Pages

Thursday, 18 February 2010

Kenapa Banyak Ahli Serta Pemimpin PKR Keluar Parti Dari Dulu Sampai Sekarang Dan Tak Akan Berhenti?

Jika kita mengikuti perkembangan PKR dari dulu di mana zaman bermulanya, kemudian ketika zaman malapnya, hingga sekarang zaman glamournya, kita tentu tidak dapat menafikan bahawa ramai para pemimpin serta pengikut Anwar yang setia dan hebat-hebat telah keluar satu persatu.

Tak perlulah kita senaraikan nama mereka di sini, kerana biasanya kalau tak semuapun, ramai orang mengenali mereka.

Setiap kali mereka mengistiharkan keluar parti pasti media akan membuat liputan yang besar-besaran mencanangkan parti pembangkang sedang berada di ambang maut, dan individu yang baru keluar parti itu akan diusung sana sini seperti ratu cantik.

Tidakkah kita tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku, tentu ada sesuatu yang tak kena, tentu ada sesuatu yang pelik terhadap saudara Anwar. Adakah pergolakan sesama sendiri sedang berlaku dan sentiasa berlaku dalam kepimpinan, apa yang mereka rebutkan, apa yang mereka selindungkan?.

Nallakarupan baru-baru ini ada memberikan komen bahawa PKR tak akan goyang walau sesiapapun yang keluar parti kecuali jika Azmin Ali yang keluar barulah PKR akan hancur, jadi beliau tak hairan apabila Zahrain keluar parti dan parti masih utuh.

Sebenarnya dari dulu sampai sekarang ramai yang meninggalkan PKR adalah berpunca hanya dari satu sebab sahaja, sebabnya adalah kerana mereka ini semua berasal dari UMNO (kalau Melayu) dan BN (Kalau bukan melayu).

Sekali tercium taik ayam candu, rasa nak cium sekali lagi, tak puas, itu perumpamaan bekas pengikut Umno mereka keluar sebab merajuk atau tak puas hati, dan mereka akan ulang sikap itu lalu masuk semula Umno.

Benar kata Nallakarupan, sehingga akhir sekali Azmin keluar dari PKR, maka tinggal Anwar seorang sahaja sebagai orang yang terakhir yang akan masuk Umno semula. Mereka akan masuk semula satu persatu sehingga habis lenyap PKR tinggal sejarah seperti Semangat 46.

Yang tetap berdiri kukuh dan tahan gelombang yang bergelora hanya PAS dan DAP sahaja.

Baca komen Nallakarupan di bawah,


PKR hanya terjejas jika Azmin tinggalkan parti - Nallakarupan

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Tindakan mana-mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu tidak akan memberi sebarang masalah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kecuali jika ia dilakukan oleh Naib Presiden parti itu, Azmin Ali.
Bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakarupan secara sinis mendakwa, Anwar akan berdepan dengan masalah besar sekiranya Azmin yang dikenali ramai sebagai anak emas beliau mengambil tindakan tersebut.
"Saya keluar, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar, Anwar masih boleh bertahan.
"Tapi jika Azmin yang keluar, saya jamin dia mesti pening kepala sebab anak emasnya itu adalah segala-galanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kenyataan sinis Nallakarupan itu dibuatnya sebagai mengulas tindakan Zahrain yang meninggalkan PKR untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas pada Jumaat lalu.
Katanya, tindakan Zahrain itu merupakan kehilangan besar kepada PKR kerana Ahli Parlimen Bayan Baru itu terkenal sebagai ahli politik yang bijak membuat percaturan dan menghadapi sebarang isu.
"Zahrain adalah kawan saya, sebagai seorang rakan, pasti saya amat gembira dengan keputusan tegas beliau.
"Semasa saya keluar PKR dulu ramai yang tanya kenapa saya ambil keputusan itu, saya jawab satu hari nanti anda akan faham maksud dominasi 3 A (Anwar, Azizah dan Azmin) dalam PKR," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Nallakarupan berharap Zahrain yang mempunyai hubungan persahabatan yang lama dengan Anwar dapat menjelaskan kepada rakyat apakah yang telah berlaku antara mereka berdua.
Katanya, tindakan Zahrain itu mengesahkan tanggapan bahawa Anwar tidak pernah menghargai nilai setiakawan sebaliknya ia digunakan untuk tujuan politik sahaja.
"Sebab itu kita lihat pemimpin yang terdiri di kalangan sahabat Anwar seorang demi seorang meninggalkan PKR.
"Senarai nama itu sudah amat panjang sebenarnya, jadi saya harap mana-mana penyokong Anwar yang taksub melulu dapat melihat bagaimana layanan yang diterima oleh bekas rakan-rakannya," katanya.

Giliran Tan Tee Beng Mengadap Lembaga Disiplin PKR

YB dari Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengkritik secara terbuka terhadap PR terutamanya DAP setelah YB Datuk Zahrain membuka tirai kritikan.

Bagi Datuk Zahrain, dia mengambil tindakan kurang bijak apabila melarikan diri terlebih dahulu sebelum bersua muka dengan lembaga disiplin parti, kini lembaga disiplin menjemput pula Tan Tee Beng untuk mendengar dia mempertahankan segala kecamannya.

Harap-harap Tan Tee Beng tidak menjadi pesalah seperti Zahrain yang keluar dari parti dan membiarkan segala tuduhannya tergantung.

Apa kesannya jika melarikan diri dengan keluar dari parti?, yang paling besarnya adalah mereka membiarkan persepsi akar umbi meletakkan diri mereka sebagai memang bersalah dan segala tuduhan yang dilemparkan secara terbuka tidak berasas dan mempunyai unsur-unsur peribadi.


Tan Tee Beng menuduh Parti ikutannya tidak berfikiran terbuka kerana telah memanggilnya menghadap lembaga disiplin setelah dia secara terbuka mengkritik, malah menggesa Parti menyiasat sendiri segala tuduhannya. Pihak yang menuduhlah yang perlu mengeluarkan bukti, kalau tidak jangan main lepas cakap.

Tan Tee Beng nampaknya mula berfikiran celaru apabila membuat tuduhan seperti di atas, jika kita menuduh seseorang bermakna kita mempunyai bukti serta asas yang kukuh untuk berbuat begitu, mengapa perlu menyuruh Parti menyiasat lagi.

Kerana itulah parti memanggilnya menghadap untuk memberikan peluang padanya membentangkan segala bukti, saya pasti jika benar dan berasas dengan bukti yang nyata, tindakan akan diambil bagi membetulkan kesilapan.

Kenapa Tan Tee Beng beranggapan parti tidak berfikiran terbuka dari kritikan, sedangkan parti bergerak memberikan respon terhadap tuduhannya itu, takkanlah segala apa yang di tuduh parti perlu ambil perhatian dan menyiasat serta menurut segala kecaman.

Jika kita berparti, kita perlu sedar bahawa segala tindakan serta keputusan adalah keputusan kumpulan yang mengambil jalan paling sesuai untuk kebaikan semua, tiada keputusan individu atau peribadi menjadi keutamaan.

Kalau semua anggota parti yang beratus ribu rasa tak puas hati lalu mengkritik dan mahu parti ikut rasa hatinya, alamat hancur leburlah parti tersebut, maka sebab itu perlu ada prosedur.

Sila baca laporan di bawah dari Utusan

'Saya tidak takut'



BUTTERWORTH 17 Feb. - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 23 Februari ini ekoran kritikan kerasnya terhadap kepimpinan parti dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Tee Beng yang juga bekas Ketua Penerangan PKR negeri ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau menerima surat tunjuk sebab mengenai perkara itu hari ini dan diminta menjawabnya dalam tempoh lima hari.
Menurutnya, surat tunjuk sebab itu menyentuh tindakannya yang didakwa tidak mematuhi keputusan parti, berkelakuan tidak baik, merosakkan imej parti dan membuat kritikan terbuka terhadap kepimpinan parti komponen pakatan pembangkang.
Beliau bagaimanapun menegaskan akan mempertahankan pendirian serta kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang termasuk Guan Eng.
''Saya tidak takut dan saya akan menghantar jawapan berhubung surat tunjuk sebab itu dalam tempoh dua hari. Saya akan tetap dengan pendirian saya sebelum ini," katanya di sini hari ini.
Tee Beng sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan Guan Eng dan menyifatkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin berat sebelah, tiada kelas dan tidak menghiraukan pandangan rakan-rakannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Kritikan itu menyusul selepas seorang lagi pemimpin PKR yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyerang kepimpinan Guan Eng yang didakwanya sebagai 'diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya'.
Zahrain kemudiannya meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengumumkan keluar dari parti itu pada 12 Februari lalu.
Tee Beng berkata, tindakan mengheretnya kepada Jawatankuasa Disiplin PKR membuktikan kepimpinan pakatan pembangkang tidak terbuka dalam menerima kritikan demi kebaikan parti.
''Kepimpinan pakatan pembangkang sepatutnya bersifat rendah diri untuk mendengar pandangan yang berbeza. Nampaknya mereka tidak boleh disentuh dan tidak boleh dipersoalkan langsung," tegasnya.
Beliau turut mencabar kepimpinan pakatan pembangkang supaya bersikap adil dengan menyiasat segala kritikannya terhadap kepimpinan Guan Eng.
Tambahnya, tindakan tegas juga sepatutnya diambil terhadap dua pemimpin DAP iaitu Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy dan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi yang membuat tuduhan liar terhadapnya baru-baru ini.
''Jika tindakan tidak diambil, maka ia tidak memberi keadilan kepada saya kerana mereka (Ramasamy dan Jeff) membuat tuduhan yang menjejaskan imej dan reputasi saya sebagai wakil rakyat pakatan pembangkang," katanya.

Wednesday, 17 February 2010

Beginikah Seorang Presiden Parti?

Saya mendapat sms daripada seorang kawan yang memberitahu sebuah perjumpaan tertutup akan diadakan oleh satu Parti bagi mendengar suara akar umbi terhadap isu keputusan lembaga disiplin parti terhadap pemimpin tempatnya.

Banyak keluhan daripada suara akar umbi yang merasakan keputusan yang berat sebelah yang telah diambil oleh lembaga disiplin, mereka rasa keputusan yang dibuat tidak kena dan ingin menyuarakan pandangan mereka.


Keluhan mereka akhirnya mendapat respon yang menggembirakan apabila Presiden sendiri sanggup turun untuk berhadapan, maka ramailah yang hadir pada hari itu sejak pukul 8.30 malam, sebagaimana yang dinyatakan dalam pekeliling bahawa program akan bermula pada waktu tersebut.

Tunggu punya tunggu, pukul 11.30 barulah Presiden muncul. Dengan tergesa-gesa hanya 3 soalan dapat diutarakan dan program terus ditutup selepas itu.

Tiada satu soalanpun yang dijawab malahan Presiden hanya membuat satu ucapan umum yang lansung tidak menggmbarkan beliau mahu bertindak sebagai Presiden yang prihatin.

Kalau beginilah sikap seorang presiden, patutlah parti tersebut menjadi kucar-kacir tidak berhaluan, makin lama makin lemah, tiada kesungguhan untuk memartabatkan Parti ke tahap yang lebih tinggi.

Hanya Presiden yang kuat, tegas, berpandangan jauh dan sentiasa ke depan dalam segala hal mampu memacu  organisasinya menjadi kumpulan yang hebat.

Ketua yang kuat akan sentiasa dapat mematahkan pesaing dari bangun menentang, ketua yang tak kuat akan lemas tidak dapat melakukan apa-apa sehingga akhirnya kumpulan makin lama makin berantakan, mungkin masanya sudah tiba munculnya seorang ketua yang hebat, atau mungkin tak akan muncul-muncul lagi sehingga Parti menjadi bahan sejarah dan bahan lawak.

Zulkifli Noordin Elok Jadi Hero NGO, Jangan Jadi Ahli Mana-Mana Parti

Banyak kenyataan YB Zulkifli Noordin yang sentiasa mendahului parti, dia menyerang hampir semua orang tak kira dari partinya sendiri atau dari parti yang sekumpulan dengannya seperti PAS dan DAP.

Lagaknya adalah seperti mahu menjadi ketua yang punyai pendapat dan perjuangan tersendiri. Kita hormati segala pendapatnya tetapi dalam masa yang sama segala aksinya amat meresahkan orang bawahan.

Jika dia mahu menjadi ketua dalam parti ikutannya, elok dia buat sesuatu untuk membina kumpulannya serta penyokongnya dan lawan secara berstrategi, bukannya menjadi pengikut dan dalam masa yang sama cuba meruntuhkan segala kerjasama.


Saya ada mendengar gossip dari seorang kawan bahawa dia ni merupakan seorang SB, saya tak nak percaya walaupun segala tindakannya banyak menunjukkan kebenaran gossip tersebut.

Saya pasti jika dia tak mudah untuk menjadi pemimpin teratas dalam PKR, dan memang sebagaimana tuduhannya yang mengatakan ada konspirasi yang mahu menyingkirkannya dari PKR, memang patut pun dia disingkirkan kalau sentiasa mahu bertindak sendiri-sendiri, halau saja dia keluar dari Parti.

Tetapi bukan bermakna dia dianggap sebagai sampah atau "najis" sebagaimana yang dia labelkan pada orang lain yang mahu menolaknya, malah itu merupakan cara terbaik bagi menggunakan bakatnya sebagai pengkritik yang membina terhadap organisasi lain.

Saya teringat pesan bos saya masa bekerja di INOKOM dulu kepada semua pekerjanya, "Do not eat and shit at the same place", yang memberi maksud jangan buat honar dalam tempat yang sama anda mencari makan, tak elok.

Monday, 15 February 2010

Berarak Menyambut Maulidur Rasul, Tak Buat Tak Bolehkah?

Media propaganda Umno (sebagaimana yang di labelkan oleh Arwah Tok Mat dalam bukunya "Umno-Berakhir sebuah impian") membesarkan isu surat pembatalan perarakan sempena sambutan majlis maulidur rasul di Pulau Pinang.

Mereka seolah-olah menjadikan upacara perarakan tersebut sesuatu yang wajib, yang perlu dipertahankan oleh semua penganut agama Islam di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia. Kalau tak buat perarakan tersebut bermakna mencabul amalan tardisi umat Islam.

Saya rasa risau dengan sikap para pejuang orang Melayu dengan keadaan ini, kita mengikut rentak yang dimainkan oleh media untuk memporak perandakan keharmonian di negara kita.


Media pula jika terdapat isu kilang-kilang, atau majikan yang menghalang pekerjanya bersolat, tak pula mereka membesarkan perkara tersebut, sepatutnya kita patut menyeru orang ramai membakar saja kilang-kilang yang menghalang pekerjanya bersolat.

Ada juga seminar-seminar yang sengaja dianjurkan pada waktu solah jumaat, syarikat yang menghantar pekerjanya menyertai seminar tersebut terpaksa meninggalkan solat jumaat, memang salah pekerja itu, tapi kenapa kita nak berlembut dengan majikannya, bakar saja pejabat majikan seperti itu.

Kenapa saya kata bakar?, kerana sedangkan tak pergi solat jemaahpun Rasulullah suruh bakar rumah orang yang tak pergi itu, apatah lagi mereka yang menghalang orang lain pergi solat.

Saya tak pasti samada saya ada mendengar, membaca atau melihat penjelasan dari Pas Pulau Pinang terhadap isu perarakan Maulidur Rasul, entah apa agaknya pandangan serta tindakan Pas Pulau Pinang dalam isu yang tak sepatutnya hangat ini.

Lim Guan Eng pula nampak seperti kepanasan di masak dalam kuali oleh para pemain media propaganda dan melenting seolah-olah pemerintahannya tak konsisten dalam membuat keputusan.

Kenapa Pas Pulau Pinang tak memainkan peranannya dalam meredakan isu berarak ini?, kenapa nak takut kalau nak di tukar program sambutan majlis Maulid?, kalau berarakpun hanya segelintir kecil dari rakyat yang turut serta, mungkin 0.1% sahaja, itupun saya jamin jika di tanya pada yang menyertai perarakan itu mereka tentu bersetuju menukar acara berarak kepada program yang lebih bermakna.

Tak ada orang yang boleh nasihat Lim Guan Eng kah, bahawa berarak atau acara menyambut serta memperingati kelahiran Nabi itu bukan perkara asas, malah ada pandangan yang menolaknya terus!!!, hanya orang-orang tertentu saja mungkin yang mahu membesarkannya kerana ada kelebihan pada mereka jika diteruskan.

Zahrain Wajar Letak Jawatan - Beri Laluan Kepada Pengundi Memilih Wakil Baru

Saranan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen adalah amat wajar dan bertepatan. PKR perlu menggerakkan satu usaha untuk mendapatkan tandatangan dari seramai mungkin para pengundi di Bayan Baru bagi mendesak Zahrain mengosongkan kerusi yang dipegangnya.

Zahrain disokong atau diberi undi di sana bukanlah atas sifat dirinya secara peribadi, ia adalah atas dasar parti yang disokongnya ketika bertanding dahulu. Walaupun ada kemungkinan bahawa penduduk memilih dirinya atas sifat peribadi, namun ianya hanya dapat di buktikan jika dia bertanding semula atas nama parti bebas yang dia anuti sekarang ini, jika dia menang, maka baru kerusi tersebut hak dia.


Banyak pemimpin Umno yang meletakkan peristiwa Zahrain meninggalkan parti PKR sebagai melambangkan situasi PR yang amat kritikal dan mengalami krisis kepimpinan yang teruk.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ismail Sabri Yaakob memberi komen yang lansung tak ada kena mengena dengan mengatakan bahawa tindakan Zahrain tersebut memberi maksud bahawa rakyat telah hilang kepercayaan pada PR, saya rasa dia ada masalah sedikit dengan sistem logik otaknya. Itu baru betul krisis kepimpinan, pemimpin yang tak bagus menganalisa hubungkait logik peristiwa, rosak negara dibuatnya.

Jika benar Zahrain merupakan seorang pejuang kebenaran yang tulin dan bukan seorang pemimpin politik yang hanya mencari makan, dia sepatutnya kekal sehingga menghadapi lembaga disiplin parti dan membuktikan segala tuduhannya, setelah membuktikannya dan tiada tindakan, barulah beliau fikirkan tindakan yang lain, ini belum apa-apa lagi dah umum keluar parti, siapa nak percaya orang begini?.

Dia kini menjadi glamor (mungkin itulah yang dia mahu) dan mendapat tumpuan dari pelbagai pihak terutamanya dari parti lawan yang memang selama ini sentiasa mencari kelemahan. Dengan segera keluar dari parti, dapatlah akhbar membesarkan lagi isu ini dengan membuat provokasi demi provokasi di antara pemerintah Pulau Pinang dengan Zahrain, dan keduanya akan saling melatah seperti orang tua nyanyuk.

Yang pasti mendapat untung adalah BN, apabila BN mendapat untung yang memberi untungnya sudah tentu juga mendapat untung. Yang sentiasa rugi pula adalah rakyat.