Pages

Friday, 12 February 2010

Zahrain Lari Keluar Dari PKR Sebelum Mengadap Lembaga Disiplin Parti - Takut La Tu!

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim mengumumkan dirinya keluar dari PKR dan kini menjadi Ahli DUN bebas. Beliau menyatakan tindakannya keluar dari parti atas rasa tidak puas hati terhadap DAP.

Tidakkah anda rasa pelik apabila seseorang ahli parti PKR keluar dari PKR kerana tak puas hati dengan parti lain iaitu DAP?. Kini timbul pula rasa kesalnya atas isu Sept 16 yang tak berlaku seperti apa yang di canangkan oleh Anwar Ibrahim dan mula mengecam kepimpinan Anwar Ibrahim.

Ada sesuatu yang tak kena dengan Zahrain ni. Nampaknya dia cabut lari dulu sebelum berhadapan dengan lembaga disiplin parti atas segala tuduhannya.


Saya rasa kempunan untuk melihat dia membuktikan segala tuduhannya terhadap ketua menteri Pulau Pinang yang saya mula rasa bahwa dia hanya menuduh tanpa ada apa-apa hujah atau bukti yang boleh dipegang jadi sebelum pecah tembelang lebih baik dia lari dulu.

Jika ini berlarutan, saya menjangkakan bahawa PKR akan menjadi seperti Parti Semangat 46 suatu ketika dulu, akan lenyap dan tinggal sejarah.

Mungkin PRU13 merupakan pilihanraya terakhir PKR bertanding dan selepas itu tamat riwayatnya. Ramai ahlinya dari Umno akan masuk semula Umno, mungkin ada seorang dua yang akan masuk Pas. Yang berbangsa cina pula akan masuk DAP atau PCM.

Anwar Ibrahim akan masuk semula Umno, itupun setelah Dr Mahathir meninggal. Anwar akan menjadi pengganti Ku Li sekarang ini, eloklah Anwar Ibrahim rapat dengan Ku Li untuk berlajar serba sedikit bagaimana rasanya berada dalam situasinya sekarang.

Zahrain, Zulkifli Dan Zaid Akan DiBawa Mengadap Lembaga Disiplin PKR

Ramai penyokong bawahan Pakatan Rakyat yang tak puas hati terhadap apa yang berlaku kepada para pimpinan PR yang sering tidak menggunakan saluran parti dalam mengutarakan isu yang berkaitan dengan masalah dalaman parti.

Kalau orang Pas, tok-tok lebai sebagaimana yang dijangkakan, melenting kepada para pemimpin "degil" tersebut kerana tak taat kepada pimpinan tertinggi Parti dan tidak gunakan saluran dalaman parti.

Kalau orang PKR, tak perlu hairan kerana mereka mengamalkan pemerintahan yang telus sehingga terlalu telus sampai tembus.

DAP pula lebih kurang sama sahaja dengan PKR, cuma DAP ini dari dulu berorganisasi ala-ala pemerintahan Dinasti negara China, pemberontak akan dihukum pancung. Mungkin itu cara terbaik bagi mengawal kejatuhan pemerintahan. Sebab itu sebaik sahaja sebarang pemimpin DAP bangun mengecam ketidak puasan hati mereka kepada pimpinan tertinggi, mereka akan cepat-cepat tukar uniform, kalau tak alamat dipancung dan ditanam.



Tak kisah bagaimana cara pemerintahan diadakan, asalkan ianya tidak melanggar etika normal dan matlamatnya masih baik demi kepentingan ummah, kita masih ada dilandasan yang betul.

Pahlawan akan tetap muncul di mana-mana apabila keadaan mendesak, adat pahlawan pantang dicabar dia akan bangun. Hanya pemimpin yang besar dan hebat mampu menguruskan para pahlawan yang liar. Jadi kalau tak ada para pahlawan ini, bermakna tak akan muncullah pemimpin yang besar yang dapat mematahkan semua pemberontakan.

Saya tertunggu-tunggu Zahrain untuk dipanggil mengadap lembaga disiplin. Jika dia dapat membuktikan segala tuduhannya terhadap Lim Guan Eng, saya akan sama-sama menumpang membelasah Ketua Menteri Pulau Pinang itu (secara tulisan sajalah...siapalah kita!).

Kalu Zahrain tak dapat buktikan, alamat masaklah Zahrain!

Thursday, 11 February 2010

Malaysia Menuju Ke Arah Kehancuran - PERC

Syarikat perunding ekonomi dan politik yang berpusat di Hong Kong memberikan laporan yang amat buruk terhadap kestabilan negara kita Malaysia. Ia menekankan bahawa Malaysia dikuasai oleh segolongan minoriti kecil yang boleh buat apa saja yang mereka suka untuk kepentingan mereka.

Laporan ini amat menggugat kedudukan Malaysia sebagai negara yang boleh menarik minat para pelabur. Apabila tiada pelabur yang minat datang ke sini, alamat aktiviti ekonomi kita akan menguncup, alamat banyak orang yang akan hilang pekerjaan, dibuang kerja, yang baru tamat pengajian tak ada kerja kosong, yang berniaga tak ada yang mampu beli, akan ramai yang berniaga dari yang mampu membeli....


Baca laporan penuh PERC di sini.

Ini pula latahan TPM kita semasa ditanya pemberita terhadap laporan PERC tersebut,

"PERC Bercakap Melalui Hidung"

Baca apa kata TPM di sini.

PM pun nampaknya tak bersetuju dengan laporan dari PERC tersebut.

Samada PM atau TPM tak setuju atau ramai lagi yang tak setuju dengan laporan tersebut sebenarnya lansung tak dapat mengubah kesan buruk yang dicetuskan dari laporan yang di keluarkan itu dan rakyat keseluruhannya yang akan menanggung segala badi yang bakal terjadi.

PM, TPM dan semua konco-konco mereka sudah tentu tak akan rasa apa-apa, lansung tak terjejas, bolehlah mereka nak nafikan atau tak nak ambil percaya atau buat tak tau saja.

Bila kita nak jual barang dan pembeli kata barang kita tak elok lalu dia tak mau beli, tak guna penjual nak marah-marah pembeli tu, lebih baik dia belek kat barang yang dia nak jual tu samada ada kebenaran dan boleh dibuat sesuatu bagi meyakin semula bakal pembeli.

Kerajaan Perak Selepas PRU12

Selesai PRU ke 12...

Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat











Tak puas dengan Perak, Selangor dan Pulau Pinang, PR  terutamanya Anwar Ibrahim mahu lebih lagi














Anwar mencanangkan akan berlakunya "Lompat Parti", yang bakal membawanya ke Putrajaya.














Tapi BN atau Najib yang buat dulu, dia tak canangkan apapun sebagaimana Anwar, tapi dia buat sungguh-sungguh, beberapa pemimpin dari PR hilang...tiba-tiba mereka muncul memakai uniform baru, Perak dirampas oleh BN.














Sejak itu berlaku kucar kacir dan PR menjadi orang jahat di mata Media Massa arus perdana, mereka di nasihat agar belajar menerima hakikat bahawa masa berpolitik sudah tamat, sekarang masa untuk bekerja













Pele menjadi Menteri besar Perak yang baru, yang perkasa, yang cukup yakin, 
bawalah ke mahkamah...kami tetap menang,
buatlah demo,....PR jahat dan tak bertamadun,
Bawalah hingga ke Mahkamah Rayuan....















Saya tetap akan menang
















Cukuplah tu PR, marilah kita buat kerja, majukan Perak keputusan dah dibuat dan saya menang















A FIGHTER IS ALWAYS A FIGHTER!!!!

Monday, 8 February 2010

Bela Melayu: Zahid cabar Guan Eng

Lagi kenyataan politik yang memualkan dari Zahid hamidi yang disiarkan dalam Utusan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, sila baca di bawah:


Bela Melayu: Zahid cabar Guan Eng

BUKIT MERTAJAM 7 Feb. - Kritikan terbuka yang dilemparkan oleh beberapa pemimpin pembangkang terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng sejak kebelakangan ini menunjukkan berlaku keretakan serius dalam pakatan itu dan hanya menanti masa untuk berpecah.
Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berlaku disebabkan tiada persefahaman sesama mereka berikutan ideologi yang berbeza.
"Disebabkan perkahwinan politik yang tidak berdasarkan kepada persefahaman, inilah yang berlaku.
"Saya fikir keretakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang seumpama retak menanti belah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan program Hari Mesra Bersama Menteri Pertahanan.
Program sehari anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Pulau Pinang itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan dengan beberapa aktiviti kemasyarakatan dan pameran oleh pihak-pihak terlibat.
Beliau mengulas mengenai kerajaan negeri pimpinan DAP yang dikritik hebat sejak kebelakangan ini dengan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Selain itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng juga dari PKR mendakwa pentadbiran kerajaan negeri meminggirkan ahli-ahli Parlimen PKR serta tidak boleh dikritik.
Ahmad Zahid turut mencabar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP membuktikan bahawa parti itu mampu membawa perubahan kepada nasib orang Melayu di Pulau Pinang.
"Dia (Guan Eng) kata bahawa orang Melayu boleh berjaya tanpa UMNO tapi bolehkah DAP membantu nasib orang Melayu?
"Tapi mereka merobohkan gerai-gerai penjaja Melayu tanpa sebarang tolak-ansur," tegasnya yang juga Menteri Pertahanan.
Menurutnya, UMNO bukan sekadar membela nasib orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain kerana ia berada di bawah komponen Barisan Nasional (BN).

Komen Saya:

Adakah patut duduk tak duduk suruh orang Cina bela Melayu?, dalam masa yang sama kenyataan Datuk Zahrain digunakan sebagai bukti bahawa kedudukan PR di Pulau Pinang amat kritikal ditambah dengan seorang lagi ahli parlimen Nibong Tebal dari PKR Tan Tee Beng yang juga mengkritik DAP.

Saya ulang sekali lagi, tolong berhenti buat kenyataan minta bangsa lain tolong bangsa lain, kalau bangsa lain nak tolong bangsa lain pun adalah setelah semua bangsa dia dah tak perlu di tolong.

Nak harap Melayu tolong orang Melayu?, ada segelintir orang Melayu yang kita lihat menjadi kaya raya apabila berkecimpung dalam arena politik, semakin naik pangkat dalam politiknya semakin meningkat kekayaannya, ada dia fikir pasal nak tolong para meniaga gerai haram orang melayu?

Kenapa kita tak rasa malu apabila kebanyakan gerai haram yang diroboh adalah gerai kepunyaan orang melayu?, sepatutnya kita fikirkan bagaimana mahu orang melayu berniaga secara sah, bukan menghalang pemerintah meroboh gerai orang Melayu. Sebaiknya tak timbul isu gerai haram orang melayu kena roboh.

Kita sepatutnya berprinsip menolong orang yang perlu ditolong tak kira siapa dia, cina, melayu atau india. Sedangkan orang yang menolong anjing tersepitpun dijanjikan ganjaran yang baik  inikan pula menolong manusia!, jadi tak payahlah Umno nak cerita mereka tolong bangsa itu atau ini, tak sudah-sudah dengan perkauman

Tapi ada satu lagi jenis orang yang sengaja ambil kayu letak atas dada dia sambil terbaring dengan harapan orang lain datang dan memberi pertolongan, selspas itu dapatlah dia makan sikit sebab orang kesian padanya. Orang yang macam tu patut ka kita tolong.

Biasanya tidak menolong adalah salah satu cara menolong....!!!