Pages

Tuesday, 13 October 2009

Kenapa Pas Kalah Di Bagan Pinang...?


Maklumat Tambahan
Tuan Guru Nik Aziz mengaku yang Pas salah strategi dalam PRK Bagan Pinang. Beliau mengatakan demikian dalam temuramah bersama wartawan ketika melancarkan bulan bahasa kebangsaan pantai timur hari ini.


Pas menggunakan strategi ceramah yang tidak berkesan lansung untuk menarik penggundi di Bagan Pinang. Majoriti pengundi di sana tidak mengenali Pas dan mereka menganggap Pas sebagai Parti ekstrimis dan pengganas yang membuatkan mereka takut untuk memilih Pas.


Ketika ditanya bagaimana berkenaan Persidangan Umno, beliau berkata Umno akan di terima ramai jika mereka menukarkan Umno kepada "United Muslim National Organisation".


Saya bayangkan kalau benar Umno menukar nama Partinya kepada nama seperti di atas, kedudukan Pas boleh tergugat dan ramai yang akan berpusu-pusu masuk Umno terutamanya orang Melayu.

1. Majoriti orang tak perduli samada Pas perjuangkan Islam atau tidak. Hanya Pas syok sendiri menyangkakan orang ramai semakin menghayati Islam.
2. Pas buat marketing kat mana-mana tempatpun sama saja tanpa melihat siapa dan apa sebenarnya sasarannya.
3. Selama ini orang pangkah parti alternatif kepada BN (kebetulan ada PR yang masih bukan lagi pakatan berdaftar). Orang pangkah PR sebuat meluat kat BN, bukan sebab suka kat PR atau lebih tepat lagi bukan sebab suka kat Pas.
4. Orang lebih mengutamakan pembangunan material dari pembangunan spiritual, yang selama ini cuba dipromosikan oleh Pas.
5. Pas dilihat Parti menumpang dalam pakatan rakyat yang tak kuat untuk membangunkan Bagan Pinang juga tempat-tempat lain di Malaysia.
6. Orang pas dah biasa kalah, jadi motivasi untuk menerima kekalahan lebih kuat dari motivasi untuk menang.
7. Pas memang sukar untuk menawan kawasan tempat berfoya-foya seperti PD, susah orang nak terima kalau Pas kuasai kawasan tersebut sebab aktiviti maksiat akan terganggu.
8. Kalau Pas menang di Bagan Pinang, Pas hanya asyik menyuarakan pemansuhan segala aktiviti yang dilarang Islam seperti hiburan dan arak, tanpa menyediakan pilihan alternatif seperti filem, hiburan dan rekreasi yang menarik dan berlandaskan Islam.
9. Salahuddin kata kat Isa Samad yang pembangunan Teluk Kemang hasil usaha Isa Samad adalah palsu, Isa Samad jawab palsu atau tak masih boleh dikaji sedanglkan tempat yang di menangi oleh Salahuddin di Kubang Krian lansung tak ada pembangunan hasil usaha Salahuddin.
10. Terbukti yang Pas tak buat kerja selepas PRU12 lalu untuk memastikan mereka mendapat sokongan lebih baik pada PRU13. Dan Pas sepatutnya sentiasa berusaha dan berusaha memenangi hati rakyat dan cuba memahami bagaimana mahu mendapatkanj sokongan rakyat.
11. Isa Samad nampaknya sentiasa tak henti kerja untuk memastikan pengaruhnya tidak tergugat. Isa lebih memahami kehendak rakyat Bagan Pinang.
12. Pas Bagan Pinang tak cukup dan tak ramai ahli beraliran Erdogan yang mampu menarik rakyat PD yang rata-rata terdedah dengan arus permodenan dan hiburan.
13. Ahli Pas tetap Pas, berjuang dan berjuang walaupun tak menang. Syabas !!!