Pages

Thursday, 20 August 2009

Samy Vellu Mahu Kekal Sebagai Presiden MIC Hingga 2015


Samy Vellu umumkan keputusan tidak akan turun singgahsana presiden MIC sehingga 2015. Dia membuat pengumuman itu ketika mesyuarat MIC Sepang pada hari Isnin lalu.

Syabas Samy !, anda wira orang India sejati, sebijik sebagaimana yang saya sering tengok dalam filem-filem tamil.

Saya ingat itu semua hanya cerita filem tamil saja, rupanya memang ada sungguh !!. Samy nampaknya akan berbuat apa saja untuk memastikan MIC dikuasai oleh ahli keluarganya.

Samay juga tentu masih igaukan kerusi parlimen Sungai Siput untuk di tandinginya dalam PRU13 nanti, jadi buat apa nak turun sementara masih kuat, dan memang terbukti tak ada lagi yang dapat menyingkirkannya.

Saya harap satu usaha membukukan kisah Samy Vellu dibuat sementara dia masih hidup. Tajuk yang sesuai adalah, "Memoir Seorang Raja India di Bumi Malaysia".

Selama ini saya hanya mendengar kisah gossip liar politik saja entah betul entah tak betul.

PAS Bakar Calon BN Sampai Rentong...!!!


Masa saya mewakili pasukan bola sepak sekolah rendah Stowell di Bukit Mertajam dulu, pasukan kami merupakan satu pasukan yang amat kuat dan tak pernah kalah. Setiap kali perlawanan, kami akan membelasah pasukan lawan sehingga meleibihi 10 gol tidak berbalas.

Setiap kali mahu berlawan jurulatih kami Mr. Arumugam akan berpesan agar jangan belasah banyak sangat, nanti pasukan lain tak mahu sertai pertandingan lagi.

Pertandingan satu lawan satu antara PAS dan UMNO di Permatang Pasir nampak macam pertandingan yang berat sebelah.

Sebaik saja PAS dapat membuka pekong pada dada calon UMNO, semua pakaian calon UMNO itu dilondeh satu persatu sehingga tiada ruang untuk dia berselindung lagi.

Terbaru bekas rakan Rohaizat yang dikambing hitamkan sebagai orang yang bertanggung jawab terhadap kes pecah amanah muncul menceritakan keadaan sebenar apa yang telah berlaku.

Kawan Rohaizat yang bernama Yusri itu terpaksa kedepan mencuci namanya yang telah dibusukkan oleh UMNO.

Kata Yusri Rohaizat menggunakan duit yang telah disonglap itu untuk menolong seorang kawannya mendapatkan sebidang tanah dan apabila kawannya gagal melunaskan pinjaman itu Rohaizat mengambil hak milik tanah tersebut namun gagal menjualnya.

Sebahagian dari duit juga digunakan untuk menolong seorang lagi rakannya seorang pemaju perumahan yang menghadapi masalah.

Apapun lanjutan tambahan dari cerita calon UMNO tersebut, yang pastinya dia telah didapati bersalah oleh majlis peguam dan lesennya telah ditarik balik.

Rohaizat tidak akan dapat memadam semua fakta yang telah berlaku.

Yang PAS pun satu, mentang-mentang boleh panggang lauk, mereka panggang sampai rentong. Jaga-jaga nanti tak boleh makan pulak !

Wednesday, 19 August 2009

Khaled Ibrahim Hentam Jais Kerana Buat "Spot Checks" Di 7-Eleven


Menteri Besar Selangor buat hal lagi !, dia dilaporkan menghentam penguat kuasa Jais kerana membuat lawatan mengejut pada kedai-kedai 7-Eleven di Shah Alam untuk memerhatikan aktiviti penjualan arak kepada orang islam.

Khaled berkata perbuatan Jais itu adalah tidak bermoral (unethical)dan mereka tidak sepatutnya berbuat begitu.

Minggu lepas Jais telah memberi notis kepada seorang lelaki dan seorang wanita untuk menghadap Jais kerana di tangkap sedang menguruskan minuman arak di store 7-eleven seksyen 25. Pengurus kedai tersebut juga telah dipanggil menghadap Jais.

(Laporan di cedok dari Malay Mail)

Adakah Khaled keliru yang mana perbuatan yang tidak bermoral di antara seorang muslim menjual arak dengan seorang muslim yang mencegah penjualan arak ?

Nampaknya Khaled celaru sungguh pemahamannya atau dia takut apa "orang kuat dia" kata !

Ini apa kata kawan saya, "Wahai Khaled Ibrahim, kalau anda lebih kurang aku sahaja penakutnya, lebih baik tak payah jadi MB".

Biasanya orang yang biasa mencium taik ayam candu, bila melekat taik ayam pada pakaiannya dia akan relaks saja, tak rimaspun !!!

Tuesday, 18 August 2009

Jangan Cemarkan UMNO - Rohaizat Perlu Tarik Diri


Mungkin apa yang berlaku di Permatang Pasir adalah tanda-tanda kemelesetan politik UMNO di negara kita ini setelah begitu lama memerintah.

Ada saja yang tak kena dengan segala perancangan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil demi Pilihan Raya Kecil yang bertali arus sejak dari PRU 12 lalu.

Malang kali ini mereka memilih seorang calon yang telah ditarik lesennya dari mempraktikan bidang guaman sivil.

Rohaizat telah dijatuhkan hukuman bersalah walaupun setelah membuat rayuan di mahkamah tinggi atas tuduhan pecah amanah wang pelanggannya sebanyak RM161,000.00

Ini telah disahkan sendiri oleh pengerusi majlis peguam Ragunath Kesavan. Kesalahan ini adalah di atas nama Rohaizat sendiri dan bukan ke atas rakan kongsinya sebagai mana yang dijelaskan oleh Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi.

"Mana ada lesen seorang peguam ditarik atas kesalahan orang lain" kata Pengerusi Majlis Peguam.

Sekatan ke atas Rohaizat dari dikenakan pada tahun 2003. Dah lama berlalu dan mungkin Rohaizat telahpun insaf dan bertaubat. Namun kegagalannya memberikan penjelasan terhadap perkara yang sebenarnya kepada kepimpinan UMNO menunjukkan sebaliknya.

Kalaulah dia menyatakan perkara sebenarnya sejak dari awal sudah tentu senang saja UMNO dapat menyelesaikan masalah tersebut. Setakat RM161,000.00 adalah jumlah yang amat kecil untuk dilangsaikan. Dengan menjual sebuat motosikal mewah Zahid Hamidi saja lebih dari cukup untuk menyelesaikan masalah itu.

Bagiamana UMNO yang hebat organisasinya boleh terlelap dari menghidu perkara tersebut?. Adakah UMNO menganggap remeh perkara tersebut? Kalau gelap duit orang itu perkara remeh, tak hairanlah jika ada yang menggelapkan duit rakyat.

Namun masa masih mengizinkan untuk UMNO menarik diri dari mempertandingkan Rohaizat di Permatang Pasir dan seterusnya dapat menonjolkan semuala integriti mereka di mata rakyat yang mereka sanggup berubah.

Atau mungkin Rohaizat menyangka dengan memenangi PRK ini dia dapat memadamkan segala lubang yang telah dikorek sekian lama tak tertimbus.

Ada orang berkata PR melakukan serangan peribadi ke atas calon. Saya berpendapat ini bukan isu serangan peribadi, ini isu amanah. Kita perlukan seorang pemimpin yang amanah untuk memegang teraju sebagai seorang pemimpin.

Apa guna bijak jika tidak amanah, apa guna kaya jika hasilnya dari penat lelah orang. Pemimpin memegang amanah yang amat berat terhadap kumpulan yang dipimpinnya, kalau tak kuat disiplin memegang amanah, habis segala ikatan amanah akan dileraikannya.

Monday, 17 August 2009

Siapa Sesat Siapa Pengkhianat?


Akhbar propaganda kerajaan begitu rancak sekali memainkan peranan mereka berkempen dalam menghadapi PRK DUN Permatang Pasir dalam seminggu dua ini.

Mereka membuat serangan bertubi-tubi terhadap Tuan Guru Nik Aziz dan juga Anwar Ibrahim dengan memanipulasi segala percakap dan perbuatan mereka berdua.

Tuan Guru dikatakan membolehkan DAP menghina Islam manakala Ketua Pembangkang pula dikatakan sebagai pengkhianat bangsa.

Sebagai seorang yang rasional kita tentu dapat menilai segala kejadian yang berlaku secara keseluruhan dan dapat membezakan mana yang jujur dan mana yang tidak jujur.

Tuan Guru telah memberikan kenyataannya yang dia bermaksud “tidak pelek” dan bukan “tidak mengapa”, kalau kita melihat keseluruhan maksud ayat yang dikatakan tuan guru pun kita dapat memahami maksud yang ingin dikatakan tuan guru.

Memang tidak pelek jika DAP mengeluarkan dan melakukan perbuatan yang boleh dilihat menghina islam kerana mereka bukan islam dan mereka sering ditakut-takutkan dan didedahkan dengan perkaran fitnah yang tidak benar terhadap para pejuang dan pencinta islam.

Cuma saya nak tambah pada Tuan Guru Nik Aziz bahawa sebenarnya tidak pelek jika ada orang islam yang menghina dan memburukkan para pejuang islam kerana mereka yang pada zahirnya islam tetapi menentang islam adalah segolongan dengan Abdullah bin Ubai di zaman Rasulullah dulu. Golongan ini adalah golongan munafik.

Rasulullah sendiri tidak menghapuskan golongan munafik ini kerana khuatir orang menuduh Dia membunuh sesama rakan islam yang boleh mengundang fitnah yang lebih teruk.

Ini juga merupaka dilema yang dihadapi oleh para pejuang islam pada zaman ini, serba salah kita dibuatnya bagi menghadapi golongan ini.

Cuma kita dapat menilai sendiri melalui cara kehidupan Tuan Guru dengan kehidupan mereka yang cuba memutar belitkan kenyataan Tuan Guru sendiri. Kita dapat melihat keikhlasan Tuan Guru dalam menjalani kehidupannya.

Cuba cari jika ada Menteri Besar dari BN yang hidupnya sederhana seperti Tuan Guru, jangan harap nak jumpa. Adakah Tuan Guru gila kuasa untuk membolot segala kekayaan?.

Golongan yang menuduh dan merendahkan Tuan Guru itu kehidupan mereka penuh dengan kemewahan, gila kuasa dan para penjilat mereka juga menjilat semata-mata untuk mendapat laba dari golongan pemimpin mereka yang dapat menjanjikan seribu kekayaan dan kekuasaan.

Golongan yang mengecam ketua pembangkang sebagai pengkhianat juga pantas mengapikan isu perkauman dan dalam masa yang sama juga mempromosikan 1 Malaysia.

Mereka sebenarnya sentiasa mengapi-apikan politik perkauman. Dari dulu lagi mereka bertindak menghidupka semula isu perkauman apabila mereka melihat kedudukan mereka tergugat.

Bukankah semua pakatan pembangkang telah berteguh janji untuk mendaulatkan perlembagaan, meneruskan institusi beraja, memartabatkan bahasa kebangsaan, menjaga hak kepentingan bumiputra dan tidak meminggirkan kaum lain yang menjadi sebahagian dari warga Malaysia.

Lihatlah secara saksama, berapa ramai kaum bumiputra yang terpinggir berbanding kaum lain, sudah tentu yang akan di beri pertolongan adalah kaum bumiputra.

Adakah itu bermakna kaum lain akan dipinggirkan?, walaupun mereka juga susah dan amat memerlukan bantuan?, jawapannya sudah tentu tidak dan islam juga tidak membenarkan begitu.

Janganlah memburuk-burukkan keadaan dengan mengapikan sikap negatif perkauman. Bawalah pendekatan lain dalam bersaing.

Tapi akhbar propaganda mencanangkan seolah-olah para pembangkang yang sebahagian besarnya juga adalah orang melayu mahu menghancurkan bangsa mereka sendiri, seolah mereka bodoh demi kuasa.

Adakah selama ini para pembangkang amat berkuasa, sejak dari merdeka mereka setia menyertai demokrasi walaupun ketewasan yang dihadapi lebih banyak dari menang.

Zaman akhbar propaganda membodohkan rakyat dan mengapi-apikan perkauman sudah berlalu.

Rakyat rindukan kejujuran dalam perjuangan, keikhlasan dalam pertandingan, asal matlamat kita adalah untuk membina negara bangsa kita yang tercinta Malaysia.

Saya yakin ramai rakyat Malaysia sekarang sudah peka dan tahu menilai siapa lebih khianat di antara pengkhianat.