Pages

Friday, 16 April 2010

Khalid Samad batal hasrat saman Harussani

Malaysiakini melaporkan Khaled Samad membatalkan hasratnya menyaman Tan Sri Harussani, Mufti Perak setalah mendapat penjelasan dari Mufti Perak tersebut yang menjelaskan bahawa dia tidak menyebut nama sesiapa dalam kenyataan umumnya. Akhbar Tabloid yang menyiarkan laporan tersebut ternyata berbohong untuk mendapat publisiti murahan. Klik di sini untuk berita lanjut.

Dari penjelasan tersebut ternyata Tan Sri harussani merupakan Ulama yang berhati-hati dalam memberikan kenyataannya, menggambarkan dia seorang ilmuan yang mengamalkan ilmunya.


Dalam hal ini kita dapat menyimpulkan Khaled Samad juga memberi respon berdasarkan media atau tabloid, namun Khaled Samad bukanlah seorang ulama, biasa jika dia melatah awal tambahan pula dia merupakan ahli parlimen yang perlu segara membersihkan namanya secepat mungkin.


Khaled Samad sekarang perlu menyaman Tabloid yang mengeluarkan laporan tersebut sebagai satu pengajaran atas sikap biadap mereka yang sengaja melaga-lagakan orang, terutamanya mengotorkan nama Mufti Perak.


Mufti nafi sebut MP Shah Alam tak beriman
Jimadie Shah Othman
Apr 16, 10
4:51pm
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau tidak pernah menyebut secara khusus mana-mana pihak - termasuk ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad - sebagai tidak beriman ketika membahaskan isu penggunaan kalimah Allah.

"Kenapa saya hendak sebut nama dia. Saya tidak kenal pun siapa dia," kata Harussani (kanan) ketika mengulas kemungkinan disaman kali pertama sepanjang lebih 18 tahun menjadi mufti.

Semalam, Khalid dilaporkan menuntut Harussani menarik balik kenyataannya yang dimuatkan dalam sebuah tabloid dalam masa seminggu atau bakal menghadapi tindakan undang-undang.

Katanya, laporan berjudul 'Khalid Samad tidak beriman - Mufti" itu telah memberi kesan dari segi persepsi masyarakat ke atas dirinya dan keluarga.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Harussani berkata, dalam kenyataannya sebelum ini, beliau cuma menyebut bahawa "orang yang sokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, tidak beriman" secara umum.

Katanya
, ini kerana konsep ketuhanan dalam Islam dan agama lain berbeza sama sekali.

Harussani berkata, kenyataannya berhubung isu penggunaan kalimah Allah itu pernah dibuat bulan lalu kepada sebuah akhbar harian. 

Beliau bagaimanapun mengakui tidak tahu mengenai kewujudan tabloid yang tidak disenangi Khalid itu.

Ditanya sama ada beliau bersedia menghadapi tuntutan saman daripada Khalid (kiri), beliau hanya berkata: "Ikut dialah. Ini negara merdeka."

Tuesday, 13 April 2010

Tender Membekal Kasut Kulit Wanita RM27.5 Juta Kepada Kementerian Pertahanan _ Siapa Tuan Syarikat Bertuah Itu?

Kementerian Pertahanan menganugerahkan tender membekal kasut kulit wanita bernilai RM27.5 Juta, demikian pendedahan yang dibuat oleh Tony Pua.

Kecoh seluruh Malaysia dibuatnya dengan jumlah yang amat tinggi untuk menyediakan kasut kulit wanita pada pekerja Kementerian Pertahanan.

Mari kita selidik sedikit maklumat tender tersebut...

Saya masuk ke dalam http://myprocurement.treasury.gov.my/index.php/en/list-keputusan-tender dan mendapati nilai tender yang diberikan telah pun berubah kepada RM2.75 Juta, tepat sebagaimana yang dijangka berlaku kesilapan titik perpuluhan dalam memasukkan data ke dalam portal tersebut.


Namun apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah siapakah pemilik syarikat Visi Footwear Sdn Bhd?. Setelah dikorek lebih mendalam berikut ialah alamat yang didaftarkan bagi syarikat perniagaan itu;

No 8, Lorong Klang Perdana 1A
Taman Klang Perdana,
42100 Klang,
Selangor DE.
Tel: 03-3290 6733 Fax: 03-3290 6735

Kita cari lagi siapa pemilik nombor di atas, kita akan dapati maklumat e-mail sebagai;

 zaini06@tm.net.my

yang juga pemegang berdaftar terhadap 2 nombor tersebut pada alamat di atas.

Siapa pulak Zaini ini? kita korek lagi nama penuhnya adalah;

Ahmad Zaini Ismail, dan dia adalah; jeng jeng jeng.....

Ketua UMNO cawangan Kg Tasik.....

memang dah dapat diduga kerana lebih daripada 70 peratus ketua-ketua UMNO adalah businessman!!! syabas UMNO kerana melahirkan ramai business Melayu yang berjaya.