terbesar di dunia yang menguasai saluran pasaran dan teknologi pertanian dunia.

    Dole Sebiro merupakan satu-satunya wakil pengeluar yang dilantik Dole Inc di Malaysia melalui hasil kerjasama dengan syarikat tempatan.

    Sehingga kini, syarikat memiliki ladang seluas 500 hektar di Hulu Selangor yang telah mengambil seramai 200 orang pekerja yang kebanyakkannya terdiri daripada kalangan rakyat tempatan.

    Kerajaan Negeri sedang dalam proses rundingan dengan syarikat untuk meluaskan perusahaan ladang tersebut kepada 1,000 hektar yang seterusnya akan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas.

    Menjelang Jun 2010, dijangkakan Ladang Dole di Hulu Selangor mampu mengeluarkan hasil sebanyak 20,000 kotak pisang dalam tempoh seminggu.

    Hasil tersebut bukan sahaja akan dibekalkan ke pasaraya di sekitar Lembah Klang, malah produk tempatan ini akan dieksport secara meluas ke Indonesia, Singapura, Hong Kong dan negara-negara Asia Tengah.

    Ini sekaligus akan meletakkan Malaysia sebagai pengeluar utama pisang dalam jangka masa panjang.

    Usahasama Ladang Dole Sebiro dan PKNS adalah salah satu langkah proaktif oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan nilai pulangan dari tanah-tanah milik Kerajaan Negeri.

    Melalui usahasama ini, Dole Sebiro diberikan pajakan pendek bersyarat agar tanah dapat diusahakan dan membawa pulangan dengan membayar pajakan kepada PKNS.

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri membantu mewujudkan kegiatan ekonomi di kawasan pendalaman dan peluang-peluang pekerjaan baru untuk masyarakat setempat yang kian terpinggir.

    Kerjasama dengan Dole Inc juga menandakan usaha serius Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan aplikasi pertanian moden untuk menembusi pasaran dunia, kata kenyataan itu.

    Menurut kenyataan itu juga,  Anwar melalui Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor turut mengambil inisiatif untuk duduk berbincang  dengan Dole Inc bagi mengenal pasti kerjasama yang dapat diambil terutamanya melalui perkongsian bijak dengan Kerajaan Negeri.

    Aspek-aspek tumpuan yang akan ditekankan adalah teknologi pertanian moden, strategi pemasaran, latihan atau peningkatan keupayaan dan lain-lain aspek penting, katanya.

    Apa Salahnya Bercita-Cita Mahu Jadi Perdana Menteri?

    Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir menempelak Anwar Ibrahim dengan berkata bahawa perjuangan Anwar hanya untuk menjadi PM, dia bukanlah pejuang kebangsaan.

    Beliau juga mengatakan bahwa atas sebab itulah ramai dari penyokongnya telah meninggalkan Anwar apabila mengenali matlamat sebenar Anwar Ibrahim.

    Tun Mahathir memang bijak dalam banyak hal, tapi kenyataannya menempelak Anwar kerana mahu menjadi PM dan menafikan perjuangan Anwar kepada bangsa dan negaranya atas sebab bercita-cita menjadi PM adalah sesuatu yang lansung tak relevan.

    Serangan Tun M dari kenyataan tersebut nampak benar bersifat peribadi dan hanya kempen politik basi yang tak perlu diambil pot.

    Kalau anak saya datang kepada saya dan berkata dengan bersungguh-sungguh bahawa dia mahu menjadi PM satu hari nanti, saya pasti akan berasa bangga dan menggalakkannya. Tiada yang lebih besar menyumbang kepada negara melainkan menjadi pemimpin negara itu dengan ikhlas dan jujur. 

    laporan dari mStar:



    Anwar Hanya Sokong Pihak Yang Mahu Beliau Jadi PM - Dr M
    KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memberikan sokongan kepada pihak yang sedia menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri.
    Katanya seseorang itu akan dapat mengetahui sejauh mana Anwar boleh digelar "pejuang kebangsaan" apabila mereka mengenali beliau dengan lebih rapat.
    "Saya percaya semakin dekat orang dengan dia, semakin orang itu akan faham peribadi Anwar ini, betulkah dia pejuang kebangsaan.
    "Sebenarnya, dia pejuang untuk jadi Perdana Menteri. Kalau ada sesiapa yang boleh sokong dia untuk jadi Perdana Menteri...dia akan sokong orang tu balik," katanya.
    Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Multaqa Yang Dipertua Perkim bersama Guru-guru pendidikan Islam Kementerian Pelajaran dan warga Perkim di sini hari ini.
    Menurut Dr Mahathir, penarikan diri beberapa orang yang rapat dengan Anwar jelas menunjukkan mereka sudah mula sedar tentang peribadi bekas timbalannya itu.
    Katanya, sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PKR Dr Chandra Muzaffar juga telah bertindak keluar parti manakala peguam yang mewakilinya dalam kes liwatnya sebelum ini Zainul Zakaria juga telah menarik diri daripada kes terbabit.
    Dan terkini, doktor peribadi beliau Datuk Dr Halili Rahmat yang juga bendahari PKR Hulu Selangor semalam mengumumkan keluar parti kerana mendakwa parti itu sudah terpesong daripada perjuangannya sejak diasaskan pada tahun 1999.
    Ditanya mengenai tuduhan terhadap calon PKR Datuk Zaid Ibrahim bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor yang didakwa minum arak, beliau berkata tuduhan sedemikian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
    "Orang kata dalam Bahasa Inggeris "all is fair in love and war and in election". Saya dulu pun kena macam-macam...Saya ada bini (isteri) Cina seorang, ada bini di Singapuralah konon. Itu semua orang politik. Orang yang dengar itu, patutlah buat penilaian sendiri," katanya.
    Ditanya sama ada kempen serangan peribadi itu boleh memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata: "Mungkin, mungkin juga tidak. Kita tidak tahulah kerana itu terpulang kepada pengundi."
    Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata hubungan dagangan Malaysia dengan Iran mungkin akan terjejas sekiranya Petronas ditegah daripada membekalkan gasolin kepada Iran.
    "Datuk Seri Najib (Tun Razak) menafikan bahawa dia menegah (Petronas). Ini satu urusan komersil. Yang itu hak Petronas hendak jual kat (pada) sesiapa pun," katanya.
    Sebelum ini, laporan media asing menyebut Najib sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasolin ke Iran, dan kenyataan itu telah dinafikan oleh Perdana Menteri dan mengatakan bahawa ia merupakan transaksi komersil semata-mata dan jika ada permintaan untuk jualan setempat, terpulang kepada pihak-pihak terbabit memutuskannya.
    Ditanya mengenai pendidikan seks secara formal di sekolah, Dr Mahathir berkata ia tidak perlu kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada kandungan dalam subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sekolah.
    Katanya apa yang penting adalah untuk memastikan anak-anak di sekolah memahami dan mengetahui bagaimana cara untuk mengawal nafsu mereka daripada melakukan perkara yang tidak elok itu.
    "Kita kena tahu dulu apa makna pendidikan seks itu. Sebenarnya, dalam agama Islam sudah ada didikan seks itu, tinggal lagi tidak dijelaskan dengan baik.
    "Dalam ajaran agama, kita boleh masukkan adalah untuk menentukan anak-anak kita faham dan tidak terpengaruh dengan nafsu sahaja.
    "Dia (anak-anak) kena kawal nafsu kerana yang penting dalam seks ini, kawal nafsu. Jangan ikut saja. Jika tidak kawal nafsu, berlaku buang bayi dalam tong sampah dan sebagainya," katanya. - BERNAMA

    Khairy Jamaluddin Dah Jadi Budak Baik!!!

    Ketua Pemuda UMNO telah mengarahkan semua pemuda BN membuang segala bahan kempen yang provokatif yang menyentuh maruah individu terutamanya individu yang bertanding dalam PRK Hulu Selangor.

    Baguih sungguh Khairy ni sekarang, nampak semakin matang dan berprinsip. Kebiasaannya dialah yang selalu amat garang dan berkelakuan provokatif dalam setiap PRK yang dia turun berkempen, tambahan pulak apabila ramai soldadu yang dahagakan projek mengelilinginya.

    Mungkin sekarang ini soldadu dah tak berapa ramai, tak berapa kuat sangat kot atau dia takut tempias isu minum arak boleh mengheret kepada dirinya sendiri dan para pemimpin BN yang lain yang "mungkin" ramai yang terlibat.

    Kita tengok pada hari buang undi nanti, bagaimana aksi para pemuda BN. Berikut laporan dari Malaysiakini;


    Khairy: Buang bahan kempen provokatif
    Hazlan Zakaria
    Apr 19, 10
    7:04pm
    Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah mengarahkan anggota Pemuda BN supaya membuang papan tanda, poster dan kain rentang yang menyentuh maruah mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

    Sejak kempen bermula hujung minggu lalu, bahan-bahan menyerang pemimpin Pakatan Rakyat muncul di kawasan pilihan raya kecil itu di mana pengundian akan berlangsung Ahad ini.

    Ini termasuk gambar 'tabiat minum' calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan gambar ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tulisan huruf besar 'Pengkhianat Negara' di sebelah logo BN.

    Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Khairy mendakwa serangan peribadi itu bukan modus operandi BN.

    Khairy juga menafikan kain rentang dan poster berkenaan adalah sebahagian daripada strategi kempen BN.

    Sebaliknya, Khairy berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya dan ia bukan dimulakan oleh pihaknya tetapi oleh pihak lain.

    Di samping itu, katanya, Umno juga harus menjauhkan diri daripada amalan-amalan seumpama itu.

    PM Mahu Semak Semula Dasar Pandang Ke Timur

    PM mengulas dari lawatannya ke Jepun untuk menyemak semula dasar pandang ke timur yang telah terlaksana selama 28 tahun yang banyak memberi sumbangan kepada ekonomi Malaysia.

    Memang elok saranan PM itu, kita perlu memandang ke timur bukan saja dari sudut ekonomi malah harus ditebarkan lebih jauh lagi sehingga ke peringkat politik.

    Budaya orang Jepun mengambil tanggungjawab besar dan serius dalam amanah apabila menjadi pemimpin. Mereka tidak tangguh-tangguh untuk mengundur diri dan mengecam diri sendiri apabila berlaku kecurangan atau kesilapan dalam kepimpinan mereka.

    Mereka mengambil tangungjawab penuh ke atas apa yang berlaku sebagai pemimpin.

    Jika itu kita contohi, pemimpin kita akan lebih dipandang mulia dan bertanggungjawab dan akan berhati-hati untuk melakukan kecurangan. Kita perlu mengadakan satu kerjasama seperti itu, belajar dari para pemimpin Jepun.

    Jangan setakat ekonomi sahaja yang akhirnya akan ada poket pemimpin yang kembung lebih dari keseluruhan rakyat.

    Ikuti laporan dari Utusan di bawah:



    Dasar Pandang Ke Timur perlu disemak - PM

    (Ulasan Gambar Di Atas)

    Najib Tun Razak berjabat tangan dengan rakan sejawatannya, Dr. Yukio Hatoyama pada majlis kunjungan hormat di Rumah Kerajaan di Tokyo, semalam. Turut sama Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Perdana Menteri Jepun, Miyuki Hatoyama. – Bernama


    TOKYO 19 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masanya sudah tiba untuk Dasar Pandang Ke Timur yang bermula 28 tahun lalu disemak semula dengan memperkenalkan usaha baru yang menepati keperluan dan kepentingan semasa serta masa depan Malaysia-Jepun.
    Walaupun Perdana Menteri mengakui jasa besar dasar itu antara teras hubungan dua hala selain manfaat kepada lebih 15,000 rakyat Malaysia, kedua-dua negara perlu tampil dengan formula baru untuk terus bergerak ke hadapan.
    "Kita akan melihat pakatan strategik dalam bidang-bidang teknologi baru seperti alam sekitar, industri hijau, nano serta sektor komunikasi," kata beliau pada majlis jamuan rasmi anjuran rakan sejawatannya dari Jepun, Dr. Yukio Hatoyama sempena lawatan beliau di sini hari ini.
    Jamuan itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Hatoyama, Miyuki; Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; serta Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md. Som.
    Pandangan Najib mengenai keperluan dasar itu disemak semula turut dipersetujui Hatoyama dengan kedua-dua pihak mengakui hubungan Malaysia-Jepun kini memasuki fasa baru yang menekankan kepentingan meningkatkan perkongsian sumber dan kepakaran.
    Menurut Najib, Malaysia sangat menghargai kerjasama ekonomi Jepun yang terus berkembang sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 50 tahun lalu.
    Namun, beliau berpendapat walaupun banyak kejayaan yang telah dicapai, potensi untuk berkembang masih terbuka luas khususnya dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) serta Iskandar Malaysia untuk Jepun menggandakan nilai pelaburan.
    Perdana Menteri berkata, walaupun kemelesetan ekonomi dunia memberi kesan kepada penurunan nilai perdagangan dua hala, keadaan itu dijangka berubah kepada lebih baik bermula tahun ini.
    Untuk rekod, nilai perdagangan Malaysia-Jepun susut daripada RM136 bilion pada 2008 kepada RM108.7 bilion tahun lalu.

    Monday, 19 April 2010

    Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Keluar PKR, Nurul Izzah Selepas Ini?

    Saat-saat PKR memerlukan tenaga kerja dan sokongan bagi menghadapi PRK di Hulu Selangor, bendaharinya pula mengumumkan keluar parti. Dia yang namanya disebut-sebut sebagai calon bagi bertanding di situ tiba-tiba berpaling atas sebab tidak lagi menaruh kepercayaan pada part PKR.

    Mungkin persoalannya adalah kenapa Anwar Ibrahim memilih Zaid sebagai calon?, Anwar memberikan alasan kerana Zaid terbukti mampu menjadi ahli politik yang tahan lasak yang amat diperlukan oleh PKR bagi memenuhi barisan kepimpinannya.

    Apapun alasan Anwar, dia sendiri saja yang tahu hakikat sebenar segala pergerakannya. Tetapi yang menarik untuk diberikan perhatian adalah kemunculan agen perunding UMNO Salehuddin yang mendampingi Dr Halili sepanjang pengumuman keluar parti dibuat.

    Dengar kata Nurul Izzah, puteri Reformasipun mahu menunggalkan PKR, harap-harap tak betul laporan tersebut. 

    laporan dari malaysiakini:


    Dr Halili keluar PKR masuk Umno
    Jimadie Shah Othman
    Apr 19, 10
    11:19am
    Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.
    Dr Halili Rahmat (foto:kiri) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.
    Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

    Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

    Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.
    Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:
    "Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.
    "Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

    Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."
    "Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.

    Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

    Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

    "Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

    Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.

    "Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.
    Sebab masuk Umno
    Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

    Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."

    Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.

    Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.

    'Mungkin diberi bedah hidung pula'

    Dr Halili juga berkata keputusannya keluar parti dan menyertai Umno sudah lama dibuat.

    Ditanya kenapa beliau hadir pada hari pengumuman calon PKR pada 13 April lalu, beliau hanya menjawab:

    "Mungkin nama saya dicalonkan, dinaikan saya kena datanglah. Ingin tahu, kerana kamu juga yang tulis dalam suratkhabar media, anak tempatan, perkara macam itu," katanya,.

    Beliau juga memberitahu, itu kali terakhir beliau bertemu Anwar.

    Sejak disebut-sebut disenaraipendek menjadi calon PKR, ini merupakan kali pertama Dr Halili bersemuka dengan media membuat kenyataan mengejutnya itu.

    Bagaimanapun, pengumumannya yang dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkangkanmembayangkan perkara itu, timbul tanda tanya sama ada beliau ditawarkan 'imbuhan' untuk itu.

    Dr Halili bagaimanapun menafikannya dengan separuh berjenaka: "Saya sekarang ini (pakar) bedah otak, mungkin dia beri saya bedah hidung. Tak tahulah," kata Dr Halili.

    Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat pihak yang akan menuduhnya dibeli, itu terpulanglang kepada mereka.

    "Memang adatlah. Tetapi kita masyarakat sivil, sangat tamadun, ada demokrasi. Jadi macam-macam pandangan ada. Jadi kita kena hormatilah pandangan yang berbeza," katanya

    Dalam sidang media kira-kira 25 minit itu, Dr Halili bagaimanapun kelihatan sedikit 'gugup' dengan mengabaikan beberapa soalan media, kerap meneguk air dan kerap kali mengambil masa dan berbisik kepada Salehuddin sebelum menjawab soalan.

    Malah di pertengahan sidang media beliau sempat berkata "tak pernah dapat banyak kamera sebelum ini."

    Beliau juga enggan mengulas mengenapi pencalonan Zaid dan calon BN P Kamalanathan atau akan turut serta berkempen di Hulu Selangor.

    Sebaliknya, jelasnya, beliau akan berlepas ke Melbourne, Australia selepas ini bagi menghadiri konvokesyennya di Universiti Monash - satu keputusannya yang didakwa sudah lama dibuat dan "bukan untuk lari".